Bab 9

Action Series 18457

Lebih 10 saat mereka merenung antara satu sama lain.

Kei dan Yui terkaku ditempatnya. Melihat renungan daripada Luiz sahaja sudah cukup untuk membuat tangan seorang pembunuh mengeletar teruk.

Kenapa?.

Kenapa aura yang dikeluarkan oleh lelaki dihadapanya ini sungguh menyeramkan. Berbeza sungguh dengan lelaki yang berbual dengan mereka 3 minit yang lalu.

Lelaki yang berada dihadapannya kini seolah olah seperti manusia yang berlainan. Dari melihat cara pandangan sahaja sudah cukup untuk membuktikan.

"Hahahaha" tiba-tiba Luiz ketawa dengan kuat. Tangan kirinya menutup dibahagian muka manakala sebelah tangan lagi memegang dinding bilik.

Kei dan Yui hanya menelan air liur mereka yang kini terasa pahit. Dah kenapa dengan dia ni?.

"W-wey, A-aku... A-aku" tergagap-gagap Yui ingin mengeluarkan suara. Walaupun payah dia tetap cuba bangun daripada duduknya. Kaki yang terasa sakit mecucuk cucuk diabaikan.

Luiz berhenti daripada ketawa. Wajah Yui direnung semula dengan muka yang kosong.

"Aku apa?" soal Luiz mendatar. Tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar sebelum dia melangkah semakin dekat.

Tanpa berfikir panjang, pisau tadi Yui hayungkan pada muka Luiz. Tapi malangnya Luiz dengan selamba menangkap pisau itu menggunakan tangan.

Pisau itu terbenam dalam tapak tangan Luiz, darah mula menitik nitik mengotori lantai bilik.

"Apa kau cuba buat ni? Habis tangan aku dah luka. Macam mana aku nak kerja lepas ni? Kau tahu tak tangan aku ni mahal?" soal Luiz sambil mulut yang tersenyum menyeringai.

"W-wey...".

Luiz merampas kembali pisau tadi, sebelum terus dikelar pada leher Yui .

Serta merta darah tersembur keluar daripada leher Yui yang kini sudah terkoyak luas. Habis lencun muka Luiz bermandikan darah.

Yui jatuh rebah ke lantai. Tubuhnya menggeletar beberapa saat sebelum terkaku buat selamanya.

"Kan dah mati...ciapa curuh degil degil," kata Luiz selamba. Nafas dihela panjang.

Luiz mengelap sedikit mukanya yang terkena darah Yui menggunakan lengan baju.

"Kawan kau, aku terbunuh" kata Luiz mendatar, tanpa menoleh langsung pada Kei yang kini jelas sedang menggigil di tempatnya.

Luiz mencangkung betul betul dihadapan Kei. Dagu Kei ditarik memaksa untuk menghadap mukanya.

"Kau takut dekat aku ke?" soal Luiz dingin. Mukanya kosong sahaja. Menambahkan lagi aura seram yang mengelilinginya ketika ini.

Kei tidak menjawab. Gila ke tak takut. Walaupun dia seorang pembunuh, dia masih lagi ada rasa takut jika berada dalam situasi seperti ini.

"Takut?" soal Luiz lagi.

Kei masih lagi seperti tadi, terkaku dan terdiam.

Pang!

Satu tamparan mengena pada wajah Kei.

"Bila aku tanya tu jawab, tadi korang berani sangatkan datang rumah aku sebab nak bunuh aku, kenapa sekarang diam pulak. Mana keberanian kau yang kau bawak masa masuk sini? Hilang dah? Lesap lepas tengok kawan kau mati?" tangan Luiz menolak kuat dagu Kei, memaksa untuk melihat ke arah mayat kawannya di belakang.

Mulutnya didekatkan pada telinga lelaki itu.

"Sesiapa pun pelanggan yang upah kau tu, aku cuma nak cakap. Yang dia buat silap besar sebab cuba untuk bunuh aku, memang aku akan cari dia sampai ke hujung lubang cacing" dingin Luiz berbisik.

"Faham?"

Luiz menganggukkan kepala Kei beberapa kali.

"Faham abang" jawab Luiz semula sebelum dia tergelak gelak sendiri.

Kei?

Bagaikan anak patung yang tak bernyawa. Otaknya masih lagi memproses apa yang sedang berlaku. Dalam pada masa yang sama, dia juga terasa amat gerun dengan lelaki dihadapannya ini.

Logik ke masuk di akal fikiran, kau dibunuh oleh mangsa yang sepatutnya kau bunuh.

Menyesal.

Tidak tergambar perkataan menyesal itu dalam hati Kei. Tiba-tiba terbit rasa kecewa kerana memilih jalan hidup sebegini.

Membunuh dan akhirnya dia juga mati kerana dibunuh.

Satu persatu air mata Kei menitik jatuh pada wajahnya.

Bayang wajah ibu bapanya terlintas difikiran. Pasti mereka juga terkilan kerana mempunyai anak sepertinya.

"A-aku tahu aku akan mati bila bila masa je sekarang ni" setelah lama berdiam akhirnya Kei bersuara.

Luiz hanya tekun mendengar.

"T-tapi boleh tak kalau kau nak bunuh aku, kau bunuh cepat cepat" mohon Kei.

Luiz tersenyum.

"Dah berapa orang kau bunuh setakat ni?" soal Luiz mendatar.

"67 orang"

"Semua tu sebab pelanggan kau suruh?"

Kei mengangguk lemah.

"Jadi siapa pelanggan yang suruh bunuh aku?" soal Luiz lagi.

"Aku tak boleh jawab," Kei menggelengkan kepala.

"Kau tetap taknak bukak mulut walaupun kau tahu kau akan mati sekarang?"

Kei mengangguk.

"Haih kau ni, degil betul kan?" Luiz bangun sebelum melangkah  ke arah pintu bilik putih yang terletak disudut kanan.

Tombol pintu itu dipegang.

Pintu itu tidak berkunci.

Tiba-tiba Luiz melepaskan ketawanya terbahak bahak.

"Damn! Siapa yang pergi bukak bilik aku ni" soal Luiz sendiri.

Daun pintu ditolak makin besar. Sengaja untuk biar Kei melihat apa isi di dalam bilik itu.

Seperti yang dijangka, mata Kei penuh dengan ketakutan apabila menoleh ke arah pintu yang sudah terbuka luas itu.

Luiz melangkah semula ke arah Kei.

"Kalau kau nak tahu, aku ni sakit. Sakit mental. Selagi aku tak dapat apa yang aku nak, selagi tu aku akan cuba dapatkan benda tu sampai aku berjaya. Hak aku hanya milik aku. Andaikata orang lain berani sentuh, sampai ke lubang cacing aku akan cari dia. Dalam kes kau ni, aku akan seksa kau sampai aku dengar apa yang sepatutnya aku dengar. Silap kawan kau lah sebab dah buat otak aku hilang arah, kau yang kena tanggung akibatnya, " kata Luiz mendatar. Tangannya yang berdarah darah akibat luka pisau tadi tidak dihiraukan langsung.

Dahi Kei sedikit berkerut, sakit mental?.

"L-Luiz, nama kau Luiz kan?" soal Kei sedikit tergagap.

"Hampir sama, tapi aku bukan dia" darah pada tangannya itu dijilat sebelum bibirnya mengukir senyuman sinis.

Pagi-pagi lagi Bella sudah bersiap siap dihadapan cermin meja soleknya. Rambutnya yang panjang didandan cantik. Muka pula di makeup kan sedikit bagi menaikkan lagi seri wajahnya.

Tuk tuk tuk.

Pintu rumah Luiz diketuk.

"Assalamualaikum, ayang ooo ayang... Belum bangun tido lagi ke tu?" laung Bella dari depan pintu.

Selang beberapa saat, pintu bilik itu terbuka. Luiz menjengahkan sedikit kepalanya keluar. Siapa pulak yang pagi pagi panggil dia ayang ni? Salah rumah ke?.

Nampak sahaja muka Bella, lelaki itu terus menarik tangannya masuk ke dalam rumah.

Pintu di hempas dengan agak kuat.

Bella tersandar betul betul dibelakang pintu. Kedua bahunya dicengkam oleh Luiz.

"Kau! Aku ada benda nak tanya kau!" kata Luiz dingin.

"Apa bendanya?" soal Bella semula. Matanya sempat mengerling ke arah tangan Luiz yang sudah berbalut dengan kain putih.

"Gasp! Kenapa tangan you boleh luka ni?" soal Bella berpura-pura terkejut. Tangan Luiz terus sahaja dibelek selamba.

"Tu bukan hal kau," balas Luiz dingin, tangannya ditepis ke tepi.

"Sekarang ni aku nak tanya, betul ke haritu kau jumpa aku pengsan depan rumah aku hah?" tajam anak mata Luiz merenung gadis yang tersengih dihadapannya itu.

"Iya lah sayang, kenapa? You tak percaya cakap i ke?".

"Eh kau ni boleh tak stop panggil aku sayang, aku tampar karang" balas Luiz, sempat lagi dia membuat gaya ingin menampar gadis itu.

Bella tergelak halus.

"Nak bergurau pun tak boleh, ke you malu dengan i" kata Bella, dengan sebelah kening dinaikkan tinggi.

"Kau jangan nak tukar topik boleh tak? Sekarang ni aku tanya benda lainkan. Jawab soalan aku. Sebab aku yakin aku tak pengsan depan rumah aku. Kau. Kau jumpa aku dekat mana hah?" soal Luiz tegas. Wajahnya dingin sahaja.

"Aik, you tanya i pulak. Manalah i tahu, i jumpa you depan rumah masa tu" bohong Bella tenang.

"Kau tipu aku kan?" soal Luiz dingin. Ayatnya ditekan.

"Kenapa? Kalau i tipu apa yang memori you ingat?" soal Bella semula sebelum tersenyum mengejek.

Luiz terdiam, terjerat dengan soalan Bella. Bagaimana kalau dia beritahu yang ketika itu dia berada dalam rumah Qadir, pasti gadis ini akan melaporkan kepada pihak polis. Tetapi dia yakin ada orang lain yang membunuh Qadir pada malam itu.

Dia pasti.

Kerana dia sempat melihat susuk tubuh manusia lain yang berbaju hitam dalam rumah Qadir pada masa itu.

Tapi siapa? Siapa yang masuk apartment lelaki itu pada masa kejadian.

Wajah Bella direnung dalam.

"Kau... Kau yang bunuh Qadir kan?"

"Hah? Qadir? Siapa Qadir" soal Bella dengan muka yang berkerut.

"Kau jangan pura pura boleh tak? Kau fikir aku percaya ke cakap kau?"

Bella tersenyum sinis.

"Kalau i kata ya, apa you nak buat? Bunuh i? Lapor i pada polis, laporlah. I tak kisah, tapi you jangan lupa pasal tangan dalam peti ais you tu. Hurmm tu tangan Cella kan?" Bella tayang muka mengejek.

Luiz tergagam. Betul juga apa yang diperkatakan oleh gadis ini. Apa saja benda yang dia boleh buat?. Sedangkan diri dia sendiri seorang pembunuh.

Eh kejap.

"Kalau betul kau yang bunuh Qadir, Jadi macam mana kau tahu rumah aku?, macam mana kau tahu password security rumah aku? Macam mana kau tahu tentang Cella hah?. Kenapa kau selamatkan aku masa tu? Kenapa tak biar je dalam rumah Qadir" soal Luiz dingin.

"Kita memang nak borak dalam keadaan macam ni je ke? Kaki i dah lenguh" balas Bella sambil membuat memek muka sendu.

"Jawab dulu soalan aku. Kenapa kau sibuk nak selamatkan aku malam tu?" tegas Luiz menekan ayatnya.

Sengihan di mulut Bella terus mati.

"Do you really don't remember me?" soal Bella serius. Tapi wajahnya masih lagi tenang.

"Hah?"

"I will ask again. Do you really don't remember me at all?" soal Bella lagi.

Luiz hanya menatap dengan pandangan hairan. Apa maksud dia. Mereka pernah berjumpa ke sebelum ni?. Dekat mana?.

Tangan Luiz ditepis ketepi.

"Ah never mind, i don't even care if you don't remember" kata Bella mendatar tetapi ada terselit nada kecewa dalam ayatnya. Bella dengan selamba melangkah ke arah ruang tamu Luiz sebelum punggungnya melabuh atas sofa.

"Come here, sit" ajak Bella sambil menepuk nepuk sofa di sebelah nya.

Luiz yang masih lagi berdiri depan pintu, terus melangkah ke arah gadis itu. Kerusi di hadapan bella diduduk.

"Now tell me. Macam mana kau tahu aku? Kau ke yang bukak pintu dalam bilik hujung tu?" soal Luiz serius.

Bella tergelak sinis, sesaat dia menoleh arah pintu yang di maksudkan oleh Luiz sebelum matanya memandang lelaki itu semula.

"Apa jadi eh dengan dua mahkluk yang masuk rumah you semalam? Dah jadi mayat ke dalam bilik tu?" soal Bella mendatar.

Tiba tiba ada satu pucuk pistol diacu tepat pada muka Bella.

"Kau ke yang suruh diorang bunuh aku?" tanya Luiz dingin dan mendatar.

"Are you gonna kill me?" soal Bella masih lagi dalam keadaan bersahaja. Tiada langsung riak gentar tercorak pada wajahnya.

"Depends on your answer"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience