TERGAMAM. TERKEJUT. Tidak sangka dengan pengakuan berani daripada Arwa Sumayyah. Gadis itu betul-betul ke sudah sedia?
“Betul ke ni, Su? Kau tak main-main, kan? Aku bukan apa, aku tak nak paksa kalau kau belum sedia. ” ujar Afzal Reyhan. “Tak. Eh, I mean, yes. I mean, no. I mean, isy. ” Sumayyah termalu sendiri mendengar jawapannya. Afzal Reyhan ketawa kecil.
“I'll take that as a yes. ”
Sumayyah tersenyum lega. “Syukran jazilan, Han. Aku tutup dulu, Assalamualaikum. ”
“Waalaikumsalam warrahmatullah. ” balasan salam itu menandakan perbualan mereka tamat di situ sahaja. Baik Afzal Reyhan atau Arwa Sumayyah, kedua-duanya membuat sujud syukur. 'Ya Allah, seandainya dia memang jodoh yang telah ditulis dalam Luh Mahfuz untukku, Kau peliharalah kami, permudahkanlah urusan kami dalam membina masjid yang utuh lagi penuh berkah'. Doa mereka dalam hati.
Afzal Reyhan bangun dari sujudnya. Kot doktornya dibetulkan sedikit. Mujurlah dia berada di tempat yang agak lenggang, jadinya tidak ramai yang lalu-lalang. Kurang sikit malunya kerana tiba-tiba bersujud di sana.
“Alhamdulillah ya Allah, Kau makbulkan doa ku. ”
TAP!
“Allahuakbar! ” Afzal Reyhan terus sahaja berpaling ke belakang setelah ada sesuatu menepuk pundaknya.
Kelihatan rakan sekerjanya, Zachary Xavier berada di belakangnya bersama sengihan.
“Terkejut aku. Ingatkan siapa tadi. ” ujar Afzal Reyhan sedikit geram.
“I'm sorry. I thought you get lost or something. By the way, what are you doing? With whom did you talked just now? ” soal Zachary ingin tahu. “My ... my future wife. ” balas Afzal Reyhan. Argh ... kenapa dia pula rasa malu nak menuturkan perkataan future wife? Mungkin sebab dia tidak biasa.
“Future wife?! Dude, I don't know you have fiancee'. Care to tell about this lucky girl? ” usik Zachary dengan sebelah kening dinaikkan. “Nah ... maybe later. Let's go, nanti pesakit tertunggu-tunggu pula. ” dalih Afzal Reyhan.
“Fine ... you owe me one, doctor Reyhan. ” Zachary mengalah. Dia berjalan beriringan dengan Afzal Reyhan menuruni anak tangga.
MALAM ITU, Afzal Reyhan pulang ke rumah dengan wajah penat. Ramai betul pesakitnya hari ini, tak menang tangan dibuatnya. Tapi, Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan tanpa ada masalah.
Afzal Reyhan tiba-tiba berhenti tatkala rongga hidungnya menangkap satu bau yang asing bagi dirinya. Dia tidak pernah menghidu bau ini sebelum ni. Perlahan-lahan dia berjalan ke ruang tamu. Hanya untuk melihat Aisy Rafael bersama seorang perempuan yang cukup dia kenal.
“Astagfirullahal'adzim! ”
Terhenti terus perbuatan mereka berdua apabila mendengar suara seseorang.
“Abang Raf, apa abang buat ni?! Abang tak takut dosa ke, bang?! ” Afzal Reyhan meluru ke arah abangnya dan menepis botol arak itu hingga jatuh berkecai di lantai.
“Kau apahal?! ” tubuh badan Afzal Reyhan ditolak kuat. Berang dia melihat adiknya dengan selamba membuang air kesukaannya. Sudahlah benda tu mahal, ingat dia beli pakai daun ke, hah?!
“Abang tu yang kenapa! Abang tahu arak tu haram, kan? Kenapa abang masih minum?! Abang nak bunuh diri sendiri ke?! Abang nak buat Allah bertambah murka dengan abang?! ”
Aisy Rafael mengusutkan rambutnya. Stres! Stres! Stres!
“Hey, kau diamlah! Tak payah nak cakap pasal halal haram dengan aku! Aku tahu apa aku buat! Kau tu patutnya jaga mulut kau kalau nak tinggal lama di rumah ni! ” bentaknya kasar. Afzal Reyhan menggeleng. “Tak, Rey takkan duduk sebumbung dengan abang kalau perangai abang masih macam ni! Bertaubatlah abang selagi pintu taubat masih terbuka. Jangan jadi orang yang Islam hanya atas kertas saja! Dunia ini sementara, jadi kenapa harus mengejar benda yang bersifat sementara daripada mengejar sesuatu yang kekal macam dunia akhirat? ”
“Eh, kau boleh tak sekali dalam hidup kau jangan menyemakkan kepala abang kau? Kau ni bodoh ke? Otak kau letak kat mana? Kau langsung tak hiraukan perasaan abang kau yang sudi tumpangkan kau di sini. Yang kau tahu hanya cakap fasal agama saja 24 jam! Rimas tahu tak! Pemikiran kolot kau tu patutnya kau tinggalkan saja di kampung, jangan nak bawa ke bandar ni! ” bidas Raiya geram. Sudahlah date mereka malam ni terganggu, Afzal Reyhan pula tak sudah-sudah menyakitkan hati mereka. Asyik cakap fasal agama, agama, agama!
“Siapa yang bodoh? Saya atau cik? Cik tahu kan hukum lelaki dan perempuan berdua-duaan di tempat yang sunyi? Boleh jatuh fitnah bagi orang yang tengok tahu tak. Jadi, sebelum saya kahwinkan cik dengan abang saya, lebih baik cik pergi sekarang. Ini urusan saya dengan abang saya. Cik pun patut bertaubat juga. Jangan junjung ego tu, kelak cik sendiri juga yang akan menyesal. ” sempat dia menitipkan nasihat buat Raiya namun gadis itu hanya beriak acuh tak acuh sahaja. Malas mahu ambil peduli apalagi mahu mendengar, bagus dia pekakkan telinga saja.
“Kau jangan nak libatkan Raiya sekali, urusan kau hanya dengan aku. ” ujar Aisy Rafael dengan mata yang mencerlung tajam memandang Afzal Reyhan namun lelaki itu sedikit pun tidak gentar. Dia turut membalas renungan abangnya.
“Abang, Rai pergi dulu lah. Nanti dah selesai call sayang eh. ” bisik Raiya dengan gemersiknya di hujung ayat. Sempat dia menjeling tajam ke arah Afzal Reyhan sebelum keluar dari rumah Aisy Rafael. Sengaja dia berjalan lenggak-lenggok bertujuan untuk menggoda Rafael.
Aisy Rafael tersenyum miang. Manakala Afzal Reyhan buat tak endah. Dia cuba penuhi mindanya dengan beristighfar mengingati Allah Al-Basir, yang Maha Melihat. 'Ya Allah, kuatkanlah kesabaranku dalam menempuh ujian ini'. Doanya.
Setelah Raiya keluar, Aisy Rafael terus mencengkam kolar baju adiknya.
“Kau, sekali lagi kau berceramah depan aku, aku akan pastikan mak dan ayah datang ziarah kubur kau. ”
“Ziarah kubur? Kenapa? Abang nak bunuh adik abang sendiri, macam tu? ” Afzal Reyhan ketawa sinis.
“Buatlah abang. Kalau itu yang buat abang rasa puas. Rey tak takut mati. Hati Rey tenang kerana mengingati yang Rey akan kembali kepada pencipta Rey, pencipta abang, pencipta kita semua, milik-Nya lah segala yang ada di langit dan di bumi, ”
Rahang Aisy Rafael bergerak-gerak. Mata masih setia memanah anak mata adiknya. Rasa marah dan bencinya kepada Afzal Reyhan semakin membuak-buak.
“Tapi sebelum Rey mati, Rey nak abang bertaubat. Kembali ke jalan Allah, masih sempat kalau abang nak belajar balik segala apa yang abang dah tinggalkan dulu. ” tambah Afzal Reyhan masih tidak berputus asa.
“Urgh! ” Aisy Rafael melepakan cengkamannya. “Munafik macam kau tak layak nak buka soal ceramah kat aku, tempat kau tu selayaknya di neraka! ”
“Kata-kata itu satu doa, adakah itu doa abang kepada Rey? Adakah abang rasa doa abang akan dimakbulkan jika Dia tempat kita meminta sesuatu saja abang lupakan?” tembak Afzal Reyhan. Aisy Rafael mati kata.
“Turunkanlah ego abang. Bertaubatlah, ingat Allah, kerana dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram. ” ucap Afzal Reyhan tenang.
“Argh, persentankan semua tu! Hidup aku baik saja tanpa Dia, aku tak perlukan Allah dalam hidup aku! ”
Share this novel