Bab 6

Action Series 18457

Luiz pantas turun daripada katilnya. Laju kaki mengatur langkah ke arah almari yang berada disudut kanan.

Laci nombor 2 dibuka.

Luiz menghela nafas lega apabila melihat barang barang di dalam laci itu tidak terusik. Dia kemudian melangkah pula keluar bilik. Bilik kerjanya dituju.

Pintu dan lampu dibuka.

Masih kekal sama.

Lampu ditutup semula.

Luiz melangkah pula ke arah bilik yang berada paling hujung.

Ia, bilik paling hujung.

Bilik ini tidak sepatutnya dibuka oleh sesiapapun.

Tajam mata Luiz merenung kesan debu yang sengaja diletakkan diatas tombol bilik itu. Nafas lega dilepas panjang.

Luiz pasti gadis tadi tidak masuk ke dalam bilik ini. Kerana kalau tidak pasti kesan debu itu sudah bercopkan jari seseorang.

Luiz melangkah pula ke arah dapur.

Semuanya masih kekal sama kecuali pisau yang diletakkan sedikit senget daripada kedudukan asal dan papan pemotong yang sudah berair.

Peti aisnya dibuka.

Mata Luiz terus membulat besar. Serta merta bayang wajah Bella tadi kembali terlayar di fikirannya.

Tidak mungkin.

Senyuman nakal gadis itu. Bicara tenang yang keluar dari bibirnya yang merah bak delima itu.

Tidak mungkin gadis itu dapat beriak seperti biasa jika dia sudah melihat 'barang' di dalam peti aisnya ini.

Anggota tangan yang sudah pucat membiru itu di alihkan ke dalam peti sejuk di bahagian bawah.

"Mati lah aku...".

Bella membuka pintu rumah aparment barunya.

Guess what?

Dia baru sahaja membeli rumah aparment ini dua hari yang lalu. Siap lengkap semua perabot di bahagian dalam. Bayar cash RM600,000. Rumah barunya ini pula betul betul berada di sebelah rumah Luiz.

Dan semestinya perkara ini tidak diketahui oleh lelaki itu.

Punyalah sampai ditahap ini sekali dia obses dengan lelaki yang bernama Luiz Martin.

Bella masuk ke dalam bilik yang terletak dibahagian hujung sebelum badannya dihempas ke atas katil.

Dinding bilik yang sudah penuh ditampal dengan gambar gambar seorang lelaki itu direnung lama. Hampir penuh disetiap sudut dinding biliknya. Kesemua gambar itu diambil secara senyap senyap.

" Luiz Martin..."

Frame gambar yang berada di dalam bilik Luiz tadi kembali terlayar difikirannya. Bella yakin Luiz Martin ini adalah Luiz Martin yang sama dia pernah berjumpa 20 tahun yang lalu.

"Tak sangka... You masih hidup" gadis itu tersenyum lebar.

Imbas Kembali 21 Tahun Yang Lalu....

Bella melihat rumah sasaran mangsanya yang pertama. Tangan kecilnya itu, sedikit menggigil kerana ditinggalkan berseorangan setelah dihantar oleh orang suruhan mamanya sebentar tadi.

"You can do this Bella, you can do this"

Pintu pagar automatik itu dipanjat dengan berhati hati. Pakaiannya yang serba gelap itu menyebabkan dia sukar untuk dilihat lagi lagi waktu malam seperti sekarang.

Kaki Bella laju sahaja melangkah ke arah tingkap bilik yang berada di bahagian tepi.

Gelap. Pasti penghuninya sudah tidur.

Selepas berjaya masuk kedalam tingkap itu ditutup semula perlahan - lahan. Semuanya dilakukan dengan pantas sekali. Pergerakkan Bella langsung tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

5 tahun dia sudah terlatih untuk menjayakan misinya yang pertama ini.

"Siapa tu?" soal satu suara menyebabkan Bella menoleh ke arah katil di dalam bilik itu.

Bella mula panik. Adakah dia sudah terkantoi?. Laju Bella menerpa ke arah lelaki yang menegurnya tadi.

"Siapa kau?" soal lelaki itu lagi.

"Boleh tak kau tidur? Jangan ganggu aku nak buat misi" kata Bella secara berbisik. Tangan kanannya sudah mencapai pisau yang terselit dibelakang badan.

"Misi apa?" .

Bella tidak berkata banyak sekelip mata sahaja lelaki tadi sudah dibaringkan ke atas tilam. Pisau rembo yang tadinya terselit di poket belakang kini sudah diletakkan betul betul di bawah leher lelaki itu. Manakala sebelah tangan lagi kuat menekan bahunya.

"Diam, kalau kau taknak mati, kau diam" suara Bella dikeraskan. Padahal dalam hatinya sudah panik. Dia risau jika misinya gagal. Pasti mama akan mengurung atau memberinya latihan yang lebih sukar dan memeritkan.

Lelaki tadi hanya menganggukkan kepala beberapa kali. Tangan Bella yang menekan bahunya itu ditarik ke tepi.

"Jangan tekan situ. Bahu aku ada luka. Nama aku Luiz, Luiz Martin. Siapa nama kau? Kau datang sini sebab nak rompak ke? Ke nak bunuh aku?" soal Luiz mendatar. Sedikit pun tiada riak gentar tercalit pada wajahnya walaupun dalam situasi sebegini.

"Kau bukan mangsa aku untuk malam ni, tapi kalau kau tak senyap aku terpaksa bunuh kau sekarang jugak" ugut Bella.

Bella jelas terkejut apabila lelaki bernama Luiz semakin menekan kuat pisau rembo itu ke dalam kulit lehernya sendiri. Ada satu cecair merah mengalir keluar daripada kulitnya yang terkoyak.

"Bunuh je aku, aku dah taknak hidup lagi dalam dunia ni..." kata Luiz perlahan. Mulut kecilnya itu terukir senyuman nipis.

"Hah? Kau gila ke? Kenapa kau taknak hidup? Aku bukannya nak bunuh kau pun, kau bukan mangsa aku untuk malam ni" cepat cepat Bella menarik semula pisaunya.

"Takpa, kalau aku bukan mangsa kau sekalipun, kau bunuh je aku sekarang. Aku dah lama nak mati. Tapi aku takut nak bunuh diri. Alang-alang kau dah datang rumah aku ni, kau bunuh jelah aku" kata Luiz pasrah.

Bella sudah kebingungan. Ah sudah. Lelaki ini tiada dalam senarainya. Bukan dia yang sepatutnya dibunuh untuk malam ini. Tetapi pembantu rumah dia, Kamal.

"Luiz! Mama kata tidur kan? Kenapa tak tidur lagi? Hah! MAMA MASIH DENGAR SUARA KAMU DARI LUAR! " tengking satu suara kuat dari arah luar bilik.

"Cepat sembunyi! Mama nak datang bilik ni" Luiz mula panik. Pantas badan Bella yang menghempapnya itu ditolak kuat ketepi. Kemudian pintu almari pakaiannya dibuka sebelum disumbat Bella masuk ke dalam.

"Duduk diam diam. Jangan sampai Mama dapat tangkap tau" sempat lagi Luiz berpesan kepada pembunuh kecil itu.

Bella yang sudah terpinga pinga di dalam almari, hanya menurut sahaja.

Bam!

Pintu bilik kuat terhempas. Macam nak roboh.

"LUIZ MARTIN! KENAPA TAK TIDUR LAGI HAH! KAU NI MEMANG DEGIL KAN!! KENAPA TAK DENGAR CAKAP MAMA! HAH! SUSAH SANGAT KE NAK DENGAR CAKAP AKU? KAU NI MEMANG MENYUSAHKAN LAH"

Zap! Zap! Zap!

Bella yang berada di dalam almari pakaian, jelas mendengar bunyi libasan yang diberikan kepada lelaki bernama Luiz Martin.

"Ma sakit ma..." rayu Luiz bersama esakan yang semakin kuat.

"Kau ni memang degil! Susah nak dengar cakap aku! Patutnya kau mampus je! "

Zap! Zap! Zap!

Lama Bella menyaksikan adegan penderaan yang tiada hati perut itu dari pintu almari yang tidak tertutup rapat. Lelaki yang bernama Luiz itu diperlakukan seperti anak patung. Dilibas, ditampar, dipijak beberapa kali dekat badan. Esakan dan raungannya tidak dihiraukan langsung sama sekali.

Bella pula hanya mampu melihat dari dalam almari sahaja.

Setelah puas wanita yang dipanggil mama itu membelasah anaknya sendiri dia terus sahaja keluar daripada bilik itu dengan senyuman yang puas. Sempat lagi pintu bilik Luiz dihempas dengan kuat.

Bella keluar dari dalam almari. Luiz yang sudah terlentang di atas lantai itu dipandang dengan riak wajah yang kosong. Sedikit pun tiada rasa simpati yang terbit dijiwanya melihat lelaki itu dibelasah seperti binatang.

Tak.

Mungkin binatang juga tidak pernah diperlakukan seperti tadi. Tidak pernah lagi Bella melihat ibu gajah menendang dan memijak anaknya sendiri.

Sakit. Ya dia tahu lelaki itu sekarang berada dalam kesakitan yang sangat dahsyat. Malah bukan fizikalnya sahaja yang sakit. Mental. Mental juga terseksa apabila kau diperlakukan seperti itu oleh mak sendiri.

Bella tahu.

Bella faham apa yang Luiz rasa sekarang ni.

Kerana.

Dia juga pernah diperlakukan seperti itu.

"Sakit ke?" tanya Bella mendatar. Walaupun dia sebenarnya tahu apa jawapan kepada soalannya tadi. Tidak mungkin 'Tak lah tak sakit pun' akan keluar dari mulut lelaki itu.

Jadi apa motif Bella bertanya?.

Sengaja.

Bukan Bella lah namanya kalau tidak menyebalkan.

Hahaha.

Darah yang mengalir pada bibir Luiz dikesat menggunakan lengan bajunya.

Badan Luiz jelas nampak mengigil. Mungkin dia sedang menahan perit akibat dipukul oleh mamanya sebentar tadi. Pasti kulit putih itu akan membengkak biru dan lebam.

"Boleh tak kau bunuh je aku... A-aku dah taknak hidup macam ni lagi... " rayu Luiz bersama linangan air mata. Ada esakan keluar daripada bibir pucat Luiz.

"Tapi malam ni bukan kau yang sepatutnya jadi mangsa aku"

"Tambah je lagi sorang... Apa salahnya... Please... "

"Tadi tu mak kau ke? Kenapa dia buat kau macam ni" Bella menukar topik.

Luiz yang terbaring di atas lantai itu mendepakan luas tangannya seperti tapak sulaiman.

"Pernah tak kau jumpa mak yang berhati kejam macam tu?" soal Luiz mendatar.

"Pernah" jawab Bella senada.

"Siapa?"

"Mama aku"

"Mama kau? Kau pun kena sama macam apa yang aku kena ni?" soal Luiz perlahan. Lemah sahaja suaranya.

Bella melangkah ke arah pintu bilik Luiz sebelum pintu itu dikunci. Dia kemudian melangkah semula ke arah Luiz sebelum turut berbaring disebelah lelaki itu. Tangan Luiz dijadikan sebagai alas.

" Yup. Kau rasa apa yang aku rasa sepanjang aku hidup untuk menjadi seorang pembunuh upahan pada usia yang muda ni" kata Bella perlahan.

Masing masing membuang pandangan ke arah siling bilik.

"Kau pembunuh upahan? Tapi kau nampak macam sebaya dengan aku. Umur kau berapa?"

"8 tahun" balas Bella mendatar.

"Aku 10 tahun, sejak bila kau dilatih untuk jadi pembunuh? " soal Luiz.

"Dah 5 tahun aku dilatih, so daripada aku umur 3 tahun lagi... " jujur Bella.

"Jadi ni misi kau yang pertama?" soal Luiz semula.

Bella mengangguk.

"Siapa?"

"Kamal. Pembantu rumah kau"

"Boleh tak kalau kau tambah lagi satu dalam senarai kau"

"Siapa?"

"Aku" balas Luiz sepatah.

"Kenapa kau nak mati?" soal Bella semula.

"Kenapa aku perlu hidup? Kalau hanya untuk terseksa macam ni" soalan berbalas soalan.

Agak lama mereka menyepi. Hanya bunyi cengkerik menemani suasana bilik itu.

"Untuk mencari tujuan hidup?" balas Bella semula.

"Macam mana kalau aku kata aku dah takda tujuan hidup?"

"Cari tujuan hidup yang baru..."

"Contohnya?"

"Capai cita cita, kau mesti ada cita cita kan.. "

"Jadi cita cita kau memang untuk menjadi seorang pembunuh?"

Bella menggeleng.

"Tapi hidup aku memang dah diatur oleh mama. Aku memang dilahirkan untuk menyambung legasi dia, kalau aku tak jadi pembunuh upahan. Mungkin aku dah mati sekarang. Mama tak perlukan anak yang tak berguna"

"Mak jenis apa yang suruh anak dia jadi pembunuh" perli Luiz sarkastik.

"Mak jenis apa dera anak dia sampai separuh mati macam ni" balas Bella juga tidak kurang memerli.

Kemudian mereka berdua tergelak kecil.

"Kenapa mama kau dera kau sampai macam ni sekali?" soal Bella lagi.

"Sebab..."

"Sebab?"

"Mama aku sakit"

"Sakit mental?"

Luiz mengangguk.

"Kenapa dia boleh sakit mental?"

"Sejak abang kembar aku mati, dia berubah. Dulu mama aku baik dia tak pernah pukul aku"

"Kau ada abang kembar?"

"Ada, nama dia Luiz Marcel"

"Nama kau Luiz Martin?"

Luiz mengangguk lagi.

"Weird name" Bella tergelak kecil.

"Nama kau siapa?" soal Luiz pula.

"Sepatutnya aku tak boleh bagi tahu nama aku. Tapi..."

"Tapi?"

"Takpalah. Nama aku Bella, Bella Lavender Rose. Atau nama samaran aku BLR"

"Nama pembunuh kau BLR?"

Bella mengangguk.

"Nama kau pun pelik, sibuk nak kata nama aku pelik"

Mereka sama-sama tergelak lagi. Entah apa yang kelakarnya tak tahulah. Tetapi masing masing rasa tenang dengan keadaan mereka sekarang.

"Macam mana abang kembar kau boleh mati?"  soal Bella semula.

"Sebenarnya dia tak mati"

"Habis tu?"

"Dia kena culik, cuma dah setahun polis cari tak jumpa. Polis anggap abang kembar aku tu dah mati. Sejak dari tu papa aku dah jarang balik rumah. Kalau balik pun tengah mabuk teruk. Mama pulak makin lama makin berubah. Macam yang kau nampak tadilah. Ada je alasan yang dia cari untuk lepaskan marah dia dekat aku" cerita Luiz sayu.

"Sebab tu ke kau nak aku bunuh kau?"

"Aku dah taknak hidup... Hidup aku terseksa sangat sekarang ni"

"Kau ada cita cita?" soal Bella tiba-tiba.

"Aku sebenarnya nak jadi pelukis...tapi"

Cup!.

Terkaku Luiz apabila first kiss nya dicuri oleh gadis berumur 8 tahun itu.

Bella sudah bangun daripada baringnya.

"Jadi pelukis. Jangan bunuh diri, jangan mati. Aku akan tunggu. Bila dah besar nanti aku akan datang cari kau. Semua sengsara yang kau rasa sekarang ni akan berakhir. Kau tahan je dulu buat masa sakarang. Aku akan tunaikan hasrat kau, aku akan bunuh kau. Tapi bukan sekarang, aku akan bunuh kau bila sampai masanya nanti. Jadi selagi aku tak bunuh kau, kau kena teruskan hidup, walaupun hari hari kau seterusnya akan lebih teruk daripada harini. Teruskan je hidup kau... "

Luiz tidak berkelip mendengar nasihat daripada pembunuh berusia 8 tahun itu.

"Kalau aku hidup, kau akan cari aku?" soal Luiz lagi.

"Aku akan cari kau, aku sendiri akan datang kepada kau" balas Bella yakin.

"Janji?" air mata yang sudah tidak dapat menampung di kelopak mata mengalir jatuh ke tepi.

"Aku janji" balas Bella sebelum jari kelingkingnya dihulur keluar.

"Pinky promise"

Lambat lambat Luiz juga mengeluarkan jari kelingkingnya.

Dua jari kecil itu bertaut.

"Aku pergi dulu"

Tanpa mengeluarkan sebarang bunyi Bella terus lesap daripada bilik Luiz.

Selang beberapa minit ada satu bunyi jeritan nyaring daripada luar.

Bibir Luiz terukir senyuman senget.

Pasti mamanya sudah melihat Kamal dibunuh.

Lambat lambat jari kelingkingnya dicium lama.

"Aku akan tunggu kau..."

Kalau ditanya pada budak berusia 10 tahun. Apakah kenangan paling terindah dalam hidupnya. Pasti akan di jawab pelbagai kenangan manis yang pernah mereka lalui.

Tetapi jika ditanya pada kanak kanak bernama Luiz Martin. Kenangan manis dalam hidupnya adalah:

"Berjanji dengan seorang pembunuh kecil"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience