“ABANG, jom solat sama-sama. ” ajak Afzal Reyhan. Dia membentangkan dua helai sejadah di ruang tamu. Bersiap-siap untuk solat Maghrib.
“Ah, kalau nak solat tu, solat sajalah! Tak perlu nak bawa aku. Kubur masing-masing, kan! ” tempelak Aisy Rafael. Dia meluru ke atas dengan wajah serabut.
Afzal Reyhan terpempan. Hatinya kecewa dan terluka. Kalau ia pun tak suka dirinya, tak perlulah sampai nak melanggar perintah Allah. Apa abangnya sudah tidak ingat akan dosa pahala? Yaumul Hisab (Hari Perhitungan) dan Yaumul Jaza (Hari Pembalasan)? Apa mereka yang tinggal di bandar terlalu bebas hingga melupakan kewajipan mereka?
'Astargfirullahalazim, tak. Tak patut aku judge dorang macam tu. Mana tahu ada yang lebih soleh daripada aku di bandaraya ni'. Hati kecilnya mengingatkan.
Akhirnya Afzal Reyhan hanya solat sendirian. Dia mahu menenangkan dirinya dengan beribadat kepada yang Maha Esa. Dia berzikir, bertahmid dan bertasbih memuji Tuhan pencipta alam. Segala masalahnya dicurahkan kepada Allah dalam doanya, kerna dia tahu sesungguhnya doa seorang hamba itu akan selalu didengari oleh Dia yang Maha Pendengar.
Selesai menunaikan kewajipannya, Afzal Reyhan menyimpan segala kelengkapan solatnya. Dia melangkah laju ke bilik Aisy Rafael.
TOK! TOK! TOK!
“Apa?! ” laung Aisy Rafael dari dalam bilik. Afzal Reyhan menarik nafas, cuba menenangkan dirinya. “Abang Raf, masih sempat kalau nak solat ni. Abang solatlah dulu, lepas tu kita makan sama-sama eh. ”
“Isy, kau pekak ke apa?! Aku cakap aku tak nak tu tak nak lah! Kenapa kau susah sangat nak faham?! Ini rumah aku, sukahati aku lah nak buat apa pun! ” jerit Aisy Rafael. Pintu biliknya ditumbuk kuat buatkan Afzal Reyhan terperanjat. Dia berundur beberapa tapak ke belakang.
'Ya Allah, kenapa abang aku jadi macam ni? Syaitan apakah yang telah merasuk diri abangku ini? ' bisik hati kecilnya.
Afzal Reyhan ingin terus memujuk namun dia takut abangnya akan semakin mengganas. Akhirnya, dia memutuskan untuk berlalu pergi dengan separuh hati sahaja. Membiarkan abangnya tenang buat seketika.
Di dalam bilik pula, Aisy Rafael mengamuk sakan. Habis segala barangan di dalam bilik itu pecah dan berselerak di atas lantai. Rambutnya ditarik kasar. Stres! Tak habis-habis nak kacau hidup dia! Lantas kunci kereta dicapai dan dengan tergesa-gesa dia keluar dari rumah. Dia ingin ke suatu tempat yang boleh memberikan ketenangan yang sebenar buat dirinya.
Night club!
AISY RAFAEL keluar dari bilik bersama-sama dengan Raiya. 'Aktiviti' mereka sebentar tadi betul-betul buatkan dia tenang. Segala bebannya seperti hilang di bahu.
“Thanks sayang, Rai memang tahu macam mana nak hilangkan stres abang. ” ucap Aisy Rafael. Raiya senyum suka. “Of course, itulah kelebihan Raiya. Pandai tenangkan orang. ”
“Abang, kalau Rai nak tanya sikit boleh? ”
“Apa dia? ” Aisy Rafael memesan segelas wine sebelum menumpukan sepenuh perhatian pada Raiya semula.
“Kenapa abang tak halau je eh Rey tu dari rumah? Buat apa simpan dia lagi kalau dia asyik buat abang stres? ” soal Raiya. “Entahlah Rai, kadang-kadang abang kesian juga kalau nak halau dia. Lagipun dia masih darah daging abang. Kalau abang halau, mana dia nak tinggal? Takkan nak tidur di bas stop je kan? Kalau orang tanya dia siapa, lepastu jawab dia adik abang. Tak ke malu abang nanti? Nanti abang pula dituduh abaikan ahli keluarga abang sendiri semata-mata untuk kerja. ” panjang lebar Aisy Rafael menerangkan.
Raiya mencebik. “Rai bukannya apa. Rai susah hati tengok abang datang tadi dengan muka serabut. Dia tu tak tahu ke yang semua yang telah abang kecapi hari ni, hasil daripasa titik peluh abang? Dia pula, sedap-sedap je tinggal dengan abang. Lepastu suruh solat lah, apa lah. Solat bukan boleh buat kita jadi kaya pun. Kita doa banyak-banyak setiap hari belum tentu termakbul. ”
“That's why kita jangan bergantung harap pada benda yang belum pasti terjadi. Lagi baik abang tumpukan perhatian pada kerjaya abang, lagi banyak kita buat, lagi maju syarikat kita. Kalau setakat angkat tangan berdoa saja takkan jadi apa-apa. Buang masa dan buang tenaga. ”ucap Aisy Rafael selamba. Langsung tiada rasa bersalah dalam hatinya apabila berkata sedemikian rupa. Seolah-olah dirinya sedang hidup bebas tanpa pegangan agama.
Wine yang sudah dihidangkan diteguk rakus. Lega tekaknya!
“Rai setuju. Adik abang tu berfikiran kolot saja. Zaman sekarang ni orang tua-tua saja yang pergi masjid nak solat. Orang muda macam kita ni patutnya bersuka ria sebab masa muda cuma sekali. Nak have fun dengan kawan, dengan pasangan. Nanti dah tua, kita taubatlah. ” ujar Raiya yakin sekali. Seakan-akan dirinya yakin yang dia akan hidup hingga ke hari tua. Padahal dia tidak tahu, yang kematian itu datang tidak kira masa, umur, pangkat bahkan latar belakang kita sekalipun. Kematian bakal menjemput kita tidak akan lambat sesaat, dan tidak pula cepat sesaat.
Share this novel