Bab 20

Action Series 18457

"Hey Luiz," panggilan Bella menyebabkan Luiz yang sedang meneropong kawasan rumah agam Eva, menoleh kepalanya.

"What?" soal Luiz sepatah sebelum dia kembali melihat scope sniper.

"Do you know what taste of sorrow?" soal Bella mendatar. Bintang bintang yang berselerak di atas langit ditenung lama. Bella elok sedang menyandarkan badannya dibelakang badan Luiz.

"Don't know and don't wanna know" jawab Luiz mudah. Matanya masih fokus melihat kawasan musuh.

"Its taste like an orange" jawab Bella tanpa disuruh. Tangannya diangkat tinggi seperti ingin mengapai salah satu bintang yang ada.

"Why orange?".

"Its taste sweet and sour at the same time" kata Bella sebelum menurunkan tangannya semula. Badannya dibaringkan pula di sebelah Luiz dengan dua tangan yang didepa luas.

"I wonder what kind of orange that my death will taste like" sambung Bella lagi.

Luiz memandang Bella yang sudah berbaring di sebelah sebelum bibirnya mengukir senyuman senget.

"Do you afraid of death?".

"I tak pernah ada perasaan takut selama i hidup. Hidup i memang sentiasa berada si hujung tanduk dan sangat dekat dengan kematian. So yeah I'm not afraid of it".

"Are you sure?".

"Yes, why?" soal Bella lagi.

Luiz memalingkan wajahnya.

"Nothing, just asking. So kinda, hurmm. Mana si si*l tu? Takda pun? Kata kau dia selalu dekat pejabat" soal Luiz mendatar. Lama juga mereka berdua menyorok di bumbung bangunan tinggi ini. Hari pun sudah larut malam.

Masing-masing dengan tujuan masing masing. Yang pasti tujuan Luiz pada malam ini adalah untuk memulangkan janjinya. Bella sudah mencari abang kembar Luiz, dan dia perlu membunuh Eva sebagai galang ganti.

Manakala Bella. Tujuannya adalah...

"Tu kan lelaki yang kau kata jangan bunuh?" soalan Luiz menyentak lamunan Bella.

"Mana?" scope sniper bertukar tangan. Mata Bella tertangkap pada seorang lelaki yang sedang berdiri di sebalik langsir pejabat Eva.

"Aah, jangan bunuh dia" kata Bella mendatar.

"Boleh aku tanya kenapa?"

Bella terdiam. Matanya merenung kosong ke arah susuk tubuh lelaki itu. Dia seperti sedang mencari sesuatu di meja kerja Eva.

"I changed my mind..."

Luiz memandang Bella dengan dahi yang berkerut.

"Kalau kita boleh selamatkan dia. Kita selamatkan. But if something happen and dia adalah punca. Just kill him... I don't care" kata Bella mendatar. Wajahnya bertukar dingin.

"Are you sure?".

"Pretty sure...".

"Okay then".

"Now nak buat apa? Nak serbu masuk ke? Tunggu sini lama lama pun macam takda faedah je".

"Jom kita masuk..."

Luiz dan Bella cepat cepat mengemas barangnya semula. Sniper tadi dimasukkan ke dalam satu guitar case berwarna coklat sebelum disandang pada bahu kiri Luiz. Manakala tangan kanannya memegang satu beg hitam yang penuh berisi senjata lain.

Pintu rumah Eva ditendang kuat oleh Luiz sebelum dia melangkah masuk ke dalam dengan selamba dan diikuti pula oleh Bella di belakang.

"Hello bit*hes" kata Bella sebelum pemicu rifflenya ditekan menghala ke arah 5 orang pengawal Eva yang berada di ruang tamu.

Ke lima-lima pengawal itu rebah ke lantai dengan badan dan kepala yang sudah penuh lubang. Kolam darah mula terbentuk di lantai rumah Eva.

"Macam tu je?" soal Luiz mendatar. Satu riffle berwarna hitam elok di letakkan atas bahu kanannya.

"Macam tu jelah, nak macam mana lagi?" jawab Bella selamba.

"Aaa... Aaa mic test... mic test..." tiba-tiba terdengar satu suara yang menyerupai suara Eva bergema di seluruh rumah itu.

Luiz dan Bella memandang sesama sendiri.

"Hello Bella..."

Bibir Bella tersenyum sinis.

"Aku dah datang bawak lelaki ni macam yang kau suruh. Meh lah sini bunuh dia. Apasal pulak guna mic? Takut ke?" jerit Bella dengan nada yang kuat.

"My dear Daughter Bella Lavender Rose.... Do you think I'm a fool? Bella jangan ingat mama tak tahu yang Bella bawak lelaki tu untuk bunuh mama kan?" balas Eva semula.

"Cis..."

Tiba tiba pintu rumah utama yang Bella dan Luiz masuk tadi tertutup dan terkunci sendiri. Kemudian ada satu grill besi yang turun daripada atas memagari pintu rumah dan juga seluruh tingkap yang ada dalam rumah agam itu.

Mereka berdua pantas menoleh ke belakang serentak. Bella cuba mengoyangkan pagar itu kuat, kemudian Luiz cuba pula menendang grill itu. Namun besi pagar itu tidak tergoyang langsung, walau seinci. Sangat kukuh.

"Ops, nak lari kemana tu... Kenapa? Takut ke?" soal Eva memerli anaknya semula.

"Anjai..."

"Do you wanna play some game with me right?" soal Eva lagi, suaranya bergema diseluruh ruangan rumah agam itu. Namun bayang tubuhnya masih belum kelihatan.

"So let's play some game..." sambung Eva lagi sebelum dia tergelak kuat.

Perlahan-lahan bibir Luiz tersenyum menyeringai. "This gonna be fun".

Bella pula sudah terbungkam. Apa benda perempuan ni mengarut.

"Ouh yah, dear young man. Untuk pengetahuan you, sebelum permaianan ini dimulakan i memperkenalkan diri i dulu. Nama i Eva Elizabeth Rose. Mama kepada Bella Lavender. Dan juga bekas seorang pembunuh elit di negara Asia. So its not easy for you to find and kill me. But if you do. I will give you my precious daughter... But if you lose i will take something precious from you" kata Eva lagi.

"Deal..." jawab Luiz sambil tersenyum sinis.

Bella pula sudah membuat muka tak puas hati.

"Woi gila! Sejak bila aku jadi anak kesayangan kau! Sesukahati je buat fitnah" marah Bella tiba-tiba. Wajahnya masam mencuka mendengar ayat Eva. Menjijikkan sungguh. Nak kena samak telinga dia bila keluar dari sini nanti.

"Hahahaha, Bella, Bella, Bella... Bella dah cukup besar sekarang. Jadi mama nak tengok kemampuan anak mama selama 28 tahun mama melatih Bella untuk jadi pembunuh upahan yang berjaya. This is also a test for you" kata Eva lagi.

"Sorry bit*hes not interested" jawab Bella selamba.

"Your father as a present" sambung Eva kembali.

Mata Bella berubah bengis.

"Fu*k you Eva, you're the most annoying human. Hope you know that before you die" kata Bella sambil membuat muka bosan.

"Hahaha, so this is a deal. Inside this house. Until the dawn. Survive. That all. Simple right?" jelas Eva lagi.

Luiz dan Bella hanya diam mendengar arahan itu.

"Simplenya permainan mak kau ni?" bisik Luiz di telinga Bella.

"Eva is a bitch if you think that she is a simple woman. You wrong" balas Bella semula.

"And one more thing. Somewhere in this house... Cari satu button untuk buka semua grill dalam rumah ni"

"What happen if we can't find that fu*king little button?" jerit Bella.

"Dalam masa 10 minit selepas tepat jam 7 pagi. Satu gas akan dilepaskan di seluruh ruang rumah ni. And of course it a deadly poisonous. Manusia biasa akan mati kalau hidu gas beracun tu lebih daripada 5 minit" kata Eva lagi.

"See? I told ya she a bitch" bisik Bella kepada Luiz semula.

"Oh, such a great mother you have..."

"Good luck Bella, and Mister nobody. Have fun surviving" kata Eva sebelum mic itu berhenti bersuara.

"Now what?" soal Luiz mendatar.

"What, what?" soal Bella kembali.

Luiz melihat jam tangan yang dipakai.

9 :15 pm.

"Around 9 hours we got... "

"Aku taknak mati. Tapi kalau aku mati, aku taknak mati sorang sorang. Aku nak heret Eva ikut aku pergi neraka sama sama" kata Luiz bersama senyuman psikonya.

"Kalau you mati i nak kahwin dengan siapa?"

"Aku heret kau sekali..."

Bella tergelak halus.

"Sweetnya kita..."

Luiz menurunkan beg sandangnya ke bawah. Zip beg itu dibuka sebelum dicurah isi di dalamnya ke atas lantai.

"Berapa tingkat rumah mak kau ni?" soal Luiz sambil dia tercari cari senjata kegemarannya.

"3 tingkat atas. Satu tingkat underground..."

"Good, terangkan sikit ciri ciri rumah syaitan ni..."

"Tingkat bawah ada tempat latihan menembak yang sama luas dengan rumah ni. Ada juga maze yang penuh dengan jerat dan perangkap yang membunuh..."

Luiz memeriksa jumlah peluru pistol dan senapangnya yang tinggal. Sementara itu dia tekun mendengar penjelasan daripada Bella.

"Tingkat pertama ada bilik Eva, ada swimming pool indoors, gym, dapur, ruang tamu yang macam ni ada lagi dua sama besar dekat belakang" terang Bella mendatar.

"Kaya jugak eh mak kau punya harta..." celah Luiz. Dua pistol diselit masuk ke dalam kocek seluar belakang.

"Kaya, lepastu lupa diri..." jawab Bella meleret.

Luiz tergelak halus.

"Tingkat kedua ada bilik meeting untuk anak buah dia. Bilik kerja Eva pun dekat tingkat dua. Dan selalunya paling ramai pengawal ada dekat situ"

"Kau rasa ada berapa orang?"

"Kalau hari biasa around forty?something? Tapi tak tahulah harini dia sumbat sampai berapa orang"

"Hurm... Kita hati hati sikit dekat tingkat dua tu..."

"Tak. Tingkat dua tak perlu hati hati pun..." balas Bella semula.

"Kenapa?"

"Tingkat dua tu cuma manusia je ramai, tapi tingkat tiga yang sebenarnya paling bahaya"

"Kenapa dengan tingkat tiga ? Ada zombie?" seloroh Luiz sebelum dia tergelak.

Bella sudah tersengih sengih melihat lelaki itu tergelak di hadapannya. Ya ampun gelak pun kacak. Rasa nak gigit je.

"Mesti kau rasa macam nak terkam aku sekarang kan? But better you hold your filthy thought. Sekarang ni kita kena selamatkan dulu nyawa kita. Butang yang Eva kata tu pun kita tak tahu dekat mana" kata Luiz mendatar.

Senyuman di bibir Bella berubah murung. Screw you Eva. Always ruin my moment.

"So, what kind of danger waiting for us?"

"Animal...".

"Animal?".

"Thanks sebab ulang".

"Animal?" ulang Luiz lagi.

Bella sudah membuat muka malas.

"Ya binatang... Tak perlu nak ulang lagi" kata Bella geram. Kurang pasti sama ada dia memanggil Luiz binatang ataupun dia menerangkan tingkat itu dipenuhi binatang.

"What type of animal?" soal Luiz bersama kerutan di dahi.

"Hmm better you tengok sendiri nanti. Tingkat tiga tu pelik sikit"

"Kenapa?"

"Dulu tingkat tu jadi tempat latihan i. Forest survival"

Luiz memberi Bella pandangan seperti ' Mak kau tu gila ke?'.

"Yah she is totally a crazy woman" jawab Bella seakan tahu apa maksud di sebalik pandangan Luiz.

Bella mencangkung badannya. Senjata senjata yang Luiz bawak itu dilihat.

"Pisau apa ni?" soal Bella hairan melihat bentuk pisau Luiz. Pisau itu hampir sama panjang dengan pisau kombat biasa namun bentuk mata pisaunya sedikit berbeza. Mata pisau Luiz berpusing berbentuk spiral.

"Pisau ni kalau aku rodok masuk perut anak buah Eva. Konfirm tak dapat diselamatkan lagi. Straight jumpa neraka" kata Luiz sambil tergelak jahat.

"Ouh ya? Nak satu" Bella turut berminat dengan pisau itu setelah mendengar kata kata Luiz.

"Nah..." satu pisau yang sama tetapi  berwarna putih dihulurkan kepada Bella.

"Nice..."

"Kau punya senjata pisau tu je?"

"Ada yang lain dalam kocek" kocek seluar askarnya ditunjuk. Kembung dengan sesuatu. Tetapi Luiz tidak tahu apakah 'sesuatu' itu.

"Okay... " beg tadi di letakkan ke tepi dinding.

"Let's hunt some human..."

"Let's go..." balas Bella sambil tersenyum melihat muka kacak Luiz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience