“AKU terima nikahnya Arwa Sumayyah binti Sulaiman Bakar dengan mas kahwin sebanyak RM 3000. ”
“Sah? ”
“Sah. ”
“Sah. ”
“Sah.”
“Alhamdulillah... ” doa selamat dibaca buat pasangan pengantin tersebut. Mereka yang berada di masjid turut menadah tangan merafakkan doa yang dipanjatkan buat kedua-dua mempelai yang baru sahaja mengikat tali perkahwinan mereka hari ini.
Setelah itu, Afzal Reyhan meminta diri untuk melakukan solat sunat nikah.
Habis sahaja solat, kini, tibalah masa untuk upacara pembatalan air sembahyang. Jantung Arwa Sumayyah berdegup laju apabila langkah kaki Afzal Reyhan semakin mendekat ke arahnya. Tangannya diramas sesama sendiri. Pandangannya ditundukkan.
“Assalamu'alaikum, ya habibiti. ” (My love). Ucap Afzal Reyhan tenang, setenang wajahnya pada ketika ini.
“W-Wa'alaikumussalam. ” balas Sumayyah dengan wajah masih ditundukkan. Malu ... Ya Allah, adakah semua pengantin merasakan hal yang sama ketika majlis mereka?
Afzal Reyhan tersenyum kecil melihat tingkah laku isterinya. Ya, isteri. Sudah lama dia nantikan saat untuk menggelar Sumayyah begitu, dan inilah harinya dia dapat menggunakan perkataan yang istimewa itu. Dia dan Sumayyah berada dalam suatu hubungan yang halal di mata manusia, juga di mata Allah s.w.t.
Dengan penuh kelembutan, Afzal Reyhan menyarungkan sebentuk cincin emas bertahtakan sebuah berlian putih di jari manis Sumayyah. Sumayyah juga melakukan hal yang sama kepada Afzal Reyhan sebelum tangan lelaki itu dikucupnya.
Apabila Sumayyah mengangkat wajahnya, anak matanya secara tidak langsung bertemu dengan anak mata milik Afzal Reyhan. Sumayyah kaku di sana, anak mata itu sungguh mempersonakan...
CUP!
Eh?!
U-Umi ... tolong!
Agaknya dia sudah lupa cara untuk bernafas tatkala Afzal Reyhan dengan refleknya menghadiahkan sebuah kucupan pantas di dahinya. Mahu tak merah wajahnya. Umi ... suami Su gatal! Nak juga kiss Su depan orang!
Sumayyah membuat wajah cemberut bagi menutup rasa malunya apabila uminya tersengih macam kerang busuk melihat gelagat mereka berdua. Bukan uminya seorang, ahli keluarga suaminya tidak terkecuali dan beberapa ahli masjid yang turut hadir bagi menyempurnakan majlis akad nikah ini.
SUMAYYAH berjalan ke hulu ke hilir. Resah dia mengenangkan malam ini malam pertama dia dan Reyhan menjadi suami isteri. Mahu saja dia menyorok dalam almari sekarang ini kerana malu yang teramat. Huwa...
“Fikir apa? ”
“Allahuakbar! ” terkejut Sumayyah apabila satu suara garau menyapa gegendang telinganya. Belum lagi dengan pakej tangan itu seperti tali melilit pinggangnya. Mana dia tak kena double heart attack. Ya Allah, kuatkanlah hatiku.
Afzal Reyhan ketawa kecil melihat gelagat Sumayyah. “Risau sangat tu. Tentang apa? Tentang malam ni? ” dia tersenyum jahat melihat pipi putih itu mula berubah rona kemerahan.
“Ma-Mana ada. Jangan nak fikir bukan-bukan, eh. Sayang tengah fikir tentang er ... umi! ” nafi Sumayyah. Hanya nama uminya yang terlintas di kepalanya, jadi itu sajalah alasan yang dia boleh beri.
“Ye ke? ” Afzal Reyhan mengecilkan matanya memandang Sumayyah. Dia berura-ura ingin membuka tudung isterinya. Sumayyah yang melihat perbuatan itu segera menegahnya. Bulat matanya memandang Afzal Reyhan.
“Li maza? ” (Kenapa?) soal Afzal Reyhan sengaja. Sumayyah menggeleng. Entah mengapa dia menghalang, sedangkan Reyhan itu suaminya. Mungkin kerana dia tidak biasa mengumbar auratnya kepada lelaki. Bahkan sejak dia kecil, uminya memang sangat tegas perihal auratnya sehinggakan dia tidak boleh ke mana-mana tanpa tudung di kepala.
“Jadi ... kenapa mengelak? ” Afzal Reyhan maju setapak ke hadapan manakala Sumayyah mundur satu tapak ke belakang.
“Ma-Mana ada mengelak. ” nafi Sumayyah lagi. Kecut perut dia melihat sisi Afzal Reyhan yang satu ini. Aura badboy dia seakan terserlah pada malam itu.
“Kalau bukan. Kenapa takut? Hmm?” soal Afzal Reyhan lagi. Dia melangkah lagi beberapa tapak ke hadapan membuatkan Sumayyah berundur beberapa tapak ke belakang. Keadaan itu berlarutan hinggalah Sumayyah merasakan tilam katil di belakang lututnya.
“Ah! ” tidak sempat Sumayyah berdiri lantaran Afzal Reyhan menahan tubuhnya agar terus baring di atas katil.
“R-Rey... ” Sumayyah mula tidak keruan. Bebola matanya meliar cuba mencari tempat untuk melepaskan diri.
“Kenapa? Nak lari? Takut? ” soal Afzal Reyhan buat kali kedua. Dia hanya memerhatikan setiap gelagat Sumayyah. Lekas benar wanita ini gelabah, walhal dia belum buat apa-apa lagi.
“Mana ada! ” Sumayyah tetap menafikannya. Jantungnya makin laju mengepam darah melihat wajah Afzal Reyhan yang semakin mendekat ke arahnya hingga menyisakan lebih kurang satu inci sahaja jarak di antara mereka.
“Betul ni? Habis tu, kenapa muka tu pucat? ” soal Afzal Reyhan dengan separa berbisik. Dapat dia rasakan kehangatan nafas Sumayyah menampar kulit wajahnya. Ritma jantung Sumayyah juga dapat dia dengari. Dengan penuh kelembutan, dia membuka pin tudung Sumayyah ketika gadis itu tidak perasan.
“Re- ” mulut Sumayyah ditutup dengan tangan tatkala hidungnya menggesel ceruk leher isterinya.
Sumayyah pula sedaya-upaya menahan nafasnya. Cadar tilam digenggam kuat. Dia menahan diri untuk tidak mengeluarkan sebarang suara apabila dia merasakan lehernya mulai basah.
“R-Rey, ”
Tanpa disangka, Afzal Reyhan berhenti. Dia memandang wajah pucat isterinya. Tak lama kemudian, hidung Sumayyah ditarik lembut buatkan wanita itu berkerut seribu.
“Isy ... apa ni?! ” geram dia diperlakukan sebegitu. Kalau hidung dia jadi mancung jangan pelik lah ye....
Terlepas jua tawa lelaki itu melihat muncung itik Sumayyah. Niatnya hanya ingin mengusik, tak sangka pula dia diberi muncung itik oleh Sumayyah.
“Aduh, aduh! ” siap dengan pakej penyepit ketam lagi. Haih ... sabar je lah. Ini bukan manja namanya, ini sakit.
“Sayang... ” kali ini Afzal Reyhan pula yang membuat muncung itik. Peduli buruk tak buruk, yang penting dia pun nak ikut sekali merajuk.
“Apa sayang-sayang?! ” besar kecil besar kecil je dia tengok Reyhan ni. Kalau tak mengenangkan Afzal Reyhan ni suaminya, memang dia dah suruh tidur luar dah malam ni. Peduli apa dia sejuk tak sejuk. Dalam hati ni panas!
“Uish, garang. ” Afzal Reyhan terkejut melihat perubahan Sumayyah. Gadis yang ternyata lemah-lembut dan nampak ayu ini boleh jadi se garang singa yang kelaparan.
Sumayyah mendengus geram. Dia berpusing ke arah lain. Tak nak tengok muka Reyhan. Benci!
Afzal Reyhan menggaru kepalanya. Ala ... merajuk pula, kita nak gurau je. Takkan sensitif sangat kot.
“Sayang... ” dia memegang bahu Sumayyah. Namun wanita itu mengelak. Tangan disilangkan ke dada.
“Sayang ... kenapa buat abang macam ni? Sorrylah, abang main-main je tadi. ” ucap Afzal Reyhan. Dia menggosok kedua-dua belah bahu Sumayyah untuk memberikan ketenangan kepada wanita itu.
“Hmmph! ” Sumayyah mendengus lagi, namun tidak sekuat tadi. Tunjuk protes bahawa dia masih lagi marah.
“Okeylah. Apa abang kena buat supaya sayang maafkan abang? ” soal Afzal Reyhan. Susah juga nak layan emosi perempuan ni. Kena tahu taktik yang betul kalau tak nak tidur di luar.
Sumayyah berpusing semula menghadap suaminya. Wajahnya menunjukkan ketidakpuasan hati.
“Okey, kalau macam tu abang janji dengan sayang yang abang takkan buat macam tu lagi. Benci tahu tak! Separuh mati Su ingatkan abang nak benda tu, ” muncungnya menjadi lebih panjang buatkan Afzal Reyhan bertindak mencuit bibir itu kuat.
“Argh, abang! ” tangan Afzal Reyhan ditepis kasar.
“Comel tahu tak. Abang geram je... ” ujar Afzal Reyhan tanpa rasa bersalah. Dia berbaring di atas katil dengan sebelah tangan direhatkan di atas kepalanya.
“Isy, bencilah abang ni. Dah buat salah tak minta maaf, lepas tu sedap-sedap je tidur. ” bebel Sumayyah sendiri. Bantalnya ditepuk-tepuk sebelum ikut berbaring di sebelah Afzal Reyhan. Nafasnya ditarik perlahan. Kali pertama tidur sebilik dan sekatil dengan lelaki, mana tak gementar. Dia rasa janggal yang amat.
“Ala ... takpelah. Bukan selalu. Biasalah malam pertama ni, nak gurau-gurau sikit. Sayang tu lah, sensitif sangat, baru usik sikit dah sentap. ” balas Afzal Reyhan dengan mata masih terkatup.
Sumayyah menjeling sebal. Usik sikit konon, jantung dia hampir nak tercabut tahu tak! Huh!
Share this novel