Bab 17

Action Series 18457

- 3 Days

"Luiz, harini i ada kerja nak kena buat. I pergi dulu tau. Bye. Jaga diri elok elok. Muah" itu sahaja pesan daripada Bella sebelum dia menghilang seharian. Dia pergi kemana, dia lakukan apa, Luiz langsung tidak menahu.

Luiz hanya menghabiskan masanya menonton cerita di Nexflix dari pagi hingga ke malam.

- 2 Days

"Kita nak buat apa harini?" soal Luiz sambil memandang Bella yang sudah terlentang di atas sofa.

"Kejap lagi i nak keluar... You pergi lah jalan jalan. Jarang dapat pergi France, sekali sekala dah pergi tu jangan duduk terperap je dalam hotel. Netflix dekat Malaysia pun ada" bebel Bella perlahan. Badannya terasa letih setelah seharian menjelajah tempat tempat yang sesuai untuk menyeksa mangsanya nanti.

"Kau nak pergi mana lepas ni?" soal Luiz mendatar sebelum mengambil tempat di sofa sebelah Bella.

"Tengok target i" balas Bella dengan nada yang meleret.

"Okay..." balas Luiz sepatah.

Tiba-tiba iphone Bella yang berada atas meja berdering kuat.

Bella pantas menjawab tanpa melihat terlebih dahulu nama si pemanggil.

"Hello...".

"Bella Lavender Rose!!" tengking Eva kuat.

Telefon dijarakkan dari telinganya.

"Cakap elok elok lah. Pikir aku pekak ke?" jawab Bella mula naik angin.

Luiz di sebelah hanya diam memerhati.

"Bella bawak lelaki tu pergi France?! Mama tak sangka Bella sanggup ingkar arahan mama!" tengking Eva kuat.

"Sejak bila pulak arahan kau jangan bawak dia pergi France. Arahan kau suruh bunuh William je" bidas Bella semula. Matanya sudah separuh tertutup melayan kantuk.

"BELLA! SEJAK BILA BELLA BIADAP DENGAN MAMA!!" suara Eva naik dua oktaf.

"Aku rasa aku memang biadap sejak dari dulu lagi. Tak perlu nak mempertikaikankan benda tu" jawab Bella selamba.

"Bella!!"

"Aish kau ni takpayah jerit jerit lah. Aku tak pekak" marah Bella mendatar.

"Bella dah semakin biadap kan? Jangan sampai mama terpaksa guna kekerasan untuk ajar Bella" ugut Eva keras.

"Memang itu pun yang kau ajar aku daripada kecik kan? Pernah ke aku rasa benda lain selain kekerasan dari kau? Huh kasih sayang jauh sekali" perli Bella pedas.

"Ouh jadi Bella dah tak sayang papa Bella lah ni? Bella nak kata yang lelaki tu lagi penting daripada papa Bella. Mama tak kisah. Mama boleh je bunuh papa Bella bila bila masa... "

Mata Bella yang hampir tertutup tadi serta merta terbuka luas mendengar ayat Eva. Badannya ditegakkan.

"Kau jangan nak kaitkan dia dengan hal ni boleh tak?" kata Bella dingin.

"Nampaknya Bella lebih sayangkan lelaki tu daripada papa Bella. Okay takpa... Jangan menangis kalau papa Bella mati disebabkan lelaki tah siapa siapa tu" bicara Eva mendatar.

Bella hanya diam. Hanya geselan bunyi gigi sahaja kedengaran. Jelas timbul urat dimuka Bella yang sedang menahan api kemarahannya.

"Balik daripada France, serahkan lelaki tu dekat mama. Kalau tak mama anggap Bella memang dah tak sayang papa" talian dimatikan.

"Fu*k!! You!? Fu*k you worthless bit*h as*hole fu*king shithead bit*h fu*k!! *sensor* *sensor * #@%@=£#" telefonnya sudah diangkat tinggi untuk dihempas ke lantai.

Dengan pantas Luiz merampas iphone Bella sebelum diletakkan semula ke atas meja. Sikit lagi telefon jenama buah buahan itu hendak diarwahkan.

"Kau dah kenapa!" tegur Luiz sedikit meninggi.

Dada Bella berombak laju turun naik. Nafasnya juga kedengaran kasar.

"Luiz help me please... Kill Eva. Please kill her... I can't live like this anymore " rayu Bella kepada Luiz.

"Apa yang dia cakap tadi..." tanya Luiz dengan suara yang direndahkan sedikit.

"Dia kata dia nak bunuh you. Balik daripada France ni dia nak bunuh you... " kata Bella sayu.

"Biar jelah dia nak bunuh aku pun... Kenapa kau emo lebih lebih ni" balas Luiz mendatar. Mukanya tenang sahaja.

Air muka Bella berubah mendengar ayat Luiz namun cepat cepat dikawal semula.

"Tapi dia ugut nak bunuh papa i jugak. Luiz, tolong lah selamatkan i. Kalau papa i mati, you mati. I dah takda sesiapa dah dalam hidup ni" Bella cuba memohon simpati.

"Papa kau? Dia hidup lagi ke?" soal Luiz dengan kening yang berkerut.

"Ya dia hidup lagi. Mama i ugut untuk bunuh dia kalau i nak berhenti jadi pembunuh" bohong Bella tenang.

Luiz hanya diam. Raut wajah sayu Bella ditatap lama. Tubir mata gadis itu bergenang dengan cecair jernih. Pelik juga melihat Bella merayu rayu kepada Luiz seperti itu. Ini kali pertama Luiz melihat emosi Bella bercelaru selain daripada mood ceria dia yang tak tentu hala setiap hari.

"Aku tak kisah pun kalau aku mati..." balas Luiz semula.

"Luiz... Sampai hati you cakap macam tu" Bella bangun daripada duduknya sebelum terus dia berlari masuk ke dalam bilik.

"Bella! Aduh aku belum habis cakap lah sengal" kata Luiz sambil menggaru kepalanya.

Bella menyandarkan badannya di belakang pintu bilik. Muka yang tercorak memek muka sayu kini berubah kosong dan dingin. Perlahan lahan bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Suddenly everything fell into place at exactly the right time" kata Bella sebelum terlepas tawa jahat dimulutnya.

Luiz berjalan berjalan di sekitar bandar Paris. Sengaja ingin mencuci mata. Bak kata Bella alang alang dah sampai sini takkan nak duduk terperap je dalam bilik.

Sedang dia bersiar siar, mata Luiz tertarik kepada pelukis jalanan yang berada di bahagian tepi kaki lima.

"Hey,  did you made all of these?" soal Luiz kepada seorang lelaki tua yang bepakaian agak lusuh. Di hadapannya berderet tersusun pelbagai lukisan pemandangan yang cantik cantik belaka. Namun sayang, tiada sesiapa pun datang menyinggah selain daripada Luiz.

"Yeah," balas lelaki itu sepatah sebelum terbatuk batuk kecil.

Luiz mencangkung, satu canvas yang bercorak pemandangan matahari terbit diambil.

"How much this?" soal Luiz mendatar.

"Just 30 euro".

Luiz mengeluarkan dompet duitnya sebelum tiga helai not 100 euro dihulurkan kepada lelaki tua itu.

"Keep the change" kata Luiz lagi.

Lelaki itu cepat cepat membungkuskan lukisan Luiz dengan mulut yang tercorak bahagia.

"Merci, merci" ulang lelaki itu berkali kali.

Luiz hanya menayang senyuman sebelum melangkah meninggalkan tempat itu.

Langit yang biru menyenangkan di pandang lama. Entah apa bendalah yang Bella tengah buat sekarang. Tadi gadis itu terus sahaja keluar daripada bilik tanpa sebarang kata.

Sedang Luiz berjalan jalan lagi. Matanya terarah pula kepada seorang lelaki yang berbual dengan Bella tempoh hari.

"Malaikat maut yang jaga abang kembar you" kata kata Bella kembali terngiang di cuping telinga.

Mata Luiz tidak lepas memerhatikan lelaki itu. Dia sedang duduk bersama dengan dua orang lelaki di salah satu kedai minuman yang ada di kota Paris.

Lambat lambat bibir Luiz terukir senyuman manis. Dia kenal lelaki yang berada di sebelah lelaki itu. Mana mungkin dia terlepas pandang akan satu satunya cermin hidupnya. Muka mereka hampir sama. Cuma Luiz lebih kacak berbanding abang kembarnya, Marcel. Kerana mata Luiz nampak lebih menawan dengan hazel kehijauan.

Sekali sekala Marcel tergelak ketawa bersama dua orang lelaki yang duduk semeja dengannya.

"Aku tak pernah salahkan kau atas takdir hidup aku Marcel. Kebahagiaan kau akan tetap menjadi kebahagian aku. Semoga kau bahagia dengan keluarga baru kau. Bye, Marcel. Aku tetap sayang kau walaupun tak sentiasa bersama kau" Luiz menarik nafas dalam sebelum dilepaskan perlahan lahan. Cukuplah dia sudah melihat menggunakan mata kepalanya sendiri yang abang kembarnya masih hidup. Rasanya tidak perlu untuk mereka bersua muka. Biarlah Marcel hidup di dalam buku hidupnya yang baru.

"Betul ni? Peluang tak datang banyak kali tau" celah Bella tiba-tiba. Entah dari mana dia datang. Sekelip mata sahaja sudah muncul di sebelah Luiz.

"Aku tengok dia dari jauh pun dah cukup. Yang kau pulak dari mana ni sebenarnya? Macam mana kau tahu aku dekat sini?" soal Luiz kepada Bella.

Bella hanya tersengih sengih seperti kerang busuk.

"I dah habis kerja terus i datang sini cepat cepat. Nak dating~" kata Bella manja. Lengan Luiz dipeluk mesra.

"Macam mana kau tahu aku dekat sini?" ulang Luiz lagi. Dahinya sudah berkerut.

"Sebab i rindu you sangat sangat kut. Tu yang tiba tiba je boleh jumpa" bohong Bella tenang. Padahal dia menjejak Luiz melalui iphonenya sebentar tadi.

"Sukahati kau lah..." Luiz meneruskan langkahnya semula.

"Eh apa tu?" tanya Bella sambil menunjuk plastik yang Luiz pegang di tangan kiri.

"Aku beli lukisan ni tadi dekat pakcik sebelah jalan. Kau nak?" Luiz menghulur kepada Bella.

"Daripada i ambik lukisan pakcik tu baik i ambik lukisan you. Special sikit" balas Bella semula.

"Nanti aku lukiskan untuk kau" kata Luiz mendatar.

"Hah! Betul ke? Betul ke? Betul ke ni?... Yeah!" teruja Bella seperti kanak kanak ribenna.

Luiz hanya memerhati gadis itu dengan muka yang kosong. Kadang kadang dia naik pelik melihat perangai Bella. Sekali pandang, dia tidak langsung ada ciri ciri seorang pembunuh. Bella nampak normal seperti gadis gadis biasa diluar. Tapi hakikatnya....

"Kau okay tak? Pagi tadi macam badmood je" soal Luiz mendatar.

"Okay dah, tapi lagi okay kalau kita dating sama sama. Terus baik mood i nanti" balas Bella lagi.

"Hah jom kita pergi cafe tu! Orang kata croissant dia sedap" tangan Luiz ditarik laju.

Luiz pula hanya menurut, malas hendak membantah. Biarlah Si Bella ni happy happy sikit. Kesian tengok. Macam budak tak cukup kasih sayang pun ya.

Rayyan yang sedang menghirup air kopinya tiba tiba tersengih sendiri.

"Apahal kau? Senyum sorang sorang. Gila ke?" soal salah seorang jejaka yang duduk bersamanya.

Rayyan memandang ke arah lelaki itu sebelum memandang pula lelaki di sebelahnya.

"Cermin kau datang singgah tengok kau," kata Rayyan mendatar.

Berkerut dahi dua orang lelaki itu. Cermin mana pulak ni?. Sejak bila cermin boleh berjalan?.

"Takda apa. Abaikan je".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience