Bab 3

Drama Completed 23379

PELUH yang timbul di dahinya diseka buat kesekian kali. Panas terik matahari tidak langsung menggugat kesabaran seorang gadis yang sedang menanam padi di petak sawah yang luas itu.

“Su, dah habis ke belum?! ” laung seseorang dari kejauhan.

Arwa Sumayyah menoleh bersama senyuman nipis. “Kejap lagi, umi! Su dah nak siap! ”

Setelah menghabiskan sisa-sisa kerjanya, dia melangkah keluar dari petak sawah dan menuju ke arah ibunya. Peralatannya disimpan di tanah sebelum mengambil tempat di sebelah ibunya.

“Su, umi rasa cukuplah untuk hari ni. Dah nak Zohor ni. Esok lagi kita sambung. ” ujar ibunya sambil mengibas-ngibas mukanya menggunakan topi.

“Okaylah. Su pun dah penat ni. Badan pun dah melekit-lekit. ” Sumayyah bangun lalu berjalan pulang bersama ibunya, Puan Salmah.

“Assalamualaikum! ”

“Waalaikumsalam! ” jawab Sumayyah dan ibunya serentak.

“Baru balik kerja? ” soal gerangan itu. “Ya. ” balas Sumayyah pendek. Pandangannya ditundukkan dari melihat gerangan itu kerana gerangan itu bukanlah mahramnya yang hendak ditatap lama-lama.

“Ooh ... Alang-alang tu saya nak ikut sekalilah. Sebab saya pun dalam perjalanan nak ke rumah mak cik. ” ujar pemuda itu sopan. “Boleh. Apa salahnya. Marilah, azan Zohor dah nak berkumandang ni. Nanti bolehlah kita solat berjemaah. ” cadang Puan Salmah.

“Boleh, saya tak kisah. ” balasnya tenang.

“Han, jemputlah minum dulu sebelum kau pulang. ” ajak Sumayyah. Afzal Reyhan tersenyum nipis. Cawan kaca yang terisi air oren itu dihirup dua tiga kali sebelum diletakkan di atas dulang semula.

“Kenapa kau tiba-tiba datang sini? ” soal Sumayyah memulakan perbualan. Afzal Reyhan bukanlah lelaki yang akan datang ke rumah seseorang tanpa tujuan. Lelaki itu tahu batas dan hukum. Jadi, dia syak mesti ada sesuatu kenapa Afzal Reyhan datang ke rumahnya.

Afzal Reyhan menggaru tengkuknya. Tidak tahu harus mula macam mana.

“Aku ... datang sini sebenarnya sebab nak jumpa mak kau. Ada sesuatu aku nak bincang dengan dia. ”

“ Ma haza ? ” ( Apa dia?) soal Sumayyah. “maelumat eanaa. ” (Tentang kita) balas Reyhan.

Sumayyah menjadi bingung. Kenapa dengan kita? Tanpa sedar dia menatap sepasang anak mata milik Afzal Reyhan itu. Cepat-cepat dia melarikan pandangan. Astargfirullahalazim.

Afzal Reyhan tersenyum nipis memandang perlakuan Sumayyah. Gadis yang membesar bersama-sama dengannya dan belajar agama di sekolah pondok yang sama. Kelulusan gadis itu hanya sebatas tingkatan enam manakala dia pula diberikan rezeki lebih dan sampai ke peringkat master. Sekarang masih lagi menunggu tawaran kerja yang sesuai dengan minatnya.

Afzal Reyhan membuang pandangan ke luar. Mahukah gadis itu nanti menerima apa yang dia akan sampaikan sebentar lagi? Masihkah dia berpeluang berjumpa dengan Arwa Sumayyah seandainya perkara ini akan berakhir dengan kesedihan? Segala persoalan itu hanya masa yang boleh menjawabnya. Dia akur dengan ketentuan Ilahi. Baginya, perancangan Allah itu lebih baik bagi insan biasa seperti dirinya.

“Ha, ada apa kamu datang? ” suara Puan Salmah memecahkan lamunan Afzal Reyhan. Dia berpaling melihat Puan Salmah yang duduk bersimpuh di sebelah Sumayyah.

Afzal Reyhan berdehem sedikit bagi menghilangkan gugup. Dia membaca basmalah dalam hati.

“Mak cik, sebenarnya tujuan saya datang ke sini adalah untuk merisik Arwa Sumayyah menjadi isteri saya yang sah. ”

Takut? Sudah tentu. Gugup? Jangan ditanya. Dia dah macam baru kena kejar anjing saja. Jantung berdegup laju dan peluh merintik di dahi.

Puan Salmah dan Sumayyah berpandangan sesama sendiri.

“Han. Betul ke apa yang kamu cakap ni? ” soal Puan Salmah. Reyhan angguk. Dia sudah lama menaruh perasaan pada Sumayyah. Cuma nak tunggu masa yang sesuai untuk dia pinang gadis muda itu. Bercouple? Maaflah, dia masih ada akal untuk membezakan mana halal mana haram. Mana baik mana buruk. Dia tidak sehina itu ingin membawa Sumayyah ke kancah maksiat.

“Han, kenapa tiba-tiba ni? ” soal Sumayyah pula. Dia sendiri terkejut dan tak sangka dengan lamaran ini. Memang keinginannya ingin membina masjid namun dia tidak sangka akan dilamar oleh Afzal Reyhan. Terasa tidak layak pula untuk berdamping dengan lelaki itu.

“Su. Aku tak nak tangguh lagi. Aku dah putuskan untuk lamar kau jadi isteri aku. Aku dah bincang dengan mama dan papa aku. Mereka setuju. Lagipun bukan kita tak mengenali satu sama lain. Dari kecil kot kita sama-sama, ” ujar Reyhan bersungguh-sungguh.

“Aku tahu. Cuma aku tak sangka yang kau akan lamar aku. Bagi aku, kau dah macam abang aku, Han. Jadi, aku tak tahu nak cakap apa. ” ucap Sumayyah. Terasa bersalah pula kerana ayatnya sudah seperti menolak lamaran Afzal Reyhan.

“Aku faham. Takpelah. Aku akan bagi kau masa untuk fikir masak-masak dulu. Bila kau dah sedia, aku akan hantar rombongan. Assalamualaikum. ” Reyhan menyarung selipar miliknya dan berlalu pergi.

Sumayyah hanya menghantar Reyhan melalui pandangan mata. Dia betul-betul terkejut dan perlukan masa untuk fikirkan tentang lamaran itu.

“Waalaikumsalam. ”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience