Bab 15

Action Series 18457

Mata Bella tidak lepas memerhatikan lelaki itu.

Luiz Marcel.

Bella yakin itu Luiz Marcel. Kerana matanya, hidungnya, bentuk mukanya hampir sama dengan Luiz Martin.

Tiga orang jejaka tadi masuk ke dalam kereta sport masing masing yang tersusun di tempat parkir kereta.

"Hurm, its a good thing to know that you're not alone like your little brother" bisik Bella sendiri.

Kemudian dua daripada kereta tadi terus meninggalkan kawasan syarikat. Hanya satu sahaja kereta yang masih tidak bergerak.

Bella memerhatikan kereta Ferari merah itu. Cermin gelap kereta itu sedikit menghalang Bella daripada isi di bahagian dalam.

Dalam pada masa yang sama penghuni di dalam kereta, juga turut memerhatikan Bella. Bukannya dia tidak perasan yang gadis itu sibuk merenung mereka bertiga daripada keluar pintu bangunan lagi.

"Musuh ke? ke dia ada kenal sesiapa? " soal jejaka itu sendiri.

Selang beberapa minit Bella terus melangkah pergi meninggalkan tempat itu. Firasatnya kuat mengatakan yang dirinya sedang diperhatikan oleh penghuni di dalam Ferrari merah.

"Maybe target tak datang kerja kut harini" namun baru sahaja Bella belok ke satu simpang kereta Ferrari merah tadi berselisih dengan Bella.

Bella cepat cepat menarik hoodie putih yang dipakai menutupi mukanya. Langkah kakinya dipercepatkan ke arah hotel semula.

Tanpa Bella sedar tindak tanduknya masih lagi diperhatikan oleh jejaka tadi sehingga dia masuk bangunan hotel.

"Guest ke?" bangunan hotel yang terbentang luas di hadapannya dipandang.

"Muka dia pun nampak macam Asian, tapi apahal perempuan tu ada aura pembunuh sekeliling dia? Pembunuh upahan ke?".

Tiba-tiba telefonnya berdering kuat.

"Woi, kau dekat mana asal tak balik lagi? Betul ke ada musuh?" tanya seorang lelaki yang berada dihujung panggilan.

"Taklah, aku salah tengok kut. Dia salah seorang guest dekat Royal Mikayla. Aku dah nak balik lah ni. Cau" panggilan itu dimatikan. Laju kereta Ferrari merahnya meninggalkan kawasan itu.

Bella keluar semula daripada bangunan hotel, setelah dia pasti dirinya tidak lagi diperhatikan.

"Apahal pulak mafia tu ikut aku sampai ke hotel. Luiz Marcel ada kena mengena ke dengan keluarga mafia tu?. Aduh nyusah betul lah. Target aku kerja dalam bangunan dia je dah cukup menyusahkan" ngomel Bella sendiri.

Siapa je yang tidak kenal dengan lelaki tadi. Dalam dunia gelap, nama keluarga mereka adalah keluarga yang paling dikenali oleh semua orang. Bukan sahaja mereka berbahaya untuk dijadikan musuh. Malah keluarga itu juga adalah antara yang paling kaya sekali di France mahupun di negara negara Eropah.

Mikayla Family.

Selain daripada memiliki kumpulan mafia mereka juga adalah usahawan yang kaya raya. Sekali petik berjuta juta duit masuk dalam bank. Jenama keluarga itu cukup terkenal di serata dunia.

Jadi memang tindakan bodoh jika ingin bermusuh dengan mereka.

Iphone Bella berbunyi satu notifikasi.

Ada satu mesej diterima daripada Seeker iaitu orang yang ditugaskan mencari Luiz Marcel.

Bella membaca isi kandungan mesej itu sebelum perlahan-lahan matanya membulat besar. Susah untuk mempercayai maklumat yang baru diterimanya itu. Rumit betul kisah hidup Luiz Marcel.

Ketika Luiz Marcel diculik 21 tahun yang lepas, dia telah dijual kepada sepasang suami isteri yang tinggal di negara France. Namanya juga telah ditukar kepada nama yang baru. Tetapi setahun selepasnya, pasangan itu mati kerana kemalangan jalanraya yang meragut nyawa mereka berdua. Marcel yang pada masa itu hilang ingatan akibat daripada kemalangan itu telah diletakkan ke pusat jagaan anak yatim.

Malang sekali kerana pusat anak yatim itu juga turut berlaku bencana. Pusat anak yatim itu terbakar sehingga ramai kanak kanak yang menjadi korban.

Marcel telah dikutip oleh seorang lelaki dan sekali lagi namanya telah ditukar buat kali yang kedua. Tetapi malangnya lelaki itu juga terbunuh oleh ketua kumpulan mafia France.

Dan dua tahun yang lalu keluarga mafia France itu pula yang menjaga Marcel sehingga sekarang.

Telefon itu disimpan semula ke dalam poket seluar.

"Aduh masalah betullah..." omel Bella.

Bella masuk ke dalam bilik hotel tepat jam 10 setengah malam. Masuk masuk sahaja dia sudah ternampak Luiz yang sedang membuat maggi cup di sudut dapur.

"Hi baby. You dah okay?" tegur Bella mendatar. Mulutnya tersenyum manis.

"Aku tak okay ke tadi?. Ni kau nak sekali tak maggi? Aku buatkan terus" pelawa Luiz.

"Nak nak nak!" laju Bella mengangguk kepalanya. Kemudian dia terus duduk di atas sofa dihadapan tv. Mata masih lagi merenung Luiz yang berada di bahagian dapur. Atau lebih tepat merenung otot tangan Luiz yang berurat.

Auch so sexy.

"Boleh tak stop tenung aku" kata Luiz mendatar sebelum membawa dua cawan maggi ke arah Bella. Satu cawan dihulurkan ke gadis itu sebelum dia mengambil tempat di sebelah.

"So stop lah jadi kacak, you tak kacak i tak tenung" balas Bella selamba.

Luiz membuat muka malas. Lantak kau lah.

Remote tv ditekan.

"Wow sejak bila pihak hotel sediakan Netflix?" tanya Bella sambil mulut yang penuh mengunyah maggi.

"Taklah, ni Netflix dalam phone aku. Aku connect kan dekat tv" balas Luiz mendatar.

"Nak tengok cerita apa ni?" sambung Luiz semula.

"Anime" jawab Bella sepatah.

"The fu*k anime? " latah Luiz semula.

"Apa? Anime best tau" jawab Bella tak mahu kalah.

"Ouh yah umur kau tak sesuai tengok kartun tahu tak".

"Anime bukan kartun!".

"Dah tu apa? Classical musician?".

"Anime bukan kartun!" betah Bella lagi.

"Anime tu banyak nilai nilai pelajaran yang kita boleh peroleh tahu tak, contohnya nilai persahabatan, nilai kekeluargaan, nilai kasih sayang. Lagipun banyak anime anime yang boleh memberi kita rasa erti kemanusian" jelas Bella panjang.

"Kau tengok anime tak?" soal Luiz semula.

"Tengok" jawab Bella bangga.

"Jadi mana erti kemanusiaan kau tu" perli Luiz lagi.

Bella berhenti mengunyah. Maggi cupnya dan maggi yang berada di tangan Luiz diletakkan ke atas meja. Tiba tiba tangannya naik memiat telinga Luiz.

"Cepat minta maaf dekat i. Cepat, kalau tak i gigit telinga you sekarang" kata Bella sedikit kuat.

Luiz meronta ronta ingin melepaskan diri tetapi makin lama makin kuat pula Bella memiat telinganya.

"Wey sakit lah wey!".

"Cepat minta maaf!".

"Wey! Wey!".

Mereka bergusti di atas sofa itu beberapa saat. Entah macam mana, badan Bella tertindih di atas badan Luiz dengan kedua tangan yang memagar di sebelah kepala jejaka itu.

Mata mereka bertentangan antara satu sama lain.

Tiba tiba suasana menjadi sunyi sepi. Jantung Bella berdegup laju. Tidak kurang juga dengan Luiz yang sedang ralit merenung anak mata coklat milik Bella.

"Hey, Can i rape you?" tanya Bella memecahkan suasana sunyi antara mereka.

Dengan pantas Luiz menolak badan gadis itu ke tepi. Bella terjatuh daripada sofa.

"Aduh sakit lah..." adu Bella sambil mengusap punggungnya.

"Maggi aku dah kembang" kata Luiz membuat alasan. Muka beku ditayang. Terus tangannya mencapai maggi cup yang berada atas meja.

"Eleeeh, you malu eh dengan i" tanya Bella sambil menongkat dagunya di peha Luiz.

"Diam Bella sebelum aku sepak kau" balas Luiz dingin.

"Eleeh tu muka merah merah tu. Malulah tu" usik Bella lagi.

Terus garfu plastik yang penuh dengan maggi disumbat laju ke dalam mulut Bella.

"Aku kata diam kan?".

Bella hanya menayang senyuman sambil tersengih nakal.

"Tadi you dah makan guna garfu ni... ".

Luiz mengabaikan Bella. Suapannya disambung semula.

"So that means we already made indirect kiss" sambung Bella lagi.

"Uhuks!" terus tersedak Luiz mendengar tutur kata Bella. Laju dia berlari ke arah peti sejuk sebelum satu botol mineral dicapai dan diteguk rakus.

Bella pula sudah tergelak gelak ditempatnya. Muka merah Luiz dipandang bersahaja.

"Eleh dia ni pura pura malu pulak. Semalam you siap cium i lagi tahu tak, relax je" sakat Bella lagi.

"I swear to god, if you don't shut your mouth right now. I will go back to Malaysia this fu*king moment" kata Luiz dingin memberi amaran. Dia melangkah semula ke arah sofa.

"Yelah yelah," Bella mengalah. Dia turut kembali duduk di atas sofa.

Mereka berdua kembali menyambung makan maggi cup yang sudah kembang, sekembang kembang alam. Dah macam tak serupa maggi. Air maggi pun dah lesap.

"You taknak tengok anime takpalah kita tengok cerita 365 days... " kata Bella selamba sambil menekan nekan punat remote control.

Sekali lagi Luiz terasa seperti hampir mahu tersedak. Maggi yang berada dalam mulutnya terasa bagai hendak terkeluar melalui hidung.

"Anime!, fine! Kita tengok anime" laju Luiz mencelah.

Bella sudah tersenyum kemenangan.

"Okay" terus anime bertajuk Kuroshitsuji The movie :Book of Atlantis ditekan.

"Cerita ni pasal apa?" tanya Luiz sambil menayang muka malas.

"Pasal seorang budak yang buat perjanjian dengan syaitan, untuk tunaikan permintaan dia".

"Permintaan apa dia buat?" soal Luiz semula.

"Permintaan untuk balas dendam, tapi sebagai balasan bila dendam dia dah terbalas syaitan tu akan makan jiwa dia".

"Kenapa dia nak balas dendam?" soal Luiz lagi.

"Sebab keluarga dia mati kena bunuh depan mata dia sendiri. Abang kembar dia pun mati sama kena bunuh depan mata dia... Tapi" Bella memandang wajah Luiz.

"Tapi?" soal Luiz.

"Abang kembar dia sebenarnya masih hidup" sambung Bella kembali.

Luiz sedikit tersentak mendengar ayat Bella.

"Macam mana abang kembar dia masih hidup?" soal Luiz semula. Mukanya masih lagi tenang. Tetapi nada suaranya mula terselit sedikit getaran.

"Sebab abang kembar dia dijaga oleh seorang malaikat maut. Dan adik dia tu tak pernah cari abang dia. Sebab dia pikirkan abang dia dah mati selama ni. Tapi sebenarnya abang kembar dia masih hidup. Dia tinggal dengan malaikat maut yang selamatkan dia tu" balas Bella mendatar.

Luiz terdiam. Bella juga terdiam. Hanya bunyi suara tv sahaja yang memenuhi ruang.

"Bella..." panggil Luiz sedikit perlahan.

"Hmm?"

"Apa reaksi adik dia masa jumpa dengan abang kembar dia?" tanya Luiz mendatar.

Bella hanya diam tidak menjawab. Fikirannya melayang.

Mata Luiz pula masih lagi tidak lepas memandang ke arah tv.

"Bella..."

"Ah ye?" lamunan Bella terhenti.

"Aku tukar soalan aku"

"Syaitan tu dengan malaikat maut tu bermusuhan ke?" sambung Luiz lagi.

"Hurmm..." Bella mengangguk.

"Diaorang cuba berbunuhan antara satu sama lain" jawab Bella.

Serta merta Luiz memandang Bella.

"Kalau adik dia tak kacau kehidupan abang dia diorang takkan berbunuhan kan?" soal Luiz serius.

"Luiz come on, its just an anime" kata Bella cuba menukar topik.

"Yes, dan aku tengah tanya kau pasal anime tu lah sekarang ni" balas Luiz semula.

Bella mula menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Entahlah, iyalah kut" jawab Bella nak taknak.

Luiz kembali melihat skrin tv seperti tiada apa yang berlaku.

Mereka terdiam lagi.

"Luiz, tadi i ada jumpa abang kembar you" jujur Bella mendatar.

"Dia sihat? Dia buat apa?" tanya Luiz tanpa intonasi.

"I nampak dia macam sihat, ada dua kaki, dua tangan. Dia kerja dekat salah satu syarikat yang terkenal..." jawab Bella mendatar.

"Dan ada malaikat maut yang jaga dia sekarang... " sambung Bella lagi.

"Heh, so hidup aku sorang jelah yang merana selama ni?" sinis bicara Luiz sebelum tawa halus terlepas di mulutnya.

"Luiz... Abang you..." belum sempat Bella menghabiskan ayat Luiz tiba tiba sahaja bangun daripada duduknya.

"Aku nak makan ubat kejap" kata Luiz sebelum dia terus pergi meninggalkan Bella.

Bella memandang Luiz sehingga dia masuk ke dalam bilik tidurnya. Kemudian dia memandang ke arah tv semula.

Cerita yang tertayang di skrin television direnung kosong. Watak anime yang bernama Ciel itu sedang berjalan bersama syaitan yang mengikat perjanjian dengannya, Sebastian.

"Kalau you nak tahu, abang Ciel tu pun hidup dia merana. Seperti mana Sebastian selamatkan Ciel. Macam tulah malaikat maut tu selamatkan abang kembar dia" kata Bella sendiri.

"Tapi..."

Pintu bilik tidur Luiz dipandang semula. Bibir Bella terukir senyuman sinis.

"I bukan Sebastian... Dan i lebih teruk dari Sebastian" kata Bella sebelum tergelak sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience