Bab 37

Drama Completed 23379

PETANG itu, Aisy Rafael sekadar memerhati Sumayyah yang sedang khusyuk mengerjakan solat maghrib.

Dirinya teragak-agak ingin ikut solat sekali namun dia sudah lupa semua bacaan dalam solat. Terasa dirinya begitu berdosa di hadapan Tuhannya sendiri.

“Aisy? ”

Aisy Rafael tersentak saat Sumayyah memanggil namanya. Ternyata, isterinya itu sudah siap menunaikan solat. Lama sangatkah dia mengelamun tadi?

“Tengah tunggu apa? ” soal Sumayyah hairan. Dia menyimpan peralatan solatnya dan melangkah ke arah Aisy Rafael.

Lelaki itu menggeleng. “Ma-Marilah turun, biar abang temankan sweetheart masak malam ni. ” dia mempelawa diri.

“Betul? ” soal Sumayyah lagi. Tak pernah-pernah suaminya nak menolong dia di dapur. Kena sampuk ke apa ni?

Aisy Rafael menyulamkan jemari mereka dan berjalan beriringan ke dapur.

Bahan-bahan basah dikeluarkan dari peti sejuk. Malam ini, Sumayyah bercadang ingin membuat kari ayam dengan sayur campur goreng. Dia mengarahkan Aisy Rafael memotong sayur-sayuran sementara dia menyediakan bahan-bahan untuk memasak kari ayam.

“Aisy, ” panggil Sumayyah tanpa menoleh ke arah suaminya.

“Hmm? ” Aisy Rafael tekun memotong sayur-sayuran di hadapannya. Pergerakannya yang cekap dan tangkas membuktikan yang dia tidak kekok dalam hal memasak.

“Nak belajar solat dengan aku tak? ”

Terhenti pergerakan Aisy Rafael. Perlahan-lahan dia memusingkan badan ke arah Sumayyah. Macam mana isterinya tahu?

Sumayyah senyum manis. “Tak perlu malu untuk menuntut ilmu. Sebab malu bertanya sesat jalan. Tak salah kau nak bertanya dan belajar balik bab agama. Aku boleh bantu kau mana yang aku mampu. Insya-Allah, kalau kau betul-betul nak belajar, pasti Allah akan mudahkan. ”

Aisy Rafael menunduk. Terasa dirinya kerdil pula di hadapan isterinya.

“I'm sorry. ”

“For what? ” Sumayyah melutut di hadapan suaminya. Dia cuba mencari anak mata Aisy Rafael.

“Sepatutnya aku yang cakap benda tu. Bukan kau, patutnya aku sebagai suami, sebagai ketua keluarga, aku yang patut bimbing kau. Tapi sebaliknya, kau yang kena ajar aku semua tu. I'm not a good husband for you, Su. I'm sorry... ” luah Aisy Rafael kesal. Di mana egonya? Di mana keangkuhannya? Di mana rasa bangga dirinya? Di mana dia yang berkata dia tidak perlukan Tuhannya?

Semuanya hilang!

Yang tinggal kini hanyalah Aisy Rafael yang bertekad ingin berubah demi isterinya. Dia menyesal. Menyesali segala perbuatannya. Menyesali segala percakapannya.

Aisy Rafael tergamam saat tubuhnya dipeluk.

“Shh ... it's okay, Raf. Benda dah lepas biarkan lepas. Tutup buku lama buka buku baru, sebab Allah takkan pandang masa lalu kau melainkan pengakhiran kau. Aku akan tolong kau, jangan risau, okey? ” ucap Sumayyah sambil mengusap belakang tubuh Aisy Rafael.

Sebak dirasakan di dada mendengar ucapan Sumayyah. Tanpa sedar dia membalas pelukan isterinya. Dalam diam dia mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana telah mempertemukan dia dengan Sumayyah walaupun bukan dengan cara yang baik.

SUDAH beberapa minit Sumayyah mencari kelibat suaminya namun tiada. Satu rumah sudah dia teroka tapi batang hidung lelaki itu langsung dia tidak nampak. Ke mana pula Rafael pergi pagi-pagi macam ni? Selalunya lelaki itu akan bersiap untuk pergi kerja.

“Assalamu'alaikum! ”

“Wa'alaikumussalam, balik pun! ” Sumayyah bergegas membukakan pintu. Kelihatan Aisy Rafael terpacak di hadapan pintu rumah dengan keadaan basah lencun selepas berjogging tadi. Singlet hitam yang dipakai lelaki itu basah dan melekap elok di tubuh itu hingga menampakkan lekuk tubuh suaminya.

GULP!

Tidak terasa pipinya sudah merona apabila dijamu dengan pemandangan halal depan mata.

“Sweetheart, ”

“Y-Ya? A-Ada apa? ” soal Sumayyah sedikit terkejut. Matanya cuba dilarikan dari melihat suaminya. Gatal betul kau ni Su. Tapi, menggatal dengan suami sendiri tak salah, kan? Eh, apa benda dia merepek ni?

Sumayyah menggelengkan kepala. Hendak menepis segala pemikiran tidak baik itu. Buat malu dia saja nanti.

Aisy Rafael yang melihat berkerut hairan. Dah kenapa isteri dia pagi ni?

Namun hanya seketika apabila terpandangkan pipi berona merah itu. Bibirnya melakar senyuman nakal.

“Sweetheart, fikir apa tu? Jangan macam-macam. Abang tahu apa yang sweetheart fikirkan... ” usik Aisy Rafael membuatkan Sumayyah makin serba tidak kena. Pipinya makin memerah. Bibir digigit lembut.

CUP!

Sumayyah kejung untuk seketika apabila bibir itu menindih bibirnya. Dia cuba untuk menolak namun Aisy Rafael lebih cekap menahan kepalanya dari bergerak.

”Ehem! ”

Suara seseorang menyentakkan mereka berdua. Pantas dua pasang mata itu menoleh.

“R-Reyhan?! ” pantas Sumayyah bersembunyi di belakang Aisy Rafael. Sudahlah dia tidak memakai tudung sekarang. Kenapa Afzal Reyhan ada di sini?

“Masuklah, Rey. ” pelawa Aisy Rafael.

Mencicit Sumayyah berlari ke bilik dan menukar kepada pakaian yang lebih sopan.

Afzal Reyhan kembali menghalakan pandangan ke arah Aisy Rafael sebaik sahaja kelibat Sumayyah hilang. Dia masuk ke dalam rumah abangnya itu.

Setelah beberapa minit, Sumayyah turun ke bawah dan berjalan ke ruang tamu.

“Rey, ” panggilnya.

Afzal Reyhan senyum nipis.

“Erm ... k-kau nak apa-apa tak? A-Aku boleh buatkan. ” ujar Sumayyah sedikit kekok. Dia mencari kelibat suaminya namun lelaki itu bagai punya kuasa teleportasi yang boleh pergi dan hilang bila-bila masa saja.

“Eh, tak perlu susah-susah. Duduklah, aku datang ni pun sebab ada sesuatu nak cakap dengan kau. ” tolak Afzal Reyhan sopan.

Sumayyah duduk bertentangan dengan adik iparnya.

“First thing first, aku ... aku nak minta maaf dengan kau atas apa yang aku dah buat dulu. Aku ... mungkir janji aku, aku tinggalkan kau tanpa alasan, aku biarkan kau dengan Rafael dalam keadaan kau masih bersedih. Aku tahu aku tak berhak dapat kemaafan kau lepas semua yang terjadi, ” dia memulakan bicara.

Sumayyah hanya diam. Dia menantikan bicara Afzal Reyhan yang seterusnya.

“Tentang itu, aku tinggalkan kau depan rumah Rafael sebab aku terpaksa. Dia ... dia ugut nak bunuh ibu bapa aku, ibu bapa dia sendiri. Masa tu aku mengaku aku tak berfikiran panjang, aku terus setuju untuk lepaskan kau sebab aku betul-betul takut dengan apa yang dia mampu buat. Sebaik saja aku hantar kau ke sini, aku mula memandu ke rumah ibu bapa aku dan ceritakan semuanya. Mereka kata mereka selamat dan Aisy Rafael tak pernah datang ke sana langsung. Masa tu, hanya Tuhan yang tahu betapa bersalahnya aku pada kau, betapa bodohnya aku percaya dengan kelicikan Rafael. ” Afzal Reyhan menarik senyuman senget. Terkenang semula apa yang telah Aisy Rafael lakukan dulu.

Sumayyah bermain dengan jemari sendiri. Sukar untuk dia mempercayai cerita lelaki itu.

“Takpelah, Rey. Benda dah lepas. Aku pun dah maafkan kau. Anggap sajalah ini semua ujian buat kita, ” tutur Sumayyah tenang.

Afzal Reyhan senyum kecil. Dia melihat ada seri di wajah Sumayyah. Mungkin wanita ini betul-betul bahagia dengan abangnya. Alhamdulillah.

TOK! TOK! TOK!

Dahi Sumayyah berkerut nipis. Siapa pula yang datang awal pagi macam ni?

Dia berjalan ke pintu utama dan membukanya. Tersembul wajah seorang gadis sebaya dirinya. Kaca mata hitam ditarik ke atas. Gadis itu melihat Sumayyah atas bawah.

“Who are you? ” soal gadis itu meluat.

“Erm, sepatutnya saya yang kena tanya awak, awak ni siapa? Apa awak buat di sini? ” soal Sumayyah pula.

Gadis itu ketawa sinis. “Oh, I get it. You ni mesti maid dia, kan? Tengok pakaian pun dah tahu. By the way, I'm Raiya, girlfriend Aisy Rafael. ”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience