CINCIN PERTUNANGAN yang masih tersimpan di dalam kotak baldu dipandang dengan pandangan penuh tersirat. Tidak tahu nak rasa apa sekarang ini. Terharu? Sedih? Gembira? Entahlah. Baru sahaja tadi rombongan keluarga Afzal Reyhan datang ke rumah mereka, menyatakan hasrat untuk memetik bunga di taman.
Segalanya dibincangkan dengan sempurna di dalam perjumpaan tadi. Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengadakan majlis pertunangan terlebih dahulu secara kecil-kecilan dan majlis perkahwinan nanti barulah diadakan besar-besaran. Semuanya ditanggung oleh keluarga Afzal Reyhan walaupun Puan Salmah menolak dan ingin membantu menyediakan apa yang patut untuk majlis pertunangan itu nanti.
“Su. ”
“Allah! ” terlepas kotak baldu itu dari Sumayyah kerana terlalu terkejut dengan sergahan dari seseorang. Dadanya diurut perlahan.
“Apa ni, umi. Terkejut Su. ” marah Sumayyah lembut. Kotak baldu itu diambil semula dan diletakkan di atas meja berhampiran katilnya.
Puan Salmah tertawa kecil. “Siapa suruh termenung jauh tak ingat dunia. Ni, nak dekat Asar dah ni kamu tahu tak? Pergi ambil wuduk sekarang. ”
“Buat apa nak ingat dunia? Ingat akhirat lagi bagus. Tenang sikit hati ni. ” rungut Sumayyah. “Tahu pun kamu. Dah tu, tercegat lagi kat situ dah kenapa? Nak hati tenang, solat awal waktu. Dah pergi. ” halau Puan Salmah sebelum dia keluar dari bilik anak daranya. Sumayyah mencebik sedikit. Mujur uminya sudah keluar, kalau tak mahu bibirnya ditarik.
Dia melangkah menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk apabila azan Asar sudah berkumandang di masjid.
GELAK TAWA mereka terhenti tatkala pintu office Aisy Rafael dibuka dari luar.
“Apa?! ” soal Aisy Rafael tidak senang. Geram masanya dengan Raiya diganggu.
“Sir, Dato' Osman dah menunggu di bilik meeting. ” beritahu Azlan Zulfahmi. Ekor matanya sempat menjeling Raiya yang elok duduk di atas meja majikannya. Tch. Menyampah betul!
“Fine. Kau keluar dulu. ” blazer dan tali lehernya dibetulkan sedikit setelah personal assistant nya keluar. Wajah masam Raiya dipandang. Senyuman nipis diukir buat gadis itu.
“Sayang abang, kejap eh. Abang ada meeting dengan klien. Nanti dah siap kita spend time balik eh? ” pujuknya. Raiya geleng dengan bibir dicebikkan. “Abang cakap abang free hari ni. Kenapa tiba-tiba ada meeting pula? Abang memang tak sayang Raiya lagi, kan? ”
“Apa pula? Bila masa abang cakap macam tu? Rai ni selalu fikir yang bukan-bukan. Abang sayang Rai tau. Cuma Rai seorang saja. ” Aisy Rafael cuba memujuk lagi. Takut Raiya akan kecil hati kalau dibiarkan saja begini.
“Tak nak. Abang dah janji dengan Rai, abang cancel lah meeting tu, please ... Rai nak spend time dengan abang untuk hari ni je, bolehlah... ” rayu Raiya sungguh-sungguh. Wajah Aisy Rafael ditekap menggunakan kedua-dua tangannya. Mata dikedip-kedipkan. Lagaknya seperti kanak-kanak merayu pada ibu bapanya.
Aisy Rafael menghela nafas berat. Nampaknya terpaksalah dia lepaskan projek bernilai ratusan ribu itu demi melihat gadisnya tersenyum semula. Dato' Osman itu bukanlah orang yang sabar. Jika sudah tawar hati maknanya takkan ada lagi peluang kedua.
“Baik. ” Aisy Rafael berjalan ke arah muka pintu di mana dia pasti personal assistant nya sedang menunggunya.
Sementara di luar, Azlan Zulfahmi sudah membuat mimik muka hendak termuntah. Matanya dijulingkan ke atas. Mendengar pujuk rayu Raiya buatkan dia pula rasa geli. Rasa macam tengah berada tepi tong sampah pun ada.
“Minah gedik tak sedar diri, bukan hal kau pun. Hal bos, sukahati dia lah. Yang kau nak halang-halang tu dah kenapa? Nanti kalau bos kau bankrup kau juga yang cari lain. Bos ni pun satu, yang pergi ikut cakap minah tak cukup kain tu buat apa? Lebih baik cari kak ponti yang duduk kat pokok pisang tu, lagi bagus. Tutup aurat sikit. Ini nak juga cari yang macam bungkus nangka. Kang tergolek, terkoyak, tak ke malu tu? ”
“Ehem! ”
Kaku terus Azlan di sana.
“Amboi ... sedap kau mengata Raiya. Apa kau cakap tadi? Ponti? Nangka? Dah bersedia ke untuk dibuang kerja? Aku okay saja. Biar perempuan yang kau kutuk tu ambil jawatan kau. ” tembak Aisy Rafael yang sedari tadi mendengar setiap bebelan pembantunya.
Azlan Zulfahmi tersengih. “Mana ada bos. Saya gurau je. Bos jangan ambil hati eh. Er ... minah yang saya sebut tu sebenarnya mak nyah yang jual karipap tepi jalan tu. Ala ... yang half tu. Dah lah half, lepastu tak reti nak tutup aurat lagi tu. Berdosa dipandang ajnabi... ”
Aisy Rafael senyum nipis. “Kau ingat aku percaya cerita bodoh kau? ”
Fuh, sabar, sabar. Bercakap dengan manusia ni memerlukan kesabaran yang cukup tinggi. Jangan sampai masuk berita pekerja tumbuk bos pula nanti.
“Sorry lah bos. Er ... jomlah, kita dah lewat dah ni. Nanti Dato' Osman tertunggu-tunggu pula. ”
“Cancel the meeting. ” ucap Rafael ringkas. “K-Kenapa? Bos, projek tu projek besar, kan? Rugi kalau tolak. ” ujar Azlan tidak berpuas hati. “Keputusan aku muktamad. Jangan bantah kalau masih nak kerja dengan aku. ” pintu office ditutup sebelum sempat Azlan membalas apa-apa.
Dia mengeluh kasar. Nak tak nak terpaksalah dia ikut arahan Rafael. Urgh, benci betullah! Kalaulah dia ni perempuan, memang dah lama dia tarik-tarik rambut minah tu sampai botak! Suka sangat nak arah-arah orang, ingat dia tu bos, lah?! Tch.
Share this novel