PEJAM celik, pejam celik, tidak terasa sudah satu bulan dia bergelar tunangan orang. Dan orang yang paling gembira sekali tentulah uminya kerana sudah ada orang yang dapat mengganti posisi uminya untuk menjaga dirinya bila uminya sudah tiada nanti.
“Uhuk! Uhuk! ”
Bercakap fasal uminya, sejak kebelakangan ini, kesihatan uminya semakin merosot. Selalu batuk-batuk, muka pucat, lepastu makan pun sedikit saja. Bila dia ingin bawa ke hospital, katanya tidak perlu. Lagi dua tiga hari baik lah tu. Tapi, dia lihat semakin teruk pun ada. Ya Allah, adakah umiku akan menyusul ayahku sebelum sempat dirinya melihat aku disatukan? Adakah aku kuat untuk kehilangan ahli keluarga ku lagi?
Arwa Sumayyah menutup mata. Dia menenangkan diri dan hatinya dengan membaca ayat 1000 dinar. Tidak mahu prasangka buruk itu terus membelenggu dirinya.
“Uhuk! Uhuk! ”
Sumayyah bergegas ke bilik uminya apabila terdengar batuk-batuk Puan Salmah semakin kuat.
“Umi... ” Sumayyah menghulurkan segelas air putih kepada uminya. Dia menutup al-Quran yang berada di atas rehal dan membantu uminya menyandar di bucu katil.
“Umi, umi okay tak ni? Kalau tak kita pergi klinik, check mana tahu umi ada sakit apa-apa ke? ” ujar Sumayyah memberitahu kerisauannya. Puan Salmah geleng. Dia mengurut dadanya perlahan.
“Umi okay, In Sya Allah. Tak perlu sampai nak ke klinik bagai. Kalau kita pergi pun, siapa nak bawa kita? Kalau dulu ada si Han. Sekarang? ”
Sumayyah tidak membalas apa-apa. Memang betul apa yang uminya cakap. Kalau dulu, Han lah yang selalu bawa mereka kalau hendak pergi ke mana-mana, kerana lelaki tu paling rapat dengan mereka. Juga penduduk kampung yang paling hampir dengan rumah mereka. Kini, Han sudah berhijrah ke bandar. Bagaimana dia hendak membawa uminya ke klinik? Dia sendiri pun bukannya rapat benar dengan penduduk kampung yang lain.
“Takpelah, Su. Nanti Su tolong bancuhkan asam jawa dengan air suam, lepastu beri pada umi. Kalau tiada ubat moden, kita guna yang tradisional saja. ” arah Puan Salmah lembut. Sumayyah turutkan sahaja. Dia berlalu ke dapur untuk membuat seperti yang disuruh oleh uminya.
BERDERET-DERET pesanan ringkas masuk ke Whatsapp nya. Dia merengus kasar. IPhone diambil dan dibuka. Macam mana gerangan ni mendapat nombor telefonnya pun dia tidak tahulah.
90 mesej dan 10 panggilan tidak dijawab.
Ringtone yang sememangnya dikhaskan untuk telefon IPhone berbunyi menandakan ada orang menelefon dirinya.
“Hello! ” sapanya sedikit kuat. “Hah, tahu pun nak angkat call tu! Orang dari tadi call, mesej, satu pun tak dibalas. Busy sangat ke you sampai I pun you abaikan?! Takkanlah setakat ambil telefon lepas tu tekan keyboard pun payah?! Dua minit je pun, takkan itupun nak kena ajar?! ” suara di sana berleter mengalahkan mak cik bawang yang selalu membawang berjemaah.
Aisy Rafael mengurut pelipisnya. Boleh sakit mental layan perempuan yang tak reti bahasa ni.
“Berapa kali aku cakap kat kau, jangan ganggu aku! Semaklah! Kau carilah jantan lain yang boleh puaskan nafsu syaitan kau tu! Aku ni, tak ingin tau tak perempuan mata duitan macam kau, talam dua muka macam kau! Dulu kau susah, aku yang kau cari, bila dah senang, kau buang aku macam tu saja! Sekarang ni, kau nak jilat ludah sendiri ke, miss Lydia? ” sinis Rafael di hujung ayat.
Lydia mengetap gigi geram. “Raf, I tahu I salah. I tahu I tak sepatutnya buat you macam tu. I menyesal tinggalkan you Raf. Sekarang baru I sedar perasaan you pada I, dan, I juga sayangkan you. Tolonglah kembali pada I, Raf. Tinggalkan sajalah perempuan kelab tu. Dia tiada masa depan. Terimalah I balik, I janji you akan hidup bahagia dengan harta yang melimpah ruah, wang yang berkepuk-kepuk, rumah macam istana. I can give you everything as long as we get back together. I will take care of you better than that girl, please ... Raf. ”
Aisy Rafael tersenyum sinis. Langsung tidak terkesan dengan cadangan dan rayuan Lydia, bekas teman wanita yang pernah mengkhianati dirinya dulu. Di saat dia sedang terumbang-ambing dengan masalah kewangan dan syarikatnya, Lydia pergi meninggalkan dirinya. Hanya kerana dia tidak mampu memberikan apa yang gadis itu nak, dirinya diganti begitu sahaja dengan lelaki lain. Apakah harga cinta begitu murah di mata seorang gadis bandar bernama Lydia Zahra?
“Ayat bodoh mana kau ambil? Klise sungguh cara kau memujuk lelaki. Kau ni memang kaki drama, kan? Sebab tu lah kau suka buat drama kalau nak dapatkan sesuatu, ”
“For your information, miss Lydia Zahra binti Anuar Aziz, aku takkan sesekali kembali pada kau. Aku dah ada Raiya dan hidup aku sangat baik dengan dia, aku bahagia dengan dia. Jadi tiada alasan untuk aku tinggalkan dia. Takkan aku nak petik bunga yang layu dan buruk sedangkan ada bunga yang segar dan indah di taman. Juga, kembali pada kau ibarat aku berundur balik ke zaman silam aku, I don't want that. That's why I told you to stay away from me. Bunga busuk selayaknya berada di dalam tong sampah. Bye, bye, rubbish. ” Aisy Rafael menamatkan panggilan setelah memberi ceramah motivasi kepada Lydia. Dia pasti gadis itu sedang mengamuk sakan. Tch, biarlah. Nak jadi gorilla ke godzilla ke dia tak kisah. Yang penting, hati kekasih perlu dijaga. Itu yang utama. Segala nombor Lydia di Whatsapp dan history call disekat dan dipadam. Barulah dia rasa puas hati.
Never play with fire, Lydia. Because even the smallest fire can be dangerous if splashed with oil.
Share this novel