Bab 4

Drama Completed 23379

AIR di tangan diteguk buat kesekian kalinya. Cecair panas yang mengalir dari farinks dan terus ke esofagus itu betul-betul buatkan dia tenang. Segala bebannya seolah-olah hilang dari bahu.

“Abang, fikir apa lagi tu? ” soal Raiya di sebelah. Kain yang singkat itu menampakkan peha putih miliknya apabila kakinya disilangkan. Wine dalam gelasnya diteguk hingga habis. Rancangan di kaca televisyen tidak lagi menjadi fokusnya.

“Nothing lah sayang, hal kerja. ” balas Aisy Rafael acuh tak acuh. Bahu gadis itu peluknya. Dia kembali menonton filem aksi yang ditayangkan walaupun tidak berapa menarik perhatiannya.

“Abang, kalau abang stres, cakaplah dengan Rai. Rai boleh bantu, ” Raiya memainkan jarinya di dada bidang Rafael yang tidak berlapik itu. Lelaki itu memang sengaja membuka butang atas bajunya.

“Are you trying to seduce me, miss Raiya? ” soal Aisy Rafael. Ada juga yang jadi lauk malam ni.

“Hmm, kind of. ” balas Raiya bersahaja. Aisy Rafael memaut pinggang Raiya. Leher gadis itu menjadi mangsa bibirnya. Gadis itu menggemam bibirnya menahan dirinya dari mengeluarkan bunyi. Dapat dia rasakan kesan basah di lehernya yang semakin menghampiri dadanya.

TOK! TOK! TOK!

Terhenti terus aksi Rafael. Dia mendengus kasar. Kacau daun betullah!

Dia bangkit dari duduknya dan bergegas ke pintu utama apabila ketukan itu terus-menerus membingitkan telinganya. Raiya di sana sudah masam wajahnya. Baru je nak dapat perhatian Rafael, mesti ada yang ganggu. Memang semua orang dengki ke dengan kemesraan mereka? Huh!

Sebaik pintu dibuka, Aisy Rafael melihat gerangan itu membelakangi dirinya.

“Cari siapa? ” suara Rafael menyentakkan gerangan itu. Dia lantas berpusing dan...

BUM!

Jantungnya seakan-akan tercabut dari tangkai melihat wajah gerangan itu. Wajah yang sudah lama dia lupakan. Kini sedang terpacak di hadapan pintu rumahnya.

“Reyhan. ” nama itu juga, tidak pernah meniti di bibirnya sejak 15 tahun yang lepas. Kini, dia sedang berhadapan dengan pemuda itu. Pemuda yang tumbuh sihat walafiat. Pemuda yang pernah ada dengannya susah senang dahulu.

Afzal Reyhan tersenyum nipis. “Assalamualaikum, abang Raf. ” tangan Aisy Rafael disalamnya. Namun hanya seketika sebelum Rafael menarik semula tangannya. Wajah bersahaja ditayangkan kepada Afzal Reyhan.

Afzal Reyhan tersenyum pahit. Barangkali juga abang sulungnya masih terkejut dengan kehadirannya secara mendadak ini. Jadi dia biarkan sahaja.

“Boleh Rey masuk? ” soal Afzal Reyhan sopan. Aisy Rafael mengangguk ragu-ragu sebelum akhirnya membenarkan adiknya masuk. Kang kalau dibiarkan entah ke manalah budak ni merayau. Entah-entah jadi gelandangan tak lama. Datang ke bandar pun tak pernah, ini tiba-tiba saja terpacak di rumahnya. Pelik.

Afzal Reyhan membimbit beg pakaiannya masuk ke dalam rumah milik Aisy Rafael. Dia terpana melihat dekorasi rumah yang baginya kelihatan mewah dan mahal. Subhanallah, Maha Suci Allah yang memberikan rezeki kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

“Kau datang sini nak apa? ” soal Aisy Rafael dingin. “Oh, Rey dapat tawaran kerja di bandar ni. Jadi, memandangkan abang tinggal sini, Rey ingat nak minta tumpang sekali. ” balas Afzal Reyhan tenang. “Kau ingat rumah aku rumah tumpangan ke nak tumpang-tumpang bagai. Dah lah datang tak diundang. Lepas tu sedap mulut kau je minta tumpang kat rumah aku! ” angkuh sekali ucapan Aisy Rafael hingga membuatkan Afzal Reyhan sedikit tergores hatinya.

Baru sahaja dia ingin membalas, ada satu suara memotong percakapannya.

“Abang ... apa bising-bising tu? Siapa yang datang? ” soal Raiya yang baru keluar dari dapur.

Terlepas terus beg pakaian dari tangan Afzal Reyhan melihat pakaian tidak cukup kain Raiya. Astagfirullahalazim. Ampunilah hamba-Mu ni Ya Allah. Cepat-cepat dia memandang ke arah lain.

“Siapa pula ni? ” soal Raiya. Dia melihat penampilan Afzal Reyhan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Nampak sangat tak pandai bergaya. Out-dated fashion kata orang.

“Sayang, kenalkan Afzal Reyhan. Adik abang. ” ucap Aisy Rafael acuh tak acuh. Dia agak malu untuk memperkenalkan Reyhan kepada Raiya kerana status adiknya dan dia adalah berbeza. Bukanlah dari kalangan orang kaya seperti yang digambarkan semua orang. Namun itulah hakikatnya. Hakikat yang terpaksa ditelan walau ia pahit. Dia benci takdir hidupnya. Dia benci kerana dilahirkan di kampung dan bukannya sebagai budak bandar yang kaya.

“Adik?! ” terkejut beruk Raiya mendengar pengakuan Aisy Rafael. Adik? Sejak bila pula Rafael ada adik? Kenapa dia tidak pernah tahu sebelum ni?

“Ya, nama saya Afzal Reyhan. Cik ni siapa? ” soal Reyhan yang masih saja melarikan pandangannya daripada memandang Raiya.

“Hey, how rude are you? I terpacak di sini tau. Yang you tengok atas tengok bawah ni kenapa? Tengoklah mata I. Tak payah nak berlagak alim sangatlah! ” ujar Raiya jengkel. Mata itu memandang tepat ke arah Afzal Reyhan yang masih saja melarikan pandangannya. Lelaki ni pekak ke apa?!

“I'm sorry, miss. Cik ni Islam kan? Jadi, seeloknya cik pakai pakaian yang sopan sikit. Tak elok macam ni cik, berdosa dedahkan aurat pada lelaki yang bukan mahram. ” Afzal Reyhan menjadi penceramah tidak berbayar malam itu. Lagipun, umat Islam memang digalakkan untuk menutup aurat dengan sempurna seperti dalam surah An-Nur;

Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan – umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
[Surah an-Nur, ayat 31]

“Eh, hello. You siapa nak arah-arah I? You kena sedar you tu orang asing dalam rumah ni. You baru jejak kaki di sini jadi jangan berangan nak arah I pakai macam kain langsir tu, rimas tahu tak! ” ujar Raiya geram. “Yeah, plus, itu badan dia, sukahati dia lah nak buat apa pun. Engkau tu dari kampung jadi jangan nak bawa pemikiran kolot kau tu ke sini. Perempuan yang kononnya tutup aurat tu, cuma nak minta perhatian saja. Hati dorang tu, busuk lagikan hitam! ” tambah Aisy Rafael lagi.

Afzal Reyhan cuba menenangkan diri dengan beristighfar dalam hati.

“Mana abang tahu mereka tu berhati busuk? Mana abang tahu mereka tu cuma mahukan perhatian? Abang pernah ke melihat mereka cuba menggoda abang? Abang pernah ke dengar mereka cakap buruk pasal abang? Abang hanya menilai luaran mereka tanpa mengenal siapa diri mereka. Abang sudah terlalu lama meninggalkan Allah hingga abang lupa mana baik mana buruk. ”

Matanya menangkap beberapa buah botol arak tersusun di atas meja. Juga tidak sengaja terlihat kesan merah di leher Raiya. Ya Allah, apa yang Engkau cuba sampaikan padaku dengan membawaku ke sini?

“Ah, kau dengan bapak sama saja! Suka cakap fasal hal agama dengan aku, padahal sebenarnya hati kau lagi hitam dari aku. Dosa kau lagi banyak dari aku, tapi kau tutup mata orang dengan ilmu agama yang kononnya kau sanjung tinggi sangat tu, betul tak? Dasar munafik! ” jengek Aisy Rafael dengan senyuman sinisnya.

“Mana abang tahu hati saya kotor atau bersih? Mana abang tahu dosa pahala saya? Abang bukan Tuhan nak tentukan hidup saya, atau ke mana saya akan pergi. Hidup mati saya di tangan Allah SWT, begitu juga dengan abang. ” Afzal Reyhan membalas dengan tenang setiap apa yang dilontarkan kepadanya.

Aisy Rafael yang sudah berasap telinga ingin saja menumbuk wajah itu namun Raiya segera menegahnya. Kang jadi kes lain pula.

“Rey whatever your name is, kalau you datang sini semata-mata nak bagi ceramah free bagus tak payah. You balik sekarang sebelum I panggil polis cakap you ceroboh rumah kami. ”

Raiya sudah bercekak pinggang menunggu Afzal Reyhan melangkah meninggalkan tempat itu.

“Siapa cakap saya datang nak bagi ceramah? Saya datang sini sebab hal kerja, fasal itu saya tumpang rumah abang saya. Cik ni, ada apa-apa hubungan ke dengan abang saya? Kalau tak silakan balik sekarang sebelum saya panggil Jabatan Agama Islam untuk tangkap abang dan cik. ” Afzal Reyhan memulangkan paku keras kepada Raiya. Gadis itu terdiam seribu bahasa.

“You- ” Raiya mengangkat tinggi tangannya ingin menampar Afzal Reyhan namun Aisy Rafael pantas menghalang.

“Watch out your mouth, kid. Jangan sampai aku hantar kau balik ke kampung semula. ” Rafael membawa Raiya pergi dari sana. Afzal Reyhan menghela nafas lega. Tidak perlu dia menambah dosa lagi dengan mereka berdua. Cukuplah perang mulut tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience