SUMAYYAH yang sedang menyapu halaman rumah terhenti apabila namanya diseru.
“Ada apa? ”
Aisy Rafael memandang Sumayyah atas bawah. “Kau tiada baju lain ke selain baju kurung ni? Kampungan sangat lah. ” komennya.
“Kenapa? Salah ke aku pakai macam ni? ” soal Sumayyah. Dia meneliti pakaiannya sendiri. Okey apa, tutup aurat di sini. Lagipun mereka di luar rumah, tak manis rasanya dia membuka aurat sesuka hati.
“Memang tak salah, tapi kau tak rasa ke pakaian kau ni kolot sangat? Orang muda zaman sekarang tak pakai dah benda-benda ni lagi. ” ujar Aisy Rafael lagi. Berbulu matanya tengok baju kurung Sumayyah. Tutup sana tutup sini, dah macam balut guna kain langsir pun ada.
“Kenapa? Nak aku pakai fesyen dari neraka ke baru kau nak kata aku ni orang muda zaman sekarang? ” tembak Sumayyah membuatkan Aisy Rafael tercengang seketika. Damn, this woman really get on my nerve.
“What do you mean by fesyen dari neraka? ”
“Yelah, fesyen dari neraka, dedah sana dedah sini, singkat, ketat. Aku pun tak fahamlah kenapa orang zaman sekarang ni mudah terpengaruh dengan budaya barat. Kalau nabi kita tahu, mesti baginda- ”
“Dah dah dah. Sebelum kau start ceramah bodoh kau tu lebih baik kau sapu rumah ni. And please, jangan jadi kolot sangat. Baju-baju yang kau cakap dari neraka tu semua trend kot zaman sekarang ni. Aku pelik betul dengan mindset orang kampung macam kau ni. Itu salah ini salah, itu dosa sana dosa. Kalau macamtu apalah gunanya kau hidup di dunia ni kalau asyik nak fikir dosa pahala? Takde keseronokan betul hidup kau ni. Kalau macam tu baik duduk dalam penjara. ” bebel Aisy Rafael. Bibirnya menjungkit senyuman senget.
“Dunia ini memang penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir, Aisy Rafael. Peraturan yang dibuat oleh agama kita bersebab, bukannya suka-suka. Kalau kau tak mampu nak menahan diri kau dari nafsu dunia, jadi kau akan menanggung peritnya seksaan neraka di akhirat! ” tembak Sumayyah lagi sebelum dia berlalu pergi meninggalkan suaminya yang terdiam di situ.
Aisy Rafael menghela nafas berat. Boleh sakit otak dia dengar ceramah Sumayyah setiap hari. Ada saja mulut tu nak meleter dia kembali.
“PAKAI ni. ” Aisy Rafael menyerahkan sebuah beg kertas bewarna coklat kepada Sumayyah. Wanita itu menyambutnya dengan wajah berkerut.
“Buka saja, jangan banyak soal, ” ujar lelaki itu malas. Dia menyilangkan tangan sambil menunggu wanita itu untuk melihat isi beg tersebut.
Terbuntang mata Sumayyah melihat isi beg yang diberikan tadi. “Aisy Rafael, are you insane?! ”
“What? ” soal lelaki itu tenang. Dia melihat dress berwarna merah hati separas lutut yang berada dalam genggaman Sumayyah. Tiada apa yang salah pun, kenapa nak kena jerit pada dia pula?
“Kau nak aku buat apa dengan dress ni? Jadi kain lap lantai? ” Sumayyah berloyar buruk.
“You gotta be kidding me. Untuk kau pakailah, sweetheart. Malam ni ada majlis perasmian syarikat kawan abang, jadi sweetheart kena temankan abang. ” jelas Aisy Rafael membuatkan bibir Sumayyah laju beristighfar.
“Pakai ni? ” dress merah itu ditunjukkan pada Aisy Rafael. Lelaki itu mengangguk.
“No way, Rafael. Aku takkan pakai baju ni. Dah lah singkat, dedah aurat pulak tu. Apa, dress lain dekat kedai tu dah habis ke sampai kau belikan aku dress ni? ” sinis Sumayyah.
Aisy Rafael menjulingkan mata ke atas. “Kau jangan banyak tanya boleh tak? Aku suruh pakai tu, pakai saja lah. Bukankah seorang isteri itu harus taat perintah suami? ” dia sangkakan Sumayyah akan terasa namun lain pula kejadiannya.
“Memang seorang isteri harus taat perintah suami, selagi ia tidak bercanggah dengan agama. Dalam kes kau, kau suruh aku pakai dress singkat ni. Mendedahkan aurat isteri yang sepatutnya tidak dilihat oleh lelaki bukan mahram. Jadi, aku ada hak untuk tidak taat pada kau. ” Sumayyah memulangkan paku keras kepada Aisy Rafael.
Rahang lelaki itu bergerak-gerak menahan marah.
“Lain kali, bercakap tu biar ada ilmu. Barulah kau layak nak jadi seorang suami yang terbaik buat isterinya. ” lagi dan lagi Sumayyah menembak Aisy Rafael tepat di dada. Lelaki itu bungkam di sana.
Sumayyah berlalu pergi. Kurang ajarkah dia? Mungkin, tapi species lupa daratan seperti Aisy Rafael harus diajar, agar dia tidak terlalu mendongak ke langit.
Sementara lelaki itu masih lagi statik di sana. Matanya masih memandang ke arah yang dilalui Sumayyah tadi. Selepas beberapa saat, dia akhirnya berjalan pergi bersama satu perasaan aneh yang perlahan-lahan menjalar dalam hatinya.
SUMAYYAH duduk di atas sofa baldu berwarna kelabu itu bagi melepaskan lelah. Rumah besar begini memakan masa juga untuk dibersihkan. Kalau hari-hari begini mahu patah pinggangnya. Kenapalah orang kaya selalu bazir duit beli rumah besar-besar? Barang dalam rumah pun tiadalah banyak sangat dia lihat.
Sumayyah mengeluarkan telefom bimbitnya. Hadiah dari Afzal Reyhan selepas beberapa hari mereka berkahwin dulu. Dia tersenyum pahit. Berdosakah dia apabila masih mengingati bekas suami sendiri sedangkan diri ini sudah ada yang lain?
Wallpaper telefonnya juga masih lagi gambar perkahwinan dia dan Reyhan. Sungguh, dia rindukan lelaki itu. Tapi dia sedar siapa lelaki itu sekarang, adik ipar dia. Dia hanya mampu mengingati moment indah mereka walaupun hanya seketika.
“Reyhan... ”
ZAP!
Terkejut Sumayyah apabila sepasang tangan merampas telefon miliknya. Dia ingin memarahi namun terbantut niatnya apabila sepasang mata helang itu menikam tajam anak matanya. Dirinya tiba-tiba saja menjadi kecut perut. Rafael sedang marah dia ke sekarang ni?
“Nama siapa kau sebut tadi? ” nada suaranya serius menandakan dia tidak main-main. Silap cakap memang puting beliung rumah mereka.
“Er ... a-aku, er ... aku aku... ” dek kerana terlampau takut, Sumayyah lupa cara menyusun ayat dalam otak. Kalau sesiapa melihat pun pasti terkucil sekarang ni. Kalau ibu-ibu mengandung mahunya terberanak tanpa sedar.
“Jawab! ” suaranya bergema di segenap ruang tamu membuatkan Arwa Sumayyah menggigil halus.
“R-Rey-Reyhan. ”
Aisy Rafael menjungkit senyuman sinis. “Oh, your ex-husband. Kenapa? Nak balik pada dia semula? ”
Diam. Sumayyah menunduk ke bawah.
Sayup-sayup telinganya mendengar carutan dari bibir Rafael, spontan juga hatinya beristighfar. Mulut lelaki ni memang tiada benda lain ke nak cakap? Seolah-olah carutan itu adalah zikir di bibirnya.
“Aku tanya kau, Arwa Sumayyah, kau nak balik semula ke pada jantan yang dah buang kau tu?! ” jerkah Aisy Rafael membuatkan Sumayyah laju menggelengkan kepala. Dek kerana terlampau takut, laju saja badannya membalas tanpa sempat dia fikir dahulu.
Dia tersentak apabila jemari kasar Aisy Rafael memaut dagunya, membuatkan dia terpaksa bertentang mata dengan Aisy Rafael.
“Kau nampak ni? ” telefon bimbit milik Sumayyah diangkat tinggi. Wanita itu mengangguk kecil.
PRAK!
“Rafael! ” tanpa dijangka olehnya, Aisy Rafael bertindak memecahkan telefon bimbitnya. Bukan itu sahaja, lelaki itu memijak telefon itu hingga berkecai. Air mata yang tidak dapat dibendung akhirnya pecah. Itulah satu-satunya hadiah yang tinggal pemberian Afzal Reyhan.
Terhinjut-hinjut bahu Sumayyah menahan segala rasa yang ada; marah, sedih, kecewa.
Manakala Aisy Rafael sudah tersenyum sinis memandang Sumayyah yang masih meratapi telefon bimbit itu. Sikitpun tiada rasa menyesal dengan tindakannya sebentar tadi.
“Aku tak nak ada walau sedikitpun harta milik Afzal Reyhan dalam rumah ni. Kau milik aku, Arwa Sumayyah. Reyhan is your past, i'm your present and future. Jadi, kau kena belajar jaga perasaan aku. Tiada suami yang suka melihat isterinya mengingati lelaki lain, lebih-lebih lagi ... bekas suami, ” perkataan `bekas suami' itu ditekankan agar Sumayyah tahu yang dihadapannya kini ialah Aisy Rafael dan bukannya Afzal Reyhan.
Rambut Sumayyah ditarik dan wajah yang lencun dengan air mata itu menghiasi pandangan matanya. “Ingat pesan aku, sweetheart. Lupakan tentang Afzal Reyhan dan segala kenangan kau dengan dia. Kau sekarang milik aku, jadi kau harus ambil tahu semua tentang aku dan aku seorang saja. Faham? ”
“Clean this mess. ” arahnya apabila tiada sahutan dari bibir merah itu.
Share this novel