Bab 18

Drama Completed 23379

“SAYANG, ”

Sumayyah berpura-pura tidak mendengar panggilan itu. Rajuknya pada Afzal Reyhan masih belum hilang lagi.

“Sayang ... abang masak special untuk sayang ni, tak nak rasa ke? ” soal Afzal Reyhan tidak putus asa. Dia melihat sepinggan nasi goreng pattaya masih lagi berasap di hadapan Sumayyah. Wanita itu masih lagi melarikan pandangan walaupun perut sudah berkeroncong minta diisi. Dia sedaya upaya menahan ketawa sebab masih lagi dalam proses memujuk sang isteri.

“Abang kalau nak ketawa tu ketawa je lah. Nak cover pun tak pandai. ” sindir Sumayyah sedas. Afzal Reyhan tersentak hinggakan tangan yang digunakan untuk menopang dagu terjatuh ke meja. Dia sengih sendiri. “Obvious eh? ” sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.

Sumayyah memandang tajam ke arah Afzal Reyhan.

“Sayang ni, sampai bila nak merajuk? Nak tunggu jadi nenek dulu ke baru nak bermesra? ” soal Afzal Reyhan separa gurauan. “Isy, apa pula? Abang tu lah, siapa suruh kacau Su semalam. Padan muka. ” tempelak Sumayyah. Dia memandang nasi goreng yang masih belum dijamah itu. Perut sudah berbunyi namun terasa berat tangan ini hendak menyuap.

“Okey. Abang mengaku abang salah. Abang tak patut buat macam tu tanpa kebenaran sayang. Abang janji lepas ni abang akan tunggu sampai sayang bersedia barulah kita melangkah ke fasa seterusnya, deal? ” Pujuk Afzal Reyhan lagi. Sumayyah memandang Afzal Reyhan dengan pandangan 'boleh percaya ke?'

Reyhan menarik kerusi isterinya agar mendepani dirinya.

“I never broke my promise. ”

Dia mengusap kepala Sumayyah dengan penuh kasih sayang. Senyuman menawan diberikan buat isteri tercinta.

Tidak sedar Sumayyah juga turut tersenyum. Wajah putihnya bertukar merah. Dia mula tidak senang duduk apabila anak mata mereka menyabung antara satu sama lain. Ya Tuhan, mengapakah penangan seorang suami ini terlalu kuat? Adakah ini yang dinamakan cinta? Jika benar, kau tetapkanlah hatiku untuk mencintai suamiku ini. Janganlah engkau membolak-balikkan hatiku kepada lelaki yang haram untuk diriku sentuh, wahai sang pembolak-balik hati.

PEJAM celik pejam celik matanya. Cerita yang ditayangkan di kaca televisyen langsung tidak menarik perhatian. Akhirnya dia memutuskan untuk menutup sahaja televisyen itu.

Sumayyah yang sedang khusyuk membaca itu dipandang.

“Sayang, abang bosanlah. ” Ujar Afzal Reyhan. “Kenapa tutup tv kalau bosan? ” Soal Sumayyah pula. Dia langsung tidak mengalihkan pandangan daripada buku yang dibaca.

“Tiada yang menarik bagi abang selain memandang wajah bidadari di hadapan ini. ” Ayat pickupline spontan daripada Afzal Reyhan membuatkan Sumayyah malu-malu kucing. Namun cuba ditutup dengan berpura-pura membaca.

“Sayang, sayang tak nak layan abang ke? Sanggup ke nak biarkan abang bercakap seorang diri? Kalau abang jadi gila macam mana? ” Soal Afzal Reyhan pula. “Biarlah abang gila. Jadi tiada siapa boleh ambil abang dari Su. ” Balas Sumayyah selamba.

Pernyataan itu membuatkan hati Afzal Reyhan berbunga-bunga. Terasa dirinya dapat menggapai bintang-bintang di langit. Oh, indahnya cinta selepas nikah.

“Sayang juga Su dekat abang eh? ”

“Siapa tak sayang suami abang? ” Soal Sumayyah separuh jengkel. “Mana tahu? Kita tak tahu orang lain macam mana. Cuaca boleh berubah inikan pula hati manusia. Walaupun darah sama merah, gigi sama putih, tak semestinya perangai kita juga sama. ” Ucap Afzal Reyhan. “Itu semua adalah takdir. Kita tak tahu dengan siapa kita akan berjumpa, dengan siapa kita kahwin, dengan siapa kita berkawan, bermusuh. Kita hanyalah hamba Allah yang diberi pinjaman jasad yang suatu hari nanti bakal kembali ke tempat asal. Semua yang ada ni juga suatu hari nanti akan kembali kepada pemilik-Nya, tiada yang kekal melainkan Dia. Jadi kita tak perlu sibuk dengan kehidupan orang lain. Itu urusan dia dengan Allah. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya. ” Ujar Sumayyah tenang.

Afzal Reyhan tersenyum mendengar ceramah tidak berbayar isterinya.

“Andai kata jodoh kita tak panjang, Su nak- ”

CUP!

Afzal Reyhan tergamam sebentar. Otaknya berhenti berfungsi buat seketika. Betul ke apa yang baru dia lihat sebentar tadi. Bibirnya disentuh perlahan.

“Abang jangan celopar sangat boleh tak? Kata-kata itu satu doa. Abang nak ke jodoh kita tak panjang? ” Marah Sumayyah namun masih lagi ada kelembutan dalam nadanya.

“S-Sayang ci-cium abang ke tadi? ” Soal Afzal Reyhan tanpa menjawab soalan Sumayyah tadi. “I-Itu sebab abang celopar sangat. Itu dendanya. ” Sumayyah bergegas beredar dari ruang tamu. Wajahnya sudah merah padma menahan malu. Itulah kau Su, buat tak fikir panjang!

Manakala Reyhan sudah seperti orang mabuk cinta. Dia tersengih seorang diri. Berani pula isterinya berbuat sedemikian. Lantas dia berlari mendapatkan isterinya.

“Argh! ” Sumayyah tersentak akibat kemunculan tiba-tiba Afzal Reyhan. Wajahnya disorok di belakang buku. Tidak sanggup memandang wajah suaminya. Dapat dia rasakan Afzal Reyhan sangat dekat dengan dirinya sekarang ini.

“Maaf, maaf, maaf. Su tak sengaja... ” Bisik Sumayyah. Afzal Reyhan menolak buku yang dipegang Sumayyah ke bawah. Dia senyum senget melihat isterinya sengaja mengelak dari memandang dirinya.

“Arwa Sumayyah, look at me. ” Arah Afzal Reyhan.

Perlahan-lahan Sumayyah membuka matanya. Semangat cuba dikumpul sebanyak mungkin sebelum menantang mata suaminya.

ZAP!

Saat mata mereka bertembung, jantung Sumayyah bagaikan hendak terkeluar daripada badan. Jarak mereka sungguh dekat hingga menyisakan lebih kurang lima inci sahaja. Pandangan mata itu sungguh dalam. Seperti sedang merenung ke dalam fikiran seseorang, memukau dan mempersonakan.

“Hehe ... cabut! ”

Baru sahaja ingin membuka langkah seribu, kaki Sumayyah tersadung kaki Afzal Reyhan membuatkan dirinya hilang keseimbangan.

“Argh! ”

Jantung Sumayyah berdegup laju. Pertama, kerana dia fikir dia akan jatuh. Kedua, kerana Afzal Reyhan sempat menyambut dirinya dan kini posisi mereka persis pasangan yang baru habis menari dalam cerita orang putih. Erat sekali tangannya menggenggam baju Afzal Reyhan sementara lelaki itu merangkul kemas pinggangnya.

Tanpa amaran, belakang badan Sumayyah ditolak ke hadapan membuatkan dua ulas bibir itu bercantum.

“Be carefull next time, sayang. Abang tak nak sayang jatuh ke dalam pelukan lelaki selain abang. Ingat tu. ” Ujar Afzal Reyhan sebelum melepaskan rangkulan di pinggang Sumayyah. Dia beredar meninggalkan isterinya yang kelihatan innocent dengan mata besarnya itu.

Sebaik sahaja kelibat suaminya hilang, Sumayyah terus terduduk di atas lantai. Dadanya dipegang untuk memastikan sama ada jantungnya masih berdegup atau tidak. Boleh mati kejung dia tidak lama kalau Afzal Reyhan terus-menerus jadi gila macam tu. Fuh...

Assalamu'alaikum semua. Sorry sbb lama tak update. Baru hari ni ad mood nak menulis stlh sekian lama mencari idea dan semangat >< cumanya nnti F.N akn hiatus utk bbrp bulan ni sehinggalah habis SPM. Insya-Allah klu tiada halangan F.N akn update mcm biasa selepas itu :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience