Bab 28

Action Series 18457

"Arghh!!!! Sial!" Kuat Bella memekik sebelum matanya menikam kembali anak mata Andre.

"Aku tak habis lagi dengan kau!" Tepat jari telunjuknya di hala pada muka Andre. Bella kemudian terus melangkah pergi meninggalkan Luiz dan Andre di situ. Dalam mereka berdua tidak sedar bibir kecilnya sempat tersengih sebelum pintu lift tertutup rapat.

"Hmm aku rasa telinga aku tak pekak lagi tadi" Luiz memulakan bicara. Matanya tidak terarah pada Andre. Hanya suaranya yang dingin itu sahaja menjadi pengantara.
Tangannya dimasukkan ke dalam jaket baju.

"L-luiz... dengar dulu apa aku nak cakap" suara Andre mula gagap. Adakah ajalnya telah tiba?

Sengihan halus terlepas dari mulut Luiz sebelum wajahnya ditoleh ke arah Andre.

"Aku tipu jelah, aku mana ada dengar apa apa. Dah jomlah keluar dari sini" kata Luiz mendatar sebelum kakinya mula melangkah ke arah lift. Simbol anak panah bawah ditekan.

"Taknak turun sekali ke?" Tanya Luiz yang sudah berpusing memandang Andre yang masih lagi kaku di tempatnya tadi.

"N-nak t-turun lah ni" Andre gagahkan juga kakinya yang kini terasa lemah. Betul ke Luiz tidak mendengar ayatnya tadi. Tapi kalau dia menipu kenapa reaksinya hanya tenang mendengar ibunya diculik?

Masing masing menyepi sampailah mereka sampai di tingkat bawah. Bella sudah menunggu mereka betul betul di hadapan pintu masuk rumah yang kini sudah terbuka luas.

"Eh? Hidup lagi? Ingatkan dah mampus?" Selamba Bella berkata sambil tangan elok menyilang pada dada memandang Luiz dan Andre.

"Siapa? Aku ke?" Tanya Luiz dengan jari menunjuk pada diri sendiri. Kaki semakin dekat melangkah ke arah Bella.

"Tu makhluk sebelah you tu" jari telunjuk dihala ke arah muka pucat Andre yang berada di sebelah Luiz.

"Kenapa dia nak kena mampus pulak?" Tanya Luiz mendatar.

"Ajal dah sampai. Lagipun dah tua. Tua tak berakhlak pulak tu" selamba badak Bella membalas.

Luiz tergelak halus.

"Bukan dia bapak kau ke?"

"Siapa?"

"Si tua yang tak berakhlak ni lah" mulut Luiz menjuih ke sebelah.

"Rela i mati dari mengaku dia bapak i. Ni jenis muka muka orang tamak yang hipokrit" Bella melangkah mendekati Andre dengan wajah yang sinis sebelum henfon pada tangan Andre dirampas.

"Eva, Bella dan Luiz dah berjaya keluar dari rumah" Bella membaca kandungan mesej yang tertulis pada skrin telefon.

"See? Kan betul i kata. Orang tua ni tak berakhlak" kata Bella mendatar.

Luiz di sebelahnya tergelak halus. Manakala Andre?

Sudah seperti hilang seluruh darah dalam badannya.

"Bella, memang betul aku bukan ayah yang baik. Tapi aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau ikhlas dari hati aku. Aku betul betul tak nak tengok kau merana" kata Andre perlahan. Raut mukanya jelas kerisauan. Seolah olah seorang ayah yang risaukan keselamatan anak perempuannya.

"Lama lama tengok dia ni makin menyirap pulak darah aku" Bella terus melangkah keluar dari pintu. "Luiz, jom" panggil Bella yang sudah melangkah makin jauh.

"Andre," panggil Luiz yang masih lagi  berdiri ditempatnya. Kemudian mulut Luiz tersengih sinis. Tangannya elok diletakkan dalam kocek seluar.

"Dah dah lah tu berlakon" kata Luiz lagi sebelum dia terus melangkah pergi mengikuti Bella.

Andre hanya memerhatikan lelaki itu yang sudah semakin jauh dari pintu utama rumah agam ini. Wajahnya serta merta berubah dingin.

"Ah sial. Tak sangka dia tahu" kata Andre mendatar.

Pintu penumpang dibuka. Luiz masuk ke dalam sebelum mengambil tempat di sebelah Bella. Bella sememangnya sudah ada di tempat duduk pemandu.

"So nak pergi mana sekarang?" Tanya Luiz sebaik sahaja menutup pintu kereta.

"Luiz, you tahu tak mama you ada pada Eva sekarang" kata Bella mendatar.

Luiz tersengih, matanya dipejam rapat. Tiba-tiba tawanya terlepas kuat dari mulut. Bahunya turun naik akibat menahan gelak yang tak henti-henti. Tangan sudah dijadikan sebagai penghalang mulut namun masih lagi ada tawa yang tersisa keluar. Entah apa yang kelakarnya tak tahu lah.

"Jay?" Tanya Bella yang sudah berkerut melihat respon lelaki itu.

"Nope, I'm Luiz" balas lelaki itu setelah berhenti daripada tawanya.

Mukanya kembali dingin sebelum dia menoleh melihat wajah Bella.

Sap!

Leher Bella dicekik dengan agak kemas. Bella tersandar pada cermin kereta. Sebelah tangan lagi Luiz menekan bahu Bella, memagar pergerakan gadis itu.

"Aku dah kata yang aku tak kan teragak agak untuk bunuh Eva kalau dia apa apakan ibu aku" dingin. Bicara Luiz sangat dingin.

Bella cuba menelan air liurnya sendiri. Wajahnya mula bertukar warna akibat kekurangan oksigen.

"Kau jangan main main dengan aku. Aku baik tak semestinya aku bodoh" kata Luiz lagi. Leher Bella dilepas.

Bella terus menarik nafas laju. Dadanya jelas turun naik menghirup oksigen.

"Hahahahahahhahahahaha" tiba-tiba gadis itu gelak seakan terkena histeria.

Kedua tangan Luiz dicapai sebelum dilekapkan pada pipinya.

"Luiz, i love you! Jom kita kahwin" ajak Bella tiba tiba.

"Aahhh. I love you so much. You nak bunuh Eva? Silakan i sokong! You nak bunuh Andre? I akan sokong!!" Kata Bella teruja. Wajahnya bersinar sinar melihat muka Luiz.

"I sokong apa je yang you nak buat. Jom kahwin dengan i" kata Bella lagi.

Luiz menepis tangan Bella. Wajahnya diraup beberapa kali. Kenapa semakin dia menolak gadis ini semakin dia datang mendekat? Kenapa semakin dia cuba menjauh semakin itulah Bella cuba mengejarnya.

Senyumannya cuba disorok. Kau jangan senyum Luiz! Kau tak boleh senyum!

"Mana Eva sekarang ni?" Luiz cuba tukar topik.

"I tak tahu. Andre tahu kut"

Sebaik sahaja dia berkata telefonnya berdering kuat meminta untuk dijawab.

Luiz dan Bella saling berpandangan sebelum Luiz memberi isyarat agar panggilan itu diangkat.

Bella menyeret skrin telefonnya ke kanan.

"Hello mak? Mak dekat mana?" Tanya Bella mendatar.

"Hahahaha mama tak sangka baru sehari Bella terperangkap dengan Luiz, Bella boleh gila jadi" jawab Eva yang sudah tergelak dihujung panggilan.

"Kau jangan nak gelak sangat orang tua. Ajal kau dah tak lama dah ni. Tinggal tunggu masa. Entah entah malaikat maut pun tengah standby dekat sebelah kau"

"Makin lama makin biadap Bella kan"

"Habis tu kau? Kau tak biadap? Culik ibu orang lain. Kau ni kenapa eh? Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku? Aku ni anak kau ke anak angkat?" Tanya Bella dingin. Luiz di sebelah hanya memasang telinga.

"Hahahaha, mana Andre?" Soal Eva mendatar.

"Aah eh. Mana laki kau tu" provok Bella.

"Hahahahahahahahahahahahaha Bella dah tahu ke Andre tu siapa?" Tanya Eva kembali.

"Suami kau" jawab Bella ringkas.

"Ayah Bella" Eva membetulkan jawapan Bella.

"Hahahahahahahaahahahahaha" kini giliran Bella pula gelak besar.

"Siapa ayah aku?! Andre? Hahaha lepastu mak aku siapa? Kau? Siapa anak kau bodoh! Aku bukan anak kau" kata Bella kuat.

Luiz di sebelah sudah tersengih. Jangan senyum bodoh! Jangan tunjuk yang kau tu bangang sangat!

"Kau dengar sini eh perempuan! Mulai harini. Aku Bella Lavender Rose bukan anak kau lagi! Aku bersumpah yang aku akan bunuh kau dengan tangan aku sendiri. Kau ingat tu baik baik"

Panggilan dimatikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience