“ABANG... "
Sumayyah terus sahaja memeluk suaminya sebaik sahaja Afzal Reyhan masuk ke dalam rumah.
“Hai sayang, rindu abang ke? " ujar Afzal Reyhan sedikit mengusik. Sumayyah memuncungkan bibirnya namun pelukan tetap tidak dilepaskan. Wajahnya disembamkan pada dada Afzal Reyhan.
Reyhan ketawa geli hati melihat keletah isterinya. Dia mengusap rambut panjang Sumayyah.
“Su, kalau ya pun bagilah suami kamu tu duduk dulu. Kesian dia drive jauh-jauh. Mesti dia penat, " sampuk Puan Salmah. Tergeleng-geleng kepala dia melihat Sumayyah yang terlebih manja itu.
“Takpelah mak, Rey tak kisah. Biasalah Su ni, memang manja sikit- aduh! "
“Su... " Puan Salmah menjegilkan mata ke arah Sumayyah namun Sumayyah buat tak endah. Tiada rasa bersalah selepas menghadiahkan kepit ketam pada perut Afzal Reyhan.
“Umi, Su bawa abang Reyhan masuk bilik dulu eh, " dia menyambar lengan suaminya dan berlalu ke bilik tanpa mendengar jawapan daripada uminya terlebih dahulu.
Masuk sahaja di dalam bilik, terus Sumayyah duduk bersandar pada daun pintu.
“Sayang... " Reyhan merapati isterinya. Bahu Sumayyah dipegang lembut.
“Abang, abang rasa apa perasaan umi kalau dia tahu anak dia dah tiada dara disebabkan ulah orang lain, bukannya suami sendiri? " soal Sumayyah tiba-tiba. Reyhan hilang kata. Dia menghela nafas panjang.
“Sayang tak bagitahu umi eh fasal ni? "
Sumayyah menggeleng. “Su tak nak sesiapa pun risau. Su cuma buntu apa nak buat kalau Su mengandung anak abang Raf dan bukannya abang. "
“Jadi kita harus reda dengan ujian ni dan terima dengan lapang dada. Walaupun itu bukan anak abang tapi abang akan jaga dia macam darah daging abang sendiri. Abang takkan serahkan dia atau sayang pada Rafael. Sayang ada abang, abang ada sayang. Kita berdua kena kuat. Ujian rumah tangga memang berat tapi Insya-Allah kalau kita berserah dan bersangka baik dengan Allah, pasti urusan kita akan dipermudahkan. " jelas Afzal Reyhan tenang.
“Abang sanggup ke jadi kambing hitam? Tanggungjawab untuk kesalahan orang lain? " soal Sumayyah lagi. “Ini bukan soal kambing hitam atau tanggungjawab, tapi soal kasih sayang. Tipulah kalau abang cakap abang tak sedih, kecewa tapi abang lagi sedih kalau tengok sayang macam ni. Abang cuba untuk berdamai dengan takdir yang telah ditetapkan ini. Jadi abang nak sayang kuat hadapi semua ni, abang akan selalu ada di sisi sayang, okey? " Afzal Reyhan memberi jaminan lagi kepada isterinya.
Sumayyah angguk sebelum memeluk suaminya.
“Terima kasih abang, Su beruntung dapat suami macam abang. Abang janji jangan tinggalkan Su tau. "
“Insya-Allah, isteriku Arwa Sumayyah. "
IRIS berwarna coklat gelap itu menatap lama ke arah sebuah fail nipis di tangannya. Bibirnya mengoyak senyuman sinis.
Interesting. Tak sangka, selepas beberapa tahun kau masih tak berubah lagi.
“What's next, boss? Should we kidnap her?"
“Let them be. Just keep an eye on them. Aku nak segala gerak-geri diorang kau report kat aku setiap satu jam, faham? "
Dia mengangguk faham sebelum keluar dari tempat pertemuan mereka.
Figura bermata coklat itu masih lagi menatap fail di tangannya. Sebatang rokok dinyalakan dan disedut sepuasnya. Dia perlukan ketenangan. Tidak sedar dia mengepal penumbuk kuat dan menghentak meja di hadapannya itu sehingga retak.
Dia merengus kasar. Bodoh!
Sekeping gambar diambil dan ditatapnya lama. Mata garang itu berubah sayu. Wajah di dalam gambar itu diusap penuh kasih sayang. Apa dunia ini dah buat pada kau sampai kau harus bertindak sebegitu rupa?
Kejam!
Orang jahat harus dihapuskan dari muka bumi ini. Mereka harus lenyap! Barulah dunia ini akan aman, barulah tiada perosak dalam kalangan manusia ini lagi.
Bersukarialah kau sementara masa masih ada sebelum aku buat kau merasa apa itu kematian sebelum masanya.
Dia ketawa jahat. Jika sudah berhutang, harus dilangsaikan. Bukankah begitu?
AIR kencing syaitan itu diteguk sepuasnya, melepaskan tekanan yang dirasakan sejak kebelakangan ini. Kerongkongnya terasa perit namun kenyamanan itulah yang dirasainya.
“Tak guna kau, Reyhan. Mana kau sembunyikan sweetheart aku?! " botol kaca yang kosong itu dibaling ke dinding hingga pecah bertaburan di atas lantai. Nafasnya turun naik. Dicapai lagi sebiji botol dan dihumban ke dinding yang sama. Kaca yang bertaburan di atas lantai tidak dihirau langsung. Kepalanya kusut memikirkan keberadaan isteri Reyhan.
“Could it be... " tiba-tiba dia teringatkan akan kampung halamannya. Kebarangkalian untuk Reyhan membawa isterinya ke sana amat besar. Dia senyum sinis. Lagaknya tidak ubah seperti seorang psiko, mindanya tidak pernah lepas dari memikirkan Sumayyah, gadis yang dicabuli kehormatannya tanpa rela.
Sweetheart, tunggu abang datang...
Share this novel