DARI tadi Afzal Reyhan dapat perhatikan tingkah laku isterinya yang agak lain dari hari-hari biasa. Dah kenapa pulak bini aku ni?
“Sayang... " panggil Afzal Reyhan lembut.
“Hmm. " hanya itu yang diucapkan oleh Arwa Sumayyah sejak pagi tadi.
“Sayang ... abang ada buat salah lagi ke? Kenapa sayang macam merajuk dengan abang? Bagitahulah abang, hmm? " pujuk Afzal Reyhan dengan intonasi lembut. Dia memandang tepi wajah isterinya.
Arwa Sumayyah menjeling ke sebelah, tepat ke arah Afzal Reyhan. Hendak diluah, takut dikata mengada. Hendak diam, disoal pula. Akhirnya dia mengeluh kecil.
“Abang ... bo-boleh tak kalau a-abang tak payah per-pergi ke sana? Na-Nanti Su rindu kalau abang tiada ... siapa nak teman Su tidur? Nak dengar Su marah, nak kacau Su... "
Afzal Reyhan ketawa kecil. Ya Allah bidadari kesayangan ku ini. Disangkakan masalah besar, ternyata hanya tentang bantuan perubatan yang akan dihantar ke beberapa buah negara. Sesiapa yang ingin menjadi sukarelawan memang dialu-alukan untuk ikut. Afzal Reyhan yang mendengar hal itu terus sahaja setuju kerana dia ingin membantu lebih ramai manusia di luar sana.
“Abang ... isy, abang ni. Orang tengah membebel dia boleh pulak termenung, tak suka lah macam ni... " suara Sumayyah menyentakkan Afzal Reyhan sedikit. Lantas dia memandang Sumayyah yang sudah tercebik-cebik bibirnya itu. Comel!
“Maaflah, abang tak sengaja. Lagipun masa tu memang abang teruja sangat sampai lupa abang ada isteri di rumah, " Afzal Reyhan tersengih sambil menggaru kepala membuatkan muncung itik Sumayyah makin kedepan.
CUP!
“Abang! "
Afzal Reyhan sengih bagai orang tak bersalah. “What? Siapa suruh buat muncung macam nak kena kiss, kan dah kena. "
“Mana ada ... eee ... abang ni! " Sumayyah sudah bercekak pinggang memandang Afzal Reyhan. Kecik besar kecik besar saja dia pandang suaminya itu.
“Sayang... " Reyhan membawa wajah Sumayyah dekat dengannya. Riak wajahnya kelihatan serius.
“Boleh tak, sepanjang ketiadaan abang nanti, abang nak Su berjanji, "
“Janji apa? " soal Sumayyah. “Janji jangan biarkan sesiapa pun dekati Su. Jangan keluar rumah kecuali perlu. Kunci semua tingkap dan pintu. Telefon mesti sentiasa ada dengan Su, kalau jadi apa-apa Su boleh minta tolong. Okay? " soal Afzal Reyhan.
Sumayyah angguk.
“That's my wife. " dahi Sumayyah dikucup lama. Sumayyah tersenyum kecil. Dia akan rindukan Afzal Reyhan apabila lelaki itu keluar membuat kerja-kerja amal.
“Abang, fi amanillah. " (Semoga Allah Melindungi Anda) bisik Sumayyah. Lelaki itu tersenyum senang.
SUMAYYAH bersiap ala kadar kerana dia ingin membeli sedikit barangan dapur. Suaminya, Afzal Reyhan telahpun pergi berkhidmat di negara orang untuk tempoh yang dia sendiri pun tidak pasti sampai bila.
Sedang dia berjalan ke arah kedai runcit, matanya terlihat akan susuk tubuh sedang duduk bersandar pada tiang lampu tidak jauh darinya. Entah apa yang merasuki dirinya untuk berjalan ke arah figura tersebut.
“A-Assalamu'alaikum encik. E-Encik kenapa tidur di sini? E-Encik ada masalah ke? " soal Sumayyah hati-hati.
Lelaki itu sekadar mendiamkan diri. Dia menunduk ke bawah dengan rambut serabai.
Sumayyah dapat melihat beberapa botol arak di sebelah lelaki itu. Matanya membesar. Segera, kakinya melangkah beberapa tapak ke belakang.
Serentak dengan itu, lelaki tadi mengangkat wajahnya dan tersenyum nakal ke arah Sumayyah. Dia bangun dan berjalan ke arah wanita yang memandangnya takut itu.
“E-Encik... "
“Yes, sweetheart? " dia senyum sinis.
Gulp!
Sontak Sumayyah buka langkah seribu menuju ke rumahnya. Lelaki itu terus mengejar Sumayyah dengan kaki panjangnya.
Ya Allah, tolonglah aku. Sumayyah berdoa sambil dia berlari memanjat anak tangga itu dengan pantas ke rumah miliknya.
Sampai sahaja di hadapan pintu, menggigil tangannya cuba membuka mangga pintu itu.
“Mana kau nak lari, hah?! " suara itu menyentakkan Sumayyah. Lelaki itu pasti berada berdekatan walaupun susuk tubuh itu tidak kelihatan. Makin laju jantungnya bekerja. Setelah pintu dibuka, segera dia masuk ke dalam.
“Dapat kau! "
“Argh! " terkejut dia apabila satu tangan besar mencengkam lengannya kuat. Terus tubuhnya terasa ditolak ke atas sofa.
“Ya Allah encik, le-lepaskan saya... " rayu Sumayyah. Dia memandang lelaki di hadapannya itu. Gayanya agak tidak terurus dengan rambut serabai. Wajahnya seperti menahan amarah yang amat.
“Nahas kau perempuan, jadi lauk aku malam ni. " suara gemersik itu memberikan getaran yang hebat pada tubuh Sumayyah. Bau arak itu melemaskan hidungnya.
Lantas tudung Sumayyah dicabut kasar menampakkan makhota miliknya.
“Astagfirullah encik, lepaskan saya! Jangan buat saya macam ni, tolonglah encik... " dia tidak rela auratnya dipertontonkan pada yang bukan mahramnya.
PAP!
“Kau diam boleh tak perempuan?! Menyemakkan kepala otak aku je lah dengar kau punya rayuan tu! Semak tahu tak?! " tangan Sumayyah diikat menggunakan tudung tadi.
Kepala Sumayyah sedikit pening menerima tamparan kuat itu namun dengan segera dia menyedarkan dirinya. Satu kaki dinaikkan dan menendang lelaki itu di perutnya.
“Argh, sial punya perempuan! "
Sumayyah menggunakan kesempatan ini dan berlari ke luar rumah. Namun, belum pun sempat kaki dia sampai di pintu, rambutnya ditarik kuat dan dahinya dihantuk pada dinding beberapa kali.
“Allah! " kepalanya terasa pening yang amat. Pandangannya berbalam sebelum dia pengsan di sana dengan darah mengalir dari dahinya.
Lelaki itu senyum puas. Pintu rumah ditutup sebelum wanita itu menjadi mangsa kerakusan lelaki misteri pada malam itu.
Share this novel