Bab 40

Action Series 18457

Bella menanggalkan jaket hoodie yang sedang dipakai sebelum hoodie itu di selimutkan atas kepala Luiz.

Badan lelaki itu dipeluk sebelum dipaksa untuk berdiri.

"Kita kena pergi hospital. Sekarang jugak" kata Bella dingin. Luiz dipapah kearah pintu bilik.

"L-luiz" panggil Faridah yang jelas tampak panik.

Namun baru sahaja Faridah ingin mendekati mereka, Bella pantas menolak wanita itu dengan agak kuat.

"Hey, dengar sini perempuan. Sekali lagi kau sentuh dia. Kau akan berdepan dengan aku. Aku tak kira kau mak dia ke nenek dia ke akak dia ke yang aku tahu sekali lagi kau sakitkan Luiz, dengan tangan aku sendiri aku akan bunuh kau. Mark my word" ugut Bella dingin sebelum pintu bilik itu dikunci dari luar.

Bam! Bam! Bam!

"Lepaskan aku lah! Bella!" Jerit Faridah dari dalam.

Sampai sahaja di pintu bahagian kecemasan Bella terus meninggalkan kereta Audi mamanya itu dengan pintu yang terbuka luas.

Lantaklah orang nak curi sekalipun, kesihatan Luiz lebih utama saat ini.

"I need a doctor! Quick!" Jerit Bella sebelum dia merentap salah sorang nurse yang sedang lalu di hadapannya.

Melihat daripada telinga Luiz yang berdarah darah itu, nurse itu pantas memanggil beberapa rakan sekerjanya yang lain untuk membantu.

Luiz dimasukkan kedalam wad kecemasan sementara Bella menunggu di ruangan menunggu di bahagian luar.

Sedang dia menunggu diluar jarinya laju menekan nekan skrin telefonnya, mendail nombor seseorang. Selang beberapa saat panggilan itu diangkat.

"Datang Raston Villa sekarang. Aku nak kau bersihkan sampah dekat bahagian dapur tu. Pastikan bersih sehingga tiada satupun kesan atau jejak yang tinggal. Dekat bahagian bilik bawah tanah pulak ada sekor betina bodoh yang aku kurung dalam bilik pertama, aku nak kau sumbat dia masuk dalam hospital mental balik. Ouh yah kalau boleh kau rabakkan dia dulu. Biar dia terseksa sebelum dia masuk tempat gila dia tu balik" dingin Bella memberi arahan. Kemudian butang merah ditekan sekaligus menamatkan panggilan itu tadi.

Puas hati aku.

Telefonnya di simpan semula kedalam kocek seluar.

Otak Bella ligat memikirkan sesuatu sebelum akhirnya bibir merah mungil itu mengoyakkan senyuman.

Sekarang semuanya dah selesai.

Eva dah mati.

Andre pun dah mati.

Marcel pulak dijaga oleh keluarga Mikayla.

Faridah dah masuk balik hospital mental.

Hahahaha semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Pintu bilik kecemasan direnung.

"Sekarang i cuma tinggal tunggu untuk you jadi hak milik i je, Luiz Martin" kata Bella sendiri. Tawa halusnya disorok.

Selang beberapa saat pintu bilik kecemasan itu dibuka semula. Seorang doktor dan seorang nurse datang menghampiri Bella.

"Kamu ahli keluarga pesakit?" Tanya doktor itu mendatar.

"Ya saya, saya isteri dia. Kenapa ya?" Jawab Bella laju.

"Mari ikut saya ke bilik untuk berbincang dengan lebit lanjut" kata doktor itu sebelum dia berjalan mendahului Bella.

Bella hanya mengikuti sahaja langkah doktor itu.

Masuk sahaja kedalam bilik penuh dengan buku buku, doktor yang bernama Uwais itu terus sahaja duduk di kerusi berodanya.

"Silakan duduk puan" pelawa doktor itu sopan.

Bella mengambil tempat di hadapan meja doktor itu.

"Begini puan. Setelah kami periksa keadaan pesakit, gegendang telinga suami puan mengalami tekanan yang kuat sehingga mengakibatkan gegendang telinga suami puan pecah" terang doktor itu yang jelas tampak professional.

Lidah Bella automatik menjadi kaku.

"Jadi dia-"

"Kami perlukan tandatangan puan untuk melakukan pembedahan kecil pada telinga sumai puan" celah doktor itu lagi.

"Pembedahan?"

"Iya kami perlu lakukan pembedahan Tympanoplasty pada kedua dua belah telinga suami puan untuk mengurangkan kesan daripada gengendang yang sudah pecah itu tadi"

"Tympanoplasty ni, yang kena ambik tisu kulit untuk tampal balik gegendang yang rosak tu ke?" Tanya Bella kembali.

"Puan sudah sedia maklum ke? Perkara ini pernah berlaku ke sebelum ini dekat pesakit?" Tanya doktor itu semula.

"Tak, saya tanya je sebab saya pernah belajar sikit sikit tentang bidang ni" bohong Bella laju. Padahal dirinya sudah sedia maklum semua yang berkaitan medical memandangkan dirinya pernah dipaksa untuk menghafal kesemua ilmu itu oleh Eva suatu ketika dahulu.

"Jadi saya memerlukan tanda tangan dari pihak keluarga atau waris" satu helai kertas putih diletakkan atas meja di hadapan Bella.

Tanpa banyak songeh Bella terus sahaja mencapai sebatang pen yang ada atas meja Doktor Uwais sebelum terus sahaja menandatangani surat kebenaran itu.

"I don't care about the cost. Just save my husband" kata Bella seakan merayu. Kertas itu bertukar tangan.

"Kami akan cuba semampu yang kami boleh. Kita sama sama berdoa agar pembedahan ini berjalan dengan lancar" kata Doktor Uwais semula.

"Bila operasi bedahnya?" Tanya Bella kembali.

"Paling awal pada petang ini puan. Kami akan menempah bilik pembedahan untuk suami puan" jawab Doktor itu lagi.

"Boleh saya jumpa dengan dia kejap tak?"

"Boleh silakan. Nurse, tolong bawakkan waris berjumpa dengan pesakit bernama Luiz Martin" pinta Doktor itu kepada pembantunya.

"Sila ikut saya puan" kata jururawat itu dengan penuh lembut.

Sampai sahaja di sebuah bilik, jururawat itu terus meninggalkan Bella sendirian.

Perlahan lahan Bella mendekati satu katil yang dihuni oleh seseorang yang amat dikenali.

"Hey," bahu Luiz dicuit sedikit sebelum lelaki itu menoleh kearahnya.

"Eh kau buat apa dekat sini. Doktor bagi masuk ke?" Tanya Luiz semula. Di telinganya jelas tampak balutan yang agak tebal.

"Sakit tak?" Bibir Bella bergerak namun tiada suara yang keluar. Hanya bergerak agar Luiz faham dan boleh baca apa yang dia cuba sampaikan. Kalau dia keluarkan suara pun bukannya Luiz dengar. Buang air liur je.

"Sakitlah jugak, aku tak sangka yang mama aku nak tampar aku tadi. Tak sempat nak elak" kata Luiz sebelum dia tergelak hambar.

"You, kena bedah petang ni. You tahu tak?" Soal Bella.

"Tahu, doktor tu ada kata tadi" balas Luiz.

"Luiz...." tangan Luiz digenggam erat. Wajah Bella berubah kendur.

"Kalau aku pekak kau still nak aku ke?" Tanya Luiz tiba tiba.

"Eish apa kata macam tu" balas Bella laju.

"Nak ke t- "

"Mestilah nak!" Pintas Bella semula.

"You pekak ke, you bisu ke, you buta ke i still nak you. You i punya sorang je. Orang lain tak boleh ambik you dari i" jawab Bella bersungguh sungguh.

Luiz tergelak halus.

Allahu kenapa hensem sangat ni.

"Yeke? Kalau aku nak orang lain macam mana?" Usik Luiz kembali.

"I bunuh orang tu" balas Bella dingin. Muka yang sayu tadi automatik sudah berubah tegang.

"Hahahahaha" gelak Luiz sedikit kuat.

"I tak buat kelakar" kata Bella semula.

"Aku pun..."

"Dah tu yang you gelak tu kenapa!" Mata Bella dibesarkan sengaja berpura pura marah.

"Saje, kau- kau nampak cantik bila marah"

"........"

"........"

"Luiz cuba you ulang balik" kata Bella.

"Kau nampak cantik bila marah" ulang Luiz seperti yang disuruh.

"You Luiz kan?" Tanya Bella kembali.

"Haha iyalah aku Luiz. Siapa lagi kalau bukan aku"

"Bukan Jay kan?" Soal Bella tidak percaya.

"Bukan" jawab Luiz sepatah sebelum mulutnya tersenyum nipis.

"...."

"...."

"Cuba cakap i love you" kata Bella tak puas hati.

"I love you. I love you Bella Lavender"

"Damn urghhh. Dah lah i nak keluar. Makin sakit makin pelik pulak you ni" kata Bella sebelum dia terus melangkah keluar dari bilik itu. Telinganya sempat menangkap gelakan kecil dari Luiz sebelum pintu bilik itu ditutup rapat.

Dari luar bilik, Bella sudah menyandarkan badannya ke dinding hospital. Dadanya yang berdegup laju itu dipegang lama.

"Arghhh why so hot tho ahhhhh" kata Bella yang sudah tersenyum senyum sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience