Bab 10

Drama Completed 23379

“AKU tak perlukan Allah dalam hidup aku! ”

“Astagfirullahal'adzim abang Raf, mengucap abang! Abang sedar tak apa yang abang dah cakap ni?! ” Afzal Reyhan tidak sangka abangnya begitu berani berkata sedemikian.

“Apa? Betullah. Aku tak perlukan Dia! Segala apa yang aku ada sekarang ni, atas usaha aku! Aku! Bukan Dia yang entah siapa- ”

“Cukup abang! ” potong Afzal Reyhan. Bergema suaranya memenuhi ruang tamu. Tangannya bergetar hebat. Menahan diri dari menumbuk abangnya kerana telah mempersendakan Allah SWT.

“Abang takkan hidup senang macam ni tanpa izin-Nya. Abang takkan kaya macam ni tanpa izin-Nya. Abang juga takkan takkan dapat bernafas di bumi ni tanpa izin-Nya! Semua yang berlaku atas kehendak dan ketentuan-Nya! Tiada siapa yang boleh halang jika Allah berkata kun fayakun! Jadi kenapa abang masih bongkak dan
lupa diri sedangkan abang tahu rezeki yang abang dapat ni tak lain tak bukan hanyalah ujian saja. Abang nak ke jadi macam Qarun yang ditanam bersama dengan harta-hartanya, hanya kerana dia sombong dan lupa yang Allah SWT lah yang menjadikannya kaya? ”

“Ah, kau cakap macam tu sebab kau cemburu, kan? Kau cemburu sebab aku pandai, kaya, banyak harta, perempuan terkejar-kejarkan aku. Sedangkan kau hanya duduk di kampung, kerja kampung, rumah pun rumah kayu. Jadi kau rancang nak bolot semua harta aku dan Raiya sekali, kan? Sebab tu kau beria-ia suruh dia bertaubat. Dasar hati busuk! Rupanya hati kau memang hitam! ” cemuh Aisy Rafael bertubi-tubi.

Afzal Reyhan menghela nafas berat. “Sampai begitu sekali ke abang benci Rey? Kenapa abang selalu pandang serong pada Rey? Kita lahir dari rahim yang sama, dari ibu yang sama. Pandai ataupun tidak, kaya ataupun tidak bukan alasan untuk abang tidak mengaku yang kita ni adik-beradik. Takkanlah Rey nak berlaku kejam pada abang Rey sendiri? ”

“Tch, kalau kawan tikam kawan pun ada, mustahil adik-beradik tak boleh tikam belakang satu sama lain. Muka kau mungkin nampak suci tapi hati kau, hitam! Memang sesuai lah kerja kampung tu dengan kau. ” mulut Rafael tidak henti-henti mencemuh adiknya.

“Terpulanglah pada abang, apa abang nak cakap. Yang penting, Rey dah tunaikan tanggungjawab Rey selaku umat Islam untuk menasihati saudaranya. ” Afzal Reyhan berjalan melimpasi Aisy Rafael menuju ke biliknya. Segera segala barangannya dikemas. Dia mahu keluar dari rumah abangnya, dia tidak akan balik ke sini selagi abangnya tidak berubah.

Itu tekadnya!

TOK! TOK! TOK!

“Reyhan? ”

“Assalamualaikum, Zac. ” sapa Afzal Reyhan bersama senyuman paksanya.

“W-Waalaikumsalam, what are doing here so late? ” soal Zachary Xavier hairan. “Can I come in? ” soalan Zachary dibiar menyepi. Zachary mengangguk lalu memberi laluan kepada Afzal Reyhan untuk masuk ke dalam apartment miliknya.

“So, what bring you here, doctor Reyhan? ” Zachary melabuhkan punggungnya di atas sofa.

“Can I ... stay here? Only for a couple of weeks. ” ujar Afzal Reyhan tidak berselindung lagi. Zachary memandang Afzal Reyhan dengan sebelah kening terangkat. “What do you mean? Aren't you supposed to stay with your brother? What happen? ”

“It's a long story, Zac. Kalau tak boleh takpelah. Tapi sekurangnya untuk malam ni saja. Esok aku akan keluar, aku janji. ” ujar Afzal Reyhan bersungguh-sungguh. Zachary ketawa kecil bersama gelengan kepala.

“I never say no. You're welcome to stay as long as you want. Sekurang-kurangnya aku adalah kawan nak dibawa bercakap. ”

“Betul ni? Kau tak kisah? ” soal Afzal Reyhan ragu-ragu. Rasa bersalah pula telah menyusahkan Zachary malam-malam macam ni. Tapi, apa nak dikata, dia tiada sesiapa lagi melainkan Aisy Rafael dan Zachary di bandar ini.

“Nope. Make it like your own home. ” Zachary membawa Afzal Reyhan ke sebuah bilik kosong.

“I used to had a housemate. Tapi dia dah keluar. Kau gunalah bilik ni. ”

“Terima kasih, Zac. ” ucap Afzal Reyhan. Dia tidak mahu bertanya lebih memandangkan Zachary sudah cukup baik hati membenarkan dia tinggal di sini. Barang-barangnya dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam sebuah almari kayu. Nampak bersih saja, mungkin Zachary selalu mengemas bilik ini. Fikir hatinya.

“Rey, ”

Afzal Reyhan memanggung kepalanya memandang Zachary di muka pintu.

“I forgot something, who is your fiancee'? You owe me right. Now it's time. ” dia duduk di birai katil. Afzal Reyhan ketawa kecil.

“Fine. ” dia duduk bersila di lantai. Bersedia untuk bercerita mengenai Sumayyah. Gadis yang bakal dikahwini dalam masa beberapa bulan lagi. Dia sudah maklumkan perkara ini terlebih dahulu kepada ibu bapanya dan mereka bersetuju untuk menghantar rombongan pada minggu hadapan.

Akan dia pastikan gadis itu mendapat cinta dan kebahagiaan yang dia berhak dapat. Dia mahu mengikuti cara Rasulullah SAW menjaga dan mendidik para isterinya. Dia mahu menyayangi Sumayyah sama seperti Rasulullah menyayangi para isterinya. Dia mahu menjadi imam dan suami yang terbaik agar suatu hari nanti 'bahagia till jannah' bukan sekadar omongan kosong melainkan perkara yang dia dan isterinya akan lalui bersama-sama.

Arwa Sumayyah, ana uhibbuka fillah. Aku mencintaimu kerana Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience