Bab 8

Action Series 18457

"Seorang peguam yang bernama Muhd Qadir bin Ilyas, dipercayai dibunuh di dalam rumah apartmentnya bersama seorang gadis, kira kira dua hari yang lalu. Pihak polis menyerbu kediaman mangsa apabila menerima laporan daripada jiran yang mengatakan bahawa mereka terdengar bunyi tembakan pistol dilepaskan. Pihak polis sampai ditempat kejadian kira kira tepat jam 12 pagi. Mangsa dijumpai dalam keadaan yang sangat menyayat hati bersama dengan kekasihnya yang turut dibunuh bersama. Kes ini dipercayai sebagai pembunuhan angkara dendam. Namun pihak polis sehingga kini masih lagi mencari siapakah identiti suspek yang sebenar. Berita seterusnya... "

Eva menutup siaran tv sebelum wajahnya dipusing menghadap Andre yang berdiri di sebelah.

"So macam mana dengan saksi yang you cakap haritu?" tanya Eva kepada Andre.

"Dua orang assassin ... Malam ni akan bunuh saksi tu" jawab Andre mendatar.

"Bagus, pastikan Bella tak tahu pasal hal ni..."

"Baiklah"

Badan ditunduk separuh sebelum kakinya melangkah pergi.

Bella yang baru sahaja selesai mandi mendekati meja biliknya. Telefonnya yang berdering dicapai sebelum diangkat panggilan itu.

"Miss, saya ada perkara penting nak lapor pada miss"

"Apa dia Andre..." balas Bella sambil sebelah tangan laju menggosokkan tuala mandi pada rambutnya yang agak basah.

"Eva dah tahu pasal saksi pembunuhan Qadir" kata Andre mendatar.

"Dia tahu sebab you yang bagi tahu kan..." jawab Bella selamba. Tahu sangat dengan perangai orang suruhan mamanya itu. Tak boleh nak simpan rahsia betul. Tetapi Bella juga tidak boleh menyalahkan Andre seratus peratus dalam hal ini. Sudah berapa ramai orang suruhan Eva yang sudah hilang kepala hanya kerana tidak melaporkan perkara yang betul tentang dirinya.

"Maaf miss..."

"No big deal, its okay tho..." balas Bella semula. Dia kemudian mengambil tempat di atas kerusi hadapan meja soleknya.

"So berapa orang you hantar?" sambung Bella semula.

"2 orang, malam ni"

"You upah dari mana?" soal Bella lagi.

"Laman Dark web, Assassin " jawab Andre jujur.

"Hurmm... Okaylah, itu je kan?" balas Bella semula.

"Macam mana dengan saksi tu? Miss tak kisah ke kalau dia terbunuh?" soal Andre semula, pelik mendengar suara Bella yang seperti tidak kisah langsung info penting itu. Bukan ke haritu dia sendiri yang cakap jangan ganggu saksi tu?.

"Hahaha, terbunuh? Jangan buat lawak lah Andre. You tak kenal lagi siapa bakal suami i. Tak mungkin hanya dua orang boleh menghapuskan dia" Bella tergelak halus.

"Hah? Maksud miss?"

"Malam ni akan ada dua roh yang akan dijemput illahi... ".

"Dan semestinya bukan roh bakal suami i" sambung Bella semula sebelum panggilan itu terus dimatikan.

Bella memandang ke arah cermin meja di hadapannya. Tuala mandi sudah disangkutkan pada batang leher. Perlahan-lahan mulut Bella mengukir senyuman sinis.

"Membunuh atau dibunuh? Which one you choose".

Dua orang lelaki yang berpakaian lengkap hitam dari atas hingga ke bawah, sudah siap berdiri dihadapan pintu rumah Luiz. Hanya mata sahaja yang kelihatan.

Tidak mungkin untuk mereka masuk melalui tingkap memandangkan Luiz duduk di tingkat 20.

CCTV di hall pula awal awal lagi sudah siap sedia digodam, untuk memudahkan kerja mereka yang seterusnya.

Lock pintu rumah Luiz berjaya dibuka oleh salah seorang assassin itu setelah dua minit menggodam. Mereka berdua melangkah masuk dengan berhati-hati.

Salah seorang dari mereka membuat isyarat tangan supaya rakannya itu masuk ke dalam bilik utama. Manakala dia pula masuk ke bilik yang kedua.

Misi utama mereka pada malam ini adalah untuk membunuh mangsa yang bernama Luiz Martin. Salah seorang pelukis yang agak terkenal dalam dunia seni. Pelanggan yang mengupah mereka pula tidak banyak songeh. Tugasnya hanya perlu bunuh sahaja mangsa itu tanpa menyiksa.

Pintu bilik tidur Luiz dibuka tanpa sebarang bunyi. Bilik itu gelap dan suram. Tidak lepas juga suhu dingin yang boleh mencengkam hingga ke tulang rusuk.

Namun baru sahaja beberapa langkah dia masuk ke dalam , pintu yang tadinya dijadikan sebagai sumber cahaya daripada lampu ruang tamu tertutup semula.

Dalam masa yang sama, tiba tiba lehernya terasa seperti ada satu tali halus yang ditarik kuat dari arah belakang. Kakinya meronta ronta hebat. Namun tindakannya itu tidak membuahkan apa apa hasil.

"Kau buat apa datang rumah aku tak bagi salam ni?" soal suara garau yang dia pasti adalah milik mangsa yang sepatutnya mereka bunuh pada malam itu.

Assassin itu jelas terkejut kerana Luiz sepertinya sudah siap sedia dengan kedatangan mereka. Dia tidak menyangka lelaki itu akan menunggu dibelakang pintu biliknya sendiri.

"Urk... Urrk..." 10 saat dia meronta sebelum pandangannya kelam kerana oksigen yang mengepam di jantung tidak sampai hingga ke otak.

Luiz melepaskan tali di leher lelaki itu.

Pintu biliknya dibuka dan terus dia menuju ke arah bilik kerjanya. Dimana lagi pembunuh lagi sorang berada kalau tidak ke bilik kerjanya. Bilik paling hujung sudah pasti dia gagal untuk membuka.

Hanya orang tertentu sahaja yang mampu membuka bilik itu. Dan Luiz yakin assassin yang dihantar kepadanya ini terlalu amateur untuk mengetahui helah rumah seorang pembunuh. Lihat daripada cara rakannya yang berada dalam bilik Luiz sahaja, dia sudah tahu mereka bukan pembunuh elit.

"Assalamualaikum..." kata Luiz selamba.

"Diam lah bodoh beri salam buat apa, kalau mangsa tu bangun macam mana" jawab assassin yang berada dalam bilik kerjanya.

Namun baru sahaja lelaki itu ingin menoleh ke arah pintu. Sama seperti rakannya tadi, lehernya dijerut dengan seutas tali halus.

Terjengil mata pembunuh itu melihat wajah Luiz menyapa pandangannya.

"Lain kali... Orang bagi salam tu jawab" kata Luiz mendatar, betul betul disebelah telinga pembunuh itu. Hanya riak dingin yang ditayang pada wajahnya.

Pembunuh itu turut jatuh pengsan apabila tidak dapat melawan kekuatan Luiz.

"Siapa pulak yang bermusuh dengan aku ni?" soal Luiz sendiri setelah pembunuh itu terjelepok ke atas lantai bilik kerjanya.

Tali yang digunakan untuk menjerat leher mereka dimasukkan ke dalam poket seluar.

Luiz mengheret mereka berdua masuk ke dalam bilik paling hujung. Kedua dua tangan mereka digarikan dengan rantai. Manakala kaki mereka pula di lilit kuat menggunakan dawai besi yang di ikat mati pada palang kaki katil bilik itu.

Dawai besi yang Luiz guna untuk ikat kaki mereka bukan dawai besi yang biasa. Dawai itu selalunya diletakkan pada atas pagar pagar rumah. Yang talinya kalau dilihat mencacak cacak dengan besi halus di setiap seinci dawai itu.

Berdarah darah kaki mereka akibat daripada dawai itu sahaja. Lagi memeritkan jika mereka menggerakkan kaki. Dawai yang sudah sedia mencucuk ke dalam kulit boleh mengakibatkan kulit kaki mereka dicarik dan terkoyak.

Salah seorang dari mereka tersedar apabila terasa ada air menyapu pada mukanya.

"Lepaskan aku!" kata lelaki yang berambut agak panjang sedikit berbanding rakannya yang lagi seorang. Muka dia juga mempunyai satu parut jahitan dari bawah telinga hingga ke rahang bawah dagu.

Rakannya yang bersandar di belakang badan, masih lagi tidak sedarkan diri. Badan mereka yang diikat menggunakan tali secara membelakang menyebabkan pergerakan mereka agak terbatas.

"Kenapa korang datang rumah aku ni?" soal Luiz mendatar. Dia elok duduk mencangkung di sebelah sambil tangan yang ditongkatkan ke dagu.

Lelaki itu tidak menjawab hanya tangan sahaja meronta ronta hebat. Manakala kaki hanya terkaku diam. Tidak sanggup dia untuk mengoyakkan lagi kulit kaki mereka hanya untuk menunjuk tanda protes.

Rakannya yang lagi sorang tersedar apabila terasa goyangan pada bahu dan badannya.

"Selamat pagi..." ucap Luiz selamba.

"Alamak misi kita dah gagal ke?" kata lelaki yang baru tersedar tadi.

"Kau diamlah Yui! Kau tak nampak ke keadaan kita sekarang?" tegur rakannya yang berada dibelakang.

Lelaki yang bernama Yui itu melihat pergelangan kakinya yang sudah berdarah tercucuk cucuk dengan dawai besi.

"Kei, kaki aku wey kaki aku!" Yui mula panik.

Lelaki yang dipanggil Kei itu mengeluh nafas panjang. Mungkin kesal kerana ditugaskan bersama rakannya itu.

"Kenapa korang masuk rumah aku?" soalan daripada Luiz menyebabkan mereka berdua serentak menoleh ke arahnya.

"Kitaorang ni pembunuh, semestinya masuk rumah ni sebab nak bunuh kau" balas Yui berani.

"Ouhh nak bunuh aku... Siapa yang upah kau?" soal Luiz lagi. Suaranya mendatar sahaja. Tidak gentar langsung.

Mereka berdua tidak menjawab pertanyaan Luiz.

"Siapa yang upah kau?" soal Luiz lagi. Tetapi kalini dengan nada yang sedikit ditekan.

"Aku tak boleh bagi tahu, itu dah melanggar syarat kitaorang sebagai seorang assassin . Walaupun kitaorang akan mati ditangan kau, identiti pelanggan kitaorang tetap akan dirahsiakan" jawab Kei berani.

Luiz menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Walaupun aku seksa korang sampai mati pun?"

Mereka tersentak mendengar ayat Luiz.

"Muka aku ni ada nampak macam muka pembunuh ke?" soal Luiz semula.

Kei dan Yui terdiam. Tidak sangka mereka boleh berbual dengan mangsa seperti ini. Sudahlah dengan keadaan yang berikat, pulak tu diletakkan dalam bilik yang sejuk seperti peti ais.

Kei memandang Luiz lama. Tidak sejukkah lelaki itu dengan baju yang hanya berlenggankan pendek dan berseluar paras lutut.

"Haih, cakap jelah siapa yang upah korang, susah sangat ke soalan aku ni?" kata Luiz lagi.

Masing masing mengunci suara.

"Korang berdua ni tak takut ke kalau aku bunuh korang sekarang?" Luiz cuba pula untuk mengugut.

"Aku tak kisah. Sebab aku tahu aku dah gagal dalam tugas aku sebagai seorang assassin . Aku tahu satu hari nanti, takdir ini yang aku perlu terima andaikata aku gagal lakukan tugas aku... " kata Kei mendatar. Wajahnya ditunduk kebawah.

"Wey, aku taknak mati!" celah Yui laju.

"Please lepaskan aku, aku janji aku tak bunuh kau" sambung Yui semula dengan kepala yang sudah menoleh ke arah Luiz.

"Aku pun sebenarnya takda masa nak bunuh korang. Tapi kalau aku lepaskan korang nanti nyawa aku sendiri pulak yang jadi taruhan. Lagipun aku masih lagi tak tahu apa motif pelanggan korang. Rasanya aku takda pulak buat musuh dengan sesiapa sekarang ni. Hurmm... Nak taknak aku terpaksalah diamkan korang berdua" balas Luiz lagi.

"Kalau kau lepaskan aku, aku janji aku tak apa apa kan kau! Please lepaskan aku.. " rayu Yui lagi.

Luiz mengeluh sebelum dia bangun daripada mencangkung.

"Tunggu lah kejap, aku nak pergi tenangkan fikiran dulu" Luiz terus sahaja melangkah keluar dari bilik itu dengan senyuman yang sukar untuk ditafsirkan. Pintu bilik ditutup rapat.

"Wey macam mana ni? Apa kita nak buat sekarang? Aku taknak mati dekat sini. Pulak tu kau tengok tak muka dia tadi? Relax je kan walaupun tahu kita datang sebab nak bunuh dia. Aku syak dia tu pyscho wey!" kata Yui sebaik sahaja Luiz sudah hilang dari pandangan.

"Macam mana ni, aduh kaki aku sakit dah ni wey" sambung Yui lagi.

"Diamlah bengong! Nanti dia datang semula" marah Kei geram.

"Cuba kau tengok tu, sebelah kaki katil" kata Kei semula.

Yui melihat ke arah apa yang disebutkan oleh Kei. Ada satu pisau yang berjarakkan hanya beberapa inci sahaja daripada mereka berdua.

"Pisau!"

"Kau rasa dia terlupa atau sengaja dia biarkan pisau tu dekat situ?" soal Kei mendatar.

"Ah aku peduli apa yang pasti aku nak  habiskan tugas ni cepat cepat, klien bayar kita mahal tahu tak!" kata Yui semula.

"Tadi kau kata kau takkan apa apakan dia kalau kau terlepas".

"Kau jangan jadi bodoh lah Kei, aku berlakon je tadi nampak macam aku lemah. Nanti takdalah dia syak kita apa apa. Dah cepat jom kita gerak serentak ambil pisau tu".

Kei hanya menurut. Punggungnya digerakkan sedikit demi sedikit mendekati kaki katil. Berpeluh peluh dahi mereka menahan perit kaki yang diikat dengan dawai besi itu.

Kei dan Yui menjatuhkan badan mereka serentak ke arah kiri. Pisau itu dicapai. Tali yang mengikat badan mereka dipotong menggunakan pisau itu.

Semuanya dilakukan dengan pantas. Sesekali ada juga mereka menjeling ke arah pintu bilik. Risau juga jika Luiz masuk semula secara tiba-tiba.

"Habis tangan ni nak bukak macam mana?" soal Yui sambil melihat tangannya yang digari ketat menggunakan rantai besi halus ke hadapan. Manakala Kei diikat ke belakang badan.

"Cuba kau bukak dulu dawai dekat kaki kau tu, lepas tu kau tolong aku pulak"

Yui hanya menurut. Giginya kuat diketap menahan sakit apabila cuba menarik keluar dawai yang sudah membenam dalam kakinya.

Darah meleleh leleh mengalir ke karpet yang putih.

Eh?.

Putih.

Yui mengangkat wajahnya. Matanya melihat disekeliling bilik.

"Wei Kei.."

"Apa?"

"Kau perasan tak apa yang aku perasan?"

"Apa dia?" dahi Kei mula berkerut.

"Aku rasa, dia ni memang psychopath wey... " jawab Yui mendatar.

"Hah? Apa benda kau merepek ni?" soal Kei semula.

"Cuba kau tengok sekeliling kau..."

Kei melihat bilik itu. Perlahan-lahan matanya membulat besar.

Bilik itu langsung, langsung tiada warna selain daripada warna putih.

Langsir, meja, dinding, bantal, cadar, tilam. Malah kaki katil yang dipaku ke lantai juga dicat menggunakan warna putih. Bukan itu sahaja paku yang digunakan juga dicat berwarna putih.

"What... the... hell..."

Tiba-tiba pintu bilik itu terbuka. Luiz masuk ke dalam dengan muka yang bersahaja namun wajah itu berubah bengis apabila terpandang darah kaki Yui yang mula membentuk di atas lantai biliknya.

"Apa yang korang cuba buat?" soal Luiz dingin.

Kei dengan Yui sudah menelan air liur. Mereka sudah terkantoi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience