Bab 27

Action Series 18457

Bella masukkan kunci hitam yang Luiz jumpa tadi dalam satu lubang pintu berwarna perak. Kunci dipusing mengikut arah jam dua kali.

"Okay, tiap!!" Kata Bella, teruja.

Luiz tersengih di sebelah. Mata masih tidak lepas memandang gadis itu. Macam budak budak. Kadang kadang nampak comel, tapi kadang kadang...

Manakala Andre yang berdiri di belakang Luiz hanya diam membatu. Ugutan Luiz tadi masih terbayang dikotak fikiran.

Semakin hampir mereka jumpa jalan keluar daripada rumah ini semakin terasa debaran di dadanya. Bagaimana jika nanti Luiz tahu yang ibunya diculik oleh Eva? 

Adakah dia akan mengamuk? Adakah dia akan marah? Itu semestinya. Siapa je yang tak marah bila ibu mereka menjadi tebusan. Jari jemari Andre mula terasa basah dengan peluh. Apa perlu dia lakukan sekarang?

Bella pusing hadap dua orang jejaka di sebelahnya. "Sekarang kita tinggal cari butang untuk bukak pagar rumah je" jam tangannya tilik. "Ada masa lebih kurang 2 jam lagi, Hmm rasanya cukuplah tu kut"

"So?" Bella pandang Luiz dan Andre bergilir. "Nak berpecah ke? Atau kita nak cari sama-sama?"

Andre hanya diam. Matanya melirik ke arah Luiz di sebelahnya.

"Kau pikir ni apa? Explorace Game?" Kata Luiz dingin sebelum terus melangkah meninggalkan Bella dan Andre.

"Luiz kenapa? Bad mood je" Bella cuit siku Andre sikit. Sebelah keningnya diangkat tinggi.

"Err, entah. Tak tahulah" ada keringat yang muncul di dahi Andre.

"Yang you ni dah kenapa? Muka pucat je. Takut ke?" Baru sahaja Bella ingin melangkah pergi Andre tarik hujung baju Bella.

"Miss, sebenarnya aku ada nak buat pengakuan" kata Andre sedikit menggigil. Matanya dipejam rapat-rapat.

"Pengakuan?" Kening Bella mula bertaut.

"Sebenarnya..." Andre gosok leher yang mula terasa tegang. "Sebenarnya... Miss sebenarnya..."

"Sebenarnya apa?" Soal Bella, tidak sabar. Wajah gelisah Andre ditenung.

Andre tertunduk pandang tanah. Sekarang apa perlu dia buat? Jujur yang Eva sekarang sedang menculik ibu kandung Luiz? Atau bagi tahu sahaja kepada anaknya, yang Luiz seorang lelaki berbahaya? Ataupun diam dan selamatkan dirinya sendiri apabila keluar dariapda rumah ini nanti?

Tapi bagaimana pula dengan Bella?

Tidak mungkin Luiz akan menjaga anaknya dengan baik. Luzi seorang psychopath. Orang psycho tiada langsung sifat kasih sayang atau rasa simpati terhadap orang lain. Mereka memang dilahirkan sebegitu. Andre yakin satu hari nanti Bella akan terluka jika berada dekat dengan Luiz. Lagi -lagi bila dia dapat tahu yang emak kandung Bella; Eva sedang menculik Faridah saat ini.

Andre mula buntu. Kata-katanya seperti tersekat dikerongkong.

"Sebenarnya apa Andre?" Tanya Bella semula.

Andre tarik nafas dalam. Hujung baju Bella dilepaskan. Andre melihat kawasan sekeliling. Luiz tiada. Andre tekad. Lantaklah apa apa pun yang nak jadi lepas ni.

"Miss, Luiz sebenarnya seorang yang berbahaya. Dia selama ni mempergunakan miss dalam diam. Luiz tu Psychopath yang tak berhati perut. Miss kena jauhkan diri daripada dia sebelum dia apa-apakan miss" tutur Andre.

"Psychopath? Hahaha siapa?" Bella tergelak halus. Seolah-olah mengejek.

"Luiz! Dia lelaki bahaya miss! Miss tak kenal lagi dia siapa. Dia tu manusia kejam. Bila-bila masa je dia boleh bunuh kita semua" terang Andre bersunguh-sunguh.

"Sebab apa dia nak bunuh kita pulak?" Soal Bella semula.

"Miss, tolonglah kalini je percayakan cakap aku. Jauhi Luiz. Jangan sesekali cuba untuk rapat dengan dia" rayu Andre.

Senyuman Bella mati. Wajah Andre ditenung tajam tak berkelip.

"Bahaya? Kau lupa siapa aku? Aku ni pembunuh, Andre! Jadi apa bezanya Luiz dengan aku?" Bella tersenyum sinis. "Psycho? Kalau dia psycho? Habis tu aku ni apa? Si gila?" Tanya Bella sarkastik. Keningnya diangkat tinggi. Bahu Andre ditunjal.

"Jauhi Luiz? Hah? Kau siapa? Apa hak kau nak halang hidup aku? Kau siapa!" Tengking Bella.

"Miss , tolonglah dengar cakap aku, kalini je..." Andre makin gelisah. Dia risau suara lantang Bella boleh didengari Luiz.

"Sebab apa aku nak kena dengar cakap kau? Sebab kau ayah kandung aku?" 

Andre tersentak, wajah Bella dipandang tidak percaya. 

"Kau terkejut sebab aku tahu?" Bella bawak keluar pisaunya dari dalam kocek. Selangkah demi selangkah dia menghampiri Andre.

"Bahaya? Hahahaahhahahaha selama aku hidup berpuluh tahun ni hidup aku pernah aman ke, sial! Apa kau cakap tadi? Luiz bahaya? Habis kalau dia bahaya, korang tu apa! Kau kata kau ayah aku! Ayah jenis apa yang rela anak dia jadi pembunuh upahan!" Mata Bella tajam merenung anak mata Andre.

Andre sudah terkaku. Kenyataan yang disebut oleh Bella sangat terkesan dan makan dalam.

"Kau! Eva! Sama! Korang semua sama!" pisau dihala tepat pada muka Andre. "Baru sekarang kau nak mengaku yang kau ayah aku?! Lepas semua yang korang dah buat selama ni, baru sekarang korang nak berlakon jadi ibu bapa yang penyayang?! Baru sekarang kau nak berlakon yang kau risaukan aku? Hah! Jawab lah sial!"

"Miss-" Andre mati kata. Jauh disudut hati Andre, dia mengaku apa yang Bella katakan itu semuanya betul. Semua itu kenyataan. Semua itu perkara yang dia pernah lakukan.

"Huh, kau kata kau nak selamatkan aku? Baru sekarang kau nak selamatkan aku?! AKU tak perlukan kau sekarang, Andre!! Aku perlukan kau 25 tahun yang lepas!! Masa aku kena seksa hidup hidup dengan PEREMPUAN yang kononnya ibu kandung aku tu!!! Masa Aku kena latih macam binatang!! Masa aku kebulur sampai berhari hari!! Masa aku kena lemaskan dalam air samapaikan aku hampir mati!! Masa aku kena bunuh semua korban aku yang aku sendiri tak tahu apa salah diaorang!! Masa aku trauma setiap malam sebab aku bunuh manusia setiap hari!! MASA tu aku perlukan kau!! Bukan sekarang!!!" tengking Bella kuat. Nada suaranya semakin tinggi dari satu ayat ke satu ayat yang lain. Bergema seluruh ruangan tingkat itu.

Dada Bella turun naik menahan amarah. Nafasnya dihembus kasar. Rambutnya yang terjuntai di muka diselitkan ke belakang telinga.

"Hahaha, tapi kau buat apa ye masa tu" Bella pandang atas. Berpura-pura seolah-olah sedang berfikir sesuatu. Kemudian jarinya dipetik. "Ouh ya, aku ingat" muka Andre dipandang semula. "Kau. Tak. Tolong. Aku. Langsung" sebut Bella satu persatu. Bahu Andre ditunjal berkali-kali.

"Cakaplah! Kenapa diam! Kau suka kan aku jadi macam ni? Kau suka anak kau jadi pembunuh kan? HAH?! CAKAPLAH!" teriak Bella.

Daripada jauh, Luiz hanya tekun mendengar setiap butir kata yang mereka berdua katakan. Tipu sangat kalau dia tidak mendengar gadis itu menengking Andre. Sengaja dia tidak ingin masuk campur urusan dua beranak itu. Lagi pula emosinya tengah kacau bilau sekarang ini.

Dada Luiz menjadi berdebar tanpa sebab. Pandangannya juga kadang menjadi kabur. Ini semula salah Jay, personalitinya lagi satu.

Entah sudah berapa hari Jay tidak makan ubat ikut waktu. Itulah sebab utama kenapa emosi Luiz jadi kacau bilau.

Luiz mula mengambil langkah. Tangan elok dimasukkan ke dalam kocek seluar. Daripada dia buang masa dengar dua beranak tu bergaduh baik dia pergi cari butang nak bukak pagar rumah ni.

Andre terjatuh, melutut ke lantai. Air matanya mengalir keluar dengan deras. Kaki Bella dipeluk.

"Maafkan aku Bella. Maafkan aku" tutur Andre bersama esakan. Dia menyesal dengan perbuatannya dahulu. Tetapi apakan daya, semuanya sudah terlambat bagi dirinya. Dia tahu semuanya sudah terlambat.

"Maaf?" Bella pijak tangan Andre kuat. Jelas riak wajahnya menunjukkan yang dia benci untuk menatap wajah lelaki di hadapannya itu.

"Kalau semua orang yang buat salah hanya perlu meminta maaf untuk tutup kesalahan diri sendiri-" Bella rapatkan mulut ke telinga Andre. "Dalam dunia ni tak perlukan polis dan hakim, Andre" tutur Bella mendatar.

"Bella, Aku tahu aku salah sebab abaikan kau dulu. Aku tahu semua tu salah aku. Tapi tolonglah, tolonglah untuk kalini je, untuk kalini sahaja. Dengar cakap aku. Jauhkan diri kau daripada Luiz. Bila dia dapat tahu yang Eva culik ibu kandung dia. Aku yakin dia takkan teragak agak nak bunuh kau"

Bella tergamam. Rambut Andre dicengkam, sebelum dipaksa menghadap mukanya.

"Ulang balik apa yang kau cakap tadi?" Tanya Bella kasar. Tajam anak matanya menikam seperti pisau.

"Eva culik ibu Luiz?" Soalnya semula.

Andre angguk kepala.

Bella melepaskan cengkaman rambut Andre. Tangannya naik memegang kepala sendiri.

No, no, no! Kenapa Eva culik ibu kandung Luiz?

Bella jeling Andre tajam. "Kau dah tahu, tapi kau senyap je daripada tadi?" Tanya Bella, nada suaranya cukup kedengaran kesal.

"Kita tak tahu apa yang Luiz akan buat kalau dia dengar ibu dia kena culik dengan Eva" jawab Andre yang masih lagi menunduk pandang lantai.

Tawa halus terlepas daripada mulut Bella. "Baik kau, baik Eva. Hipokrit! Korang semua pentingkan diri sendiri!" Bella pandang Andre sinis. "Keluarga penuh sial ni, aku sumpah aku akan bunuh korang semua," pisau dalam genggaman tangannya dipegang kuat, mengigil akibat terlampau geram.

"Bella, aku rela kalau kau nak bunuh aku sekarang. Aku akan tebus balik semua salah aku selama ni pada kau" tutur Andre perlahan.

"DIAM!! KAU DIAM!" pisau diangkat tinggi, namun sebaik sahaja Bella ingin menghayunkan pisau itu, tangannya ditahan oleh seseorang. Pisau itu dirampas.

"Bella, stop it! Dah dah lah tu nak bergaduh pun. Pagar rumah aku dah bukak, jom kita blah dari sini" tutur Luiz mendatar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience