SEDARI tadi jus oren yang terhidang depan mata tidak terusik langsung. Kepalanya ditundukkan ke bawah sambil bibir digigit lembut. Dia tidak tahu hendak memberi reaksi apa kepada jejaka di hadapannya ini.
“A-Assalamu'alaikum- ”
“Tak payah nak bagi salam sangat. Dah satu jam duduk sini baru kau nak bagi salam? ” bidas Aisy Rafael dingin. Matanya mencerlung geram ke arah jejaka di hadapan mereka.
“Wa'alaikumussalam. Erm, Su apa khabar sekarang? Sihat? ” soal Afzal Reyhan sekadar berbasa-basi. Dia juga janggal dengan situasi sekarang ini kerana tidak menyangka akan bertemu semula buat kali kedua dengan bekas isterinya di restoran ini.
“Alham- ”
“Kami sihat saja, belum nazak lagi. Jadi, tak payah nak acah-acah caring sangat. ” bidas Aisy Rafael buat kali kedua. Sumayyah ditarik mendekat ke arahnya.
Sumayyah memandang Aisy Rafael geram. Boleh tak jangan potong percakapan dia?!
Afzal membasahkan bibir sebelum bersuara lagi. Kali ini, matanya fokus pada Aisy Rafael.
“We need to talk, alone. ”
“Cakap je lah. Tak payah nak buang masa kami di sini, ” ujar Aisy Rafael jengkel. Panas betul hati dia melihat Afzal Reyhan sekarang ini. Sangkanya mungkin Afzal Reyhan dah jadi separuh gila sekarang ini sebab terpaksa berpisah dengan isteri kesayangan, rupanya tidak. Riak wajah itu kekal tenang. Seolah-olah reda dengan takdir dia. Heh, menyedihkan betul!
“No, both of us alone. Right. Now. ” tekan Afzal Reyhan. Nadanya kedengaran tegas.
Aisy Rafael menjulingkan mata ke atas. Walaupun malas namun dia tetap bangun dan mengikuti langkah Afzal Reyhan menuju ke luar restoran.
“Apa kau nak cakap? ” soal Aisy Rafael. Nadanya kedengaran angkuh. Tangan disilangkan di dada.
“Tentang Sumayyah. ”
Aisy Rafael senyum sinis. “Oh, fasal Sumayyah. Kenapa? Kau cemburu tengok Sumayyah bahagia dengan aku? Kau cemburu aku boleh beri macam-macam untuk bahagiakan Sumayyah? Atau ... kau nak rampas Sumayyah dari aku balik? ”
Afzal Reyhan mengepal penumbuk. Dia beristighfar, cuba untuk tidak terlalu mengikut hasutan syaitan.
“Aku tak pernah cemburu ataupun ada niat nak rampas dia dari kau. Ini semua qadarullah dan aku terima semua yang berlaku. ”
Aisy Rafael hanya diam tidak membalas.
“Aku cuma nak ingatkan. Sumayyah seorang perempuan yang baik dan aku percaya dia akan membimbing kau ke jalan yang benar. Tapi, kau janganlah berpura-pura baik di hadapan dia tapi di belakang, kau kembali ke jalan sesat kau tu. Cukuplah kau jauh dari Allah selama ni, bertaubatlah. ”
Aisy Rafael merengus. “Kalau kau cuma nak berceramah kat aku baik aku baliklah. Buang masa aku saja ikut cakap kau! ”
“Aku bukan nak berceramah. Tapi, aku cuma nak ingatkan. Aku tak nak tengok dia kecewa dengan kau. Aku lihat sendiri macam mana dia bahagia di sisi kau, jadi aku harap kau janganlah jadi punca hilangnya bahagia itu. Ingat Rafael, setitis air mata wanita maknanya 1000 dosa bagi lelaki yang menyakitinya.
Saidina Ali bin Abi Thalib juga pernah berkata, ketika seorang wanita menangis kerana perbuatan seorang lelaki, maka malaikat akan mengutuk setiap langkah lelaki itu. ” jelas Afzal Reyhan.
Aisy Rafael menghembus nafas berat. “Fine. Kali ni saja aku ikut cakap kau. ”
Afzal Reyhan tersenyum nipis. “Thanks, Rafael. ”
Aisy Rafael tidak membalas apa-apa dan terus berlalu.
“Jika kita sayangkan seseorang, belajarlah untuk mempertahankan hubungan itu. Genggamlah ia jika kau takut untuk kehilangan dia. ”
Mendadak dia berhenti dan berpusing ke belakang semula. Namun yang dia lihat hanyalah senyuman di wajah Afzal Reyhan.
“Ingat, Aisy Rafael. Lelaki itu memilih perempuan ibarat memilih sekolah untuk keturunannya. Tapi, perempuan memilih lelaki ibarat memilih antara syurga dan neraka. Perempuan yang tidak faham agama masih boleh dibentuk, tapi jika lelaki tidak faham agama, maka rosaklah rumah tangganya. ”
Bungkam? Ya, Aisy Rafael bungkam di sana. Setiap tutur kata Afzal Reyhan menusuk ke kalbunya. Walaupun dia yakin Sumayyah pasti akan baik-baik sahaja kerana wanita itu amat taat dengan agamanya sementara dia pula tidak, namun perasaan risau tetap bertandang di hatinya.
Afzal Reyhan pula membuka langkah dan pergi meninggalkan Aisy Rafael di sana. Sempat dia memandang ke arah Sumayyah, senyuman kecil diberikan walaupun dia tahu Sumayyah tidak akan nampak. Itulah senyuman keikhlasannya. Dia ikhlaskan semua yang berlaku. Dia ikhlaskan Sumayyah pergi dari hidupnya. Dia ikhlas menerima yang Sumayyah bukanlah jodohnya sejak dari awal lagi. Aku doakan kebahagiaan korang berdua, Arwa Sumayyah.
“AISY? ”
“S-Sweetheart, a-apa sweetheart buat di sini? Ke-Kenapa tak ketuk dulu? ” kelam-kabut dia menyimpan sesuatu ke dalam laci meja kerjanya.
“Sorry. Cuma nak beritahu makan malam dan siap. Kalau kau dah siap kerja marilah turun makan. ” pelawa Sumayyah. Sesekali matanya cuba mengintai apa yang Aisy Rafael cuba sorokkan. Hmm ... pelik.
“O-Okey, okey. Nanti abang turun makan, sweetheart turunlah dulu. ” ucap Aisy Rafael. Dia cuba menghilangkan gemuruh di dada, takut juga kalau Sumayyah nampak apa yang dia sedang buat tadi.
“Er ... okey? ” walaupun kelihatan pelik namun Sumayyah turutkan juga. Biarlah, jangan dia buat benda pelik-pelik sudahlah.
Sebaik pintu ditutup, Aisy Rafael menghembus nafas lega. Dia kembali membuka laci meja kerjanya dan mengeluarkan sesuatu yang sedari tadi dia baca.
Benda alah itu diselak-selak hingga dia menjumpai halaman yang dicarinya. Jumpa pun!
“Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa 'adzaa ban-naar” berhati-hati dia cuba menyebut doa makan tersebut. Sudah lama dia meninggalkan semua ini dan sekarang dia harus merangkak semula dari awal. Kata-kata Afzal Reyhan masih berbekas di hati dan kerana itu dia bertekad ingin berubah dan cuba untuk menjadi suami yang lebih baik buat isterinya.
Dia melihat buku doa yang baru dibeli beberapa hari lepas. Buku itu lengkap dengan doa-doa harian dan panduan solat.
Aisy Rafael menyandarkan kepala di badan kerusi. Dia menghembus nafas berat. Matanya dihalakan ke balkoni biliknya. Dia sengaja membiarkan pintu gelongsor balkoninya terbuka kerana dia ingin mengambil angin malam.
Buku itu ditutup dan disimpan semula. Dia turun ke bawah di mana dia pasti Sumayyah sudah menunggunya.
Share this novel