Bab 2

Action Series 18457

        Dua hari telah pun berlalu. Baru sahaja sebentar tadi acara perasmian galeri seni yang ditunggu - tunggu oleh semua pelukis seniman, telahpun berjalan dengan lancar. Selepas mendengar beberapa ucapan daripada Yang Berhormat, tetamu tetamu yang diundang hadir ke majlis tersebut mengambil peluang untuk melihat koleksi serta lukisan yang tergantung di galeri seni itu.

Luiz melihat lautan manusia yang mula berkeliaran di hadapannya. Sekali sekala dirinya akan disapa oleh beberapa anak muda yang ingin meminta sign autograph.

" Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar, kan" kata Faris yang kini sudah berdiri di sebelah Luiz. Faris juga merupakan salah seorang pelukis yang terpilih untuk pembukaan galeri itu.

"Entahlah, lancar ke ni? Serabut je aku tengok," balas Luiz mendatar. Mata masih tidak lepas memandang lukisannya yang tergantung di sudut sebelah kanan.

Jiwa Aphrodite.

Nampak cantik. Secantik model lukisan itu sendiri.

"Biasalah, manusia. Mana pernah tak serabut" kata Faris sebelum tergelak halus.

"Kau sihat?" Tanya Faris sekadar berbasa basi. Kadang kala selalu juga mereka berjumpa tiap kali ada majlis atau perasmian berkaitan dengan seni lukisan.

"Setakat ni hidup lagi" balas Luiz mendatar. Kedua tangannya elok diletakkan ke dalam kocek seluar.

Faris tergelak kecil mendengar jawapan yang keluar daripada mulut jejaka itu. Kemudian bahu Luiz ditepuk perlahan. " Okay lah aku gerak dulu. " pinta Faris sebelum dia terus sahaja melangkah pergi meninggalkan Luiz sendirian.

Luiz menghela nafas panjang sebelum kakinya melangkah ke arah di mana tergantungnya lukisan bunga mawar.

" Encik! Encik pelukis Jiwa Aphrodite ni kan?" tegur seorang gadis berambut paras bahu kepada Luiz.

"Iya saya" jawab Luiz datar. Matanya ralit merenung gadis di hadapannya.

"Wah! boleh saya dapatkan tanda tangan Encik? Saya peminat lukisan encik. " kata gadis itu sedikit teruja. Tangannya sudah menghulurkan sebuah buku nota kepada Luiz.

Buku nota itu diambil sebelum Luiz menurunkan tanda tangan. "Nama?" soal Luiz semula.

"Celia" balas Celia ceria. Mulut tidak lekang dengan senyuman.

Luiz tersentak apabila mendengar nama gadis itu. Celia, seakan - akan dengan Cella.

Jiwa Aphrodite.

Cepat - cepat Luiz membuang fikirannya semula. Tangan laju menulis nama gadis itu di bawah tanda tangannya sebelum buku nota itu dihulurkan kembali.

"Terima kasih!".

Luiz membalas senyuman Celia.

"Awak minat dengan lukisan lukisan yang macam ni ke?" soal Luiz mendatar.

Celia mengangguk laju.

"Suka sangat! Dekat rumah saya pun penuh dengan lukisan lukisan yang saya beli daripada galeri-galeri seni. Saya suka teka apa yang difikirkan oleh si pelukis masa diorang membuat lukisan lukisan atau seni mereka" balas Celia sedikit teruja.

Luiz memandang lukisan bunga mawarnya.

"Kalau macam tu, cuba awak teka apa yang saya tengah fikir masa saya lukis lukisan bunga mawar ni" kata Luiz mendatar.

Celia melihat kembali lukisan yang bertajuk Jiwa Aphrodite itu. Dahinya berkerut seperti memikirkan sesuatu. Tangan dibawa ke dagu.

"Hmmm Ini tangan kekasih encik kan, bunga mawar ini pula sebagai tanda cinta kepada kekasih encik" kata Celia sambil memandang anak mata hazel milik Luiz.

"Bekas kekasih" celah Luiz membetulkan bicara Celia. Mulutnya tersenyum nipis.

"Maaf, saya tak tahu" kata Celia sedikit perlahan. Wajahnya jelas terkejut. Mata sudah menunduk kebawah. Tiba-tiba rasa serba salah mencengkam jiwa kerana beracah tahu.

"No big deal, lagipun saya dah move on" kata Luiz sebelum tergelak halus di hujung ayatnya. Dia kemudian  memanggil salah seorang lelaki yang bertugas di galeri tersebut.

"Bungkuskan lukisan ni, bagi pada Cik Celia" kata Luiz dengan tangan yang sudah menunjuk ke arah Celia.

"Eh encik, kenapa saya?" soal Celia laju. Matanya membulat besar.

"Takpa, saya bagi sahaja. Ambiklah sebagai tanda hadiah perkenalan singkat kita ni" balas Luiz mendatar.

Pekerja tadi pantas menurunkan lukisan bunga mawar itu dengan berhati-hati. Kemudian lukisan itu dibawa pergi.

"Serius ke encik? Tapi lukisan tadi tu mahal! Saya tak sanggup terima hadiah mahal macam tu!" balas Celia semula. Sempat matanya menjeling ke arah lima angka yang tertera di tepi lukisan bunga mawar itu tadi.

Luiz tergelak.

"Ambik je, lagipun nama model lukisan tu seakan akan nama awak. Saya rasa mungkin ini takdir untuk lukisan tu menjadi hak milik awak" kata Luiz mendatar dan lembut.

"Terima kasih! Terima kasih Encik Luiz! " Celia menundukkan badannya beberapa kali.

Selang beberapa minit pekerja tadi datang semula dengan tangan yang membawa satu lukisan yang sudah siap dibungkus dengan elok sebelum diserahkan kepada Celia. Selepas sahaja Celia dan Luiz bersalaman dia terus sahaja melangkah pergi bersama lukisan itu.

"Jaga elok elok jiwa Aphrodite saya" bisik Luiz perlahan sambil kedua mata masih tidak lepas melihat Celia yang kini telah membawa pergi salah satu lukisannya.

"You're a really nice person" kata satu suara di sebelah Luiz.

"What are you doing here!" kata Luiz sedikit terkejut melihat gadis yang menegurnya itu ialah gadis yang sama dia jumpa ketika di pantai 2 hari yang lalu.

"Kenapa saya tak boleh ada dekat sini pulak? Ni kan tempat awam" balas Bella semula dengan mulut yang sudah terukir senyuman. Wajah Luiz di pandang sebelum tangan menghulur.

"Remember me? My name is bella." kata gadis itu mendatar.

Luiz sekali lagi tidak menyambut huluran tangan Bella. Muka Bella direnung tajam.

"Ah such a cute cat" kata Bella. Tangannya ditarik semula.

"Macam mana kau boleh cari aku dekat sini?" tanya Luiz dingin.

"Maybe cause you're my eros?" balas Bella mendatar. Biacaranya seperti main-main.

Luiz tidak berkata banyak dia terus sahaja melangkah pergi meninggalkan gadis itu sendirian. 'Gila' getus Luiz.

Bella hanya terkaku di tempatnya seperti tiang. Mata masih tidak lepas memandang Luiz yang kini semakin hilang ditengelami oleh lautan manusia.

"Alex" panggil Bella.

Salah seorang pengawal peribadinya berdiri di sebelah Bella.

"Yes miss?".

"Follow the guy that I'm talking with just now" kata Bella lagi. Perlahan - lahan mulutnya terukir senyuman sinis.

Bella masuk ke dalam bilik tidur sebelum dirinya dihempaskan ke atas tilam. Beg tangan yang tersandang di bahu dijatuhkan ke tepi katil. Fikirannya terlayar kembali akan wajah yang telah memaut hatinya sejak 4 hari yang lalu.

Beg tangannya dicapai semula sebelum satu gambar yang diambil secara senyap senyap itu ditenung. Entah kenapa hatinya bagai tertarik untuk berkenalan dengan lelaki di dalam gambar itu dengan lebih rapat. Walaupun lelaki itu melayannya bagaikan dirinya tidak wujud.

"Luiz Martin, tak sangka kita bertemu semula" gambar itu dicium lama sebelum perlahan-lahan dijilat. Tawanya terlepas.

"My little devil, my eros" gumam Bella.

Feel free to vote and comment

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience