Bab 33

Drama Completed 23379

MASUK hari ini saja sudah tiga kali dia terkejut kerana ulah Aisy Rafael.

Dia tersentak apabila ada benda sejuk di lehernya. Apabila diamati, ia adalah seutas rantai berbentuk safety pin.

Pelik? Ya.

“K-Kenapa bagi aku benda ni? ” soal Sumayyah. Dia membelek-belek rantai di leher itu. Walaupun nampak pelik tapi tetap cantik.

“Because safety pin means you are safe with me and I stand beside you. It symbolize solidarity that expressing you are safe with me.” terang Aisy Rafael.

Sumayyah menganggukkan kepala tanda faham. Hai lah ... kenapalah berhabis duit belikan ini untuk dia? Cukuplah telefon baru yang dihadiahkan itu.

“Abang tak kisah nak belanjakan berapa ribu sekalipun untuk sweetheart. Sebab bagi abang, sweetheart adalah harta yang paling bernilai dalam hidup abang, ” jelas Aisy Rafael seperti dapat membaca apa yang ada di fikiran Sumayyah.

Sumayyah tersenyum nipis. Tidak tahu hendak berkata apa. Namun yang jelas, hatinya seakan berbunga-bunga dengan ucapan Aisy Rafael.

Allahuakbar...
Allahuakbar...

Azan Zohor berkumandang membuatkan kedua-duanya menoleh ke arah tingkap.

“Dah azan, ” ujar Sumayyah pendek.

“Hmm. ” balas Aisy Rafael acuh tak acuh. Dia baru berura-ura hendak bangun namun terbantut apabila sepasang tangan menghalang dirinya.

“Jom solat sama-sama. ” pinta Sumayyah. Ia bukanlah pilihan melainkan arahan.

“J-Just go by yourself. I'm fine. ” balas Aisy Rafael senada. Matanya tidak lagi melihat ke arah Sumayyah.

“Please, Rafael. Sampai bila kau nak terus hidup dalam dosa? ” soal Sumayyah. Tidak sedar dia mengenggam tangan Aisy Rafael erat seperti tidak mahu melepaskan. Dia sangat-sangat berharap hati batu itu akan melembut sedikit. Dia tidak mahu Aisy Rafael dihumban ke neraka biarpun setelah apa yang dilakukan oleh lelaki itu kepadanya dulu.

“Sampai mati mungkin. ” mudah dan ringkas jawapan Aisy Rafael membuatkan Sumayyah beristighfar. Aisy Rafael betul-betul sudah jauh dari jalan yang lurus.

“Kau sanggup ke menahan seksa api neraka, Aisy Rafael? Api yang bukan sembarangan api. Api neraka berkali-kali ganda lagi panas dari api di dunia ini. Hitam dan gelap. Tolonglah dengar cakap aku kali ni saja, kita solat, okay? ” pinta Sumayyah dengan harapan yang menggunung tinggi.

“Apa nak takut? Sekejap saja tu. Lagipun, bukankah semua orang Islam akan dimasukkan ke dalam syurga seperti apa yang dijanjikan dalam al-Quran? Setakat panas sedikit tiada hal bagi aku lah. ”

Bongkak!

Angkuh!

Biadap!

Sombong!

Itulah apa yang Sumayyah rasakan pada Aisy Rafael.

“Apabila kita semua dihimpunkan di padang mahsyar kelak, perkara pertama yang akan disoal ialah solat. Kerana solat itu tiang agama, solat ialah komunikasi antara kita dengan Allah, solat ialah ubat bagi segala masalah kita. Solat dapat menghapuskan dosa-dosa kita biarpun ia sebanyak buih di lautan. Jadi tiada sebab untuk kita meninggalkan solat kerana Nabi SAW telah bersabda:

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ، فَإِنْ صَلَحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ

Maksudnya: “Perkara pertama yang akan dihisab pada diri seseorang pada orang hari akhirat daripada sekalian amalnya ialah solatnya. Jika solatnya benar (sempurna), maka jika baik solatnya maka dia akan berjaya dan menang, dan jika solatnya kurang (iaitu tidak benar) maka dia akan rugi dan menyesal.”

Allah SWT telah menyebut di dalam al-Quran tentang kedudukan penghuni neraka yang tidak mengerjakan solat. Firman Allah SWT:

مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ (٤٢) قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ (٤٣) وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ (٤٤) وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ (٤٥) وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ (٤٦) حَتَّى أَتَانَا الْيَقِينُ (٤٧) فَمَا تَنْفَعُهُمْ شَفَاعَةُ الشَّافِعِينَ

Maksudnya: “(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini. Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.”

Aisy Rafael mengetap bibir. Tangan Sumayyah yang mencengkam lengannya dilepaskan.

Sumayyah melihat dengan wajah yang kecewa. Tanpa basa-basi, dia menanggalkan rantai pemberian Aisy Rafael tadi.

“Su- ”

“Aisy Rafael, aku bagi kau dua pilihan, sama ada kau ikut solat dengan aku atau aku buang rantai ni. I would never feel safe around you if you still insists to be like this.” tegas Sumayyah. Tangannya mengacah-acah ingin membuang rantai tersebut namun sempat dihalang oleh Aisy Rafael.

“Don't you dare, Sumayyah. ” tajam matanya menikam anak mata Sumayyah menandakan dia tidak main-main.

“Then listen to me. Please, only this time. ” rayu Sumayyah lagi. Dia memberanikan diri menyentuh wajah kacak itu. Jemari sejuk itu mengusap pipi Aisy Rafael, berharap ada sedikit kelembutan pada hati batu itu.

Sementara Aisy Rafael sudah tergamam. Jantungnya laju mengepam darah. Panas dirasakan wajahnya ketika ini. Tidak sedar dia menutup mata, membiarkan diri hanyut dalam usapan Sumayyah. Aneh, hatinya terasa tenang dan nyaman.

“Rafael? ”

Suara Sumayyah membuatkan Aisy Rafael kembali membuka mata. Dia berdehem kecil.

“Pergilah solat, kau pasti tak nak lewat-lewatkan solat, kan? Tak payah tunggu aku. Tahulah aku urus hidup aku. ” dia berlalu meninggalkan Sumayyah di bilik itu.

Sumayyah mengeluh hampa. Dia bergerak ke bilik air untuk mengambil wuduk.

“YA Allah ya Rahman ya Rahim, Kau berikanlah petunjuk hidayah kepada suamiku, Kau terangkanlah hatinya agar dapat kembali ke jalan yang benar. Ya Allah, aku tahu suamiku sudah lama bergelumang dalam dosa, sudah lama melupai-Mu Ya Allah, namun aku berdoa kepada-Mu agar Kau lembutkan hatinya agar dia kembali menyembah-Mu. Kau berikanlah kesempatan untuk suamiku bertaubat sebelum dia menemui ajalnya. يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِك” (Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu). Ya Allah, aku hanyalah insan kerdil di hadapan-Mu, hanya kepada-Mu aku berdoa dan kepada-Mu aku meminta, tiada yang layak selain Engkau Ya Allah. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (Ya Allah, Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka). ” Sumayyah menyudahi doanya dengan sebuah harapan dan kepercayaan yang tinggi kepada Tuhan semesta alam. Dia yakin sebuah doa yang dilangitkan tidak akan kembali dengan tangan kosong.

Sementara di sebalik pintu bilik, Aisy Rafael tekun berdiri di sana sejak beberapa minit yang lepas. Dia melihat sendiri Sumayyah mendoakan dirinya.

Kenapa?

Bagi dia, tak perlu pun Sumayyah berbuat sedemikian. Dosa dia, dia yang tanggung, bukan Sumayyah.

Aisy Rafael menghela nafas perlahan. Dadanya dipegang, terasa satu perasaan aneh menjalar di hatinya. Satu perasaan yang belum pernah dia rasakan semenjak tinggal di sini. Ia sungguh berat dan tidak tertanggung.

Apakah perasaan ini? Mengapa dia merasakannya?

Dia mendongak ke langit. Adakah Engkau sedang mengabulkan doa isteriku, wahai Tuhan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience