Bab 42

Drama Completed 23379

“REYHAN, ”

Afzal Reyhan yang sedang menelaah sesuatu sambil berjalan itu terhenti. Tergamam dia memandang Raiya di hadapannya itu.

“H-Here, your blazer. ” Raiya memberikan sebuah bakul kertas berisi sut yang dipinjamkan tempoh hari kepada Afzal Reyhan. Lelaki itu menyambut lambat-lambat.

“Urm ... terima kasih. ” ucap Afzal Reyhan. Dia melihat penampilan Raiya atas bawah dengan kening berkerut. Namun tidak lama selepas itu wajahnya kembali tenang.

“Awak nak berubah? ”

Raiya menunduk. Selendang yang terjatuh itu dibawa naik ke bahu semula. Bibir dikemam rapat.

“I-I cuba. Y-You rasa okey ke I pakai macam ni? I nampak ramai perempuan pakai macam ni jadi I cubalah. ” jujur Raiya.

Afzal Reyhan tersenyum nipis. Bukan dia tidak suka, tapi pemakaian Raiya yang bagi dirinya masih lagi agak seksi tidak sesuai dengan imej dia sebagai seorang wanita muslimah.

“It's okay, Raiya. At least awak cuba untuk berubah. I'm proud of you. ” ucap Afzal Reyhan.

Raiya tersenyum lega. Setelah itu, dia meminta diri untuk beredar. Dia tidak ingin mengganggu Afzal Reyhan kerana dia faham kerja lelaki itu.

Afzal Reyhan mengeluarkan telefon bimbit miliknya dari dalam kocek seluar. Dia menghantar pesanan melalui Whatsapp kepada seseorang.

“AISY?! ”

Raiya tergamam melihat Aisy Rafael bersama Sumayyah di hadapan pintu rumahnya. Dia baru sahaja balik dari membeli makanan di luar.

“A-Apa you buat di sini? ” soal Raiya takut-takut. Adakah tembelang dia sudah pecah? Kalau ya, rasanya dia siap serah diri atas perbuatan dia dahulu.

Sumayyah menyerahkan sesuatu kepada Raiya. Gadis itu menyambutnya dengan ragu-ragu. Apabila diintai, ternyata itu adalah sepasang set telekung.

“Ke-Kenapa- ”

“Reyhan suruh saya beri pada awak. Dia kata awak nak berubah jadi dia minta saya bimbing awak, ” potong Sumayyah terlebih dahulu.

“R-Reyhan? ” Raiya agak terkejut mendengarnya. Tidak sangka lelaki itu akan menghantar mereka untuk membantu dirinya.

Sumayyah memegang bahu Raiya. Senyuman nipis diberikan.

“It's okay, saya maafkan apa yang awak buat dulu. Sekarang ni, biarlah kita buka buku baru, ”

Raiya membalas senyuman Sumayyah. Mereka bertiga berjalan masuk ke dalam rumah milik gadis itu. Di sanalah Sumayyah cuba membimbing Raiya kembali ke jalan yang betul. Dari cara pemakaian hinggalah cara untuk solat. Semua itu diajarkan Sumayyah dengan penuh sabar dan lemah lembut.

“Urm ... Sumayyah, betul ke I buat ni? ” Raiya melihat pantulan dirinya di cermin. Selendang yang sudah siap dililit itu cuba diperkemaskan lagi.

Sumayyah ketawa kecil. “Raiya, tudung ni haruslah labuh menutup dada awak. Kerana ia juga adalah aurat, aurat seorang wanita adalah keseluruhan anggota kecuali muka dan kedua tapak tangan. Perintah menutup aurat bagi kaum wanita berdasarkan firman Allah SWT:

وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَاۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّۖ

Maksudnya : “dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”

Surah an-Nur 31

Raiya mengangguk faham. Dia mula melabuhkan tudungnya. Sumayyah tersenyum senang. Dia membantu Raiya memakai tudung dengan cara yang betul. Berfesyen itu boleh, asalkan masih mematuhi hukum syariat.

“See, manis sungguh awak begini. ” Sumayyah memuji penampilan Raiya yang sudahpun diubah 360 darjah. Pakaiannya lebih longgar dan tudungnya sudahpun labuh.

Raiya juga turut melihat penampilan dirinya. Dia tersenyum suka. Amat berbeza dari dirinya yang dulu. Dahulunya dia mengutuk pakaian-pakaian seperti ini, sekarang dia pula yang memakainya. Benarlah orang kata jangan merendah-rendahkan sesuatu perkara, takut benda itu akan berbalik semula kepada kita.

“Su, you rasa I boleh berubah ke? ” soal Raiya sayu. Betapa dia berharap masa boleh diundur. Betapa dia berharap dipertemukan dengan orang-orang baik dari awal. Betapa dia berharap sifatnya seindah namanya.

“Insya-Allah, Raiya. Kalau niat awak nak berubah, pasti Allah permudahkan. Yang penting, awak harus percaya dan terus istiqamah. ” nasihat Sumayyah lembut.

Raiya angguk perlahan.

“Su- ” Aisy Rafael yang baru tiba tergamam melihat Raiya. Dia seakan-akan tidak percaya bahawa di hadapannya sekarang ini adalah Raiya yang sukakan kebebasan, tidak terikat dengan halal haram agama sendiri.

“Now this is Rabiatul Adawiyah, am I right? ” perli Aisy Rafael sambil bercekak pinggang.

Raiya tersenyum kecil sebelum dia mengangguk.

“Rabiatul Adawiyah... ” bisik Sumayyah namun jelas di telinga Raiya. Gadis itu memandang Sumayyah. Pasti wanita itu bingung. Dahulu, ibunya pernah menceritakan bahawa Rabiatul Adawiyah adalah sosok wanita yang warak di mana dia meninggalkan segala-galanya yang bersifat duniawi dan mengabadikan sepenuh dirinya kepada Allah SWT.

“Su, siapa sebenarnya Rabiatul Adawiyah? ”

Disebabkan dia tidak kisah akan semua itu, dia tidak pernah ingin mendengar cerita di sebalik nama yang indah itu.

“Rabiatul Adawiyah telah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin. Beliau mempunyai empat orang adik beradik. Tidak berapa lama selepas Rabiatul Adawiyah dilahirkan kedua-dua ibu bapanya telah meninggal dunia, manakala ketiga-tiga orang kakaknya turut meninggal dunia akibat kelaparan yang melanda Basra ketika itu. ” Sumayyah memulakan bicara.

“Seterusnya Rabiah telah dijual sebagai hamba dengan harga yang rendah kepada majikan yang sangat bengis. Dalam usia yang masih muda, beliau telah menghabiskan waktunya dengan melaksanakan segala perintah tuannya. Manakala sebelah malamnya beliau sentiasa berdoa ke hadrat IIiahi. Setelah dibebaskan, Rabiatul Adawiyah pergi ke tempat-tempat sunyi untuk menjalani hidup dengan bertawaduk kepada Tuhan. Akhirnya beliau sampai ke sebuah pondok berdekatan Kota Basra. Di situ beliau hidup seperti bertapa. Segulung tikar, sebuah kendi diperbuat daripada tanah, seketul batu bata. Semuanya itu merupakan harta yang dimilikinya. ” tambahnya lagi.

Raiya mengangguk beberapa kali. “Bertuah betul siapa yang jadi suami Rabiah masa tu! ” ucapnya riang.

Sumayyah senyum kecil. “Rabiatul Adawiyah tak pernah berkahwin kerana bimbang cintanya pada Allah berkurang. Beliau memendam rindu yang sangat dalam kepada Allah sehingga basah sejadah dengan air mata. Sebab itu juga Rabiah menolak beberapa lamaran yang datang termasuklah dari pemerintah Basra ketika itu. ” terangnya.

“Dikisahkan juga bahwa suatu hari Rabiah al-Adawiyah tengah berjalan ke Kota Baghdad seraya membawa air dan memegangi obor di tangan kirinya. Kemudian seseorang bertanya kepadanya, ‘Rabiah, mau dikemanakan air dan obor itu?'

“Rabi'ah pun menjawab, ‘Aku hendak membakar syurga dengan obor dan memadamkan api neraka dengan air agar orang tidak lagi mengharap syurga dan takut neraka dalam ibadahnya!” lanjut Sumayyah lagi.

Raiya dan Aisy Rafael berpandangan sesama sendiri. Ucapan Rabiah itu kedengaran amat tidak logik pada fikiran mereka.

Sumayyah senyum lagi. “Mustahil? Indeed. Tapi, makna tersirat dari jawaban yang dilontarkan Rabiah ialah supaya manusia menyembah Allah SWT dengan ikhlas, bukan kerana ingin masuk syurga atau takut dengan neraka. ”

“Kebanyakan dari manusia melupakan tujuan hakiki ibadahnya. Hakikatnya, ibadah tidaklah bertujuan untuk memperoleh syurga atau menghindari neraka, melainkan sebagai bentuk cinta tulus terhadap Allah SWT. ”

“Dalam Al-Qur'an surat Ar-Ra'd ayat 28-29, Allah SWT berfirman:

ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ ٱللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ. ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ طُوبَىٰ لَهُمْ وَحُسْنُ مَـَٔابٍ

Artinya: (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik." (QS Ar-Ra'd: 28-29).

“Rabiah banyak meninggalkan syair sebagai renungan kita semua sebagai umat Islam. Salah satu syair yang terkenal ialah Ak- ”

“Aku mengabdi kepada Tuhan bukan kerana takut neraka, bukan pula kerana mengharap syurga, aku mengerti kerana cintaku kepada-Nya. Ya Allah, jika aku menyembahmu karena takut neraka, bakarlah aku di dalamnya. Dan jika aku menyembahmu karena mengharapkan syurga, maka campakanlah aku darinya. Tetapi jika aku menyembahmu demi engkau semata, janganlah engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi padaku. ”

Satu suara memotong percakapan Sumayyah membuatkan mereka semua serentak menoleh.

“Spying on us? ” perli Aisy Rafael.

Afzal Reyhan senyum senget. “Kinda. Tapi, aku saja nak datang melawat memandangkan aku tahu Sumayyah masih ada di sini. Sekurang-kurangnya tidaklah kami berdua-duaan nanti. ” terangnya ringkas.

Raiya melarikan pandangan dari memandang Afzal Reyhan. Hatinya menjadi tak tentu arah. Tambahan pula lelaki itu nampak segak bersama sepasang baju kemeja lengan panjang berwarna hitam dan seluar slack yang serona dengan kemejanya. Blazer lelaki itu digantung di lengan. Sungguh berbeza dengan penampilan lelaki itu ketika pertama kali mereka bersua muka.

Sumayyah yang perasan akan perubahan Raiya tersenyum kecil. Kalau ada jodoh adalah tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience