Bab 35

Drama Completed 23379

SUMAYYAH memandang kota Paris di sebalik tingkap bilik hotelnya. Hari ini sudah masuk hari ke-10 dia dan Aisy Rafael di Paris. Ingatkan datang sini sekadar ingin berbulan madu, ternyata suaminya itu mempunyai kerja di sini.

“Assalamu'alaikum, ”

“W-Wa'alaikumussalam. ” Sumayyah menjawab. Keningnya berkerut. Sejak bila Aisy Rafael ni pandai bagi salam? Selalunya main redah je masuk rumah.

Senyuman nipis dihadiahkan Aisy Rafael kepada isterinya. Beg kertas di tangan diberikan kepada Sumayyah.

“Hadiah lagi? Aisy, dah cukup dah hadiah yang kau bagi aku ni. Aku tak nak kau bazirkan duit kau un- ”

Sumayyah tidak sempat menghabiskan ayat apabila terasa sesuatu lembut menindih bibirnya.

“Don't say it like that, sweetheart. Kalau bukan pada sweetheart, pada siapa lagi abang nak habiskan duit abang ni? You're my wife, my right. And you deserve to be treat like a queen. ” ujar Aisy Rafael setelah melepaskan ciuman di bibir Sumayyah.

“And this, for tonight. Mereka nak buat dinner sempena kerjasama company abang dengan company mereka. Lepas ni, bolehlah company abang meluaskan lagi sayapnya ke negara orang! ” tambah Aisy Rafael lagi. Bersemangat sungguh dia bercerita hingga kelihatan bersinar-sinar anak mata itu.

Sumayyah sekadar tersenyum. “Alhamdulillah, rezeki yang Allah bagi pada abang untuk majukan bisnes abang. ”

“Abang? ” sebelah alis dinaikkan.

Gencer Sumayyah menutup mulutnya. Ini semua Aisy Rafael punya salah! Siapa suruh bahasakan diri abang sampaikan dia pun terpengaruh!

“A-Aku tak sengaja. Ter-Tersasul. ” ujarnya sambil menahan malu.

“Abang? ” kali ini dengan pakej senyuman nakal menghiasi bibir merah itu. Dia mendekatkan tubuhnya dengan Sumayyah.

Sumayyah yang sudah merasa seram sejuk berganjak ke belakang. Ah sudah, apa lagi suaminya ini?

“Abang? ” dia menghapuskan lagi jarak antara mereka hingga ibu jari mereka bersatu. Bibir didekatkan dengan telinga Sumayyah.

“I like it when it comes from your mouth. It's like a drug and it's addicting. I will love it when you call me like that... ” bisik Aisy Rafael penuh syahdu.

Ma .... Sumayyah rasa seperti hendak cair secair-cairnya. Ya Allah, kuatkanlah hati hamba-Mu ini. Lututnya terasa seperti baru tercabut skru, tinggal masa untuk melorot jatuh ke bawah.

Jemari Rafael naik mengusap rahang Sumayyah. Anak matanya redup sahaja mengitari seluruh wajah putih itu. Sebelah tangannya pula melilit pinggang Sumayyah.

“So pretty, so perfect, so lucky to have you ... you're every men's dream but I'm the one who got you. My wife, my beloved, my sweetheart... ” bisik Aisy Rafael lagi. Dia mengucup telinga Sumayyah sebelum beralih ke leher isterinya.

Allah, Allahuakbar. Sumayyah tak henti-henti berzikir, cuba menenangkan hatinya. Tidak sedar tangannya naik mencengkam kemeja suaminya. Bibir digigit lembut.

“A-Aisy. ” suaranya kedengaran serak akibat menahan perasaan di hati.

“Hmm? ” Aisy Rafael menyahut tanpa memandang ke arah isterinya. Bibir masih setia mengucup setiap ceruk leher isterinya.

“A-Aisy. ” sekali lagi Sumayyah cuba memanggil. Badan Aisy Rafael ditolak lembut.

“Yes, sweetheart abang? ” Aisy Rafael akhirnya memandang wajah Sumayyah. Anak matanya terbias sesuatu. Nafasnya tidak teratur. Halkumnya bergerak-gerak.

Sumayyah yang seakan faham akan perubahan itu tergamam sekejap. Hatinya berbelah-bahagi sama ada ingin menjalankan tanggungjawab dia atau tidak. Dia masih lagi terkesan dengan apa yang dilakukan Aisy Rafael kepadanya dulu.

Dengan tidak semena-mena, tubuhnya ditolak ke atas tilam dan ditindih.

“Allahuakbar! ” terbuntang mata Sumayyah apabila Aisy Rafael mula membuka satu per satu butang bajunya.

“A-A-Aisy, a-a-aku, a-aku...” tergagap-gagap Sumayyah ingin melontarkan diksi apabila anak mata Aisy Rafael itu semakin gelap merenung dirinya bagai hendak tembus.

“Shh ... don't worry, sweetheart. I will be gentle this time. Trust me. Kali ni, abang akan baca doa. Abang dah hafal dah, just for you... ” kucupan dilabuhkan pada dahi Sumayyah. Sempat dia membisikkan doa itu di ubun-ubun Sumayyah.

Sumayyah yang tadinya ketakutan cuba menenangkan dirinya. Dia cuba menepis peristiwa hitam itu. Dengan sedikit kekuatan, dia menatap berani anak mata milik suaminya.

“Trust me... ” bisikan itu ialah bisikan terakhir sebelum mereka berdua hanyut dalam lautan asmara mereka.

ELEGANT A-line muslim with long sleeves tulle and high neck beaded lace yang dihadiahkan oleh Aisy Rafael betul-betul menarik perhatian Sumayyah. Selendang yang sama warna digayakan agar labuh dan menutup bahagian dada serta lekuk tubuhnya kerana potongan gaun tersebut agak mengikut bentuk tubuh.

Dia melihat suaminya dari sebalik pantulan cermin, tuxedo yang dipakai betul-betul memancarkan aura berkarisma seorang Aisy Rafael.

Tiba-tiba pipi dia merona merah apabila teringatkan peristiwa panas siang tadi. Kepala digelengkan. Tidak sedar bibirnya menguntum senyuman.

“Sweetheart, ”

“H-Huh? ” Sumayyah tersentak saat tangan sasa itu melilit pinggangnya. Dapat dia rasakan tubuh Aisy Rafael dekat dengan dirinya.

“Teringatkan apa sampai senyum-senyum ni? Hmm? ” soal Aisy Rafael sambil melihat pantulan mereka berdua di cermin. Penampilan isterinya sungguh cantik walaupun bertutup-litup.

“T-T-Tiada. ” balas Sumayyah sangkut-sangkut. Matanya dilarikan dari melihat Aisy Rafael.

“Really? Atau ... sweetheart teringatkan lelaki lain? Siapa? Reyhan? ” soal Aisy Rafael lagi. Dia sendiri yang soal dia sendiri yang panas. Dia perlu berusaha lebih keras untuk mencuri sekeping hati itu agar Arwa Sumayyah hanya mengingati dirinya dan bukannya Afzal Reyhan!

“Hesy, apa pulak macam tu. Tiada apa-apa dan tiada sesiapa pun, okey? Janganlah cemburu buta sangat. ” Sumayyah cuba menenangkan Aisy Rafael dengan mengusap lembut tangan yang masih melingkar di pinggangnya. Kang tak fasal-fasal ada yang tak jadi pergi dinner.

“Good, I don't want anyone to steal your attention from me. You're mine and only mine, Arwa Sumayyah. ” ucap Aisy Rafael. Nadanya kedengaran posesif.

Seketika Sumayyah rasa ada rama-rama berterbangan dalam perut. Auch, suami kita posesiflah, comel je dia protective tu.

“J-Jomlah kita pergi. Na-Nanti lambat. ” Sumayyah menarik tangan Aisy Rafael keluar dari bilik hotel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience