Bab 10

Action Series 18457

           "Oh really? Are you sure?" soal Bella sarkastik.

"Jangan cabar aku" tegas Luiz memberi amaran.

Bella mengeluh.

"Can you put down the weapon first. Menghalang pandangan betul. I tak nampak muka kacak you" dalih Bella.

"Answer my question first, Bella" kata Luiz tegas.

"Urgh, ok fine. Its not me okay. Bukan i yang upah diorang untuk bunuh you malam tadi" jujur Bella.

"Tapi kau yang stalk aku beberapa hari lepas kan? Yang dalam kedai alat lukisan itu pun kau kan?" soal Luiz lagi.

"Woah, macam mana you tahu hah? I dah cover baik baik dah supaya tak kantoi" kata Bella, sebelum dia menurunkan ke bawah tangan Luiz yang mengacu pistol kepadanya, perlahan lahan.

"Bau kau. Bau lavender. Kau sorang je perempuan yang nampak gila aku kenal beberapa harini. Dan bau kau lain daripada yang lain"

Serta merta Bella menghidu baju dan rambutnya. Memang betul kata Luiz. Dia ada berbau sedikit haruman lavender. Tetapi bukan daripada perfume, ianya daripada haruman sabun dan shampoo yang dipakai.

"Luiz. Are you a pervert? Selalunya pervert je yang hidu hidu perempuan ni"

"Says the one who stalk me a week straight" balas Luiz selamba.

Bella tergelak halus.

"So siapa yang upah diorang berdua tu? Macam mana kau tahu malam tadi diorang ceroboh masuk rumah aku?" soal Luiz semula.

"Hurmm,siapa yang upah? maybe someone that i knew"

"Who is it?"

"My mother..."

Dahi Luiz mula berkerut.

"Siapa mak kau? Apa kena mengena mak kau dengan aku? Kenapa dia nak bunuh aku pulak? Aku kenal dia pun tak" balas Luiz laju.

"Memang lah you tak kenal dia. Dia upah dua orang tu sebab i kata, i nak kahwin dengan you. So dia mengamuk teruk dan cuba untuk hapuskan you. Well, i kan anak kesayangan" teka Bella selamba. Padahal dia sendiri tidak tahu apa sebab utama Eva ingin membunuh Luiz.

Luiz ternganga mendengar ayat Bella.

"Hah! Bila masanya aku nak kahwin dengan kau. Aku kenal kau pun tak" laju Luiz menjawab.

"My name is Bella. 28 years old. I suka bau Lavender. Maybe cause of my name. Berat i 54 kg, tinggi 172cm. Hurm lagi apa ek. Ah i suka dengar lagu classic. Piano or violin. And lastly my ambition is marrying you" kata Bella selamba.

"Kau merepek apa ni gila?"

"Tadi you kata you tak kenal i. Sekarang you dah kenal i kan? Jom kahwin" kata Bella lagi.

Luiz mengeluh panjang.

"Mak anak gila rupanya. Ouh lupa, keturunan.. " bebel Luiz perlahan tetapi masih lagi boleh didengar di cuping telinga.

Bella hanya tergelak mendengar ayat Luiz.

"So my point is, yes memang betul i yang bunuh Qadir. I seorang pembunuh upahan dan Qadir adalah salah satu daripada misi i masa malam tu. My mother, Eva. Dia bekas seorang pembunuh elit, pembunuh yang paling digeruni. And the big problem is, kewujudan you tidak disukai oleh dia sekarang ni. Selagi you tak mati selagi tu nyawa you dalam bahaya. Eva akan cuba sedaya upaya untuk pisahkan you daripada i" terang Bella.

"What the hell. Dah tu kau tunggu apa? Blah jelah dari hidup aku" balas Luiz laju.

"Tetap tak boleh jugak, sebab you saksi pembunuhan Qadir. So either i leave or not Eva still going to hunt and kill you" balas Bella selamba.

Luiz sudah memegang kepalanya sendiri. Apa ke bendanya semua ni. Dimanakah hari hari bahagia dia?. Semuanya diragut hanya kerana dia berjumpa dengan si Bella ni.

"So apa kau nak sekarang?" soal Luiz mendatar.

"Jom kahwin" kata Bella selamba.

"Hah! Kau gila ke?" laju muka Bella ditatap.

"Aah, i gilakan you. So jom kita kahwin buat anak banyak banyak, pastu kita lari dari sini.. " balas Bella semula.

"Stop stop stop! Kepala aku pening dengar ayat merepek kau ni tahu tak,"

"I can use signal language"

"Can you shut up for a minute. Bagi aku proses kata kata gila kau tu dalam otak aku dulu" balas Luiz sedikit menekan.

"Hehe okay" Bella menongkat dagunya sambil memandang tepat pada wajah Luiz. Mukanya dibuat buat comel.

"Stop doing that face can you?" kata Luiz sebaik sahaja terperasan Bella merenung ke arahnya.

"Alaa tak comel ke?"

"Comel? Kau senyum macam nak telan aku tahu tak. Gosh, You creep me out" bebel Luiz.

Bella tergelak lagi.

"Boleh tak kau bagi tahu apa tujuan kau yang sebenarnya, aku yakin bukan itu tujuan utama kau betul tak? " nada Luiz kembali serius.

Bella tersengih. Bijak betul Luiz Martin ni.

"Yes, i memang ada tujuan lain. Sebenarnya i nak minta tolong you bunuh Eva, my mother..." kata Bella juga sudah kembali serius.

"But of course kahwin dengan you tu salah satu tujuan i jugak. Hehe" sambung Bella sambil tergelak gedik.

"Kenapa kau nak suruh aku bunuh dia? It doesn't make sense. First of all, she is your mother. Second, kenapa tak kau je yang bunuh dia? Kau kata tadi kau pun pembunuh upahan kan? Kenapa mesti aku? "

Muka Bella berubah kendur.

"Yeah, she is my mother. Tapi mak jenis apa yang sanggup jadikan anak dia seorang pembunuh. I nak hidup bebas. Bukan setiap hari ada misi untuk mencabut nyawa manusia. And by your question. Yes sebab dia mak i lah i tak boleh nak bunuh dia. Sehina hina i, i takkan bunuh dia. I tak boleh nak bunuh dia. That why I'm asking you to do that thing for me" terang Bella mendatar.

"Kenapa aku? Kenapa kau tak upah je orang lain?"

"First sebab sekarang dia dah target you, so kalau you nak hidup. Better you hapuskan musuh you. Am i right? Second sebab you bakal suami i of course lah you kena lindung bakal isteri hahaha"

"Siapa nak kahwin dengan kau?"

"You lah, siapa lagi" balas Bella selamba.

"Haih, aku tak tahu lah sekarang ni aku yang gila atau kau yang gila" kata Luiz pasrah.

"Apa yang aku dapat kalau aku bunuh Eva?" sambung Luiz lagi.

"Dude, of course you dapat kebebasan daripada diburu. What you expect?. Sekaligus you tolong i bebas sekali daripada dia. Kill two birds with one stone you know" kata Bella sebelum dia menyandar badannya pada sofa.

"Macam mana kalau aku kata aku taknak bebas? Macam mana kalau aku kata aku memang nak mati?" soal Luiz mendatar. Muka Bella ditenung dengan sebelah kening yang diangkat tinggi.

Bella tersengih lebar.

"You nak mati? Setan you yang dekat dalam otak you tu nak ikut mati sama tak?"

Soalan Bella menyebabkan Luiz tergamam. Jelas gadis ini sudah mengetahui tentang kondisi mentalnya.

"Kau tahu?"

"Kan i kata i ni bakal isteri you. Of course lah i tahu. Do my favor. And i will give you a gift" kata Bella semula.

"Apa dia?"

"Luiz Marcel, i akan carikan abang kembar you,".

Mata Luiz membulat besar mendengar nama itu disebut.

"Luiz Marcel?. Tapi, tapi dia dah mati, abang aku dah mati" kata Luiz sedikit tergagap.

"Who knows. Maybe yes maybe not. The police never said they found his body right? Selagi mayat dia tak jumpa selagi tu i yakin dia hidup somewhere in this earth" balas Bella semula.

Lama Luiz terdiam. Entah apa yang bermain dalam fikirannya. Wajahnya kosong sahaja memandang ke arah lantai.

'Apa kata kau bunuh je perempuan ni sekarang?'

'Dalam bilik tu aku dah bunuh dua, kau tambah je lah lagi sorang, apa salahnya'

'Cepatlah Luiz, kau tinggal tekan je pemicu pistol tu tepat pada muka dia'

'Bang! Hahahhaa bersepai. Settel'

Kepala Luiz mula terdengar bisikan bisikan yang tak sepatutnya. Dia mula terasa pening dan berserabut.

"Kejap, aku nak pergi makan ubat" kata Luiz mendatar sebelum dia terus sahaja bangun daripada sofa. Bilik tidurnya dituju.

Peti besi yang berada di sebelah katilnya dibuka. Satu botol ubat yang berada dalam peti itu dicapai dan diambil 2 biji.

Luiz terus sahaja menelan pil itu tanpa air. Kepalanya terasa sakit menyiat apabila Bella menyebut nama yang telah lama dia lupakan itu.

"Selain daripada sakit Dissociative you tu. You sakit apa eh? Haritu i ada ternampak ubat you"

Luiz memusing ke belakang. Bella sedang elok menyandar pada pintu biliknya dengan tangan yang menyilang ke dada.

"Kenapa kau nak tahu" tanya Luiz mendatar.

"Cause you're my boyfriend, of course i kena ambik tahu"

Luiz tergelak halus mendengar ayat Bella. Tadi dia kata bakal suami. Ni di kata boyfriend pulak. Sesuka hati dia je nak claim orang jadi hak milik dia.

"Level confident kau mesti tinggi gila kan?" perli Luiz.

"Cukup tinggi untuk i mati kalau i terjun dari ketinggian level confident i tu" balas Bella semula.

"Gila" guman Luiz perlahan. Kepalanya mula terasa memberat dan sedikit terkawal berbanding tadi. Mungkin effect daripada ubat yang dimakan. Bisikan bisikan itu juga sudah tidak kedengaran.

"Psikosis, nama penyakit aku" jawab Luiz tanpa memandang wajah Bella. Badannya sudah disandar pada tepi katil.

Bella melangkah masuk dalam bilik Luiz tanpa dipelawa. Dia berdiri betul betul dihadapan lelaki itu.

"Kau nak apa lagi ni?" soal Luiz perlahan.

"What about our deal?" soal Bella.

"Accepted" kata Luiz sepatah.

Bella hanya tersenyum.

"Kau dah boleh pergi kut rasanya ni. Aku pun tak larat nak layan kau sekarang"

"About those bodies. You nak i settelkan tak?" kata Bella memaksudkan dua mayat yang ada di dalam bilik hujung.

"Sukahati kau lah" balas Luiz malas dengan mata yang terpejam.

Bella masih lagi tidak beranjak dari kedudukannya. Lama dia memandang Luiz sebelum akhirnya dia mencangkung di hadapan lelaki itu.

Tangannya elok menekap pada dahi Luiz.

"Apa kau buat ni?" tanya Luiz mendatar sebelum tangan Bella ditepis lembut dari dahinya.

"You sakit ke sekarang ni? Ubat apa yang you makan tadi?" soal Bella yang terdengar seperti prihatin.

"Boleh tak kau pergi?" balas Luiz semula. Matanya masih lagi tidak dibuka. 

Bella berdecit geram.

"Yelah yelah. Nak pergi lah ni" Bella terus sahaja bangun dan terus melangkah keluar. Pintu bilik Luiz ditutup perlahan. Kakinya mengatur pula ke arah bilik yang berada paling hujung.

Butang kecik yang berwarna hitam di bahagian atas ditekan serentak semasa memulas tombol pintu.

"Wow, what a mess" kata Bella setelah melihat bilik yang serba putih itu kini sudah kotor dengan percikan percikan darah di serata tempat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience