Bab 28

Drama Completed 23379

SELESAI sahaja majlis ijab kabul, Sumayyah mengurungkan dirinya di dalam bilik. Pakaian pengantin yang tersarung di tubuhnya masih tidak ditanggalkan. Jiwanya kosong, perkahwinan keduanya ini bagaikan tiada makna buat dirinya.

Dia menghela nafas sedikit. Ya Allah, jikalau ini ujian yang kau berikan buatku, aku terima Ya Allah.

KREEEK...

Kedengaran bunyi pintu dibuka. Spontan Sumayyah memanggung kepala melihat ke arah gerangan yang baru masuk ke dalam bilik itu.

“Sweety, ”

Sumayyah tidak membalas, jauh lagi hendak merasa bahagia mendengar panggilan itu.

Jijik!

“Finally, we can be together at last. Don't you happy, sweetheart? ” soal Aisy Rafael dengan senyuman sinisnya. Sumayyah menggenggam cadar katil kuat, cuba untuk mengumpul kekuatan dalam dirinya. Ingat Sumayyah, depan kau ini sekarang adalah suami kau walaupun kau tidak rela. Syurga kau di bawah tapak kaki dia sekarang.

“Sweety, jangan buat abang macam tunggul, please. I'm your husband, show some respect. ” tegas Aisy Rafael.

Sumayyah tidak juga membalas. Matanya setia merenung Aisy Rafael.

Aisy Rafael menghela nafas kasar. Songkoknya dibuka dan diletakkan di atas meja sebelum tuala dicapai dan melangkah masuk ke dalam bilik mandi.

AISY RAFAEL melangkah masuk ke dalam rumah. Jam pada ketika itu sudah menunjukkan pukul 8 malam.

“Sweety, kenapa tak masuk tidur lagi? Dah makan? ” soal Aisy Rafael apabila matanya menangkap susuk tubuh Sumayyah di ruang tamu. Kaki panjangnya melangkah ke arah isterinya.

Diam. Dia menyerahkan sekeping kertas kepada Aisy Rafael sebelum berlalu pergi begitu saja.

Aisy Rafael menyambut dengan kening bertaut. Hairan. Dah kenapa bagi dia kertas?

‘PERGI SOLAT ISYAK DULU SEBELUM TIDUR'

Terus kertas itu dikeronyok dan dibuang ke dalam tong sampah. Perempuan ni dua kali lima je dengan Reyhan. Rimas!

“Sumayyah! ”

Bergema suara milik Aisy Rafael memanggil isterinya.

Bahu Sumayyah terhinjut sedikit mendengar laungan itu. Lelaki ni telan susu ke telan mikrofon waktu kecil? Suara mengalahkan speaker.

Badannya dipusingkan ke belakang apabila telinga menangkap bunyi tapak kaki Aisy Rafael menaiki anak tangga.

“Apa? ”

“Aku tak nak solat dan aku takkan buat untuk selamanya. Semat dalam kepala otak kau tu yang bergantung harap pada Tuhan takkan mampu beri kau apa-apa. Buang masa dan buang tenaga saja! ” ujar Aisy Rafael dengan suara yang ditahan-tahan.

“Astagfirullahal'adzim, bawa mengucap, Aisy Rafael. Ingat sikit siapa pencipta kau, pencipta manusia. Tanpa Allah we are nothing, Rafael. Allah beri kau semua ni, harta, kehidupan, even nafas pun Allah masih beri pada kita, kenapa sekali pun kau tak nak bersyukur pada Tuhan yang telah berikan kau segalanya. Kenapa kau memilih untuk mengikuti nafsu dunia kau? Apa yang kau akan dapat? ” ujar Sumayyah panjang lebar. Dia cukup tidak berkenan dengan perangai Aisy Rafael yang hidup macam orang tiada agama.

“Apa aku dapat kau tanya? ” dia senyum sinis.

“Everything, Sumayyah. Pangkat, kepuasan, keseronokan, perempuan. Aku boleh enjoy sesuka hati aku tanpa terikat dengan apa-apa peraturan. ” sambungnya lagi.

Sumayyah menggeleng kepala. Ya Allah, dia sudah begitu jauh daripada kebenaran.

“Tapi, budak kampung macam kau takkan faham. Pemikiran kolot kau mempengaruhi minda kau, Sumayyah. Kau betul-betul percaya yang Tuhan berikan kau semua ni. Yang mana kau hanya perlu terus berdoa dan berdoa sampailah kau mampus dari dunia ni, ” dia ketawa sinis.

“Aku kesian dengan budak-budak kampung yang sama pemikirannya macam kau ni, tak berkembang. Sebab tu aku suka duduk bandar, biar sel-sel otak tu berfungsi sikit. Biar kita tahu kalau asyik berdoa saja belum tentu kita akan dapat apa kita nak even sampai kau mati sekalipun belum tentu doa kau akan dikabulkan. Jadi, daripada buang masa berharap dengan Tuhan, lebih baik kau mula berusaha sendiri sampai kau tahu nikmat hasil usaha kau sendiri. ” tambah Aisy Rafael.

Sumayyah cuba untuk mengumpul kesabaran dalam dirinya. Ucapan Aisy Rafael bagaikan minyak yang menyimbah api dalam dirinya.

Bila-bila masa saja boleh meletus!

“Jangan terlalu bongkak dengan kehidupan yang kau ada sekarang ni, Aisy Rafael. Ini namanya istidraj, ‘hukuman’ yang diberikan sedikit demi sedikit dan tidak diberikan langsung. Allah SWT membiarkan seseorang dan tidak disegerakan azabnya. Firman-Nya:

سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya: “Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.”

Surah al-Qalam ayat 44”

“Argh, bising, bising! Rimas tahu tak! ” Aisy Rafael mengusutkan rambutnya. Panas telinganya mendengar ceramah Sumayyah.

Sumayyah senyum senget. “Bertaubatlah sebelum terlambat, Aisy Rafael. Jangan biarkan syaitan menguasai dirimu. Kita mungkin tiada apa-apa kalau nak dibandingkan dengan makhluk ciptaan api itu tapi kita ada Allah yang Maha Kuasa, mintalah perlindungan daripada-Nya. Kita adalah makhluk-Nya yang istimewa kerana diberi akal fikiran, jadi tiada alasan untuk tidak bersyukur, ”

Aisy Rafael sudah bagai orang gila yang bila-bila masa saja akan melepaskan bom atom. Rambutnya sudah kusut-masai, bajunya sudah sedikit berkedut. Wajahnya merah.

“Kau tak tahu apa-apa jangan nak berceramah depan aku, rimas! Sekali lagi kau buat memang hancur kau aku kerjakan! ” dia menapak pergi.

Sumayyah mengeluh hampa. Susah betul kalau hati sudah hitam.

Share this novel

Mia Zara
2024-04-15 16:49:31 

next episode


NovelPlus Premium

The best ads free experience