Bab 22

Drama Completed 23379

PINTU rumah dikuak kasar. Nafasnya tidak teratur. Dia segera mendapatkan isterinya yang sedang duduk sambil memeluk lutut di atas katil. Rambutnya serabai, wajahnya comot dan lebam sana sini.

“Astagfirullahal'adzim, isteriku! " Afzal Reyhan mengalihkan beberapa helai rambut dari wajah Sumayyah. Air mata yang mengalir diseka perlahan. Sehancur-hancur hatinya, dia pasti hancur lagi isteri Sumayyah apabila mendapat tahu kesuciannya sudah diragut oleh lelaki yang bukan mahramnya.

“Abang... " Sumayyah memeluk suaminya dan menghamburkan segala yang terbuku dalam hatinya melalui tangisan. Afzal Reyhan sebaik mungkin menenangkan isterinya yang kecewa itu.

Jujur hatinya juga kecewa. Pedih yang tak tertanggung. Ya Allah, berat ujian-Mu buat kami kali ini. Sebaik sahaja Sumayyah memaklumkan berita ini kepadanya, terus dia mengambil flight yang paling awal berlepas ke Malaysia. Kesan jet lag masih belum hilang namun dia gagahkan diri bertemu isterinya.

“Shh ... it's okay, let go all of it. " pujuk Afzal Reyhan. Tanpa sedar dia mengeluh kecil.

“Me-Mesti abang ke-kecewa dengan S-Su. S-Su tak pan-dai ja-ga diri... " ucap Sumayyah dengan tangisan yang ditahan-tahan. Matanya merah dan bibirnya bergetar hebat.

Afzal Reyhan senyum pahit. Dia menggeleng, cuba untuk menyembunyikan hati yang retak seribu. Tidak guna dia marah kepada isterinya kerana semuanya sudah berlaku dan dia pasti itu juga bukan kemahuan isterinya.

“Su minta maaf abang ... S-Su... " hatinya terlampau kecewa ketika ini. Hanya tangisan yang menjadi ucapan kepada isi hatinya.

“Shh ... it's okay. Sayang tak perlu cakap apa-apa sekarang ni. Sayang rehat, okay? Abang tak marah sayang. Jangan nangis lagi... " air mata itu dikesat lembut. Ubun-ubun isterinya dikucup perlahan. Hangat dan syahdu, membuatkan hati Sumayyah terasa tenang.

“BOS? "

Suara itu menyentakkan dirinya dari lamunan panjang. Matanya menyoroti gerangan yang sedang terpacak di hadapannya itu.

“Apa? "

“Meeting? " ujar Azlan Zulfahmi. Dia hairan melihat tingkah-laku bosnya itu. Termenung memanjang. Nak kata stres, hari-hari pun stres. Nak kata fikirkan isteri, kahwin pun belum. Nak kata awek lari, er ... pernah ke? Pernah ke seorang perempuan lari dari Aisy Rafael? Memang luar biasa kalau ada. Aisy Rafael memang pakej lelaki idaman para gadis, jadi memang mustahil perempuan lari pergi, mereka lari mendekat ada lah.

“Azlan Zulfahmi! "

“H-Huh?! " tersentak dia dengan jerkahan bosnya. Itulah kau, termenung depan dia dah kenapa. Tengok sekarang muka dia macam mak singa tengah lapar. Seriau...

“Kau fikir apa? Aku dari tadi panggil-panggil tak menjawab. " ujar Aisy Rafael tegas. “Er ... sorry bos. " Azlan terkulat-kulat di sana. Aura dingin Aisy Rafael terasa memenuhi ruangan tersebut.

Gulp!

“Dah, prepared tempat meeting tu. Delay ke jam 3 petang. " arah Aisy Rafael. “H-Huh? Kenapa kena delay bos? " soal Azlan Zulfahmi tidak mengerti.

Aisy Rafael mengeluh kasar.

“Aku ada benda nak kena settle. " sejurus itu, dia terus keluar dari pejabatnya. Kereta dituju dan dia memandu pergi. Hanya ada satu tempat yang ingin dia tuju.

That place!

Senyuman sinis terukir di bibir merah itu. Dia melihat tapak tangannya. Segalanya masih segar dalam ingatannya.

Namun sekejap saja sebelum tangan itu menggenggam erat stereng kereta. Damn it! Kenapa?! Kenapa?! Kenapa?! Kenapa harus kau?! Aku benci kau! Kau tu selayaknya mampus dari hidup aku!

Matanya memancarkan amarah yang menggunung. Hatinya terbakar. Kenapa dengan dirinya? Kenapa dia merasakan seperti ini? Tidak sedar kakinya menekan pedal minyak laju ke tempat itu.

Sesampainya di sana, dia cuba mengingati tempat yang dia pergi tempoh hari. Keadaan pada ketika itu berbeza dengan sekarang menyukarkan dirinya untuk mengimbas laluan yang pernah dilaluinya. Tambahan pula, ketika itu dia separa mabuk.

Saat dia terpandangkan pintu rumah tersebut, hatinya menyumpah seranah.

Berkunci!

Pagar rumah itu disepak kuat. Mana kau pergi perempuan?!

“A-Abang Raf? "

Berderau darah Aisy Rafael tatkala mendengar suara itu lagi. Perlahan-lahan dia pusing ke belakang.

Afzal Reyhan dan...

Perempuan itu!

Bibirnya menyenget. Benarlah apa yang matanya lihat ketika dia selesai ‘mengerjakan' wanita itu tempoh hari, Afzal Reyhan dan wanita itu sudah berkahwin! Gambar mereka berdua tergantung elok di dalam bilik apabila dia meninjau rumah mereka ketika itu.

“A-A-Abang... " Sumayyah menyorok di belakang suaminya. Menggigil tangannya sambil memegang kemas baju Afzal Reyhan. Dia tidak sangka akan bertemu empat mata dengan lelaki yang telah mencabuli kehormatan sepantas ini.

“Whats up, Reyhan? Tak gembira pun jumpa kau, " ujar Aisy Rafael. Matanya tertumpu pada wanita di belakang lelaki itu. Tidak sedar dia berdecit geram. Wanita itu sepatutnya menjadi miliknya!

“A-Apa abang buat di sini? Ma-Macam mana abang tahu rumah Rey? " soal Afzal Reyhan. Dia memandang tajam wajah abangnya.

“Ouh, setakat rumah buruk kau ni bukan susah sangat pun. Lagipun, aku ada menyimpan kenangan manis di sini, betul tak sweetheart? " Aisy Rafael mengenyit mata pada Sumayyah.

Mata Afzal Reyhan membulat. Takkanlah...

“Celaka kau bang! "

Belum sempat Rafael mengelak, wajahnya terlebih dahulu menjadi santapan tumbukan Reyhan.

“Kau memang tak guna, kan bang? Kau sanggup rogol isteri aku masa aku tiada! Kau ragut maruah dia! Kau buat dia tak ubah macam pelacur! " tumbukan bertalu-talu diberikan pada Aisy Rafael.

“Reyhan, sudah tu! Abang! Lepaskan dia! " Sumayyah sedaya- upaya menarik Afzal Reyhan dari terus menumbuk Aisy Rafael.

“Sayang, lepaskan abang! Biar abang ajar jantan biadab ni supaya hormatkan isteri abang! " dia kembali menyerang Aisy Rafael namun kali ini lelaki itu kelihatan sudah bersedia kerana dia berjaya menghalang serangan adiknya.

Satu tumbukan hinggap di wajah Reyhan.

“Abang! " Sumayyah ingin mendapatkan suaminya namun Rafael cekap menghalang. Lengan Sumayyah ditarik mendekatinya.

“Sweetheart, don't call him abang. From now on, you're mine... "

“Lepaskan dia Rafael! " Reyhan menerpa ke arah Rafael dan menarik Sumayyah semula. Kaki panjangnya menendang perut Rafael kuat membuatkan lelaki itu senak.

“A-Abang... " menggigil tangan Sumayyah memeluk suaminya.

“It's okay sayang, abang ada. " dia mengusap kepala Sumayyah bagi menenangkan wanita itu.

“Sialan! " Rafael bangun dan menarik Sumayyah jauh dari Reyhan. Dengan gencer dia menumbuk wajah Reyhan membuatkan darah terpercik dari hidung lelaki itu.

“Jangan sentuh laki aku! " Sumayyah menarik Rafael jauh dari Reyhan namun Rafael mengambil kesempatan itu dengan memeluk pinggang Sumayyah. Wanita itu terkejut besar dan cuba meleraikan pelukan itu. Dada Rafael ditolak-tolak.

“Okay sweetheart, abang akan lepaskan dia. Kalau sweetheart janji satu benda dengan abang, " ujar Rafael dengan senyuman penuh makna.

“Apa?! " wajah Sumayyah memerah menahan amarah. Dia tidak suka disentuh lelaki yang bukan mahramnya.

Aisy Rafael hanya mampu ketawa. Dia mendekatkan bibirnya pada telinga Sumayyah yang berbalut tudung itu.

“Leave him alone and marry me. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience