Bab 4

Action Series 18457

Pintu kedai yang menjual alatan seni itu ditolak oleh Luiz. Terdengar bunyi lonceng yang tergantung pada bahagian atas berbunyi apabila terlanggar dengan pintu itu.

"Selamat datang, cari apa ye?" soal pembantu kedai ramah apabila melihat Luiz seperti tercari-cari di bahagian rak cat minyak.

Sempat lagi gadis itu mencuri pandang Luiz dari atas ke bawah sebelum air liurnya ditelan.

Kacak.

Luiz hanya bertgshirt putih dan berseluar slack coklat gelap. Rambutnya pula disisirkan ke tepi. Walaupun pakaiannya cukup simple tetapi dirinya tetap juga nampak menyerlah kerana wajah yang sememangnya kacak terbentuk.

"Kanvas putih saiz A0 10 dengan cat minyak ikut senarai warna ni" satu helai kertas dihulur pada gadis dihadapannya.

"Oh, okay kejap eh..." pekerja itu terus berlalu pergi mencari yang yang tersenarai dalam kertas putih ditangannya.

Mata Luiz meliar. Kedai itu masih kekal sama seperti 2 tahun yang lalu sejak dia menjadi pelanggan tetap. Hanya kedai ini sahaja yang sering menjadi pilihan Luiz kerana semua barang yang diperlukan pasti akan ada, juga kedai ini terletak sedikit jauh dari pandangan manusia. Tidaklah terlalu sesak.

Sedang dia melihat lihat sekelilingnya, lonceng yang tergantung pada pintu kedai itu berbunyi lagi sekali. Menandakan ada seseorang masuk kedalam.

Jam berjenama Rolex yang terlekat pada tangan Luiz dipandang sekilas.

10:10 am.

Luiz tersenyum sinis. Sah ada orang yang mengikuti jejak langkahnya. Bagaimana dia boleh yakin dengan tekaannya itu. Kerana kedai ini dibuka tepat jam 10 pagi pada setiap hari.

Ini bermakna baru sahaja 10 minit berlalu setelah kedai ini dibuka, dan baru sahaja 54 saat sejak Luiz jejak masuk ke dalam. Ianya sangat mustahil untuk pelanggan lain datang dalam masa 54 saat. Kerana kedai itu terletak sedikit jauh dengan kedai kedai yang lain dan sebelum masuk tadi, sempat mata tajam Luiz meliar sekeliling berjarak 400 meter dari arah kedai.

Dia pasti tiada langsung kelibat manusia yang berbaju hoodie ini tadi.

Lagipula sudah beberapa hari Luiz perasan, pergerakannya seperti diperhatikan oleh seseorang. Firasatnya begitu kuat untuk menidakkan.

Tetapi siapa?.

Hal itu masih lagi menjadi tanda tanya di fikiran Luiz.

Polis? Adakah kegiatannya selama ini telah terhidu oleh pihak organisasi itu?. Ataupun seseorang yang telah dibayar untuk mengikuti dirinya.

Barang kali musuh.

Ataupun pembunuh.

Tetapi siapa?.

Luiz masih lagi berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Matanya mengerling ke arah susuk tubuh yang masuk ke dalam kedai itu sebentar tadi.

Berhoodie hitam menutupi kepala. Topi berwarna gelap. Seluar slack hitam. Berkasut kulit yang bertumitkan seinci dari tanah.

Melihat dari segi rangka bentuk tubuhnya. Luiz yakin stalker berhoodie itu berjantinakan perempuan.

Senyuman melebar.

Adakah ini juga merupakan salah seorang peminat yang obses dengan Luiz seperti 4 bulan yang lalu?.

Ataupun....

Luiz meletakkan kedua tangannya masuk ke dalam kocek. Kaki elok mengatur langkah pada figura perempuan berhoodie gelap itu.

Tetapi semakin dia mendekat malah gadis itu semakin menjauh.

"Stop right there" keras Luiz memberi amaran.

Gadis itu terkaku. Tiba-tiba pinggangnya terasa seperti dipeluk dari belakang sebelum kulit di bahagian lehernya terasa ada satu objek tajam yang menyentuh.

"Kenapa kau ikut aku" tutur Luiz dingin betul betul di sebelah telinga kanannya.

Dalam tak sedar mulut gadis itu terukir satu senyuman yang melebar. Bau aroma mint kuat merobos lubang hidungnya apabila Luiz berbicara. Jantung berdegup kencang. Jiwanya memberontak ingin membalas semula pelukan jejaka yang memeluknya itu. Tetapi niatnya ditahan. Belum sampai masa lagi untuk lelaki itu tahu segalanya.

Luiz mula naik bengang apabila soalannya diabaikan. Pisau dileher gadis itu semakin ditekan dalam.

"Kenapa kau ikut aku" keras Luiz menutur ayatnya satu persatu.

Gadis itu masih diam seribu bahasa.

"Encik?" tegur satu suara dari arah belakang.

Pantas Luiz melepaskan pelukannya. Pisau tadi disimpan semula ke dalam poket seluar. Badannya berpusing.

"Barang yang encik nak tadi saya dah letak dekat kaunter..." kata pembantu kedai itu.

Luiz toleh semula ke belakang.

Damn!

Perempuan tadi dah lari.

Nafas dikeluh.

"Itu sahaja..." dompet duit dikeluarkan sebelum beberapa nilai not kertas dihulurkan kepada pembantu kedai tadi.

Selesai sahaja membayar, Luiz melangkah keluar kedai. Figura berhoodie hitam tadi dicari semula. Matanya tajam memerhati di setiap ruang yang membias pada retina matanya.

Namun hampa.

Mungkin gadis itu sudah lari.

Plastik yang terisi alatan seninya itu kuat digenggam. Emosinya hancur. Jelas tangannya nampak mengigil kerana terlampau marah. Sebelah tangan lagi dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Kau dapat lari untuk kalini...."

Ting tong! Ting tong!

Lonceng rumah ditekan beberapa kali sebelum pintu itu terbuka luas dari dalam. Satu figura yang agak dibenci menyapa pandangan Luiz.

"Luiz... Masuk masuk, kekasih aku dah lama tunggu dekat dalam" pelawa Qadir yang sepertinya terumbang ambing. Wajahnya juga jelas kelihatan memerah.

Bau alkohol kuat menjelajah deria bau Luiz. Pasti sudah berbotol botol atau mungkin bertin tin arak yang diteguk oleh lelaki itu.

Luiz masuk ke dalam bersama alatan seninya.

"Aku nak lukis dekat mana?" soal Luiz mendatar. Hanya wajah beku ditayang. Emosinya masih lagi barai kerana kejadian pagi tadi.

"Jom jom ikut aku".

Luiz ikut sahaja langkah Qadir. Pintu bilik terbuka.

Ada satu susuk tubuh wanita yang separa bogel berbaring atas katil yang terletak di tengah tengah ruangan bilik.

"Sayang.... You pergi mana" katanya meleret.

Wanita itu juga seperti mabuk sama dengan jantannya.

"I pergi bawak pelukis ni kejaplah" kemudian kepalanya menoleh pada Luiz yang berada di belakang.

"Kau duduk dekat situ. Lukis gambar Stella cantik cantik okay, nanti dah siap kau cakap je dekat aku... " jari Qadir menunjuk pada satu kerusi yang terletak betul betul di hadapan katil itu sebelum dia melompat semula atas katil. Qadir dan kekasihnya itu mula bercumbuan dan membuat aksi yang tak patut dilihat oleh budak bawah umur.

"Jangan nak kata kau suruh aku lukis aksi korang tengah buat anak pulak... Memang sekarang jugak aku blah dari sini" kata Luiz mendatar. Suara suara desahan yang keluar dari dua pasangan itu diabaikan seratus peratus. Wajah Luiz hanya kekal beriak kosong. Telinganya dipekakkan. Punggung dilabuh pada kerusi di hadapan katil sebelum tangan laju mengeluarkan alatan alatan seni yang dibawa.

"Taklah kau lukis gambar Stella je, abaikan je kitaorang ni" balas Qadir tercungap cungap mencari nafas setelah bercumbuan agak lama dengan kekasihnya.

French kiss maybe.

Luiz hanya pasrah melihat dua makhluk yang sudah mula berhubungan intim dihadapannya.

Nafas ditarik dalam dalam. Sabar Luiz, kau hanya perlu siapkan lukisan tu dan terus blah dari sini.

Berkali kali Luiz mengulang ayat itu di akal fikirannya. Hendak menolak, dia sudah mendapat bayaran pula. 7 ribu ringgit bukan satu nilai yang sedikit.

Luiz memulakan kerjanya.

Seminit.

Dua minit.

Berus laju ditarik dan dicicah dalam pallet. Sesekali mata Luiz menjeling ke hadapan untuk melihat wajah Stella.

Dalam hati, sudah berbakul bakul sumpahan dia berikan kepada dua makhluk yang sibuk membuat hubungan intim dihadapannya itu. Takda hari lain ke nak buat?. Memang sengaja nak paksa dia jadi cctv ke macam mana ni?.

Haih.

Nafsu lelakinya ditahan.

Karang gambar entah kemana lukisan entah kemana, dengan dia dia sekali join atas katil itu nanti.

Ktang!

Mata Luiz pantas menoleh pada pintu bilik yang tidak tertutup rapat.

"Qadir..." panggil Luiz.

Jejaka yang bernama Qadir itu seperti tenggelam dalam dunianya sendiri. Sudah pelbagai aksi ditayang pada mata suci Luiz.

"Qadir! Dalam rumah kau ada orang lain ke?" soal Luiz lagi. Suaranya dikuatkan sedikit.

Namun Qadir hanya mengabaikan kata-kata Luiz. Mulutnya sibuk memberikan tanda cinta diseluruh badan Stella.

Luiz mengeluh panjang. Mata mengerling sekali lagi pada pintu bilik itu. Dia yakin ekor matanya tadi dapat menangkap satu susuk tubuh yang lain.

Lantaklah.

Lukisannya disambung lagi. Selang beberapa saat satu bunyi tembakan pistol yang seperti dilengkapi silencer menyapa pendengaran Luiz.

Bang!

"Arghhh!!" nyaring sekali suara Stella menjerit.

Pantas Luiz mengangkat wajah memandang kehadapan. Matanya tajam melihat kepala Qadir yang kini sudah bocor ditengah tengah dahi. Darah terpercik percik keluar dari lubang itu mula mencemarkan cadar katil.

Bang!

Sekali lagi bunyi tembakan melenyapkan jeritan Stella.

Luiz yang menyaksikan kejadian itu terkaku ditempatnya. Jantung Luiz mula berdegup kencang. Dadanya yang berombak laju itu dicengkam kuat. Badannya tertunduk ke bawah .

"Haha... Hahaha... HAHAHAHAHAHA" makin lama makin kuat tawaan yang keluar dari mulut Luiz. Udara yang keluar masuk peparunya juga semakin laju. Namun dia masih lagi dengan posisinya yang menunduk memandang lantai bilik.

'Sh*t! Pill aku'

Laju tangan Luiz meraba poket bajunya. Namun hampa. Dia yakin pill yang sepatutnya dapat mententeramkan jiwa syaitannya itu tidak dibawa bersama.

Dada Luiz terasa semakin sesak. Berus yang berada dalam gengaman tangannya terpatah akibat cengkaman yang terlampau kuat.

Bau darah mula terhidu masuk rongga hidung Luiz.

"Please, jangan... Not now... Not today... "

Dengan segala kekuatan yang ada Luiz bangkit dari kerusi. Selangkah demi selangkah kakinya menghala ke arah pintu bilik. Sebelah tangan kuat menekup hidung sendiri agar tidak terhidu bau hanyir yang mengiurkan itu.

Namun lutut Luiz yang mula terasa longgar itu menyebabkan dia terjelepok ke lantai.

"Hahaha si*l...please jangan dekat sini... Jangan dekat sini... " bicara Luiz yang kedengaran seakan merayu dengan diri sendiri.

Udara yang ditarik seperti menghidu satu dadah yang membangkitkan jiwa gelapnya.

'Darah, seksa dia! Seksa!'

Satu suara mula membisik halus ditelinga Luiz.

"Diam! Aku kata diam! Kau tak wujud!"

Kedua tangan ditekup kuat ke telinga. Kelopak matanya dipejam rapat serapat yang boleh.

'Cuba kau pandang belakang, Luiz. Pandang belakang kau sekarang'

Suara itu lagi. Bisikan itu.

Dagu Luiz seperti ditolak oleh seseorang, memaksa untuk dia menoleh ke arah katil.

"Jangan paksa aku! Kau tak wujud! Kau cuma ilusi aku semata mata! " bantah Luiz tegas. Dadanya jelas turun naik dengan laju.

'Hahaha, Luiz aku tahu kau dahagakan semua ni. Bukak mata kau Luiz '

"Diam lah Si*lan!" kepala digeleng beberapa kali.

'Luiz bukak mata kau Luiz...'

"Arghhh.. " Luiz menjerit kuat seiring dengan jiwanya yang seperti dicarik dengan duri yang tajam. Serentak itu badan Luiz rebah ke lantai dengan tangan yang masih menutup ke telinga.

"Oh my god... Why you're so freaking hot like hell" kata satu suara yang dari tadi melihat tingkah laku Luiz dari tepi, sehingga lah jejaka itu pengsan tidak sedarkan diri. Pistol yang berada di tangan disimpan semula ke dalam kocek seluarnya sebelum kaki melangkah dekat ke arah Luiz.

Badan mencangkung.

Kepala Luiz diusap usap dengan lembut.

"Too bad... I can't see your demon come out to play tonight... Hmmm maybe next time"

Senyuman menyeringai.

"Sweet dreams my Eros..." bisik Bella perlahan, betul betul di telinga Luiz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience