Bab 39

Drama Completed 23379

SUDAH seharian dia di dalam wad menemani isterinya. Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana keadaan jantung dia tadi apabila pekerjanya memaklumkan bahawa Sumayyah dilanggar kereta.

“Sweety ... bangunlah ... abang rindu sweety... ” luah Aisy Rafael. Tangan Sumayyah yang berada di dalam genggamannya dikucup beberapa kali. Air matanya tidak henti mengalir terkenangkan isterinya dalam keadaan seperti ini.

“Su, bangunlah ... jangan tinggalkan abang, please. I need you beside me. Siapa nak temankan abang tidur malam ni? Siapa nak marah abang kalau abang buat silap lagi? Siapa nak berceramah pada abang lagi? ” luahnya lagi.

Tak lama kemudian, pintu wad itu ditolak dari luar, tersembul wajah risau Afzal Reyhan. Dia melangkah ke arah Aisy Rafael. Bahu abangnya itu ditepuk perlahan bagi memberikan semangat.

“Sabar, Raf. Anggaplah ini ujian buat kau. Jangan putus asa... ” pujuk Afzal Reyhan. Hatinya juga luruh melihat keadaan Sumayyah itu.

“Rey ... ke-kenapa Tuhan kejam dengan aku? Adakah sebab aku ni jahil dulu? Adakah ini kifarah atas perbuatan aku dulu? Tapi kenapa orang-orang yang aku sayang jadi mangsa? Kenapa bukan aku? Tak cukup Tuhan ambil anak kami, sekarang Dia nak ambil isteri aku juga ke? ” soal Aisy Rafael bertubi-tubi. Air matanya mengalir deras. Dia menyesal tidak bersikap tegas dengan Sumayyah tadi. Kalaulah dia ada bersama dengan isterinya, pasti mereka tidak akan berada di sini dan anak mereka masih hidup.

“Istighfar, Aisy Rafael. Tuhan itu tidak kejam. Tuhan uji kau, sebab Dia tahu kau mampu lalui semua ni. Sebab Dia mahu kau kembali kepada Dia. Tuhan uji, sebab Dia sayang. Allah ingin menghapus segala dosa-dosa kau, Dia ingin menaikkan darjat kau, sebab itulah Dia uji kau dengan semua ni. Perbanyakanlah sabar dan berdoa, Raf. Insya-Allah Su tidak akan apa-apa. Dia pun pasti akan risau kalau tengok kau macam ni. ” terang Afzal Reyhan. Dia melangkah keluar dari wad untuk memeriksa pesakit-pesakit lain.

AISY Rafael terjaga dari tidurnya. Lehernya yang terasa lenguh dipegang. Inilah akibat tidur duduk.

Dia melihat Sumayyah yang masih lagi tidak sedarkan diri itu. Bibirnya melorek senyuman hambar. Cepat sembuh, Su. Abang akan ada di sisi sweetheart abang ni.

Dia melihat jam di telefon. Masih awal lagi, baru pukul 3 pagi.

Aisy Rafael bangkit dari kerusi. Bibirnya melabuhkan ciuman di dahi Sumayyah yang berbalut itu sebelum bergerak ke tandas untuk mengambil wuduk. Dia ingin solat Tahajud dan solat Taubat.

Keluar sahaja dari tandas, dia mengambil selimut untuk dijadikan sejadah sebelum dihamparkan menghadap arah kiblat.

Aisy Rafael menutup matanya, cuba untuk mengingat kembali segala apa yang Sumayyah ajar kepadanya. Akhirnya, buat pertama kali sejak dia keluar dari kampungnya, dia mengangkat takbiratulihram.

“Allahuakbar... ”

Dia ingin memperbetulkan hidupnya. Hidupnya yang dahulu kelam dan penuh dengan dosa. Hidup yang tiada arah tujuan dan hanya berlandaskan nafsu semata-mata. Hidup yang pastinya akan menghumban jasadnya ke dalam neraka.

Benarlah apa yang diperkatakan, iman itu tidak dapat diwarisi. Tidak kiralah ayahnya seorang yang alim dan warak sekalipun, belum tentu menjanjikan anak itu akan menjadi seperti ayahnya. Iman itu harus dibentuk dari dalam diri dengan cara kembali kepada Allah.

Selesai sahaja solat, Aisy Rafael mengangkat tangan memohon doa kepada Allah.

“Ya Allah, a-aku tahu aku berdosa pada-Mu. Aku melupai diri-Mu sedang kau selalu mengingati hamba-hamba-Mu. Aku menyesal Ya Allah. Aku menyesal dengan segala dosa-dosa yang pernah aku buat. Aku memohon kepada-Mu agar isteriku segera sembuh. A-Aku terima dengan hati yang reda dan ikhlas akan ujian yang Engkau berikan Ya Allah. Aku bertaubat kepada-Mu Ya Allah.Ya Allah, aku adalah hamba-Mu, aku datang dari-Mu dan kepada-Mu aku kembali, ” ucap Aisy Rafael tulus dari hati sebelum dia mengaminkan doa tersebut. Dia menangis semahu-mahunya di atas sejadah tersebut sambil bersujud. Hatinya tidak putus-putus beristighfar mengenangkan dosa-dosa sendiri. Ampunkan aku Ya Allah...

“A-A-Abang... ”

Suara itu menyentakkan Aisy Rafael. Dia bangun dari sujudnya dan memandang ke arah katil Sumayyah.

“A-Ab-Abang... ” panggil Sumayyah lemah. Tangannya disuakan ke arah Aisy Rafael.

“Ya Allah, sayang! ” Aisy Rafael segera bangun dan memeluk isterinya erat. Air mata jantannya mengalir sekali lagi. Terima kasih, Ya Allah...

Sumayyah turut memeluk suaminya. Air matanya juga tidak dapat ditahan.

“S-Sweetheart abang dah okey ke? N-Nak abang panggilkan doktor? ” soal Aisy Rafael prihatin. Dia membelek-belek wajah yang amat dia rindu itu.

Sumayyah menggeleng. “Su okey. Tak perlu panggil doktor. Su nak pandang muka abang je sekarang, rindu. ” usik Sumayyah dengan senyuman manis.

Aisy Rafael turut tersenyum. Namun hanya seketika sebelum dia tersedar akan sesuatu.

“A-Abang? ”

Sumayyah angguk perlahan. “Abang, ”

Aisy Rafael tidak mampu menahan diri dari tersenyum. Tiada lagi panggilan aku-kau dari mulut isterinya.

“I miss you, sweety. Abang betul-betul takut sweetheart pergi dari hidup abang. ” dia membawa kepala Sumayyah baring di dadanya.

Sumayyah menutup mata buat seketika. Dia rasa tenang apabila dapat berada dalam dakapan suaminya semula.

“A-Abang, ma-macam mana dengan... ” Sumayyah memegang perutnya yang kempis. Dia masih teringat celah kakinya berdarah dan dia masih berasa sakit di bahagian bawah perutnya.

“Allah lebih sayang anak kita, Su. ” Aisy Rafael tersenyum pahit.

Sumayyah menggemam bibir. “I'm sorry. Su minta maaf sebab tak dapat lindungi anak kita. Kalaulah Su dengar cakap abang, pasti anak kita masih ada... ” ujar Sumayyah lirih. Suaranya serak seperti hendak menangis.

Aisy Rafael menggeleng. “Tak, Su. Jangan salahkan diri sendiri. Ini semua takdir Allah. Mahu tak mahu kita harus terima dengan ikhlas. ”

“Tapi ... anak kita- ”

“Dia pasti sedang menunggu di syurga. Menunggu kedatangan kita berdua. Janganlah risau, kita semua ini milik Allah. Datang dan pergi itu perkara biasa kerana pada dasarnya, dunia ini hanya tempat ujian dan akhiratlah tempat abadi kita. ” potong Aisy Rafael sebelum sempat Sumayyah menghabiskan ayatnya. Dia tidak mahu isterinya terlalu bersedih atas kematian anak mereka.

Sumayyah tersenyum senang. “Su gembira tengok perubahan abang sekarang. Abang dah pandai solat, abang dah pandai bagi nasihat. Yang penting abang dah boleh tenangkan diri sendiri tanpa perlu melenting macam dulu. ”

“Itu semua berkat doa isteri abang ni. Terima kasih juga sebab tak putus asa dengan abang. Tak putus asa bagi ceramah pada abang. Abang bersyukur dapat isteri yang dapat terima kekurangan abang ni. ” pipi isterinya diusap lembut.

“Su sayang abang, sebab tu Su tak berputus asa pada abang. Sebab Su percaya suatu hari nanti pasti hati abang akan terbuka untuk kembali ke jalan yang benar. ” tutur Sumayyah gembira.

Aisy Rafael tersenyum. “Alhamdulillah...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience