Bab 23

Drama Completed 23379

“Sa-Sayang... " Reyhan sedaya-upaya bangun dengan darah yang masih mengalir dari hidungnya. Dia melihat Sumayyah yang kaku dalam pelukan Aisy Rafael.

Sumayyah yang seakan-akan baru tersedar terus sahaja menolak tubuh Rafael kuat dan bersembunyi di belakang suaminya.

“Abang nak apa lagi dari kami?! Tak cukupkah abang dah seksa adik ipar abang ni, hah?! " soal Afzal Reyhan dengan nafas yang tertahan-tahan. Ingin saja dia menamatkan riwayat lelaki yang telah menyentuh isterinya tanpa rela namun dia harus bersabar. Dia tidak boleh memenangkan emosi ketika ini kerana itulah apa yang syaitan mahukan. Pembunuhan antara umat manusia.

Aisy Rafael tersenyum sinis.

“Aku hanya mahukan jawapan dari bibir cantik itu. Apa kata kau, sweetheart? "

Sumayyah menggemam bibirnya. Wajahnya disorokkan pada dada suaminya. Dia takut.

“Abang jangan sentuh isteri Rey lagi, dia hak Afzal Reyhan dan bukannya Aisy Rafael! " ujar Reyhan tegas. Rafael ketawa puas. Barangkali lucu mendengar ayat yang dituturkan oleh adiknya.

“Kau pastikah kau masih ada hak ke atas dirinya? Bukankah aku sudah mencabuli maruahnya. Bukankah aku sudah menyentuhnya? "

Rafael tertawa lagi.

“Kau ni suami yang bodoh, kau tahu tak? Dah berapa bulan kau kahwin tapi tak pernah sentuh isteri kau? Aku tak sangka, isteri kau masih dalam keadaan dara pada malam tu. Tapikan, aku juga rasa bertuah kerana dapat merasa sesuatu yang segar. Sudah lama aku tidak ‘bersama' dengan anak dara... "

Ucapan itu membuatkan darah Reyhan menggelegak panas. Dia mara ke depan dan menumbuk wajah itu sekuat hatinya.

“Mampus kau lelaki setan! " bertubi-tubi tumbukan dilepaskan namun Rafael masih lagi ketawa. Seolah-olah tidak terkesan dengan tumbukan itu walaupun wajahnya sudah basah dengan darah.

“Abang! " Sumayyah menarik Reyhan ke belakang. Ditenangkan suaminya yang sudah dikuasai amarah itu.

“Istighfar abang, jangan benarkan syaitan kuasai fikiran abang. " pesan Sumayyah. Dia mengusap lembut belakang Reyhan buatkan lelaki itu mula mengatur nafasnya semula.

Aisy Rafael bangun dengan berhati-hati. Wajahnya sakit namun hatinya puas melihat Afzal Reyhan yang sedang menahan marah itu.

“Sweetheart, ingat eh, lima hari dari sekarang, abang nakkan jawapan dari mulut awak. Leave him alone and marry me. Or both of you gonna regret it... " dia senyum jahat sebelum berlalu dari sana.

Afzal Reyhan menggepal penumbuk. Argh ... Aisy Rafael, kau memang cari nahas!

MALAM ITU, suasana hening ketika di meja makan. Masing-masing menunduk memandang makanan yang terhidang.

Afzal Reyhan menghembus nafas. Dia memandang Sumayyah yang masih menunduk itu. Dapat dia lihat hidung Sumayyah merah. Mungkin kesan daripada menangis tadi.

“Su. " tangan Sumayyah digenggam lembut. Perlahan-lahan Sumayyah angkat wajahnya, memandang Afzal Reyhan dengan riak wajah sugul. Hanya senyuman nipis yang dilemparkan wanita itu.

“Su, abang nak cakap sikit dengan Su. Sayang tak kisah, kan? " soal Afzal Reyhan penuh hati-hati.

Sumayyah menggemam bibirnya. Menahan dari mengeluarkan sebarang air mata. Hatinya sakit, fikirannya bercelaru. Kata-kata Aisy Rafael sedikit sebanyak mengganggu dirinya. Benarkah apa yang lelaki itu kata, atau hanya sekadar omongan kosong?

“Sayang ... sayang tak payah dengar cakap dia, okay? Dia saja nak takutkan sayang. Lagipun abang ada dengan sayang, dia pasti takkan berani kacau sayang punyalah. " Afzal Reyhan memberi jaminan kepada isterinya.

Sumayyah mengeluh. “Abang, boleh tak kita balik kampung? Su nak tenangkan fikiran di sana. Su nak jauh dari dia, please? "

Afzal Reyhan senyum nipis seraya mengangguk. “Boleh sayang, nanti abang bawa sayang balik kampung. "

“KAU nak buat apa kat sini, Rey? " soal Zachary hairan. Lepas sahaja menghantar Sumayyah ke kampung, Afzal Reyhan terus mengajaknya ke rumah Aisy Rafael.

“Buat perhitungan dengan seseorang. " Afzal Reyhan keluar dari kereta Zachary dan berhenti betul-betul di hadapan rumah agam milik abangnya. Nafas ditarik sedalamnya. Dia pernah berjanji untuk tidak jejakkan kaki lagi ke rumah ini, namun hari ini dia terpacak lagi di sini. Semuanya kerana ulah abangnya!

TOK! TOK! TOK!

Pintu dibuka dari dalam. Terus sahaja matanya dijamu dengan senyuman sinis abangnya.

“Ah, what makes you come here today? Dah buat keputusan? "

“Kau jangan nak kacau isteri aku, bang. Dia milik aku dan aku takkan lepaskan dia pada lelaki keji macam kau! " jari telunjuknya dituding tepat pada wajah Aisy Rafael. Namun lelaki itu hanya bersahaja. Dia ketawa mengejek.

“Oh please, kau ingat aku hadap sangat ayat kau. Petik jari je, aku boleh dapatkan isteri kau tu, " ujar Aisy Rafael angkuh.

“Jadi, mana sweetheart aku tu? I want to hear her answer right now. " matanya melilau mencari kelibat isteri Afzal Reyhan.

BUK!

“Argh, what the- " dia memegang rahangnya yang ditumbuk adiknya.

“Kau jangan cabar kesabaran aku, bang. Sebelum aku report kau ke balai, baik kau jangan kacau isteri aku. Dia hak aku, bukan kau! " rambut Aisy Rafael ditarik kasar mendongak ke arahnya.

Rafael senyum sinis.

“Don't look down on me, Reyhan. Aku boleh buat isteri kau melutut depan aku suatu hari nanti. Masa tu, aku akan pastikan kau tiada pilihan selain serahkan isteri kau pada aku. "

Rahang Afzal Reyhan bergerak-gerak.

“Rey, " bahu Afzal Reyhan ditepuk dari belakang. Lelaki itu menoleh.

Zachary.

“Let him go, Rey. He's insane. " ujar Zachary tenang. Setenang wajahnya namun mata itu nampak ... marah?

Sebaik sahaja Afzal Reyhan bergerak ke belakang, dengan tidak semena-mena satu tendangan diberikan pada wajah Rafael daripada Zachary.

Membulat mata Afzal Reyhan. Did he just...

“Argh, kau apahal bodoh?! " jerkah Aisy Rafael. Mana taknya orang yang dia tak kenal sesuka hati saja tendang dia. Dendam kesumat ke?

“That's for Emilia, I knew you know that name, won't you? " sinis Zachary sebelum menyeret Afzal Reyhan keluar dari sana, meninggalkan Aisy Rafael yang terpinga-pinga di pintu rumah itu.

“Z-Zac? " Afzal Reyhan memandang Zachary yang serius memandu itu. Apa kaitan Zachary dengan abangnya? Dia ada tertinggal bas ke? Kenapa Zachary nampak marah sangat?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience