Bab 29

Action Series 18478

Bella alih pandangan ke tempat duduk sebelah.

"Dekat mana kita nak cari mama you sekarang?" Bella bertanya sambil memandang wajah kacak Luiz.

"Kenapa kau tak tanya Eva tadi?" Soal Luiz semula.

"I lupa" balas Bella sebelum tersengih macam kerang busuk.

Luiz hanya tayang muka dingin sebelum pintu kereta dibuka.

"Kau tunggu sini kejap, aku pergi tanya Andre. Aku rasa bapak kau tu tahu dekat mana Eva" kata Luiz mendatar sebelum dia keluar dan menutup pintu semula.

Bella hanya memerhati Luiz yang mula melangkah pergi sehinggalah hilang dari pandangan.

Perlahan-lahan bibirnya terkoyak senyuman psycho. Luiz Martin. Dia mahukan jejaka itu jadi miliknya. Tak kiralah dengan apa cara sekalipun. Luiz harus jadi miliknya.

Eva? Pergi mampus ah dia sana. Takda siapa dapat halang kisah cintanya. Kalau dia asbab utama penghalang cinta dia dan Luiz, maka dia bersumpah akan hapuskan perempuan itu sehingga terus tak dijumpai oleh sesiapa.

Luiz milik aku! Titik!

Pintu kereta dibuka. Bella keluar dari dalam kereta sebelum kaki melangkah semula ke arah rumah agam Eva.

Mana Luiz ni. Lamanya dia jumpa Andre.

"Luiz!" Panggil Bella. Matanya menoleh kiri kanan.

"Luiz!" Jeritnya lagi. Pergi mana pulak suaminya ini.

"Lui-" suara Bella tersekat. Matanya tertancap pada cecair merah yang berada di atas lantai depan pintu rumah Eva.

Bella datang mendekat sebelum dia mencangkung. Cecair itu disentuh sebelum dijilat sedikit.

Darah!

Darah siapa?

Kawasan sekelilingnya itu dilihat semula. Kelibat Andre dan Luiz tidak kelihatan.

Telinganya ditajamkan. Tiada satu suara pun yang tertangkap.

Takkanlah.

"No... no... no" mata Bella makin meliar memandang sekitarnya.

"Mana Luiz?"

"Mana Luiz!!" Jerit Bella lantang. Kedua telinganya ditekup. Andre culik Luiz?

"Arghhhh!! Kau memang sial!! Keluarga sial!!"

BAM! BAM! BAM!

Pintu rumah ditendang kuat beberapa kali. Melepaskan amukan.

"Sial kau Eva!!"

Pistol dibelakang kocek seluarnya dicapai sebelum tembakan dilepaskan secara rambang.

Kepalanya digosok-gosok melepaskan tekanan. Habis kusut masai rambut Bella. Sangat tidak terurus. Kalau orang lain melihatnya saat ini dia sudah persis seperti orang kurang siuman.

"Kau memang sial!!!" Jeritnya lantang.

"Arghhhhhh!!" Tidak hirau anak tekaknya yang pasti akan terluka gara gara jeritannya itu.

Tiba-tiba telefon Bella berbunyi nyaring meminta untuk diangkat.

Skrin itu dilihat.

Andre.

Pantas Bella mengangkat panggilan itu.

"Andre mana kau culik laki aku!!" Tengking Bella.

"Bella, help me" suara Luiz lemah kedengaran dihujung panggilan.

"Luiz? Luiz! Luiz you dekat mana!" Soal Bella panik.

Pap!

Panggilan itu terputus. Bella melihat skrin telefonnya yang kini sudah berubah hitam.

"Sial punya Andre!" Telefon itu di hempas ke lantai.

Bella terus melangkah ke arah keretanya semula. Enjin kereta dihidupkan sebelum dia laju memandu keretanya itu membelah jalan raya.

Meter kereta sudah mencecah 170km/j. Lantaklah polis nak saman ke apa. Yang pasti dia perlu cari Luiz sekarang.

Sial!

Stereng keretanya dihentak kuat. Ingin sahaja dia membunuh kesemua yang menghalang laluan sekarang ini. Emosinya terganggu.

Kereta Bella dipandu ke arah apartmentnya.

Sampai sahaja di depan bangunan 30 tingkat itu, Bella pantas sahaja turun daripada kereta sebelum terus melangkah ke arah lift.

Kunci rumahnya ditekan. Pintu dibuka kasar. Hanya satu yang dicari. Alat penjejak keberadaan Eva.

Bilik tidurnya digeledah. Habis bersepah.

Satu alat penjejak dicapai dalam kotak bawah almari pakaiannya.

Tajam mata Bella melihat simbol merah yang berkelip pada skrin alat penjejak itu.

Raston Villa?

Kring! Kring! Kring!

Hampir gugur jantung Bella apabila telinganya menangkap bunyi telefon berbunyi dalam rumahnya itu.

Dahinya berkerut.

Telefon siapa?

Kakinya melangkah ke arah ruang tamu. Ada satu telefon berwarna hitam elok terletak atas meja. Telefon itu dicapai sebelum panggilan itu diangkat.

"Bella"

"Sial!! Mana kau sorok Luiz!!" Tempiak Bella marah.

"Luiz? Bukan ke Luiz dengan Bella sekarang ni. Kenapa pulak Bella tanya mama?"

"Kau jangan nak pura pura bodohlah sial! Mana Luiz!"

"Hahahaha kenapa pulak mama nak culik Luiz"

"Kau jangan nak tipu aku Eva. Mama dia pada kau kan!"

"Memanglah mama Luiz pada mama tapi mama tak culik Luiz. Lagipun mama bukan tahu pun Bella dengan Luiz dekat mana seka-" belum sempat Eva menghabiskan ayatnya Bella sudah meletakkan panggilan itu.

Fikiran Bella berserabut. Suara Eva tadi kedengaran jujur. Mungkin memang benar bukan dia yang menculik Luiz. Jadi siapa?

Andre.

Nama itu bermain difikiran Bella.

"Sial, aku patut bunuh je dia tadi" kata Bella dingin. Rambut Bella diraup lagi untuk kali yang entah ke berapa.

"Arghhh!!" Sial punya keluarga! Tak habis habis menyusahkan hidupnya.

Alat penjejak tadi dicapai. Nak taknak dia kena jumpa dengan Eva.

Raston Villa. Villa itu berada tidak jauh dari  apartment nya ini.

Dahi Bella mula berkerut. Kenapa Eva pergi Villa tu semula. Bukan ke dulu dia yang melarang Bella menjejakkan kaki ke villa itu lagi.

Ah lantak lah! Takda yang boleh masuk akal sekarang. Keluarga penuh psycho ni. Tak patut dibiarkan hidup!

      Eva menghulurkan secawan air susu suam kepada Faridah.

"Minumlah dulu kak, manalah tahu akak haus" pelawanya sopan sahaja.

Faridah mengambil cawan itu dari tangan Eva.

"Awak siapa?"

"Saya Eva, Eva Elizabeth"

"Saya kenal awak ke?" Tanya Faridah takut-takut.

"Akak dah lupakan saya ke?" Tanya Eva semula. Tangan Faridah digenggam lembut.

"Awak siapa?" Tanya Faridah lagi.

Eva lepaskan tangan Faridah sebelum air matanya yang jatuh diseka. Nafasnya ditarik dalam sebelum dilepaskan perlahan-lahan.

"Saya? Saya Eva"

"Eva? Saya taknak Eva. Saya nak jumpa anak saya Luiz. Mana anak saya? Luiz! Luiz dekat mana sayang!" Panggil Faridah. Sekeliling bilik itu dilihat.

"Luiz takda. Dia pergi kedai kejap. Kejap lagi Luiz datang. Akak rehat lah dulu"

"Kejap lagi Luiz datang?"

"Ya, kejap lagi Luiz jumpa akak. Akak rehat dulu eh?" Eva tarik selimut sebelum menutupi separuh badan Faridah. Dia kemudian melangkah keluar dari bilik itu. Pintu bilik dikunci.

Eva berjalan ke arah tangga sebelum mendaki naik ke bahagian atas.

Setelah sampai atas, pintu untuk ke basement bawah itu pula dikunci.

Ya, tadi dia berada di bahagian bawah. Tempat kurungan bawah tanah.

Jam tangan dilihat. Rasanya kejap lagi pasti anaknya akan sampai. Kata kata Bella tadi terputar semula di kepalanya.

Luiz kena culik?

Hahahaha siapa je yang berani culik si gila tu.

Eh kejap.

Eva melihat telefon bimbitnya. Lama dia merenung mesej yang tertera pada skrin itu sebelum tawanya terlepas dari mulut.

Bam!

Pintu villa itu dibuka kasar oleh seseorang. Atau lebih tepat ditendang sehingga terbuka.

Laju Bella menerpa ke arah Eva sebelum koler baju wanita itu ditarik.

"Mana kau bawak lari Luiz!" Dingin Bella bertutur.

"Hahahaha hi Bella. Do you miss your mother?"

"BULLSHIT! Mana Luiz!" tengking Bella kasar.

"Lah, manalah mama tahu. Apa kena mengena dia dengan mama" jawab Eva selamba.

Tajam mata Bella merenung anak mata Eva. Mata mereka bersabung.

Sesaat selepas itu koler baju Eva dilepaskan kasar.

"Fuck!" Carut Bella.

"Hahaha, Bella Bella.  Daripada dulu sampai sekarang tak berubah" Eva melangkah ke arah meja dapur sebelum satu cawan dituangkan air masak. Air itu kemudian diteguk separuh.

"Buta dengan cinta palsu"

"Cinta aku nyata!"

"Terimalah kenyataan yang itu bukan cinta Bella. Bella cuma nakkan seseorang yang boleh jadi milik Bella sepenuhnya. Dan Luiz memenuhi syarat itu. Betul tak?"

Gigi Bella diketap.

"Bella cintakan Luiz. Tapi Luiz cintakan Bella ke?" Provok Eva lagi. Airnya diminum sehingga habis.

"Hahahaha jangan mengarutlah Bella. Bella kena ingat siapa Bella sebenarnya. Bella tu pembunuh! Pembunuh tak layak untuk bahagia" kata Eva mendatar.

"Mana mama Luiz" tanya Bella dingin.

"Bella pikir dengan Bella bagi mama Luiz pada dia Luiz akan terima Bella"

"Aku tak perlu dia balas cinta aku! Cukup untuk aku cintakan dia sorang!"

"Hahahaahahaha itu bukan cinta Bella. Itu hanyalah obses"

"So what! So what kalau aku obses dekat dia!"

Wajah Eva berubah kendur. Tajam matanya menikam mata anaknya.

"Bella milik mama. Bukan Luiz!"

Bella tersengih. Tawa halus terlepas dari bibir mungilnya.

"Ouh jadi apa yang kau buat dekat aku ni bukan obses? Hah? Sejak bila aku milik kau! Aku bukan barang! Kau tak berhak untuk dapatkan aku!"

"Tak" Eva tersenyum sinis.

"Siapa kata mama tak berhak dapatkan Bella?" Eva jalan mendekati anak tunggalnya.

Rambut Bella dibelai lembut sebelum dicium pada hujung.

"Bella milik mama. Kalau Bella lebih sanggup pilih Luiz berbanding mama. Mama terpaksa hapuskan dia dari hidup Bella" kata Eva mendatar.

"Hahahaahahha keluarga gila. Takda sorang pun yang normal dalam keluarga aku. HAHAHAAHA apa kau kata tadi? Aku milik kau? Apa kau pikir aku akan patuh macam orang bodoh ke? Hahahaha come on Eva use your brain!" Gelak Bella persis perempuan psiko.

"Yes. I'm using my brain right now" kata Eva cukup tenang.

Tawa Bella mati.

Senyuman Eva menyebabkan hati Bella jadi tidak sedap.

"Antara Faridah dengan Bella. Bella rasa Luiz akan pilih siapa?"

Habis sahaja berkata sedemikian kepala Bella terasa seperti dipukul dengan sesuatu yang keras.

Pandangannya mula berbalam sebelum dia rebah ke atas lantai.

"Sweet dreams my lovely daughter" bisik Eva betul betul di telinga Bella.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience