BUNYI bising di kelab malam langsung tidak membingitkan telinga para pengunjung yang sedang leka menari di lantai tarian. Begitu asyik dengan dunia hingga lupa dosa yang semakin menimbun.
Di satu sisi, terlihat sepasang kekasih, juga sedang asyik dengan dunia sendiri. Cawan di tangan dilagakan sebelum air kencing syaitan itu diteguk rakus. Rasa panas yang mengalir di esofagus mereka tidak dihiraukan, malah, lebih galak lagi mereka menuangkan minuman memabukkan itu.
“Hey girls... ” beberapa orang perempuan dengan pakaian yang tidak cukup kain menyertai sepasang kekasih itu. Masing-masing dengan pasangan mereka. Bersentuh-sentuhan tanpa ada ikatan yang sah. Terus-menerus melakukan perbuatan yang dimurkai oleh Allah SWT.
“Nice legs... ” lelaki itu mengusap-ngusap bahagian peha si gadis yang terdedah dengan senyuman miangnya. Si gadis hanya tersenyum gedik. Pandangan menggoda diberikan pada si kekasih hati.
“I nak dance, kalau you nak ikut, marilah. ”
Si gadis langsung berdiri. Dengan badan sengaja dilenggang-lenggokkan, dia berjalan ke lantai tarian. Dengan penuh ghairahnya dia menari, menggerakkan seluruh anggota badannya hingga menarik perhatian beberapa ajnabi di sekelilingnya.
Beberapa dari mereka mula mendekati si gadis dan ingin turut serta menari.
Si gadis hanya membiarkan. Dia mengenyitkan matanya. Tangan melilit leher kekasihnya dan mula menari sakan bersama pasangannya. Melayari bahtera bersama yang belum tentu sampai ke penghujungnya.
Si lelaki pula dengan pandangan nakalnya meneroka segenap tubuh si gadis yang berpakaian gaun off shoulder yang panjang hingga ke paras peha. Rambut beralunnya berwarna coklat itu dibiar lepas bersama solekan yang cukup tebal. Cukup anggun bagi sesiapa yang memandang.
KASUT peep toe miliknya berbunyi-bunyi setiap kali dia memijak tanah. Dengan lenggok yang tak pernah hilang, dengan kepala memandang ke depan, dia berjalan menyelusuri pagi yang tenang itu. Jam di telefonnya menunjukkan pukul 1 pagi.
Kunci rumah di dalam beg berjenama Luiss Vuiton diambil. Kasut tumit tingginya ditanggalkan. Dia melangkah masuk dengan longlai. Beg tangan nya dicampakkan ke sofa di ruang tamu sebelum masuk ke dalam biliknya. Walaupun penat namun dia tetap puas hati kerana pelanggan yang tidak putus-putus datang, juga duit yang tidak putus-putus dihulurkan padanya.
Sebaik sahaja masuk, dia terus merebahkan badan ke atas katil. Baju yang melekat kesan air arak tidak dihiraukan lagi. Matanya yang mulai memberat membataskan pergerakannya. Akhirnya, dia terlelap di sana.
ALLAHUAKBAR ... Allahuakbar...
Azan Subuh berkumandang membangunkan si gadis dari lenanya. Matanya masih mengantuk. Dia melihat jam locengnya. Pukul 5:15.
“Isy, bising betullah! ” dia menekapkan telinga dengan bantalnya. Dalam hati menyumpah seranah orang yang telah membangunkan dirinya dari lena. Bising! Tak tahu ke ada orang nak tidur?! Ini memekak pagi-pagi! Sudahlah dia kena kerja pagi nanti. Urgh!
Sekejap ke sana sekejap ke sini dia berpusing sambil menekup telinga.
Allahuakbar ... Allahuakbar, Lailahailallah...
Setelah azan Subuh selesai berkumandang, barulah dia merasakan ketenangan. Finally, berhenti pun.
Bantalnya ditepuk-tepuk sebelum dia menyambung tidurnya. Tidak menghiraukan akan kewajipan agamanya juga rukun Islam kedua yakni menunaikan solat 5 waktu.
Tepat pada pukul 6:30 minit pagi, jam locengnya berbunyi. Dengan malas dia mematikan jam loceng itu. Dengusan kasar dilepaskan. Kalau bukan bunyi bising tu pasti dia boleh tidur lama sikit. Kenapalah dia pilih apartmen yang dekat dengan masjid.
Selimutnya diselak, rambut disanggul tinggi. Tuala di jemuran diambil sebelum menapak masuk ke dalam bilik mandi.
Selang beberapa minit, dia keluar dengan hanya berkemban. Almari pakaian dibuka. Otak memikir hendak memakai apa untuk hari ini.
Setelah menimbang tara akhirnya dia memutuskan untuk memakai kemeja putih bersama skirt pendek berwarna merah hati. Blazer nya pula dipadankan dengan warna skirt nya. Warna kegemarannya yang sungguh sesuai dipakai kerana nampak seksi dan menggoda! Biar para lelaki yang memandang, terjatuh hati padanya. Hiks!
Setelah siap, dia duduk di hadapan meja solek.
Segera dia mencapai segala yang dia perlukan, dari bedak muka hinggalah ke gincu bibir berwarna merun. Setelah siap, rambut yang terikat dilepaskan. Dia merapikan rambutnya sedikit. Parfume berjenama YSL Black Opium disembur ke leher dan belakang telinganya. Perfect!
Dia keluar dari bilik dan mengambil beg tangan yang dicampak ke atas sofa tadi pagi. Kasut stiletto nya dipakai sebelum keluar dari apartmen menuju ke tempat kerja dengan hati yang berbunga-bunga. Encik CEO, here your darling come!
Assalamualaikum dan salam Ramadhan buat semua para readers ;)
Share this novel