Bab 18

Action Series 18457

- 1 Days

Bella menyarung baju jaket kulit hitam ke badannya. Mask hitam yang berada di atas meja juga dicapai sebelum dimasukkan ke dalam beg sandang kecil. Rambutnya yang panjang lurus ditoncangkan menjadi satu. Sarung tangan kulit berwarna hitam dipakai kemas.

"Kau nak pergi mana?" soal satu suara sebaik sahaja melihat Bella sudah melangkah ke arah pintu.

Bella memandang Luiz beberapa saat ssbelum timbul idea nakal di kepalanya.

"Jom ikut i..." kata Bella mendatar.

"Pergi mana?" soal Luiz semula.

"Orang ajak tu ikut jelah... Dah dah cepat pergi siap" halau Bella.

"Hah? Nak pakai baju apa?".

"Pakai baju gelap gelap sikit supaya tak tarik perhatian orang..."

Luiz hanya menurut sahaja arahan Bella. Selang beberapa minit Luiz keluar dari bilik dengan pakaian yang sudah diganti. T-shirt berwarna hitam dan seluar berwarna biru gelap menjadi pilihannya.

"Nah pakai ni" kata Bella lagi sebelum mencampakkan satu topi hitam kepada Luiz.

"Dah jom..." ajak Bella.

Luiz hanya mengekor Bella dari belakang.

Mereka berdua pergi ke salah satu bangunan yang berdekatan dengan syarikat Mikayla's Holding. Mata masing masing memerhatikan pintu masuk syarikat yang berada di sebelah kiri dari arah kedudukan mereka.

Luiz sendiri tidak tahu apa yang dia dan Bella sedang lakukan sekarang. Bella pula daripada melangkah keluar bilik lagi sudah tidak mengeluarkan sepatah kata.

Hanya riak kosong ditayang.

"Kita tengah tunggu siapa ni?" tanya Luiz setelah sekian lama mereka menjadi tiang di tepi bangunan itu.

"Shush... Kita tengah tunggu mangsa" kata Bella secara berbisik. Matanya tidak lepas memandang ke arah pintu masuk syarikat.

Selang beberapa saat William keluar dari pintu itu dan melangkah ke arah keretanya yang terletak di tempat parkir kereta.

Bibir Bella terukir senyuman senget.

"Tu kan mangsa kau, sekarang nak buat apa?" tanya Luiz lagi.

Bella memandang ke arah Luiz yang berdiri di belakangnya sebelum memandang kembali ke arah William.

"Sini kejap... Jom ikut i" kata Bella sebelum dia melangkah laju ke arah jalan raya. Luiz pula hanya mengekor. Dia sendiri tidak tahu apa rancangan Bella pada malam ini.

Sedang Luiz mengikut Bella, tiba tiba Bella berpusing ke belakang secara mengejut sebelum dengan selamba dia menolak badan Luiz ke arah jalan raya.

Streeeeeeet!!!!!

Turun naik dada Luiz apabila melihat kereta yang dipandu William hanya seinci sahaja berhenti betul betul di hadapan mukanya.

"Oh god!! Are you okay man?" William cepat cepat keluar daripada keretanya sebelum melangkah ke arah Luiz yang sudah terbaring di atas jalan raya.

"OH MY GOD SWEETY ARE YOU OKAY!!" jerit Bella tiba tiba sebelum dia juga melangkah ke arah Luiz. Badan Luiz dipeluk kuat.

"Harry! Don't scare me like that!" kata Bella lagi bersama linangan air mata palsu.

Luiz sudah terpinga pinga ditempatnya. Harry mana pulak ni b*bi. Kau yang tolak aku tadi tahu tak!. Nak bunuh aku ke?.

"Come in i will take you to hospital" pelawa William cemas.

"Yes, yes, please take us. I want him to check at the hospital" jawab Bella laju sebelum memapah Luiz masuk ke seat belakang kereta William.

Bella pula duduk betul betul di belakang bahagian seat pemandu.

Masuk sahaja William ke dalam keretanya tiba tiba ada satu muncung pistol yang diacu di tepi kepala.

"Close the door, and be quite. If you scream or trying to do something. This bullet will curve into your fu*king brain" kata Bella dingin.

"Okay, okay don't shoot me please..." William patuh mengikut arahan Bella. Pintu kereta ditutup.

Luiz yang berada di sebelah hanya diam memerhati.

"Go to this place ..." satu helai kertas dicampak atas peha William.

William mengangguk kepalanya laju sebelum terus memandu ke arah tempat yang tertera di kertas putih yang dicampakkan oleh Bella sebentar tadi.

Sementara itu Rayyan yang baru sahaja keluar daripada bangunan syarikatnya hanya memerhatikan kejadian itu dengan kedua tangan yang elok terletak dalam kocek.

"Selamat mampus William. Semoga bersemadi dengan aman. Duit gaji kau bulan ni nanti aku bagi ke acc mak kau. Tambah sikit duit untuk salam takziah" kata Rayyan mendatar sebelum dia melangkah pergi ke arah kereta Ferrari merahnya.

Sampai sahaja di tempat yang tertera pada kertas kecil tadi, Bella membawa William masuk ke dalam satu gudang terbiar. Luaran gudang itu nampak rentung tetapi di bahagian dalamnya terdapat satu bilik bawah tanah yang masih boleh digunakan.

Dengan bantuan Luiz, William diikat pada satu kerusi menggunakan dawai besi dan tali. Kemudian lelaki itu diseletip pula dari atas hingga ke bawah.

"Hey, if you want money. I can give you money. Don't do this to me please... " rayu William kepada Bella dan Luiz.

Bella hanya mengabaikan sahaja. Tangannya sibuk mengambil satu kotak yang penuh dengan alat seksaan. Kemudian Bella mencampakkan minyak ke dalam satu tong drum besi sebelum dinyalakan. Beberapa batang besi cerucuk yang dijumpai di gudang atas juga dibakar bersama sehingga menjadi merah.

"Memang kita kena seksa dia dulu ke? Tak boleh ke biar dia mati je terus?" soal Luiz kepada gadis itu sebelum memandang ke arah wajah sayu milik William.

"Tak boleh, mission i memang kena seksa dia sampai mati" jawab Bella mendatar dan dingin. Karakternya seratus peratus berubah, berbeza sungguh dengan gadis yang selalu ingin bermanja dengan Luiz.

Bella yang berada di hadapannya ini ialah sifat Bella Lavender Rose yang sebenar. Si pembunuh upahan yang berdarah dingin.

Luiz kembali diam.

"Please don't do this.. Arghhhhh!!!" menjerit William apabila Bella mencucuh besi panas di perutnya.

Luiz memejam mata rapat. Dia tidak boleh melihat perkara itu. Kalau tidak...

"Open your eyes Luiz..." kata Bella tiba- tiba.

Luiz tidak menurut. Dia masih kekal memejam matanya rapat.

Kcung! Ktak! Krack!

Hancur tulang kaki William apabila diketuk oleh Bella menggunakan penukul besi.

"Arghhhh!! Arghhh!! Fu*king dammit!!" raung William lagi.

Tulang yang sudah tercucuk keluar dari isi kulit dipatahkan. Isi isi daging kaki William pula digunting sehingga putus menggunakan gunting besi yang sudah dibakar pada bahagian muncung. Bella kemudian mengikat kaki William menggunakan dawai besi untuk memberhentikan darah yang mula mengalir keluar dengan laju.

Kcak! Krack!

Sebelah kaki pula dilakukan sama seperti kaki yang lagi satu.

"Arghh!! Please stop!! Stoppp!!"

"Please I'm begging you, what did i do to deserve all of this?" soal William merayu rayu.

"Ask you fu*king ex wife" mudah sahaja jawapan Bella.

Krank!

"Arghhhh!!! Stopp please..." rayu William tak henti henti.

Nafas Luiz mula tidak teratur apabila telinganya disajikan dengan jeritan dan raungan seksaan. Dengan mata yang masih terpejam Luiz mencapai botol ubatnya.

Tiba tiba Bella merampas botol itu daripada tangan Luiz.

"Don't eat that"

"Bella give my pills back!" tengking Luiz kuat. Nada suaranya naik seoktaf.

"Buka mata dulu" kata Bella mendatar.

"Tengok semua ni... "

Ktang!

"Arghhhhh!!"

"Bella!!" tengking Luiz.

Bella tidak mempedulikan tengkingan Luiz. Dia meneruskan lagi kerjanya. Playar yang berkarat dicapai. Rambut William ditarik kuat ke belakang sebelum playar itu mengcungkil biji mata William hingga tercabut dari soket mata.

"Arghhh!! Please don't do this to me!" darah meleleh leleh membasahi muka William.

Bella hanya memberikan riak kosong kepada William. Sedikitpun tidak terjentik dihatinya perasaan simpati melihat keadaan William.

Sudah 25 tahun dia menceburi bidang ini. Sudah beratus, atau mungkin sudah beribu yang menjadi mangsanya. Jadi apa bezanya dengan William?. Hati Bella sudah lali mendengar rayuan dan esakan mangsa.

Inilah hasil ciptaan teragung Eva Elizabeth Rose. Satu mesin pembunuh berdarah beku.

Mata William diletakkan atas tangan Luiz.

"Tengok ni. Ada mata" kata Bella cukup selamba dan tenang.

Luiz cepat cepat mencampakkan bola mata itu ke tepi.

Dadanya mula menyerang rasa sakit.

'Luiz, ada darah. Bau darah. Bukan bau ni ke yang kau selalu hidu masa kecik kecik dulu'

'Hahahhahahaha. Tengok tu dia kena seksalah'

"Diam!!!!" jerit Luiz kuat sambil menutup kedua telinganya. Kakinya sudah terduduk mencangkung.

Bella pula hanya memerhatikan Luiz dengan bersuara latar belakangkan raungan dan esakan William.

Ah... Indahnya suasana ini.

"Luiz Martin..." panggil Bella mendatar.

'Luiz, mama kau. Hidup lagi. Kenapa dia hidup lagi? Kau nak kena seksa macam dulu ke?'

'Perempuan bodoh tu kena mati!!'

'Hahahahaaha'

"Please, Bella please.. Give me my medicine" pinta Luiz seakan merayu.

"No i can't. I need you. I love you. So this time. Just this time. Please sleep. I can't afford to lose you" jawab Bella mendatar.

"Bella..." panggil Luiz perlahan sebelum akhirnya dia rebah ke lantai tak sedarkan diri.

Selang beberapa saat Luiz membuka matanya semula.

"I remember perfectly that i told you to call me out. But not like this" kata Luiz mendatar sebelum dia bangun daripada baringnya. Luiz mengibas sedikit seluar yang dipakai. Rambutnya dikuakkan ke belakang sebelum mulut tersenyum menyeringai.

"Hello Bella Lavender Rose. I'm back... "

Bella tersenyum. Dia berjaya memanggil lelaki ini keluar. Si pembunuh berdarah dingin yang hampir serupa dengan sifat Bella.

Tak.

Mungkin lelaki ini lebih kejam dan lebih teruk berbanding Bella. Cukup dua mayat yang Bella bersihkan di dalam bilik hujung Luiz menjadi sebagai bukti. Bukti kepada kegilaan jiwa Luiz yang serupa seperti syaitan bertopengkan manusia.

"Hello Luiz Martin..." ucap Bella sebelum dia memeluk jejaka itu.

Luiz membalas pelukan Bella. Sempat dia menghadiahkan kucupan di pipi kiri gadis itu.

Kemudian Bella kembali melangkah ke arah William. Player yang digunakan untuk mengorek biji mata William tadi dicapai semula. Lidah lelaki itu diketip keluar.

"Look ..." kata Bella sebelum dia menggunting lidah itu sehingga putus.

"Do this to Eva" lidah itu dibuang ke lantai. Kemudian satu batang besi panas yang berada dalam tong drum dicapai sebelum dicucuk masuk ke dalam biji mata William lagi sebelah. Berasap rasap keluar hasil daripada besi panas itu membakar kulit dan bola mata William. Akhirnya William menghembuskan nafas terakhirnya setelah kehilangan banyak darah.

"Exactly like this" sambung Bella semula.

"As you wish princess..." balas Luiz sebelum tersenyum sinis.

- 0 Days

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience