Prolog

Action Series 18457

Aku melihat pantulan muka ku sendiri di dalam cermin. Hensem dan kacak. Mungkin aku adalah lelaki yang paling kacak dalam dunia ni. Tangan disentuh ke dagu pula. Mana mungkin wujud lelaki sekacak aku, bibir yang merah semula jadi, bulu mata yang lebat dan melentik, mata bewarna hazel kehijauan. Hidung yang mancung kalah Shah Ruth Khan . Simple words, aku adalah lelaki yang sempurna.

Ops

Mungkin bukan dari segi mental.

Pili air yang terbuka daripada tadi ditutup rapat. Jangan membazir air. Membazir tu amalan syaitan. Cukup lah perangai aku dah serupa syaitan, jangan nak menambah pula jadi dajjal. Sehelai tuala yang sememangnya tergantung di palang besi sebelah ku ini diambil sebelum dilapkan ke muka.

Cukuplah aku berangan untuk hari ini.

Pintu bilik air ditolak. Aku melangkah keluar dan menuju ke arah almari pakaian. Sehelai baju t-shirt putih aku ambil sebelum disarungkan ke badan. Seutas jam tangan Rolex bewarna hitam pula dipakaikan ke tangan kanan. Kidal? Tak aku bukan kidal. Cuma aku lebih selesa jika jam itu dipakaikan di sebelah kanan. Seluar hitam berjenama adidas pula aku sarungkan ke kaki.

Setelah puas membelek diri sendiri di hadapan cermin setinggi 2 meter ini , aku melangkah pula ke arah dapur. Daripada tadi perut aku yang berketak - ketak semacam coklat bar ini sudah membuat irama melodi jazz, terdesak meminta untuk diisi. Seolah olah aku boleh mati kelaparan kalau aku tak makan sekarang. Dasar attention seeker punya perut.

Pintu peti sejuk dibuka. Aku mencangkung sedikit untuk melihat apa yang ada didalam peti ini. Roti, jem, nugget Mcd yang aku tak habis makan semalam, juice apple, ayam goreng entah bila punya dan apa benda lagi entah yang aku sumbat dalam peti sejuk ni. Hapak semacam. Kalah tong sampah rumah jiran sebelah aku ni.

Terus aku mengambil sebotol jem dan sebuku roti. Kenapa roti dalam peti ais? Aku dengar orang dulu kata, roti boleh menyerap bau. Jadi tujuan utama aku adalah untuk menghilangkan bau hapak yang bermaharajalela dalam peti ais aku . Maklumlah banyak benda busuk dalam tu. Haih. Entah bila lah aku rajin nak mengemas semula.

Setelah menyapukan beberapa keping roti tadi bersama dengan jem ,terus aku menyumbat roti tadi kedalam mulut dengan penuh nikmat. Aplikasi Instagram dibuka . Tanganku laju mengsrcoll skrin telefon . Kejap keluar gambar perempuan tayang badan sana sini, srcoll lagi ke bawah nanti keluar pulak video tiktok yang bersepah macam sampah masyarakat.

Apa yang aku sedar ialah budak - budak zaman sekarang ni, suka menunjukkan kebodohan masing-masing. Seolah-olah mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan pingat kebodohan . Aku yakin mak bapak diorang mesti bangga tengok anak mereka membesar dengan cukup bodoh macam ni.

Telefonku dibelek-belek lagi sampailah cebisan roti terakhir dikunyah.

Okay,

Perut sudah kenyang hati sudah senang. Lebihan roti tadi aku letakkan semula didalam peti ais bersama dengan jem. Sekarang barulah aku boleh buat kerja.

Aku kerja sebagai seorang pelukis, tak terlalu terkenal, tak terlalu noob. Tapi cukup untuk membuat sebuah lukisan yang mencecah harga 4 ribu ringgit.

Ouh yah sebelum sambung buat kerja, ada benda lain yang lebih penting aku perlu buat.

Aku melangkah kearah satu bilik yang berada paling hujung sekali. Pintu bilik dibuka perlahan. Saja nak bagi bunyi seram. Mungkin tidak seram untuk aku tapi yang pasti cukup seram untuk perempuan yang berpenghuni di dalam bilik ini.

" Good morning sunshine! Lena tidur malam tadi?" aku berjalan mendekati gadis separa bogel itu sebelum duduk mencangkung di hadapannya. Auch kasihan, mesti gadis ini kesejukan didalam bilik yang bersuhu 15 darjah Celsius ni. Siapa lagi kalau bukan aku yang buang baju dia kelmarin.

Wanita itu hanya diam memerhatikan aku bersama linangan air mata. Matanya yang bengkak itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa wanita itu tidak dapat tidur dengan lena dan nyaman malam tadi. Macam mana nak lena kalau semua kuku tangan dia aku dah cabut guna garfu semalam.

Aku menarik kuat pita pelekat yang tertampal dimulutnya .

"Luiz... Tolong lepaskan aku. Aku janji aku tak laporkan apa apa pada polis... " rayu Cella perlahan. Lemah sahaja suara dia. Mungkin sudah tiada tenaga dalam badan.

"Shuhhh.... Kenapa nangis nangis ni sayang" sengaja aku membuat memek muka sedih dan simpati. Biar dia rasa sakit hati. Sebagai seorang kekasih yang berhati mulia aku mengesat air mata yang mengalir di pipinya itu menggunakan stokin kaki yang sudah berbulan aku tak basuh.

"Apa salah aku Luiz... Apa salah aku sampai kau sanggup buat aku macam ni... " rayu Gadis itu lagi. Bahunya yang sedikit mengigil itu bertambah menggigil apabila bibirku hanya mengukir senyuman sinis.

"Salah kau? Hmmmm let me think a minute" aku berpura pura membuat gaya sedang berfikir. Seronok bila bercakap dengan Cella ni. Hilang rasa sunyi aku.

Jari dipetik.

"Ahak! Aku tahu, mungkin salah kau adalah sebab mengenali aku.. Hahaha" gelak aku sendiri dan semestinya Cella tidak ikut gelak sama.

Makin laju air mata Cella mengalir di pipinya yang putih dan mulus itu. Mukanya tertunduk ke arah lantai, mungkin pasrah dengan takdir yang menimpa atas dirinya.

"Shuhh... Janganlah nangis sayang, nanti dah tak cantik " pujuk aku lagi. Bahunya yang terdedah itu aku usap perlahan. Aku melihat pergelangan tangannya yang terikat mengunakan rantai besi. Merah. Mungkin kerana dia meronta -ronta.

Padan muka. Siapa suruh tak reti duduk diam.

"Sayang nak makan?" soal aku lembut. Agak kesian kerana kali terakhir aku bagi dia makan adalah pada pagi semalam. Sudah 24 jam perutnya kosong tanpa diisi apa-apa.

Aku tersenyum apabila melihat Cella mengangguk lemah.

Aku bangun semula.

"Okay kejap eh, i will cook something for you " kakiku melangkah semula kearah dapur. Pintu peti sejuk dibuka. Aku menunduk sedikit untuk mengambil bungkusan hitam yang berada di bahagian bawah sekali.

Hah. Kalau nak tahu, inilah punca kenapa peti sejuk aku berbau hapak.

Aku meletakkan daging itu ke dalam singki sebelum laju tangan mencapai apron yang tergantung pada sudut dinding sebelah kanan.

Kemudian aku mengambil pula periuk, tidak terlalu kecil tidak terlalu besar tapi cukup muat untuk aku masukkan daging-daging ini semua ke dalam.

Selesai sahaja masak daging tadi, aku matikan api dapur sebelum mencedukkan sedikit daging bersama kuah ke dalam mangkuk kecik.

Bilik Cella dituju.

"I dah siap masak, suka tak?" soalku kepada Cella dengan senyuman yang sangat manis.

Cella hanya memandang aku takut-takut, sebelum dia mengangguk kepalanya lambat.

Aku meletakkan mangkuk itu betul betul di hadapan gadis itu.

"Nah, makanlah" seperti biasa tanpa banyak soal Cella menundukkan kepalanya dan terus makan, serupa haiwan.

Aku hanya memerhati dari tepi sambil sebelah tangan aku tongkatkan kedagu.

"Sedap?" soalku setelah aku melihat hampir separuh daging di dalam mangkuk sudah habis dimakan oleh Cella.

Cella mengangguk.

"Mestilah sedap i yang masak, tapi you tahu tak tu daging apa? " sengaja aku membuat sesi soal jawab bersama gadis kesayangan ku ini. Ops bekas kesayangan.

Dengar sahaja soalan aku itu pantas Cella memandang muka ku dengan riak yang terkejut. Sesaat lepas itu airmata yang sudah kering tadi kembali jatuh mengalir seolah-olah dia memahami apa yang ingin aku sampaikan .

"Yeah that correct! Itu daging kekasih baru kau... Haha sedap tak? " aku tergelak melihat reaksi muka Cella. Alololo comel betul, rasa nak rogol kau dekat sini jugak.

Cella terus termuntah semula makanan yang baru sahaja dimakan .

"Kenapa?... Kenapa Luiz? Kenapa kau kejam? Kenapa kau tak mati je hah!? Kenapa dunia tak adil? Kenapa? " soal Cella tersekat-sekat. Masih lagi tidak berhenti menangis.

Tawaku mati. Wajah Cella ku renung dalam. Dasar perempuan bodoh. Asyik asyik nak menangis. Elok elok muka cantik, kan dah hodoh sebab menangis tak henti-henti. Dah serupa beruk aku tengok.

"Kejam? Tak , bukan aku yang kejam, tetapi dunia. Tak adil? Kenapa kita selalu rasa dunia ni tak adil bagi kita? No dear. Bukan dunia tak adil, kita rasa dia tak adil sebab dia tak berpihak kepada kita. Dan untuk kalini dunia tak berpihak kepada kau " terus aku bangun dan meninggalkan Cella yang masih lagi meratapi 'Daging' kekasihnya yang baru sahaja dijamah tadi.

"KAU KEJAM! ARGH.... PERGI MATILAH KAU LUIZ MARTIN!" jerit Cella kuat dari dalam bilik diselang-selikan dengan tagisan dan raungan yang mendayu-dayu.

Aku yang baru sahaja ingin memasuki bilik kerja ku, ketawa terbahak bahak apabila mendengar jeritan gadis malang itu.

Apa yang malang?

Malang sebab kau berjumpa dengan aku.

Dunia tak adil?

HAHAHAHA

Kalau dunia itu adil. Aku takkan jadi aku yang sekarang.

Tombol pintu dipulas.

Sebab pada akhirnya, dunia memang takkan pernah adil untuk sesiapapun selagi dia tidak memihak kepada diri sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience