Bab 44

Drama Completed 23379

5 BULAN KEMUDIAN

“Assalamu'alaikum!”

“Wa'alaikumussalam, kejap!” Sumayyah berjalan dengan berhati-hati ke pintu utama. Sebaik dibuka, figura seorang wanita berbaju abaya berwarna biru langit memenuhi iris matanya.

Lebar senyuman Sumayyah memandang gerangan tersebut. “Raiya, masuklah! ”

Raiya melangkah masuk ke dalam rumah milik Aisy Rafael. Punggung dilabuhkan di atas sofa lembut yang berada di ruang tamu itu.

“Rafael mana? ” soal Raiya mencari kelibat suami wanita itu.

“Dia ada meeting dengan Reyhan di atas, kejap lagi turunlah tu. ” balas Sumayyah. Dia menghidangkan secawan teh yang sudah siap dibancuh tadi. Sofa bertentangan dengan Raiya dipilih dan dia turut duduk di sana. Matanya tidak lepas memandang gadis di hadapannya ini. Sejak berhijrah menjadi seorang muslim yang baik, Raiya gemar memakai purdah tidak kira ke mana dia pergi. Dia suka melihat perubahan Raiya sekarang ini.

Raiya tersenyum di sebalik purdah yang dipakainya. Walaupun tidak kelihatan namun dapat dilihat daripada bentuk mata gadis itu yang melengkung ke bawah.

Tak lama kemudian, dua orang jejaka yang ditunggu-tunggu menuruni anak tangga bersama-sama. Hubungan yang dahulunya renggang kini semakin rapat. Seperti pepatah air dicincang tak akan putus.

“Sweetheart, lama tunggu? ” Aisy Rafael mengucup tepi kepala Sumayyah yang berbalut tudung itu. Sebelah tangannya naik mengusap perut Sumayyah yang mulai membukit.

Alhamdulillah, penantian mereka kini telah berakhir apabila Sumayyah disahkan mengandung. Insan yang paling gembira tentu saja suaminya. Buktinya, hampir setiap masa Aisy Rafael akan berkomunikasi dengan anak di dalam perutnya, sesekali dia akan berceloteh tentang kerja sehariannya di pejabat.

Sumayyah pula akan berkomunikasi dengan anaknya melalui surah-surah yang dibaca. Setiap kali selesai solat, dia akan menyempatkan diri untuk mengaji sambil mengusap perutnya. Dia berharap anak mereka akan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Afzal Reyhan dan Raiya yang melihat itu tersenyum lebar. Keluarga kecil yang dahulunya tidak sependapat kini mampu tersenyum bahagia. Benarlah orang kata jodoh itu datang dari arah yang tidak disangka-sangka. Tuhan mempunyai pelbagai cara untuk menemukan dua insan walaupun terpaksa dihadapi dengan air mata dan kesakitan. Namun, kesakitan itulah yang akan berbuah manis di pengakhirannya kelak.

Dalam tidak sedar, Afzal Reyhan melirik beberapa kali ke arah Raiya. Gadis itu ada beberapa kali menyatakan rasa suka kepadanya namun dia tidak pernah membalas apa-apa. Diajak ta'aruf juga dia tidak ingin kerana belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua. Dia sedar kesilapan dahulu adalah berpunca daripada dirinya yang bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan. Disangka dirinya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga namun nyatanya dia gagal. Gagal melindungi apa yang sepatutnya dia lindungi. Jadi kali ini, biarlah dia fikir masak-masak dahulu.

RAIYA sedang menikmati pemandangan kolam ikan koi di belakang rumah Aisy Rafael apabila Afzal Reyhan datang menyapa dirinya.

Raiya menggigit bibir sendiri di sebalik purdah yang dipakai. Malu hendak bertentang mata dengan lelaki itu.

Afzal Reyhan juga memandang tempat lain. Tengkuk digosok bagi menghilangkan rasa janggal.

Agak lama mereka berdua mendiamkan diri sebelum Afzal Reyhan dengan spontan memberikan sekeping kertas yang dilipat bentuk hati kepada Raiya.

Gadis itu menyambutnya lambat-lambat.

“Open it. ” arah Afzal Reyhan sebelum dia berlalu dari sana.

Raiya memandang belakang tubuh itu hairan. Kertas kecil yang. Berada di tangannya dibuka penuh berhati-hati.

‘Kepadamu atas sebuah nama yang tertulis di Lauhul Mahfuz untukku,

Akan selalu ku lantunkan doa ku untukmu, menyebutmu di setiap solatku, menantimu di setiap langkahku. Akan ku perbaiki diriku dan memantaskan diriku untuk mu. Dan jika hari itu telah tiba, dengan izin Allah engkau datang untuk menemuiku maka percayalah aku akan membuka pintu hatiku dengan penuh rasa cinta.

Biarlah perhatianku kepadamu seperti ikhfa haqiqi (samar) tapi ketahuilah doa ku untukmu seperti izhar halqi (jelas) di hadapan Rabb ku. '

Pipi Raiya merona merah. Jantungnya mula bertukar rentak. Dia berpaling semula ke arah lelaki itu berjalan pergi namun dia tergamam apabila lelaki itu selamba menyandarkan bahu di pintu rumah sambil tersenyum manis ke arahnya.

Dan-dan dia rasa hendak terjatuh di sana. Agak-agak kalau dia terjun dalam kolam ikan ni boleh tak? Nak sorok wajah malu dia ini walaupun sudah memakai purdah.

“Ehem, anak dara orang tak baik tengok lama-lama. Kalau nak pergi kahwin, ” satu suara memerli dirinya. Lantas Afzal Reyhan berpusing ke belakang.

“Siapa kata aku tak nak? Cuma tunggu masa yang sesuai untuk aku luahkan pada dia. ” ujar Afzal Reyhan berterus-terang.

“Apa lagi kau tunggu? Pergi sajalah. Nanti kalau dia dikebas orang jangan nangis depan aku pulak, ” Aisy Rafael cuba berseloroh.

Afzal Reyhan berdecit. “Kalau dia betul sebahagian dari tulang rusuk aku, maka tiada siapa akan dapat mencuri dia dari aku. ”

Aisy Rafael senyum senget. Pandai juga eh doktor sorang ni buat ayat-ayat klise macam tu.

“Apa lagi yang kau tunggu? Dia pun berminat dengan kau, kan? Both of you love each other. Kau nak tunggu sampai dia tawar hati dengan kau ke apa? ” soal Aisy Rafael masih tidak mengerti dengan tindakan adiknya.

Afzal Reyhan menggeleng. “Aku cuma belum bersedia. Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Kali ini, biarlah aku betul-betul bersedia barulah aku ikat dia jadi isteri aku. ”

“Kenapa pula? Aku tengok kau macam dah sedia saja. Ilmu agama kau lagi tinggi dari aku. ” Aisy Rafael menyatakan fakta yang sebenarnya.

Afzal Reyhan senyum kecil. “Kerana syurga itu bukan percuma wahai abangku. Aku mahu melayakkan diri aku, barulah aku boleh bergelar suami yang dapat bimbing isteri dan anak-anaknya ke syurga Allah. Mungkin bagi kau aku dah sedia, tapi hakikatnya aku masih belum bersedia di mata Allah. Aku hanya seorang insan yang masih mentah dalam menghadapi ujian dunia ini. Sebab itulah, aku serahkan takdir aku di tangan yang Maha Kuasa hingga suatu masa nanti, aku dan dia akan berjumpa semula dalam satu ikatan yang suci. ” ujarnya panjang lebar.

Aisy Rafael mengangguk-anggukkan kepala. Dia tidak boleh berbuat apa-apa jika itu keputusan adiknya. Apa saja yang baik, dia akan sokong.

“Sudahlah. Jom, aku hantar kau sampai pintu depan. Kau pun pasti sibuk. ” bahu adiknya ditepuk beberapa kali.

“Gaya macam nak menghalau aku saja, ” seloroh Afzal Reyhan membuatkan kedua-dua jejaka itu tertawa besar. Mereka berdua berjalan ke muka pintu di mana Raiya dan juga Sumayyah sedang leka bersembang.

Afzal Reyhan masuk ke dalam kereta miliknya. Tingkap di bahagian penumpang di buka dan dia melambai ke arah mereka.

Mata Afzal Reyhan kemudiannya jatuh pada Raiya. ‘Wakafa billahi syahida, ana uhibbuka fillah. ' bisik hati kecilnya. Hon dibunyikan beberapa kali sebelum keretanya bergerak keluar dari perkarangan rumah Aisy Rafael.

Alhamdulillah finally tamat juga kisah ni >< kpd yg setia membaca dari awal F.N nak ucapkan terima kasih bnyk² sbb bersabar menunggu novel ini update. Utk next novel F.N tak pasti bila blh publish sbb skrg ni F.N nak fokus sambung bljr dlu. Klu F.N dpt bahagikan masa dgn baik mungkin F.N dpt continue buat novel tanpa hiatus. Tapi, kita tak tahu kedepannya bagaimana jdi jgn tggu sbb kita tak nak bgi apa² harapan pd pembaca semua. Sekian ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience