Bab 7

Drama Completed 23379

PINTU RUMAH dibuka perlahan-lahan, tidak mahu membuat waimah satu pun bunyi bising. Tidak mahu mengejutkan adiknya. Nanti tak fasal-fasal kena dengar ceramah awal pagi.

Aisy Rafael menuju ke bahagian dapur. Dilihatnya tudung saji terletak elok di atas meja. Lantas benda alah itu dibuka dan memperlihatkan sepinggan nasi lemak siap dengan lauk-pauknya sekali. Aisy Rafael mengambil sticky note yang dilekatkan di atas tudung saji itu.

'Jangan lupa sarapan abang Raf, kerja elok-elok'

Terus kertas itu dikeronyokkan dan dibuang ke dalam tong sampah. Ingat kau bini aku ke apa, hah?! Nak jaga makan minum aku!

Tapi disebabkan dia sudah kebuluran, jadi makanan di atas meja itu dimakan sahaja sehingga habis.

Setelah itu, dia meletakkan saja pinggan kotor miliknya di sinki. Tangan dan mulut dibasuh sebelum dia menapak ke tingkat atas. Biarlah adiknya saja yang basuh. Nak sangat tunjuk baik depan aku, kan. Sekarang, kau buatlah semua benda tu!

Dia terus merebahkan diri di atas katil. Perut dah kenyang, mata pula semakin memberat. Tak tunggu masa dia langsung masuk ke alam bawah sedar.

Afzal Reyhan yang ketika itu baru keluar dari bilik segera ke dapur. Dia melihat meja makan yang sudahpun kosong. Tandanya abangnya sudah balik. Dia tersenyum nipis. Sekurang-kurangnya abangnya masih mahu makan masakannya. Sinki dituju. Lengan baju disinsing. Bekas pinggan kotor milik abangnya dicuci tanpa banyak soal.

Selesai sahaja kerjanya, dia melangkah keluar. Kasut dipakai dan melangkah ke arah Grab yang baru sahaja ditempahnya sebelum dia keluar tadi.

“Hospital Nukleus, encik. ” beritahu Afzal Reyhan. Pemandu tersebut mengangguk sekali dan pacuan empat roda tersebut bergerak meninggalkan perkarangan rumah.

Afzal Reyhan membuka aplikasi Whatsapp. Mesej dari Sumayyah dibacanya. Dia tersenyum nipis. Risau benar gadis itu dengan dirinya.

'ENGKAU JAGA DIRI BAIK-BAIK DI SANA, ENGKAU BUKAN BIASA SANGAT DENGAN SUASANA BANDAR'

'JANGAN LUPA MAKAN. KERJA, KERJA JUGA, KESIHATAN KENA JAGA. '

'MACAM MANA HARI PERTAMA KERJA? OKAY TAK? DIORANG TAK BULI KAU, KAN? '

'ISTIRAHAT YANG CUKUP HAN, NANTI KALAU KAU SAKIT KAMI DI KAMPUNG JUGA YANG RISAU. '

'KALAU KAU ADA NAK MINTA TOLONG APA-APA KAU CAKAP SAJA DENGAN AKU, AKU BOLEH TOLONG. NAK MINTA APA-APA PUN CAKAP. KALAU ADA MASALAH PUN BAGITAHU, MANA TAHU AKU BOLEH TOLONG, JANGAN PENDAM SEORANG DIRI, OKAY? '

Haih ... tak sampai sebulan dia di bandar dah kena nasihat macam-macam.

'BANYAKNYA KAU MEMBEBEL. BUKAN AKU DI LUAR NEGARA PUN. AKU DI BANDAR SAJA. ' ~ Reyhan

'AKU TAHU. TAPI AKU RISAU TAHU TAK. ABANG KAU TU TAK TAHULAH BOLEH JAGA KAU ATAU TAK. MAKAN MINUM KAU SEMUA TU. KALAU KAU SIBUK AT LEAST ADALAH ORANG YANG BOLEH TOLONG KAU KALAU DI KAMPUNG. KALAU DI SANA? ' ~ Sumayyah.

'MARRY ME THEN. ' ~ Reyhan.

ARWA SUMAYYAH sudah tidak keruan membaca tiga patah perkataan yang dihantar oleh Afzal Reyhan.

Sudah seminggu sejak peristiwa lamaran Afzal Reyhan. Hinggakan lelaki itu berhijrah ke bandar pun, dia masih belum berikan jawapan. Dia sudah membuat solat sunat Istikharah, meminta jawapan dari Dia yang Maha Pemberi Petunjuk. Namun, hingga sekarang dia masih belum temui jawapan. Adakah mereka memang tiada jodoh? Ataupun hatinya masih belum bersedia untuk memberi peluang kepada Afzal Reyhan?

Sementara Afzal Reyhan di sana masih lagi menunggu jawapan daripada Sumayyah. Hanya bluetick menandakan gadis itu sudah membaca mesejnya. Dia menghela nafas berat. Adakah dia terlalu tergesa-gesa inginkan Arwa Sumayyah menjadi isterinya?

Satu minggu. Satu minggu itu sungguh mendebarkan baginya. Berhari-hari dia menunggu jawapan dari gadis itu. Berharap lamarannya tidak akan ditolak. Namun, apa nak dikata. Kalau orang dah tak sudi, nak dipaksa buat apa, kan?

Setelah termenung untuk beberapa minit, pacuan empat roda itu akhirnya tiba di Hospital Nukleus. Afzal Reyhan tersentak untuk seketika sebelum dia kembali ke alam sedar. Tak sangka sungguh cepat dia sampai. Mungkin jalan tidak sesat kot tadi.

Afzal Reyhan membayar tambang Grab dan keluar dari perut kereta. Telefonnya disimpan di dalam poket seluar sebelum dia melangkah masuk ke dalam hospital. Hari kedua memegang jawatan doktor, bukanlah sesuatu yang teruk baginya. Dia berharap sangat dapat menyesuaikan diri di sini.

“Assalamualaikum! ”

Afzal Reyhan menoleh. Agak ragu-ragu dia untuk memberi salam setelah melihat si pemberi salam tadi.

“Don't worry, I'm a muslim too, Rey. ” ujarnya seakan-akan mengetahui apa yang bermain di fikiran Afzal Reyhan.

Afzal Reyhan menghembus nafas lega. “Waalaikumsalam, Zac. Terkejut aku. Tak sangka terserempak dengan kau di sini. ”

“Well, apa nak dikata. Doktor yang bertauliah haruslah datang awal. Tak sangka pula kali ni kau lagi awal. ” balas Zachary tenang. “Mestilah. Mana tahu boleh kelentong doktor Arman suruh naikkan gaji aku. ” gurau Afzal Reyhan. Zachary ketawa kecil sambil menepuk-nepuk bahu Afzal Reyhan. “Good luck with that, bro. ”

“Kenapa, tak boleh ke? ” soal Afzal Reyhan seolah-olah curiga dengan rakannya itu.

“Who says? Kalau kau rajin, tak curi tulang, cekap, tak mustahil doktor Arman akan naikkan gaji kau. But yeah, again, good luck. Because nobody had succeed to do that since... ” ucapan Zachary berhenti di situ. Dia memandang ke sebuah taman yang ditanam di halaman hospital tersebut.

“Since? ” Afzal Reyhan masih menantikan jawapan daripada Zachary. Namun Zachary hanya memberikan senyuman nipis padanya.

“One day, the answer will come by itself. ”

Dia berjalan menyaingi langkah Afzal Reyhan yang ketika itu sedang terpacak di sana, melihat ke arahnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience