Bab 32

Drama Completed 23379

“HERE. ”

“H-Huh? ” Sumayyah yang sedang asyik melipat pakaian terhenti apabila Aisy Rafael tiba-tiba memberikan sebuah kotak segi empat tepat kepadanya.

“Telefon baru. Ganti telefon sweetheart yang abang pecahkan haritu. ” terang Aisy Rafael sebelum dia berlalu ke bilik air. Badannya penat dan terasa melekit. Dia hendak membersihkan diri terlebih dahulu sebelum tidur.

Sementara Sumayyah hanya memandang kotak telefon di tangannya. Tidak tahu harus merasa apa sekarang ini. Terharu? Gembira?

Dia tidak menyangka lelaki itu akan mengganti balik telefon dia walaupun dia tidak pernah mengungkit soal itu kerana baginya telefon itu bukanlah satu keperluan. Tambahan pula, dia memang tidak biasa menggunakan peranti canggih itu. Sewaktu dia di kampung pun dia cuma bercerita dengan uminya ataupun pergi ke rumah-rumah teman sekampung dia.

Sumayyah membuka kotak itu dengan cermat. Dia membelek-belek telefon berwarna ungu lembut itu dengan hati yang senang. Saat dia membuka telefonnya, dia melihat wallpaper telefon itu.

Gambar dia dan Aisy!

Bibirnya digigit lembut. Pasti lelaki itu sudah set semuanya. Dia melihat pulak bahagian kenalan. Hanya ada satu nombor dan dia pasti itu adalah nombor suaminya kerana sudah terang lagi bersuluh akan nama yang ditulis di situ.

My lovely husband.

Sumayyah menghela nafas pasrah. Dia nak tukar tapi takut akan amukan Aisy Rafael. Baran lelaki itu bukan boleh dijangka. Silap haribulan ada jiran yang pindah tak lama lagi.

“Like it? ”

“Allah! ” tersentak Sumayyah tatkala tangan kekar itu memeluk pinggangnya. Hampir-hampir saja telefonnya terlepas dari tangan. Irama jantungnya kembali menukar rentak.

Wahai jantung, ku mohon bertahan...

Aisy Rafael ketawa kecil melihat reaksi lucu Sumayyah. Pelukan di pinggang diketatkan. Dagu diletakkan di bahu Sumayyah.

“It's my little gift for you, sweetheart. If you need any help or you had a problem, call me. I will be there for you... ” gemersik suara itu membisik di telinga Sumayyah membuatkan wanita itu meremang satu badan.

Ya Allah, lain macam penangan seorang Aisy Rafael ni.

“O-O-Okey. ” terketar-ketar Sumayyah menjawab sambil tangan cuba untuk melepaskan pelukan Aisy Rafael namun hampa, lelaki itu mengemaskan lagi pelukan di pinggangnya.

“A-Aisy, le-lepas, ” gesa Sumayyah. Pipinya sudah kemerahan bagai udang terbakar. Jari-jemarinya sudah sejuk kerana ketakutan.

“One minute, okay? Let me charge first. ” kepalanya elok melentok di bahu Sumayyah. sesekali bibirnya naik singgah mencium bahu dan tepi leher wanita itu.

Sumayyah menggigit bibirnya. Ya Allah, perasaannya saat ini hanya Tuhan yang tahu. Gelora jiwanya bagaikan ombak yang menghempas.

“A-Aku nak masuk tidur d-dulu. A-Assalamu'alaikum . ” kain yang baru separuh dilipat ditolak ke tepi. Jantungnya sudah tidak boleh tahan, tak lama memang pembuluh darah dia boleh pecah sebab terlalu banyak pengaliran darah yang tak terkawal. Cepat-cepat dia meleraikan pelukan apabila dia merasa lelaki itu sedikit leka.

Katil dipanjat dan dia memejamkan matanya. Tidak mahu langsung memandang wajah Aisy Rafael yang semestinya sedang tersenyum nakal kepadanya.

Aisy Rafael menahan senyum sambil membuntuti isterinya di atas katil. Sekali lagi pinggang isterinya dipeluk dari arah belakang.

“Isteri tak boleh tidur membelakangi suami. Tapi harini abang bagi kelonggaran untuk sweetheart. Tak nak lah ada yang dari ais jadi air esok, kan? ” sempat dia memerli di hujung ayat dengan nada perlahan.

“Sleep tight, sweetheart abang. And, wa'alaikumussalam... ” dia membisik perlahan di telinga Sumayyah dan mengucup belakang kepala isterinya sebelum turut memejamkan matanya.

TERJENGKET-JENGKET Sumayyah cuba untuk mengambil sebotol sos tiram dari atas rak.

“Ya Allah, kenapalah dia letak botol tinggi sangat. Ingat aku ni spesis hantu galah ke boleh capai barang tinggi macam ni? ” bebel Sumayyah seorang diri. Tangannya cuba untuk menggapai sos tiram itu dengan berjengket lebih tinggi.

“Here, ”

Sumayyah kaku seketika apabila ada satu tangan muncul mengambil sos tiram itu dan dihulurkan kepadanya.

“Te-Terima kasih. ” ucap Sumayyah ikhlas walaupun masih dalam nada gementar.

“Your welcome, sweetheart. ” bisiknya di telinga Sumayyah. Sebelah tangannya pula merayap masuk ke dalam baju isterinya dan mengusap perut wanita itu.

“Argh, k-k-kau nak raba aku ke?! ” Sumayyah menjarakkan diri dari Aisy Rafael. Sos tiram di tangan di angkat tinggi. Manalah tahu kalau-kalau Rafael nak buat apa-apa kat dia lagi.

Namun lelaki itu hanya ketawa lucu. Terhibur sungguh hatinya. Mana taknya, sampai memegang perut sendiri pulak tu.

“Sweetheart ni lucu lah. Ada ke suami raba isteri? Siapa suruh baju tu singkat sangat. Dari tadi geram je abang tengok sweetheart dari belakang. Terjengket-jengket sampai baju terselak ke atas pun tak perasan. ” jujur Aisy Rafael sambil tersenyum nakal. Matanya melirik Sumayyah atas hingga bawah.

Sumayyah pulak sudah memerah muka kerana malu yang amat. Mata lelaki tu bagaikan mata helang.

Tajam!

Dia yang berpakaian baju kurung kedah ni pun terasa seperti tidak berpakaian saja di mata lelaki itu.

“Cepat masak, sweetheart. Abang lapar ni, jangan sampai tukang masak ni yang abang terkam nanti.” bisik Aisy Rafael. Sejak bila kedudukan mereka sedekat ini pun Sumayyah tidak pasti. Yang pasti, senyuman nakal itu masih tidak lekang dari bibir Aisy Rafael.

Gulp!

“O-Okay. Ba-Bagi aku sepuluh minit. ” cepat-cepat dia berlalu dek kerana tidak mahu diusik lagi.

Sementara Aisy Rafael tergelak kecil. Haih lah Sumayyah, kau buat aku makin mabuk cinta dengan kau. Takkan sesekali aku lepaskan kau kembali pada Reyhan, akan aku pastikan cinta kau beralih pada aku dan hanya aku seorang. Because we are destined to be together.

Forever....

Share this novel

Hanadhia12
2024-05-12 17:27:29 

hilang marah pada aish... kenape ye

Mia Zara
2024-05-09 19:31:14 

next episode


NovelPlus Premium

The best ads free experience