Bab 30

Action Series 18457

Luiz membuka matanya. Cahaya lampu di dalam bilik itu menyebabkan mata Luiz tertutup sebelum perlahan-lahan dibuka semula. Kepalanya yang terasa berat dan berpinar itu diabaikan.

"Dah bangun ke?" Tegur satu suara yang amat Luiz kenal.

Luiz tersengih. Lehernya yang terasa pegal itu direngangkan kekiri dan kekanan.

"Andre...hahaha berani kau buat aku macam ni kan" kata Luiz yang melihat badannya diikat menggunakan rantai besi.

Sisa darah dalam mulutnya diludah ke tepi.

Luiz pejam mata beberapa kali cuba memfokuskan penglihatannya. Dia yakin cecair yang terasa melekit pada dahinya itu adalah darah.

"So what? Aku cuba pelihara apa yang sepatutnya milik aku" jawab Andre yang sudah melangkah semakin dekat.

"Kau nak bunuh aku ke?" Luiz tersengih lagi. Sedikit pun tiada rasa gentar. Wajah dingin Andre dipandang.

"Kau rasa?"

"Hahahaha. Bunuhlah. Bunuh je aku" kata Luiz lagi.

"Tak perlu pun gari gari ni. Bunuh je aku terus. Lagi cepat lagi bagus. Aku pun dah penat hidup dalam dunia penuh dengan manusia macam korang semua ni. Cepat lah bunuh aku!" Nada suaranya semakin meninggi dari satu ayat ke ayat yang lain. Bunyi rantai besi bergesel memenuhi ruangan bilik itu.

Pang!

Luiz terdiam. Kepalanya terteleng ketepi. Pipi kanan terasa berbirat. Bangkai betul. Dalam mulutnya mula terasa darah berkumpul lagi.

"Woi bangsat. Aku suruh kau bunuh aku. Bukan tampar aku" Luiz toleh pandang Andre.

"Kau bodoh? Tak faham bahasa melayu? Kau nak aku cakap bahasa apa? Bahasa binatang?" Tanya Luiz mendatar.

Andre hanya memerhati tanpa sepatah kata.

"Hey, kau dengar tak ni?" Panggil Luiz apabila Andre hanya merenungnya.

"Hahaha betullah kata Bella. Keluarga dia penuh dengan orang psycho. Orang gila. Phew patutlah dia pun macam kurang normal sikit. Mak bapak dia gila"

Pang!

Pipi Luiz ditampar lagi tetapi kalini di sebelah kiri pula.

Mata Luiz menjeling tajam.

"Kau tak layak untuk hina Eva" keras Andre memberi amaran.

"Hahaha, perempuan macam tu jugak yang kau sayang. Dah takda perempuan lain agaknya dalam dunia ni"

Andre melangkah ke arah kanan bilik. Satu kerusi diambil sebelum diletakkan di hadapan Luiz.

"Kau, apa kau nak dari keluarga aku" tanya Andre yang sudah duduk di kerusi hadapan Luiz.

"Aku? Aku rasa kau salah orang nak tanya soalan bodoh tu" Luiz tersengih mengejek.

"Kau patut tanya soalan tu pada Eva. Apa sebenarnya dia nak dari aku. Kenapa dia culik mak aku? Ataupun kau patut tanya pada Bella. Apa sebenarnya yang dia harapkan dari aku. Tak pun..." mata Andre direnung lama.

"Cuba kau tanya pada diri kau. Apa tujuan kau culik aku sekarang ni?" Luiz meludah lagi darah yang berkumpul dalam mulutnya. Pasti pipi bahagian dalamnya sudah terkoyak akibat ditampar tadi. Bangsat punya Andre. Kalau aku lepas dari rantai ni memang mati kau aku kerjakan!

"Siapa Jay? Apa yang kau rancang dengan dia" tanya Andre mendatar.

"Hahahahaha kau lari topik ni Andre. Apa kau dah takde benda sangat nak ajak berbual sampaikan tanya benda merepek dekat aku?" Luiz tergelak sakit. Kepalanya terasa berpinar.

"Jawab soalan aku Luiz. Apa yang kau rancang dengan Jay" tanya Andre lagi.

"Kau ni bodoh ke apa!" Tempik Luiz.

"Apa kena mengena sialan tu dengan hal ni!"

"Siapa Jay? Apa dia nak dari Bella?" Tanya Andre masih tak putus asa.

"Jay, Jay, Jay! Jangan sebut nama dialah sial! Aku Luiz bukan Jay. Dia tu tak wujud!" Tengking Luiz kuat.

'Tak, aku wujud Luiz. Aku wujud dalam diri kau'

"Diam sial diam!" Kata Luiz sendiri. Matanya sudah dipejam rapat.

Andre hanya memerhati lelaki itu sebelum tangannya mengeluarkan satu botol ubat. Botol itu digoncang depan muka Luiz.

"Kau perlukan ubat ni untuk tahan dia kan?" Tanya Andre. Luiz buka semula matanya sebelum muka Andre direnung tajam seperti pisau.

"Dalam dunia ni. Sebodoh bodoh manusia sekalipun. Ada benda yang sepatutnya dia tak melampau batas. Hmm macam kau pulak, benda ni adalah larangan dari aku" suara Luiz mula berubah dingin.

"Jangan. Paksa. Aku" perkataan itu ditekan satu persatu.

Selepas beberapa saat mulut Luiz kembali mengukir senyum.

"Sorry..."

"Lepaskan aku please, tangan aku sakit"

"Aku tak tahu lah kau tahu ke tak, tapi aku sebenarnya pelukis. Terkenal tau. Jadi kalau tangan aku cedera susahlah aku nanti. Macam mana aku nak lukis lagi kalau tangan aku sakit..." suasana dalam bilik itu terus berubah 180 darjah. Luiz yang merayu lemah itu nampak berbeza dengan dirinya beberapa saat yang lepas.

Tawa halus terlepas dari mulut Andre.

"Kau cakap orang gila. Tapi kau pun lebih kurang je sama" guman Andre.

"Ya betul aku gila. Jadi lepaskanlah aku please" kata Luiz lagi.

Andre bangun dari duduknya.

"Andre kau nak pergi mana? Lepaskan lah aku dulu" kata Luiz lemah. Pandangan matanya yang redup bertentangan lama dengan mata tajam Andre.

Andre tidak membalas apa-apa. Dia terus sahaja melangkah keluar dari bilik itu.

Luiz terdiam. Senyuman di bibirnya berubah kendur sebelum akhirnya bertukar menjadi dingin.

"Kalau tak harini, agak agak bila lagi" gumannya sendiri. Bibir tersengih semula.

Tak! Jangan gelak! Belum sampai masa untuk kau gelak.

Haih apalah yang Bella tengah buat sekarang. Rindunya.

Eh rindu?

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience