“AISY, ”
“Yes, sweetheart? ” Aisy Rafael memandang Sumayyah di sisi. Fokusnya terus dialihkan kepada isterinya yang masih tampak bingung itu. Mana taknya, tiba-tiba dibawa pergi bercuti ke suatu tempat. Di mana lokasinya? Biarlah hanya dia yang tahu.
“Kenapa tiba-tiba bawa aku bercuti? Bukan kau banyak kerja ke di pejabat? ” soal Sumayyah. Matanya memandang pemandangan dari atas langit itu. Subahanallah, indah sungguh ciptaan Allah. Ini kali pertama dia menaiki kapal terbang, selalunya dia hanya dapat lihat dari bawah sahaja.
Aisy Rafael sekadar tersenyum. Ipad yang sedari di tangan diletak di tepi. Tumpuannya kini sepenuhnya ke arah Arwa Sumayyah. “Abang ada terfikir, maybe sweety bosan duduk rumah, jadi abang decide nak bawa sweety pergi bercuti, tenangkan minda, tengok negara orang. ”
“Aku tak kesah sangat. Tapi, tak mengganggu kerja kau ke? Bukannya kau ni jenis yang busy 24 jam ke? ” soal Sumayyah lagi.
Aisy Rafael menggeleng. Dagu Sumayyah dipagut dan dibawa mendekat ke arahnya. “Nothing more important than you, sweetheart. Kerja boleh dicari, duit boleh dicari, but my time with you can't be replaced. Bila abang ada masa, abang gunalah masa tu untuk spend time dengan sweetheart abang ni. ”
Sumayyah diam. Lama dia memandang ke dalam anak mata Aisy Rafael. Cuba untuk mencari kebenaran dalam ayat itu. Manalah tahu Aisy Rafael saja nak gula-gulakan dia dengan ayat manis tu. Nak buat dia cair walaupun hatinya rasa terusik sedikit.
CUP!
Eh?!
Terbit senyuman nakal di bibir Aisy Rafael tatkala melihat Sumayyah yang kejung itu. Terkejut benar gamaknya sampai tak bernafas.
“Sweetheart... ”
“H-Huh? Apa? Kenapa? Apa yang terjadi? ” soal Sumayyah seperti baru sedar dari dunia dia sendiri. Wajah polos ditayangkan.
Aisy Rafael ketawa geli hati sebelum pipi itu dicubit. Geram!
“Isy, apa ni? Sakitlah! ” Sumayyah mengalihkan tangan besar Rafael dari wajahnya. Tak fasal-fasal nanti dia pakai pemerah pipi semula jadi.
“Sweetheart kenapa, huh? Abang baru usik sikit dah kejung satu badan. ” senyuman nakalnya tidak lekang dari bibir.
“Kau tu yang kenapa, tiada angin tiada ribut pergi noda bibir aku apasal? ” soal Sumayyah tidak puas hati. Matanya sengaja dibesarkan membuatkan bibir Aisy Rafael melepaskan tawa sekali lagi.
“Sweetheart, lebih dari ni pun abang boleh buat, tahu? Cuma ... abang tak nak buat sekarang. Takut sweetheart abang ni trauma lepas apa yang dah terjadi dulu. ” bibir bawah Sumayyah diusap, anak matanya lembut menikam mata milik isterinya.
“I'm sorry, ”
“U-Untuk apa? ” soal Sumayyah. Dia hanya membiarkan perlakuan Aisy Rafael kepadanya. Jantung usah ditanya, sedari tadi berdegup kencang macam tiada hari esok.
“For what I've done to you. I know I was wrong, but I was drunk that time and frust. There's a lot happened to me and I couldn't think straight. Abang cuma fikir nak lepaskan beban di kepala abang ni saja, tapi abang tak tahu pula sweetheart ni isteri orang. That night, for the first time ever I slept with someone's wife. Dan malam itu juga abang ragut kesucian sweetheart, yang sepatutnya menjadi milik Afzal Reyhan. ” ucap Aisy Rafael panjang lebar. Dia meluahkan isi hati yang dipendam selama ini.
“I feel guilty, and to make up for all that, I forced you to marry me. Mungkin cara abang salah, tapi abang tak nak orang lain jadi bapak anak abang kalau perbuatan abang tu buatkan sweetheart mengandung. Let me take the responsibility. ” tambahnya lagi. Dahinya ditekapkan dengan dahi Sumayyah. Hembusan nafas masing-masing dapat dirasakan ketika ini.
Sumayyah kelu. Dia tidak tahu ingin berkata apa. Dia juga tidak menafikan perbuatan Aisy Rafael itu salah kerana telah memisahkan dirinya dengan Afzal Reyhan, tapi kalau takdir sudah berkata sedemikian, dia tidak boleh berbuat apa-apa.
SETELAH menempuh perjalanan selama berbelas jam, akhirnya mereka sampai di kota Paris ataupun kerap digelar Kota Bercahaya dan Kota Cinta Abadi.
Aisy Rafael membawa dia untuk mendaftar di sebuah hotel terlebih dahulu sebelum memulakan perjalan keesokan harinya.
“Ya Allah, penatnya... ” Sumayyah terus merebahkan tubuh di atas katil. Penat tidak terkata sedangkan dia hanya duduk di dalam kapal terbang.
Aisy Rafael yang melihat menggelengkan kepala. “Sweetheart, pergi bersihkan diri dulu. Lepastu barulah tidur. ”
“Sekejap, penat tak hilang lagi. ” balas Sumayyah perlahan. Badannya penat dan otak dia hanya terfikir untuk tidur saja sekarang ini.
“Argh! ” dari mengantuk, matanya terus segar tatkala Aisy Rafael mengangkatnya bridal style. Spontan tangannya naik memeluk leher suaminya, jatuh kang sia-sia saja.
“Jom. ”
Berkerut sepasang alis milik Sumayyah. Jom? Ke mana? Jom balik kampung tanam jagung ke? Eh, apa kau merepek ni Su?
Aisy Rafael senyum nakal melihat wajah kehairanan itu. “Jom mandi sama-sama. ”
“Hah?! ” seram sejuk dirasakan. Pandangan Aisy Rafael itu semacam buatkan bulu romanya menegak. M-Mandi sama-sama?! Memang taklah!
“Orang tua-tua cakap, diam tanda setuju. ” usik Aisy Rafael membuatkan wajah Sumayyah memerah. Cepat-cepat dia turun dari dukungan Aisy Rafael dan bergegas ke bilik mandi.
“Tak nak! ” bilik mandi itu dikunci dari dalam. Kang kalau suaminya masuk percuma saja dapat cuci mata.
Aisy Rafael melepaskan tawa besar. Aduhai, cik isteri. Gelabah semacam. Usik sikit dah macam cacing kepanasan dia tengok.
USAI bersarapan, Aisy Rafael membawanya bersiar-siar di kota Paris itu menggunakan kereta yang telah disewanya.
Destinasi pertama mereka ialah Istana Versailles. Istana ini merupakan sebuah istana megah yang terletak di barat daya kota Paris sejauh sekitar 20 km. Perjalanan ke sini dengan menggunakan kereta mengambil masa kurang 30 minit dari pusat kota Paris. Bagi penggemar sejarah, istana ini merupakan pusat kekuatan politik kerajaan Perancis pada tahun 1682 sehingga 1789. Istana ini juga merupakan lambang kemewahan kehidupan para bangsawan Eropah pada era itu.
Sambil berpimpinan, mereka berdua menyelusuri taman istana itu. Sumayyah tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebanyak yang mungkin. Dan yang menjadi mangsa adalah suaminya, menjadi fotografi tidak bergaji pada hari itu.
Selesai sahaja cuci mata di istana itu, mereka beralih pula ke Louvre Pyramid. Tapak lokasi pengambaran filem The Da Vinci Code ini menjadi tumpuan pelancong kerana di sini terdapatnya muzium yang menyimpan lukisan asal Monalisa yang dilukis oleh pelukis terkenal Leonardo Da Vinci serta lukisan terkenal bernama ‘Dying Slave’ karya Michaelangelo.
“Kau suka seni ke? ” soal Sumayyah ketika mereka berdua melihat beberapa lukisan yang terdapat di dalam muzium tersebut.
“Abang bukanlah pencinta seni tapi kadang-kadang abang enjoy saja kalau ada pameran macam ni. Lagipun, kalau datang Paris tapi tak pergi muzium ni rasa rugi pulak. Bukan selalu kita ada masa nak tenangkan minda tengok hasil karya seseorang. ” balas Aisy Rafael. Dia dan Sumayyah memandang gambar Monalisa yang tergantung itu.
“Wanna know something? ” soal Aisy Rafael tiba-tiba. Sumayyah menjongket sebelah keningnya.
“Apa? ”
“The story behind this painting. ” balas Aisy Rafael. Dia senyum tipis sebelum memandang lama lukisan hasil tangan Leonardo Da Vinci itu.
Sumayyah angguk. Dia juga ingin tahu kisah di sebalik lukisan terkenal ini.
“I'm not sure how to start, tapi sejarah mencatat bahwa da Vinci mulai mengerjakan lukisan Mona Lisa sekitar tahun 1503. Lukisan ini kemudian ditemukan di studio dia pada tahun 1519 selepas dirinya meninggal dunia. Dilansir dari Encyclopaedia Britannica, konon, sosok wanita yang ada pada lukisan itu merupakan istri dari saudagar Florence, yang bernama Lisa del Giocondo (nama gadisnya Lisa Gherardini). Ia adalah seorang perempuan yang lahir pada 15 Jun 1479 dan meninggal pada 15 Julai 1542. ”
“Tidak banyak yang diketahui tentang sosoknya, selain fakta bahwa Mona Lisa adalah istri Francesco di Bartolomeo del Giocondo. Nama Mona diambil dari Bahasa Italia yang berarti Nyonya. Saat Mona Lisa masih hidup, Francesco del Giocondo meminta da Vinci melukis potret istrinya, Lisa del Giocondo. ”
“Namun, lain pula bagi pakar psikoanalisis Sigmund Freud mengatakan bahwa sosok perempuan dalam lukisan adalah gambaran dari ibu Leonardo, yang bernama Caterina. Menurut Freud, senyum misterius Mona Lisa diduga muncul dari ingatan senyum Caterina kepada anaknya. Teori lain mengatakan, Mona Lisa adalah gambaran Leonardo da Vinci sendiri. Sebab, ada kemiripan antara wajah Mona Lisa dengan dirinya. ” tambah Aisy Rafael lagi berdasarkan apa yang dia baca di Google semalam.
Sumayyah membulatkan mulutnya membentuk huruf ‘O'. Baru dia faham, pandai juga eh husband dia ni. Walaupun nampak macam baran, sibuk 24 jam, tapi sejarah begini dia tahu.
“Pandai tak abang? ” soal Aisy Rafael bangga. Siap dengan senyuman sinisnya lagi.
Sumayyah mencebik. Ceh, angkat bakul sendiri nampak! Menyesal dia puji dalam hati tadi.
“So ... where is my reward? ” sebelah alis dinaikkan dengan senyuman nakalnya.
“R-Reward apa? ” soal Sumayyah. Dia memandang kiri kanan. Ah, sudah. Aisy Rafael ni miang tak bertempat langsung, huh!
Share this novel