Bab 27

Drama Completed 23379

FLASHBACK

AFZAL REYHAN memandang ke arah Sumayyah yang masih lena diulit mimpi itu, dia melihat jam di dinding, masih awal lagi sebelum azan Subuh berkumandang.

Dahi Sumayyah dikucup penuh kasih sayang. “Abang keluar kejap ya, sayang. Nanti abang balik. ” bisik Afzal Reyhan sebelum keluar. Sempat dia meninggalkan nota kepada ibu mertuanya.

Di dalam kereta, mindanya tidak henti-henti memikirkan mesej yang diterima dari abangnya. Kenapa abangnya nak berjumpa dengan dirinya waktu-waktu macam ni? Apalagi muslihatnya kali ni?

Sebaik tiba di lokasi pertemuan, Afzal Reyhan keluar dari kereta.

“Ada apa kau nak jumpa aku? ” soalnya dingin. Aisy Rafael gelak sinis. “Nothing, cuma nak tunjuk kau benda ni. ” ipad di tangannya disua kepada adiknya. Afzal Reyhan mengambil ipad tersebut dan memainkan rakaman video yang terpapar.

Matanya membulat. I-Ini...

“Kau suka tak? ” soalan dari Aisy Rafael sudah boleh membuatkan darahnya menggelegak.

“Kau dah hilang akal ke, Rafael?! ” menggeletar tangannya melihat orang tua mereka diikat di atas sebuah kerusi dengab keadaan yang sungguh menyayat hati.

“Aku takkan buat semua ni kalau bukan sebab kau, Reyhan. Aku dah suruh kau serahkan isteri kau tapi kau tak nak, jadi terpaksalah aku gunakan jalan ni... ” Aisy Rafael senyum sinis. Seolah-olah tiada rasa bersalah dalam hatinya.

“Aku takkan sesekali serahkan Sumayyah pada kaulah, setan! Dia isteri aku sampai bila-bila! ” tegas Afzal Reyhan.

Aisy Rafael ketawa sinis. “Aku tahu kau akan cakap begitu. ” dia mengeluarkan sebuah alat kawalan jauh yang mempunyai sebuah butang berwarna merah.

“A-Apa kau nak buat tu, Raf? ” soal Afzal Reyhan yang mulai rasa tidak sedap hati. Tidak sedar dia mengundur beberapa tapak ke belakang.

Aisy Rafael.senyum jahat. “Aku bagi kau dua pilihan, Rey. Serahkan Sumayyah pada aku atau orang tua tu akan aku letupkan. ”

“Jangan! ” Afzal Reyhan memandang ipad itu semula. Dia baru perasan akan benda kecil yang berkelip-kelip di bahagian dinding tempat tersebut. Adakah itu betul-betul bom?!

“Satu, dua... ”

Jantungnya berdegup laju apabila Aisy Rafael sudah mula mengira.

“Choose wisely, Reyhan. Kau serahkan Sumayyah pada aku, orang tua tu selamat dan kita berdua dapat apa yang kita inginkan. Kalau tak, kejap lagi berkenduri arwah lah kau... ”

Rahang Afzal Reyhan bergerak-gerak. Dia berada dalam dilemma. Jika dia serahkan Sumayyah, bermakna dia harus memungkiri janjinya pada isterinya.

Pilihan apalagi yang dia ada?

END FLASHBACK

SEDARI tadi dirinya hanya tunduk memandang lantai jubin itu. Perasaannya bercampur-baur ketika ini. Sedih, kecewa, marah, semua ada.

“Sweety, lantai tu lagi menarik ke dari aku? ” suara garau itu menyentakkan Sumayyah buat seketika namun dia hanya membatu di sana. Tidak ingin dia memandang wajah yang telah membawa dia ke lautan yang paling dalam itu.

“Sweety, aku cakap dengan kau ni. Kau jangan nak buat-buat pekak pula, ” ujar Aisy Rafael sedikit bengang. Dari tadi perempuan ni pandang lantai, langsung tak pandang muka dia. Apa dia tak cukup kacak buat wanita itu? Kalau dia tak kacak tiadanya perempuan beratur nak dengan dia. Heh.

“Apa kau nak? ” setelah beberapa saat barulah Sumayyah bersuara.

Aisy Rafael senyum segaris. “Boleh pulak cakap, ingatkan dah bisu lepas menjerit tadi. ”

Sumayyah hanya diam.

“Aku rasa apa yang aku nak dah cukup jelas. Reyhan pun dah ceraikan kau so mudah sikit kerja aku nak jadikan kau milik aku. ” ucap Aisy Rafael dengan nada serius.

“Apa kau dah buat sampaikan suami aku sendiri ceraikan aku? ” Sumayyah beranikan diri menentang anak mata lelaki itu. Hatinya terlampau sakit dengan semua yang berlaku hari ini. Macam-macam kejutan dia terima dan dia masih tidak boleh hadam semuanya sekaligus.

“Correction, ex-husband, sweety. Dia dah ceraikan kau, buat apa kau nak terhegeh-hegeh kat dia lagi? Apa yang dia ada aku tiada, I'm a man with everything, darling. Semua yang kau nak, aku boleh beri. Semua yang kau hajati, aku boleh tunaikan. Kau hanya perlu setuju dengan aku dan semua milik aku akan jadi milik kau juga, ” ucap Aisy Rafael sedikit angkuh membuatkan Sumayyah makin benci dengan lelaki di hadapannya ini.

“Semua harta ni bukan milik kau melainkan milik Allah, Rafael. Semua ni hanya pinjaman sementara sebelum segalanya ditarik semula. ”

Aisy Rafael menjulingkan mata ke atas. Lagi-lagi nak ceramah dia, bosan tau tak!

“Enough with your nonsense, Sumayyah. Semua harta aku ni aku yang punya, bukan siapa-siapa yang beri, aku yang usaha sendiri. Kalau aku asyik berdoa saja belum tentu aku dapat semua ni. Tuhan tak pernah tolong akulah, Sumayyah! ”

“Astagfirullahal'adzim. Kau sedar tak apa kau cakap ni, Rafael? Jangan sesekali mempertikaikan kuasa doa kerana doa adalah senjata terkuat bagi orang-orang mukmin. Tuhan itu selalu ada dengan kita tak kiralah dosa kita sebanyak buih di lautan sekalipun. Kau dah terlalu jauh dari kebenaran, Rafael. Bertaubatlah, ” nasihat Sumayyah dengan tegas.

Aisy Rafael mengusutkan rambutnya. Rimas dia asyik kena ceramah dari Reyhan dengan Sumayyah.

“Aku cuma nak dengar perkataan setuju daripada mulut kau, bukan nak dengar ceramah bodoh kau tu! ”

“Aku takkan setuju dengan apa-apa pun yang kau cakap selagi kau tidak bertaubat minta ampun pada Allah. ” tegas Sumayyah. Wajahnya serius menandakan dia tidak main-main.

“Argh! ” terkejut dia apabila Aisy Rafael mencengkam lehernya kuat.

“Dah cukup baik aku nak kahwin dengan kau daripada aku buat kau macam pelacur. Tapi kau banyak mulut suruh aku buat itulah inilah, kau ingat aku nak sangat ke buat, hah?! Eh, buang masa aku jelah buat semua tu! Apa aku dapat kalau aku buat? Nothing kau tahu tak?! ” jerkah Aisy Rafael.

“Ack... ” Sumayyah sedaya-upaya cuba untuk melepaskan cengkaman Rafael dari lehernya. Terasa hampir habis oksigen dalam badannya.

Aisy Rafael menghempas kasar tubuh Sumayyah ke lantai.

“Argh! ” sakitnya bukan kepalang. Mahu tidak mahu air matanya gugur jua.

“Tell. Me. Your. Answer. Now! ” satu per satu ayatnya ditekan agar wanita itu mengerti bahawa dia tidak main-main.

“Ka-Kalau hubungan kau ... dengan Allah saja ... kau abaikan ... bagaimana pulak nanti ... hubungan kau dengan aku ... Huh? ”

Aisy Rafael menghela nafas kasar. Tak serik-serik lagi rupanya perempuan ni!

Rambut Sumayyah yang berlapik tudung bawal itu ditarik agar mata mereka bertentangan.

“Kau dengar sini perempuan, hubungan aku dengan Tuhan tiada kena-mengena dengan kita. Kalau kau setuju dengan aku, aku akan layan kau dengan baik. Aku akan berikan kau apa yang perempuan lain tak dapat, faham? ”

“Aku tak ingin ... satu sen pun dari kau ... kau hancurkan rumah tangga orang lain ... kau berdosa besar, Rafael. Baik ... kau bertaubat sebelum terlambat, ” ucap Sumayyah sambil menahan sakit di bahagian rambutnya.

Aisy Rafael menatap tajam Sumayyah. “Kau memang nak cabar aku, kan? ” tak tunggu masa tubuh itu dicempung dan dibawa naik ke biliknya.

“Ra-Rafael, le-lepaskan aku! ” otaknya sudah tidak boleh berfikir positif, mindanya kembali teringatkan malam kejadian itu.

Tubuh Sumayyah dibaling ke atas tilam dan dikunci kedua-dua belah tangan itu.

“Kau nak sangat cabar aku, kan? Sekarang kau rasakan akibatnya. ” tudung Sumayyah ditarik kasar, memperlihatkan rambutnya yang panjang.

“Such a pretty woman... ” rambut Sumayyah dibelai dan dihidu.

“Lepaslah, Rafael! K-Kau dah gila ke?! ” Sumayyah meronta-ronta cuba untuk melepaskan diri. Pandangannya mulai kabur dengan air mata. Tidak, dia tidak ingin pisang berbuah dua kali. Dia tidak sanggup, sungguh jijik dirasakan!

“Aku akan jadi gila kalau kau cabar aku, sweetheart. Aku dah bagi kau peluang tapi kau sibuk dengan ceramah bodoh kau tu. Aku tiada pilihan lain selain paksa kau... ” leher Sumayyah menjadi mangsa bibir Aisy Rafael.

“Jangan ... s-sudah, Rafael. ” makin kuat rontaan Sumayyah namun makin kuat juga cengkaman Aisy Rafael.

Aisy Rafael meneroka segenap inci leher Sumayyah hinggalah bibirnya naik ke bahagian rahang dan ke pipi.

“Cukup, Rafael! ” Sumayyah memberhentikan perbuatan Rafael, sedikit sahaja lagi pasti dua ulas bibie itu bercantum..

Aisy Rafael senyum sinis. “Kenapa, sweetheart. Permainan baru saja nak bermula... ”

“Cukup, aku tak sanggup. Please, jangan buat aku macam ni... ” rayu Sumayyah dengan wajah yang basah dengan air mata.

Aisy Rafael mengangkat sebelah keningnya.

Dengan separuh rela dan mata yang tertutup, Sumayyah mengatakannya, “A-Aku setuju, Rafael. A-Aku akan kahwin dengan kau. ”

Share this novel

Mia Zara
2024-04-04 15:34:43 

next episode


NovelPlus Premium

The best ads free experience