Bab 26

Action Series 18457

           Kepala monyet yang sudah terpisah dari badan dicampak ke tanah. Luiz mengeluh panjang. Masuk monyet yang ini, sudah 12 ekor telah diburu. Tetapi satu pun tidak mempunyai suis di atas kepala. Suis tu bentuk macam mana pun dia tak tahu sekarang ni.

Ah ngarut lah!

"Bella," panggil Luiz perlahan tetapi masih boleh didengari.

"Hmm?" Sahut Bella tanpa menoleh, ditangannya ada seekor monyet yang sudah tidak bernyawa.

"Masa kita dekat tingkat bawah tadi, kau kata kita perlukan 3 jam untuk habiskan semua benda dekat tingkat ni kan?" Soal Luiz mendatar.

"Aah betul"

"Lepas dah dapat monyet ni ada apa lagi yang kita kena buat?" Mata Luiz meliar ke atas. Berpuluh ekor monyet sedang bergayut di dahan dahan pokok. Susah untuk mereka mencari mana satu yang mempunyai suis.

"Lepas kita dapat tangkap monyet yang betul, kita kena cari ular pulak. Ular tu halus je tapi dekat badan dia ada kunci untuk tutup pintu serigala" jawab Bella, satu ekor monyet yang lalu di hadapannya ditangkap. Selepas memeriksa kepala monyet itu, Bella terus membunuhnya tanpa belas kesian.

Luiz menghela nafas panjang. Kakinya mencangkung sambil kepala dibenam pada kedua lutut.

"Aku penatlah," kata Luiz mendatar. Bangkai bangkai monyet yang telah mereka bunuh semakin berbau. Kepalanya daripada tadi tidak berhenti berdenyut hebat.

Bella pandang Luiz yang sudah terduduk. Kemudian dia ikut mencangkung di sebelah lelaki itu.

"Rehatlah dulu, biar i je yang cari. Lagipun i dah biasa dah dengan tingkat ni" belakang badan Luiz diusap lembut.

"Bella," panggil Luiz, masih seperti keadaan tadi.

"Hmm?" Sahut Bella.

"Aku penatlah" ulang Luiz.

"Iya i tahu, you rehat lah dulu" balas Bella semula.

Baru sahaja gadis itu ingin berdiri, tangannya dipegang oleh Luiz.

"Bella, aku penat" ulang lelaki itu semula. Suara Luiz seakan bergetar. Macam suara orang yang hampir menangis.

Bella mengerutkan dahi. Kenapa dengan dia ni?

"You okay tak? Kepala sakit lagi ke?" Tanya Bella.

Luiz menggeleng. "Aku penat, boleh tak kalau aku rehat dekat dalam lift kejap?" Luiz angkat muka, Bella dipandang dengan mata yang dibulatkan seperti anak kucing.

Bella hanya tersenyum melihat perangai Luiz. Nampak cute. "Pergilah, kejap lagi i datang sana balik,"

Luiz tersenyum lebar. Dia terus sahaja bangun daripada mencangkung. Kaki melangkah ke arah lift. Setelah yakin dia agak jauh daripada Bella mulutnya terus mengukir senyuman sinis. Sangat sinis. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Sampai sahaja di hadapan lift, kaki Luiz berhenti sebelum dia terus menukar arah pergi ke tempat lain pula.

             Andre melihat satu persatu monyet yang baru dibunuh. Sudah 10 minit berlalu sejak dia pergi memburu sendiri. Bella menghalang untuk dia ikut bersama memandangkan bajunya sudah berbau hanyir. Giginya diketap geram. 

Luiz Martin. Patutkah dia memberitahu anaknya tentang lelaki itu?

Fikirannya terulang kembali di saat dia membaca maklumat Luiz Martin 2 jam yang lepas.


Selesai sahaja Andre menelefon Eva, telinganya menangkap bunyi mic yang bergema di seluruh ruangan. Itu suara Eva. Andre yakin Eva sekarang tiada di dalam rumah ini. Eva dalam perjalanan ke hospital sakit mental; di mana Faridah, ibu Luiz berada.

Semua permainan ini sebenarnya bukan untuk menguji Bella, tetapi untuk melengahkan masa Luiz.

Fikiran Andre buntu. Macam mana dia ingin menyelamatkan Bella, Luiz Martin dan dalam masa yang sama dirinya juga, daripada permainan gila Eva. Andre yakin Luiz tidak akan senang apabila tahu ibu kandungnya dalam genggaman Eva.

Ting!

Telefon Andre masuk satu mesej daripada nombor yang tidak dikenali. Mesej itu ditekan dan dibaca.

Andre menghela nafas panjang. Mula mula dia tidak mempercayai apa yang tertulis dalam mesej yang diterimanya itu. Tetapi setelah dia melihat sendiri kelakuan Luiz semenjak lelaki itu masuk ke dalam rumah Eva. Dia tahu mesej itu adalah benar.

Luiz seorang lelaki yang berbahaya.

Tapi bagaimana dia hendak memberi tahu Bella tentang hal itu?

"Hi, apa khabar?" 

Tegur satu suara garau. Andre pantas menoleh ke belakang. Matanya membulat melihat lelaki itu berada di depan matanya. Luiz elok sedang menyandar pada salah satu batang pokok sambil mata tajam memerhatikan Andre. Sejak bila dia ada dekat sini?

"Mana Bella? Kenapa kau sorang-sorang?" Tanya Andre mendatar. Kepala disenget sedikit melihat belakang Luiz, tapi tiada sesiapa. Dia hanya sendirian.

"Bella tak ada," jawab Luiz semula, sambil kaki melangkah semakin dekat ke arah Andre. 

"Dah tu kau buat apa dekat sini?" Tanya Andre semula, air liur pahit ditelan. Selangkah Luiz mendekat selangkah Andre mengundur, sehinggalah tiada ruang lagi untuk Andre. Belakangnya dinding konkrit.

"Sebab aku nak jumpa kau," Luiz melangkah semakin dekat. Apabila sudah betul betul hampir dengan Andre, pistol dalam jaket bajunya dibawa keluar.

"Kenapa-"

"Kenapa aku buat macam ni?" Tanya Luiz yang sedang mengacu pistol betul betul di dahi Andre.

Tawa halus terlepas dari mulut Luiz, mukanya berubah dingin. "Kau-" mata Luiz tajam merenung anak mata milik Andre. "Kau ayah Bella kan?" Tanya Luiz mendatar namun cukup dingin.

"Siapa yang bagi tahu kau?" Mata Andre penuh ketakutan melihat Luiz. Aura lelaki itu sangat berbeza dengan lelaki yang bersama dengannya beberapa minit yang lepas.

"Kau tak jawab soalan aku Andre," kata Luiz semula. Luiz letak jarinya pada pemicu pistol.

Andre sudah menelan air liur. "Ya, aku ayah kandung dia,"

Luiz tergelak halus, wajah Andre dipandang semula.

"Kau dah tahu pasal aku kan?" Soal Luiz dingin.

Andre angguk kepala.

Luiz rapatkan bibirnya pada telinga Andre. Hanya seinci sahaja jarak mereka. "Kalau sekali lagi aku dengar kau nak bukak mulut pasal aku, tak kiralah dekat Bella atau dekat sesiapa sekalipun-" Luiz menekan muncung pistolnya di dahi Andre. "Aku, akan pastikan otak kau bersepai hancur, faham?" Bisik Luiz.

Andre angguk lagi. Matanya dipejam rapat. Ada air mata yang mengalir jatuh ke pipi.

Luiz jarakkan badannya, muka gigil Andre dipandang. "Jangan takut sangat, cuba senyum sikit" Luiz pegang pipi Andre lembut. "Aku pun manusia sama macam kau" bibir Luiz mengukir senyuman manis. Tapi senyuman itu nampak lebih menakutkan daripada menenangkan.

"Aku manusia, tapi kalau kau nak tengok aku jadi syaitan, aku boleh tunjuk," pistolnya dijauhkan daripada dahi Andre. Sebelah tangan lagi masih tidak lepas memegang pipi lelaki itu.

"Andre, aku cuba jadi baik. Jadi tolong jangan ungkit kisah lalu aku," Luiz simpan pistolnya semula dalam jaket baju. "Boleh?" Sebelah kening dinaikkan.

"B-boleh" jawab Andre, gagap.

"Bagus, teruskanlah cari monyet tu," Luiz melangkah pergi meninggalkan Andre sendirian.

Setelah yakin Luiz sudah jauh daripada tempatnya, Andre melepaskan nafas yang ditahan daripada tadi. Badannya terasa seram sejuk. 

Tak salah lagi, Luiz memang seorang psychopath.

"Sekejapnya you rehat" soal Bella apabila melihat Luiz yang sedang melangkah ke arahnya.

"Hmm," jawab Luiz, muka bosan ditayang.

"By the way i dah jumpa monyetnya. Ni!" Bella tayang muka teruja. Di tangan kanannya ada satu monyet yang telah terkulai lemah.

Luiz senyum halus.

"Ular yang kau nak cari lepas ni tu warna apa?" Soal Luiz, mendatar.

"Warna emas" jawab Bella.

Luiz meraba jaket bajunya sebelum satu ekor ular emas kecil dibawa keluar. Atas badan ular itu diletakkan satu kunci berwarna hitam disalut dengan seletip.

"Yang ni ke?" Ular itu diberikan kepada Bella.

"Wah! Macam mana you boleh jumpa" Bella ambil ular itu dengan wajah yang cukup teruja.

"Entah, dia jatuh atas kepala aku tadi" bohong Luiz tenang. Kedua tangannya dimasukkan semula ke dalam kocek.

"Ermm, tak apalah janji kita dah jumpa ularnya. You ada jumpa Andre tak? Dia dekat mana eh?" 

"Entah, tak peduli" Luiz terus berjalan melepasi Bella.

Bella tersenyum memandang belakang badan Luiz yang semakin menjauhi.

"I dengar, Luiz"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience