“ARGH ... tak guna kau Rafael! ” kertas di tangan dironyok sebelum dia membaling kertas itu jauh. Sakit hatinya apabila Aisy Rafael selamba memberhentikan dirinya tanpa sebarang alasan yang kukuh.
Shit!
Tangannya menyelongkar beg tangan berjenama mewah itu mencari telefon pintar miliknya.
Raiya mendail nombor seseorang. Hatinya sedang membara dengan api kemarahan. Dia mahu hapuskan Sumayyah secepat mungkin. Perempuan itu adalah punca kejatuhan dirinya sekarang!
“RM 5000 kalau kau dapat bunuh perempuan tu. Aku tak kira dengan apa cara sekalipun, pastikan perempuan tu lenyap dari muka bumi ni! Jangan buat kesilapan yang sama atau kau takkan dapat se sen pun dari aku! ” Raiya terus menamatkan panggilan sebaik sahaja dia menyampaikan hasratnya.
Dia terduduk di sana. Perlahan-lahan air matanya keluar. Aisy Rafael, kau sakitkan aku, lepas kau janji yang kau akan jaga aku. Kau penipu! Aku akan pastikan rasa sakit ini berbalas!
“Well, well, well, tengoklah siapa ni. ”
Spontan Raiya mengangkat wajah. Matanya membulat.
“Siapa lagi kalau bukan pelacur kelas atasan. Betul tak? ” wajah Raiya yang basah dengan air mata itu dibelek-belek penuh jengkel.
Raiya menepis tangan lelaki itu. Namun lelaki itu sedikit pun tidak tersinggung, malah dia melakarkan senyuman senget.
“RM 10, 000. Duit yang kau pinjam dari aku dulu, mana? ” tangan disua ke arah Raiya bersama renungan membunuh.
Raiya mengundur ke belakang. “A-Aku tiada duit se-sekarang. Ba-Bagi aku sedikit masa lagi, a-aku janji akan ba-bayar balik, ” ucapnya takut-takut. Siapa tahu apa akan terjadi pada dirinya malam ini.
Lelaki itu mengepal penumbuk sebelum dilayangkan ke arah Raiya.
“Argh! ” Raiya memegang rahang yang terasa ingin patah. Kepalanya berbinar seketika.
“Kau nak bayar sekarang, atau riwayat kau tamat di sini? ” ketiga-tiga lelaki itu memandang Raiya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
Sedaya-upaya Raiya cuba untuk bangun sambil memegang kepalanya. Dengan khudrat yang ada, dia berlari meninggalkan ketiga-tiga lelaki itu.
TANPA hala tujuan, Raiya berlari dan terus berlari. Yang dia tahu, dia ingin terlepas dari cengkaman lintah darat itu.
“Dapat kau! ”
“Argh! ” Raiya terjatuh di atas tanah apabila salah seorang daripada lelaki itu memegang kakinya.
“Tak, tak, lepaskan aku! Lepaskan aku! ” Raiya cuba menendang lelaki itu pergi namun semakin kuat lelaki itu menahan kakinya.
“Kau takkan boleh lari, perempuan. Habislah kau malam ini! ” dia ketawa puas melihat wajah pucat Raiya. Dua orang lelaki tadi menghampiri mereka membuatkan rentak jantung Raiya semakin menggila.
“Kalau kau tak boleh bayar secara tunai, kita bayar cara lain, deal? ” matanya menjalar pada batang tubuh Raiya yang dibaluti pakaian ketat itu.
“Tak nak, lepaskan aku! Lepaskan aku! Aku janji akan bayar balik duit kau! ” air matanya pecah sekali lagi. Dia tidak merelakan walaupun selama ini, memang tubuhnya yang menjadi sumber kewangan dirinya.
“Too late, miss Raiya. Aku dah bagi kau tempoh sembilan bulan. Dah cukup lama aku bersabar dengan kau, tapi kau tetap berdegil tak nak bayar hutang kau. Sekarang, terimalah akibat perbuatan kau sendiri! ” baju Raiya dikoyakkan dan bibir itu dipagut kasar.
“Umph! ” dia cuba menolak lelaki itu namun tangan dan kakinya ditahan membuatkan pergerakannya terbatas.
Tolong ... sesiapa tolong!
VROOM ... VROOM...
Lelaki itu melepaskan bibir Raiya apabila ada cahaya lampu menerangi mereka. Kereta itu memecut laju ke arah mereka membuatkan ketiga-tiga lelaki tadi mencicit berlari meninggalkan Raiya di sana.
Pintu kereta di buka. Raiya cuba melihat siapa gerangan yang telah menyelamatkan dirinya tadi. Cahaya kereta itu menghalang pandangan matanya yang perlahan-lahan menjadi kabur. Tenaganya sudah habis digunakan tadi dan tidak tunggu lama, dia pengsan di sana.
“UGH... ”
Perlahan-lahan Raiya mencelikkan matanya. Dia memandang sekeliling. Di mana dia sekarang? Dia melihat pintu pemandu terbuka lalu dia memandang ke luar. Jejaka itu sedang duduk berseorangan sambil memandang langit malam. Walaupun waktu hampir menginjak tengah malam, namun masih lagi ada beberapa manusia yang lalu-lalang membuatkan kawasan itu tidak berapa sunyi.
Raiya membuat keputusan untuk keluar dari kereta. Dia melangkah ke arah lelaki tadi.
Dia yang mendengar bunyi tapak kasut menghampiri segera menoleh.
Raiya terkejut. Bukankah ini...
“Y-You ni ... a-adik Rafael, right? ”
Afzal Reyhan angguk.
Anak mata Raiya meliar ke tempat lain, tidak sanggup rasanya ingin bertentang mata dengan lelaki itu. Terasa malu dan bersalah pulak dirinya. Dia ingin menganiaya keluarga Afzal Reyhan namun tanpa disangka, dirinya diselamatkan oleh adik kepada keluarga yang dia ingin hancurkan itu. Sungguh, hatinya terasa bersalah yang amat.
“Awak tak apa-apa ke? Kalau ada cedera kita boleh pergi hospital. ” cadang Afzal Reyhan. Pandangannya cuba dilarikan dari melihat Raiya.
“Tak, tak. I okey. Kalau bukan kerana you yang selamatkan I, I pun tak pasti apa akan jadi pada I malam ni, ” ucap Raiya. Dia tidak mahu membebankan lelaki itu. Cukuplah lelaki itu menolongnya tadi.
“Jangan cakap macam tu. Bersyukurlah Allah hadirkan seorang penyelamat buat awak malam ini. ”
Dia dalam perjalanan pulang dan dia tidak menyangka akan terserempak dengan gadis ini. Ingin saja dia pergi namun dia tidak sampai hati meninggalkan gadis itu dalam kesusahan.
Raiya diam. Dia tidak tahu ingin membalas apa. Hatinya mula dijentik sesuatu yang aneh.
“Terima kasihlah sebab you dah tolong I. I pun tak tahu nak balas budi you macam mana. ” hanya itu yang dia mampu lontarkan.
Afzal Reyhan mengangguk sekali. “Saya lega awak tak apa-apa, itu yang penting. ”
Masing-masing mula mendiamkan diri. Afzal Reyhan memandang lantai manakala Raiya memandang langit. Sesekali dia akan cuba menutup tubuhnya dengan kain yanv terkoyak itu kerana angin malam mula mencucuk-cucuk kulit tubuhnya.
Namun tanpa dijangka, Afzal Reyhan membalut tubuhnya dengan blazer milik lelaki itu. Raiya terpempan sekejap. Irama jantungnya mulai tidak stabil.
“It's cold tonight, you might catch a fever. ” ujar Afzal Reyhan tenang sementara Raiya sudah macam cacing kepanasan. Tak keruan dibuatnya.
“Wanita yang high class bukanlah mereka yang mempunyai barang berjenama mewah, tapi mereka yang menitikberatkan soal aurat mereka. Mereka yang tahu menjaga diri dan mereka yang taat pada agama mereka. ”
Raiya menggigit bibir sendiri mendengar ceramah mendadak dari Afzal Reyhan. Dia tidak ingin melenting kerana dia sedar dia bukanlah wanita high class itu. Hidupnya kotor dan penuh dosa.
“B-Boleh I tanya sesuatu? ” soal Raiya tanpa memandang langsung ke arah Afzal Reyhan.
“Apa dia? ”
“A-Apa tujuan kita hidup di muka bumi ini? I mean, sebagai orang Islam kita tak bebas lakukan semua benda, itu tak boleh ini tak boleh. Then, kenapa kita wujud kalau semua benda kita tak boleh buat? ” soal Raiya ingin tahu. Soalan itu tiba-tiba sahaja bermain di mindanya.
Afzal Reyhan tersenyum tenang.
“Manusia hidup di muka bumi ini tujuannya hanya satu, iaitu untuk menyembah Allah yang Maha Kuasa. Kerana dalam doa iftitah ada menyebut, sesungguhnya solatku ibadahku hidupku dan matiku hanyalah milik Allah, Tuhan pemilik alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan demikianlah aku diperintahkan dan aku termasuk dari golongan kaum muslimin. ”
Raiya diam. Dia cuba mencerna ayat-ayat Afzal Reyhan sebentar tadi.
“Juga, tentang perjanjian yang dibuat antara manusia dan Allah sejak di dalam rahim ibu lagi. Semua itu sudah dijelaskan oleh Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi wa Sallam dan terdapat dalam Surat Al A'raaf ayat 172;
“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari Sulbi mereka dan Allah Ta'ala mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman) "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar pada hari kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (Keesaan Tuhan). ”
“W-What? ” Raiya agak terkejut dengan kenyataan tersebut kerana dia tidak tahu.
Afzal Reyhan senyum nipis. “Tak mengapa kalau awak tak ingat sebab takkan ada manusia yang ingat akan perjanjian itu sebaik sahaja kita lahir ke muka bumi ini. Sebab manusia memiliki fitrah dan akal. Di satu sisi, manusia boleh menjadi muslim sesuai dengan fitrah yang sudah ditetapkan sejak dahulu. Ia tetap memegang teguh janji yang sudah dibuatnya. Sehingga dirinya hidup dalam ajaran dan tuntunan Rasulullah SAW dan Al-Quran. Ia selalu menjalankan perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Namun di sisi lain, manusia juga diberi akal oleh Allah SWT yang dapat digunakan untuk berfikir tentang segala sesuatu. Akal tersebut dapat digunakan untuk memilih antara taat dan tunduk patuh kepada Allah SWT, atau menolak untuk mengikuti perintah-Nya. ”
Raiya diam lagi. Dirinya bagaikan ditembak bertalu-talu dengan ucapan Afzal Reyhan. Tidak sedar dia menangis dalam diam. Namun, Afzal Reyhan yang melihat sekadar tersenyum, dia melihat langit yang kelam itu. Angin yang menyapa diri manusia begitu tenang buat dirinya.
“Jangan menyiksa diri sendiri lagi. Cukuplah engkau membuat Tuhanmu murka. Ingatlah, jika manusia membuatmu kecewa, ada Tuhanmu yang sentiasa mendengar keluh-kesahmu. Bersujudlah pada-Nya kerana doamu pasti akan diangkat ke langit. ”
Makin lebat air mata Raiya hingga dia terduduk di sana. Dia cuba untuk mengawal tangisan namun gagal. Dia tidak pernah menangis sekuat ini. Hatinya sakit, dan tangisan ini seolah-olah menceritakan bagaimana keadaan hatinya sekarang ini.
Perlahan-lahan Raiya mengangkat wajahnya memandang Afzal Reyhan. Namun lelaki itu tetap santai memandang langit dengan tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.
“W-Who a-are y-you actually? W-Why you d-did this t-to m-me? ” soal Raiya tersedu-sedan.
“I'm just ordinary person, miss Raiya. Hanya seorang hamba Allah yang masih berusaha mencari reda-Nya. Seorang manusia yang tak sanggup lihat saudara seagama dia terus hanyut dalam dosa. ” tenang sahaja nadanya.
Raiya mengesat air matanya. Dia meminta kebenaran untuk meminjam telefon Afzal Reyhan.
“Hello... ”
Raiya mengetap bibir sendiri.
“... cancelled our plan. L-Let them be, ”
Raiya kembali semula ke arah Afzal Reyhan dan telefon itu dikembalikan.
“H-Hantar I balik, please? ” pinta Raiya perlahan.
Afzal Reyhan angguk. Mereka berdua mula berjalan ke arah kereta milik lelaki itu.
“Saya tak tahu apa awak nak buat atau apa awak dah buat tapi tolong berhenti. Jika kita terlalu sayangkan seseorang, suatu saat nanti kita harus juga melepaskan dia pergi. Janganlah kamu bermaksiat kepada Allah hanya demi orang yang kamu cintai kerana sesungguhnya hati orang yang kamu cintai ada pada tangan Dia yang engkau maksiati. ”
Raiya diam tidak membalas. Namun dia tahu setiap bait kata itu menjentik tangkai hatinya. Dia melihat keluar tingkap. Blazer milik Afzal Reyhan dipegang kemas membaluti tubuhnya. Tidak sedar bibirnya mula menguntum senyuman kecil.
Share this novel