Bab 41

Action Series 18457

Bella merenung tangan kecilnya yang sedikit menggigil itu. Sepanjang hidupnya, tidak pernah dia rasa segementar ini. Bahkan perasaan takut juga tidak pernah wujud dalam jiwa kosongnya itu.

Tetapi harini.

Pintu dewan bedah yang tertutup rapi itu dilihat.

Walaupun hanya pembedahan kecil. Tapi memikirkan kemungkinan yang berlaku saat Luiz berada di atas meja bedah sangat sangat merunsingkan hati kecil Bella.

Macam mana kalau ada penjahat bunuh Luiz masa tengah kene bedah?

Macam mana kalau doktor yang jalankan operasi bedah tu sebenarnya sisa sisa orang suruhan Eva?

Dia pasti Luiz tidak sedar dan tidak dapat mempertahankan dirinya jika perkara itu berlaku.

Bella mengigit kuku jarinya sendiri.

Bila bila masa sahaja musuh boleh datang tanpa dijangka.

Patut ke dia masuk dan bunuh je semua orang yang ada dekat dalam?

Tapi Luiz perlukan rawatan.

Ahhh macam mana ni.

Eva betul betul dah mati ke? Ke dia berlakon je? Kalau dia hidup lagi mesti dia buru Luiz. Macam mana kalau salah sorang nurse yang masuk tadi sebenarnya Eva?

Habis kuku Bella berdarah akibat digigit terlalu dalam.

Fuck this paranoid brain!

Bella meramas rambutnya sendiri.

Tolong, tolong jangan jadi apa apa dekat Luiz. Aku merayu. Cuma dia satu satunya yang aku ada. Cuma dia satu satunya yang aku sayang dalam dunia ni. Jangan ambil dia dari aku.

Selang beberapa jam, lampu yang menyala pada atas pintu bilik bedah itu terpadam.

Seorang doktor dan juga seorang nurse keluar dari bilik itu sebelum terus melangkah kearah Bella.

Nampak sahaja doktor itu keluar, Bella cepat cepat bangun dari tempat duduknya.

"Macam mana dengan suami saya doktor?" Tanya Bella laju.

"Puan, boleh saya tanya sesuatu?" Kata doktor itu yang jelas tampak seperti kerisauan.

"Tanya apa? Kenapa? Suami saya selamat je kan?" Tanya Bella bertubi tubi.

"Suami puan mangsa dera kes berat ke?" Senada soalan itu diutarakan.

Perlahan lahan kepala Bella mengangguk.

"I-iya dia mangsa dera"

Lima bulan kemudian

Bella menatang sedulang air milo panas sebelum membawa air itu kedalam bilik kerja Luiz.

"Hey buat apa tu?" Tanya Bella ceria sebelum Air Milo tadi dihulurkan kepada Luiz.

Luiz tidak menjawab namun kepalanya menoleh kebelakang. Berus dan palet lukisan pada tangannya diletakkan atas meja. Alat pendengarannya pantas dipasang pada kedua telinganya.

"Hey thanks" ucap Luiz sebelum mengambil air milo pada tangan Bella. Air itu dihirup perlahan.

Bella pula terus sahaja mengambil tempat di sebelah kerusi Luiz.

"Apa yang you lukis ni? Bunga?" Tanya Bella yang sedang ralit merenung kanvas lukisan di hadapan Luiz.

"Bunga? Nampak macam bunga ke?" Soal Luiz kembali. Air milo yang sudah habis itu diletakkan kembali atas dulang.

"Nampak macam bunga" jawab Bella kembali.

"Bunga yang cantik kan?"

"I lagi cantik" jawab Bella laju.

Luiz tergelak kecil mendengar jawapan gadis itu. Dia punya level confident, kalah perdana menteri wey.

Sudah 5 bulan berlalu sejak pembedahan di telinga Luiz. Siapa sangak telinganya itu memang sejak azali sudah rosak akibat daripada dera yang dilakukan oleh Faridah.

Pembedahan itu berjalan dengan lancar namun pendengaran Luiz tidak kembali kepada asal sepenuhnya. Dia memerlukan bantuan alat pendengaran untuk mendengar dengan lebih jelas.

Bella pula masih sama seperti seperti dulu. Cuma aktiviti membunuhnya sudah dikurangkan. Dia lebih banyak melepak dan menemani Luiz. Semua kerja rumah Luiz kalau boleh dia yang lakukan. Termasuklah kemas rumah, basuh baju , sidai, mop, sapu dan waktu selebihnya dia akan menemani Luiz melukis dalam bilik kerja Luiz.

Manakala Faridah pula dia masih lagi berada di rumah hospital gila sejak Bella menyumbat wanita itu masuk kesitu semula.

Dan Luiz juga tidak pernah melawat ibunya itu sepanjang 5 bulan akibat dihalang oleh Bella sendiri. Katanya tiada faedah melawat perempuan gila tu.

Jay pula, tidak pernah mengambil alih badan Luiz sejak kes Eva sudah selesai. Bella juga tidak pernah bertanyakan pasal lelaki itu. Maklumlah perhatiannya fokus pada Luiz sahaja.

"Yang kau ni dah tak reti nak balik rumah ke? Melekat dekat rumah aku 24 jam ni kenapa?" Soal Luiz mendatar. Palet lukisan dan berusnya yang berada atas meja dicapai kembali.

"Alah rumah i dekat sebelah je pun. Bosan lah duduk sorang sorang. Baik i duduk dengan you. Jimat sikit elektrik" jawab Bella membuat alasan.

"Kita kan belum kahwin mana boleh duduk serumah. Nanti kalau kene tangkap basah, padan muka kau" kata Luiz lagi. Matanya fokus sahaja pada kanvas lukisannya itu. Kejap kejap berusnya akan dicicah dalam palet lukisan sebelum diseretkan pada kanvas putih yang sudah bercorak itu.

"Kalau macam tu, jomlah kahwin dengan i," ajak Bella selamba.

Luiz tergelak.

"Kenapa gelak? I cakap serius ni. Jom kita kahwin nak tak? I suka you, you pun suka i. Jadi jom lah kahwin. Kalau dah kahwin takdelah kene tangkap basah" penuh selamba Bella memberikan fakta itu. Straight to the point. Takde belok belok.

Makin kuat tawa Luiz kedengaran.

"Yakinnya kau kata yang aku suka kau" kata Luiz bersama sisa gelaknya.

"You tak suka i ke? Tapi you tak pernah halau pun i datang sini? You nampak happy je tiap kali i datang. Siap teman i kemas rumah sama sama lagi. Masak sama sama, lukis sama sama" kata Bella.

"Tak halau tak semestinya aku suka" celah Luiz.

"Habis tu kalau tak suka apa?"

"Mungkin sebab kewujudan kau tak memberi apa apa impak pada aku? Entah entah aku anggap kau bibik aku je selama ni" jawab Luiz semula.

"Ah ngarut! I tahu you suka i" jawab Bella yakin.

"HAHAHAHAHAHAHAHAHA" kalini Luiz gelak makin kuat sampaikan palet lukisannya itu terpaksa diambil oleh Bella. Risau jatuh comot pulak kanvas depan Luiz tu nanti.

"Kenapa kau suka aku eh? Sebab aku gila ke?" Soal Luiz kembali.

"Sebab you tu you lah. Satu satunya Luiz Martin yang ada dalam dunia ni"

"Hah?"

"Sebab you cinta pertama i, you satu satunya lelaki yang faham i. Dan you orang yang masih dengan i walaupun tahu siapa diri i sebenarnya. Nampak tak? I setia tau. Jarang nak jumpa orang macam i ni zaman sekarang. You taknak ke kahwin dengan i? Jom kita kahwin" ajak Bella lagi tetap tak mahu kalah.

"Hahahahaha yelah yelah jom" jawab Luiz sambil mengesat air matanya yang bertakung di hujung tubir mata.

"Hah?" Mata Bella automatik membulat besar.

"Apa?"

"You cakap apa tadi?" Soal Bella tak percaya.

"Yelah yelah, jom kita kahwin" kata Luiz mendatar.

"You-"

"Kenapa? Taknak pulak ke?" Soal Luiz kembali.

"EH NAK! Siapa kata taknak! Nak nak!" Jawab Bella laju.

Luiz tergelak kecil sebelum tangannya menyeluk kocek seluar yang sedang dipakai.

Satu kotak kecil berwarna hitam dibawa keluar sebelum dihulurkan kepada Bella.

"Nah cincin tunang" kata Luiz lagi.

Bella membuka kotak itu sebelum matanya mula berkaca kaca. Mukanya jelas tampak tak percaya.

"You memang nak propose i harini ke Luiz?" Tanya Bella kembali. Cincin itu dibawa keluar.

Cincin itu nampak simple. Berwarna rose gold dan ada satu berlian bertahta diatas namun cukup untuk mengembirakan hati Bella.

Luiz mengambil cincin itu sebelum jari manis Bella dipegang lembut.

"Aku dah beli cincin ni lama, dan setiap hari kau datang sini setiap hari jugak aku pegang cincin ni. Aku tak tahu masa yang sesuai untuk bagi kau" kata Luiz sebelum cincin itu disarungkan pada jari manis Bella perlahan lahan.

"Kau sudi tak jadi tunang aku?" Tanya luiz yang sudah menatap lembut anak mata milik Bella.

"I sudi" jawab Bella semula sebelum leher Luiz dirangkul erat.

"Thank you Luiz sebab terima i" kata Bella perlahan.

"Tapi bila kita nak kahwin?" Tanya Bella selamba.

"HAHAHAHAHA" tergelak kuat Luiz mendengar ayat gadis itu.

"Melebih eh kau. Aku ajak tunang je, kau terus nak ajak kahwin. Hahahaha nantilah, tunggu aku dah sihat, nanti aku ajak kau kahwin" kata Luiz kembali.

"Okay, i akan tunggu. Sampai bila bila sekalipun" jawab Bella semula.

Luiz tersenyum sebelum perlahan lahan pelukan Bella dibalas.

~My lover is a serial killer and she doesn't need a trigger~

"Ish siapa yang sibuk mengacau sweet moment kita ni?" Tanya Bella tak puas hati sambil pantas mencapai telefon bimbitnya manakala Luiz hanya tergelak mendengar bebelan gadis itu.

Skrin telefonnya diseret ke kanan.

"Hello wassup" sapa Bella mendatar.

"Hello Bella Lavender Rose" balas pemanggil itu.

"Did you need my help now?" Soal Bella seakan tahu apa niat si pemanggil itu.

"Yah, kinda. Boleh tak kau datang France? Aku nak upah kau buat something" kata Rayyan.

"Bila?" Soal Bella kembali.

"As soon as posible, family aku dalam bahaya"

Bella memandang wajah Luiz sebelum matanya memandang semula ketempat lain.

"Boleh, esok aku beli tiket flight"

"Orait. Jangan risau semua kos kau sepanjang kau dekat sini biar aku tanggung"

"Okay"

Kemudian panggilan itu dimatikan.

"Luiz, i think kita kena pergi France" kata Bella yang sudah memandang muka Luiz.

"Bila?" Soal Luiz mendatar.

"Secepat yang mungkin, kejap i nak book tiket flight" kata Bella yang sedang fokus melihat skrin telefon bimbitnya itu

"Esok, i dah book tiket flight untuk esok malam. You okay ke?" Tanya Bella kembali.

"Boleh je aku memang free" jawab Luiz mendatar.

"Okay lah kalau macam tu i nak balik rumah sebelah kejap. Nak kemas barang" kata Bella yang sudah melangkah kearah pintu rumah.

"Okay"

Pintu bilik ditutup perlahan.

'So bila kita nak pergi jumpa dia? Esok?' Tanya Jay dalam kepala Luiz.

"Hahahaha entahlah. Kene ke jumpa?" Balas Luiz sendiri sebelum kanvas di hadapannya itu direnung lama.

"Mestilah kena jumpa, dah lama aku tak lawat mama kesayangan aku tu"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience