Bab 31

Drama Completed 23379

AISY RAFAEL terjaga apabila telinganya sayup-sayup mendengar bunyi suara seseorang. Matanya dicelikkan.

“Su? ” suara serak-serak basah miliknya berjaya membuatkan Sumayyah yang baru habis bertahajud menoleh.

“Ada apa? ”

“Kau buat apa solat pagi buta ni? Isyak dah lama habis, buang tebiat ke apa?” soal Aisy Rafael sedikit jengkel. Tidak berpuas hati kerana tidurnya terganggu.

“Solat sunatlah. Tahajud, taubat, istikharah. Walaupun bukan wajib tapi boleh dapatkan pahala lebih kalau buat, ” jelas Sumayyah sambil melipat sejadah miliknya.

Aisy Rafael mendecit. “Masalahnya kau dah ganggu tidur aku. Boleh tak kau buat waktu pagi ke, tengah hari ke, jangan waktu orang masih tidur ni, kau nak aku mengamuk pagi-pagi buta ni? ”

“Sepertiga malamlah sesuai untuk solat sunat kerana pada waktu begini malaikat turun ke bumi. Allah berfirman dalam Surah Al-Muzammil ayat 1-4 yang bermaksud: “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah al-Quran dengan ‘tartil’.” jelas Sumayyah namun Aisy Rafael buat endah tidak endah dengan ceramah Sumayyah itu. Dia kembali berbaring dan berselimut hingga menutup seluruh badannya.

“Kau tak nak solat ke? Alang-alang kau dah terjaga. ” soal Sumayyah. Dia cuba menarik selimut yang membaluti tubuh sasa itu.

“Diam. Aku nak tidur, esok aku nak kerja, aku perlukan rehat yang cukup. Kau bukan tahu apa-apa kalau dah duduk di rumah saja, tak guna banyak tenaga. ” pangkah Aisy Rafael dengan mata yang tertutup.

Sumayyah menggelengkan kepala. “Diriwayatkan Saidatina Aisyah R.A, ia berkata: “Nabi SAW menunaikan solat malam hingga bengkak kedua-dua telapak kaki baginda, lalu aku katakan kepada baginda, ‘Mengapakah engkau melakukan seperti ini, ya Rasulullah, padahal dosamu yang lalu mahupun yang akan datang telah diampunkan oleh Allah? ‘Baginda menjawab, Adakah aku tidak boleh menjadi hamba Allah yang bersyukur?” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

“Kalau Nabi kita yang memang sudah dijamin oleh Allah untuk masuk syurga saja masih lagi melakukan solat, kenapa tidak kita manusia biasa yang masih penuh dengan dosa dan belum tentu masuk syurga tidak mahu solat? Tidak mahu bersyukur? ” tambah Sumayyah lagi.

Diam. Suasana hening untuk seketika. Dilihatnya Aisy Rafael masih lagi statik di sana, tidak bergerak walau seinci.

Sumayyah menghela nafas perlahan. “Sukahati kau lah, Rafael. Aku hanya cakap. Kalau kau nak solat pergilah, kalau tak, terpulang. Tugas aku hanya mengingati, selebihnya urusan kau dengan Allah. ”

Selimut ditarik dan dia menutup matanya. Sementara Aisy Rafael seperti tidak keruan. Jantungnya berdegup kencang, kata-kata Sumayyah kadang-kadang menusuk ke kalbunya. Namun dia tepis semua itu dan masih menangkan egonya.

Dia cuba untuk tidur semula namun gagal. Kata-kata Sumayyah bagaikan radio rosak yang berputar berkali-kali di dalam mindanya. Sehinggalah azan Subuh berkumandang barulah dia dapat tidur. Dan pada akhirnya, dia masih memilih untuk tidak mengikuti suruhan Tuhannya.

“TOLONG ikatkan. ”

“Huh? ” Sumayyah yang baru hendak keluar bilik menoleh ke arah Aisy Rafael. Apa lagi suaminya ini...

“Tolong ikatkan tali leher aku. ” arah Aisy Rafael sambil menyuakan sehelai tali leher berwarna biru gelap kepada Sumayyah. Wanita itu menyambutnya dengan kerutan di dahi. Kerutan yang hanya dia sendiri tahu.

Dia tak reti ikat tali leher!

“Yang kau tercegat lagi di sana buat apa? Cepatlah, aku dah lambat ni! ” gesa Aisy Rafael apabila Sumayyah masih lagi berdiri bagai patung cendana di sana.

“Er ... a-aku mana reti ikat. Kalau kau nak cepat kau pakai sendirilah. ” tali leher itu disua kembali pada Aisy Rafael.

Lelaki itu menarik senyuman misteri.

“Allah! ” terkejut Sumayyah apabila pinggangnya ditarik mendekat ke arah Rafael hingga tubuh badannya bersentuh dengan tubuh suaminya.

“R-Raf, a-apa n- ”

“Follow my step, sweetheart. ”

Mak oi ... suara deep milik Aisy Rafael berhasil membuatkan Arwa Sumayyah mengeras di sana. Wajahnya terasa membahang, jantungnya tak usah dikata, dah macam lepas larian rentas desa. Kedudukan mereka yang agak dekat membuatkan Sumayyah makin tidak keruan. Fikirannya sudah tidak fokus lagi pada Rafael yang sibuk menggerak-gerakkan tangannya mengikat tali leher sebaliknya pada wajah tampan suaminya.

“Sweety, abang tahu abang hensem tapi sweety fokus dulu ikat tali leher abang. Nanti senang nak minta sweetheart abang ikatkan, romantik sikit. ” sempat dia mengenyitkan mata ke arah Sumayyah. Wanita itu membuang pandangan.

Selepas beberapa minit, barulah tali leher itu berjaya disimpul oleh Sumayyah dengan bantuan Aisy Rafael. Dia mengemaskan sedikit bahagian collar kemeja itu. Tersenyum Aisy Rafael melihat gelagat isterinya. Hati terasa berbunga-bunga seketika.

“Dah, abang dah lewat ni. Sweetheart jaga diri jaga rumah elok-elok, okey? ” kepala Sumayyah diusap sebelum melabuhkan ciuman di dahi itu.

“Tak nak breakfast dulu ke? ” soal Sumayyah prihatin. Aisy Rafael menggeleng perlahan.

“Abang nak kena cepat ni, ada meeting. Nanti abang makan di luar saja. Take care. ” briefcase diambil dan dia berlari-lari anak keluar rumah. Sumayyah hanya melihat pemergian suaminya melalui tingkap bilik mereka.

Sewaktu kereta milik Aisy Rafael keluar dari perkarangan rumah, tingkap kereta dibuka. Aisy Rafael menghadiahkan flying kiss ke arah Sumayyah sebelum memandu pergi. Dan-dan tubuh Sumayyah kembali mengeras. Wajahnya kembali membahang. Irama jantung juga kembali menukar rentak.

Apakah perasaan ini ya Allah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience