Bab 32

Action Series 18457

Sudah sehari? Dua hari? Entah Luiz sendiri tak pasti sudah berapa hari dia dikurung dalam bilik ini. Bilik yang suram dan malap. Dia hilang punca waktu. Entah pukul berapa sekarang, pagi ke malam. Dia tidak tahu. Bilik ini tidak mempunyai tingkap. Hanya bantuan cahaya lampu sahaja yang digunakan untuk menerangi ruangan.

Bilik itu kosong, hanya ada satu katil bujang dan tandas. Itu sahaja. Semacam penjara pun ada.

Dan Luiz pula, sudah beberapa hari ubatnya tidak disentuh. Andre tidak memberikan kepadanya.

Jadi dalam bilik itu bukan hanya ada dia sorang. Luiz kadang kadang mendengar suara orang lain. Suara personalitinya yang lain. Bunyi bunyi yang tak ada. Halusinasinya makin teruk. Bila malam menjelma dia akan teringat kembali seksaan seksaan yang ibu kandungnya pernah buat ketika dahulu.

Luiz akan menjerit dan meraung. Tetapi Andre tetap tidak peduli tentangnya. Atau mungkin memang itu tujuan utama mereka, untuk menyeksa mental Luiz.

Bam! Bam! Bam!

Pintu bilik itu diketuk kuat.

"Andre! Bukak pintu ni lah sial! Sampai bila kau nak kurung aku dalam ni!" Jerit Luiz kuat.

Bam! Bam! Bam!

"Andre!"

"Bagi ubat aku semula Andre. Tolonglah!" Jerit Luiz lagi.

"Aku tak kisah kalau kau nak kurung aku! Aku tak kisah kau nak biar aku kebulur sampai mati pun aku tak kisah! Tapi tolong bagi ubat aku. Aku betul betul perlukan benda tu!"

Sunyi.

Tiada jawapan mahupun sahutan daripada lelaki bernama Andre.

'Luiz kau tahu tak sekarang pukul berapa?'

Luiz pantas menoleh belakang. Tiada sesiapa. Hanya dia sahaja di dalam bilik kurungan itu. Dadanya berombak turun naik.

'Luiz mama sayang Luiz, Luiz anak baik kan?'

Luiz tutup kedua telinganya. Dahinya berpeluh peluh. Suara itu seakan realiti. Seolah olah pemilik suara itu betul betul berada bersama dengannya dalam bilik itu.

'Kau anak derhaka! Aku benci tengok kau! Kau punca Marcel mati tahu tak!'

Luiz sudah terduduk atas lantai. Kedua lututnya dirapatkan kedada.

"Tak, ni halusinasi. Ni semua halusinasi aku" ulang Luiz berkali kali.

'Kau yang patutnya mati! Bukan Marcel! Dasar anak derhaka!'

'Luiz kau kena terima yang aku ni sebenarnya diri kau'

'Kau pembunuh!'

'Kau ni memang anak dehaka!'

"Tak! Tak! Tak!" Laju nafas Luiz turun naik.  Mukanya dibenamkan antara dua lutut.

'Nama aku? Bella. Bella Lavender Rose'

'Aku akan datang balik jumpa kau satu hari nanti'

'Bila aku datang jumpa kau semula. Masa tu aku akan tunaikan janji aku. Aku akan bunuh kau'

Serta merta mata Luiz terbuka luas. Nafasnya laju ditarik masuk ke dalam peparu.

Tadi tu, memori siapa?

'Bella, nama samaran aku BLR'

Luiz memegang kepalanya sendiri. Kenapa wajah Bella termain di memorinya. Tetapi Bella nampak berbeza dalam memorinya itu. Seolah-olah waktu itu dia masih kecil. Mereka pernah berjumpa ke waktu kecil dahulu?

'Jangan bunuh diri, capai cita cita kau. Jadi pelukis'

Dahi Luiz berkerut.

Ini memori siapa? Kenapa ada Bella dalam memorinya itu.

'Jadi pelukis, Luiz. Jangan bunuh diri. Walaupun hidup kau akan penuh dengan sengsara'

Perlahan-lahan Luiz menghentak kepalanya ke dinding.

Ini memori siapa!? Kenapa ada Bella?

'You betul betul tak ingat ke siapa i? Luiz, Do you really don't remember me?'

"Diam! Diam!"

Kepala Luiz terasa sakit. Menyucuk dan menyiat. Seolah-olah ada duri yang tercucuk masuk dalam kepalanya.

"Andre! Bagi ubat aku Andre!" Jerit Luiz masih lagi dalam keadaan berpeluk tubuh.

Sebaik sahaja Luiz berkata sedemikian, pintu bilik kurungan itu dibuka oleh seseorang.

Luiz pantas mengangkat kepala sebelum matanya menoleh ke arah Andre yang sedang mengacukan pistol tepat ke arahnya.

"Bagus! Bagus kau nak bunuh aku. Bunuh aku sekarang! Aku dah taknak hidup! Bunuh je aku sekarang!" Jerit Luiz kuat. Keadaannya terdesak. Luiz sudah tidak tahan mendengar bisikan bisikan itu lagi. Dia lebih rela mati saat ini daripada disogok dengan halusinasi yang entah apa apa itu.

"Kenapa kau masih waras lagi eh? Dah berhari hari aku kurung kau dekat sini" tanya Andre mendatar.

"Hahahaha memang niat kau nak tengok aku gila ke Andre? Itu tujuan sebenar korang semua? Nak tengok aku gila?" Luiz tergelak sinis sebelum mata tajam memandang Andre yang berada di depannya.

'Aku akan bunuh semua yang seksa kita berdua. Hahahaha tunggu lah nasib korang semua'

"Kau akan menyesal sebab tak bunuh aku sekarang Andre. Kalau kau jumpa dengan Jay, aku pasti kau akan menyesal" kata Luiz mendatar. Kepalanya mula terasa berat. Ah, sial punya Jay. Tak sangka kau dapat jugak apa yang kau nak.

"Jay? Hahaha. Memang aku nak jumpa dengan dia pun..." jawab Andre selamba.

Luiz terbaring ke sisi. Kepalanya sedikit terhentak di lantai bilik sejuk itu. Pandangannya mula berbalam.

"Kau akan menyesal sebab tak bunuh aku sekarang, Andre" kata Luiz lagi sebelum mulutnya tersengih sakit.

"Kita tengok siapa yang menyesal" jawab Andre angkuh.

"Jay-," kata Luiz yang terdengar sangat lemah.

"Dia bukan lawan kau. Kau dah buat dia marah Andre. Baik kau bunuh aku sebelum dia-" Luiz terdiam. Matanya sudah tertutup rapat.

Andre melangkah semakin dekat sebelum kepala Luiz ditonjol menggunakan muncung pistolnya.

"Dia apa? Hah? Dia apa? Dia nak bunuh aku?" Sarkastik Andre menyoal.

Tiba tiba mulut Luiz tersengih sinis. Sekelip mata pistol Andre tadi dirampas dengan pantas. Kaki Andre dibentes kuat sehingga dia terlentang ke belakang. Kemudian kepala Andre dihentak pula menggunakan pemegang pistol.

"Hahahahahahaha! Apa kau kata tadi? Kau nak jumpa aku?" Luiz dengan penuh selamba duduk atas badan Andre dengan pistol yang dihala tepat ke arah lelaki itu. Posisi mereka sudah bertukar.

Kini Andre berada dilantai dan Luiz pula yang sedang mengacu pistol.

"Jay?" Tanya Andre berkerut menahan sakit di kepalanya akibat dihentak oleh lelaki itu sebentar tadi.

Luiz tidak menjawab. Hanya sengihan sinis yang semakin lebar terkoyak dimulutnya.

"Kau ni, bapak Bella kan? Bella kata dekat aku supaya jangan bunuh kau" Luiz bangun daripada menghempap badan Andre.

"Tapi dia jugak kata kalau perangai kau berubah sial. Maka tamatkan sahaja nyawa kau yang tak seberapa ni" sebaik sahaja berkata sedemikian Luiz menekan pemicu pistol sekali.

Bang!

Tepat peluru itu menembus pada lutut kaki kanan Andre.

"Arghhhhhhhh" Andre meraung kuat.

"Diam bodoh diam! Nak jerit jerit pulak kau" dengan selamba Luiz memijak mulut Andre menggunakan tapak kakinya.

Dalam raungnya itu sempat lagi Andre tergelak kuat.

"Kau Jay kan? Hahahaha" tanya Andre masih tidak putus asa.

Luiz mencangkung semula di sebelah Andre.

"Kalau aku kata ya kenapa?" Tanya Luiz sambil tangan elok mengacukan pistol tadi di bawah dagu Andre. Karakter Luiz seratus pertus berubah. Kini dia tampak seperti kanak kanak yang ganas. Mungkin sedikit terlebih ganas.

"Hahahaha apa kau nak pada anak aku hah! Apa kau nak daripada Bella?" Tanya Andre dalam kesakitan. Dahinya jelas berpeluh peluh menahan sakit. Kakinya yang sudah bocor itu laju mengalir darah keluar dari dalam badan.

"Bella? Ouh Bella!" Luiz berpura pura terkejut.

"Aku nak dia. Kenapa? Kalau kau nak halang aku pun aku tak peduli. Aku sayang dia. Dia satu satunya perempuan gila yang terima aku dengan Luiz seadanya. Dan dia juga salah satu sebab kenapa aku boleh hidup sampai sekarang. Jadi aku akan cuba dapatkan dia. Bella milik aku seorang. Aku akan bunuh Eva untuk bebaskan Bella dari perempuan sial tu" kata Luiz mendatar.

Bibir Andre terukir senyuman lebar. Air matanya mengalir keluar dari tubir mata. Mata Luiz direnung lembut.

"That enough for me. Jaga anak aku baik baik, Jay. Jagakan dia bagi pihak aku "

Belum sempat Luiz membalas apa apa, Andre pantas memegang pistol yang berada bawah dagunya sebelum pemicu pistol ditekan sendiri.

Bang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience