Bab 12

Action Series 18457

"Hurm, saya nak lawat Puan Faridah boleh?" tanya Luiz kepada salah seorang jururawat yang bertugas di kaunter hospital.

"Kejap ya, sebelum tu boleh saya tahu apa hubungan encik dengan Puan Faridah? " jururawat itu menaip sesuatu di papan kekunci dihadapannya.

"Saya anak dia" balas Luiz mendatar.

"Ouh, Puan Faridah sekarang berada di taman riadah. Encik boleh berjumpa dengan dia di sana atau encik nak saya tolong panggil kan dia?" tanya jururawat itu lagi.

"Takpa, biar saya yang cari dia. Terima kasih ye" kata Luiz mendatar sebelum dia terus berlalu pergi.

Kakinya mengatur ke arah taman yang dimaksudkan oleh jururawat yang menjaga dikaunter sebentar tadi.

Mata Luiz meliar mencari susuk tubuh wanita bernama Faridah. Selang beberapa saat akhirnya mata Luiz terarah pada satu bangku panjang yang sedang dihuni oleh seorang perempuan.

Setelah sekian lama dia tidak menjenguk wanita itu. Wajahnya nampak semakin dimamah usia. Jelas kedutan kedutan disetiap inci kulitnya.

Luiz melangkah dekat.

"Assalamualaikum..." tegur Luiz sedikit lembut.

"Waalaikummussalam..." wanita itu menoleh ke arah Luiz. Riak wajahnya terus berubah setelah melihat muka Luiz.

"Luiz sayang...." panggilnya perlahan dengan tangan yang dihala kehadapan seperti ingin memeluk Luiz.

Luiz sedikit teragak agak untuk menyambut tetapi akhirnya dia tetap membalas pelukan wanita itu.

"Mama sihat?" soal Luiz sayu. Dia kemudian mengambil tempat disebelah wanita itu.

"Mama sihat sayang, mama sihat." rambut Luiz diusap lembut.

"Luiz sayang, kenapa Luiz jarang lawat mama dekat sini. Mama rindu sangat nak jumpa Luiz. Mama rindu nak peluk anak mama ni" kata Faridah sambil matanya menjelajah disetiap inci wajah kacak Luiz. Kelopak matanya sedikit berair.

"Luiz sibuk sikit ma... Kerja tak tentu. Tu yang Luiz jarang lawat mama" tipu Luiz tenang. Tangan Faridah dipegang dan diurut perlahan. Dulu tangan inilah yang paling dia takut. Takut kerana tangan itu sering kali menjadi asbab luka dan lebam dibadannya.

"Mama dah makan?" soal Luiz mendatar.

"Mama dah makan dah, sedap diorang masak. Tapi mama lebih teringin nak makan masakan Luiz. Bila Luiz nak masakkan untuk mama?" soal Faridah sambil memandang wajah anaknya.

"Nanti Luiz datang lagi sekali Luiz bawakkan makanan..."

Faridah tersenyum, rambut Luiz diusap lagi.

"Takda makanan pun takpa. Asalkan Luiz selalu datang tengok mama" kemudian Faridah memeluk Luiz rapat.

Luiz pula hanya membiarkan sahaja. Haruman shampoo yang dipakai oleh Faridah dihidu dalam.

Tiba-tiba Luiz teringat kembali memori peritnya. Suatu ketika dulu dia pernah dipaksa untuk minum cairan shampoo oleh mamanya. Wanita yang sedang dipeluk ini beratus kali, tak. Mungkin beribu kali cuba untuk membunuhnya sebelum disumbat kedalam wad sakit jiwa 10 tahun yang lalu.

Bermacam lagi jenis dan cara seksaan yang Luiz terima sepajang usia kanak kanaknya. Dilemaskan, dikelar, diracun makanannya, dikurung berhari hari, dipukul dan bermacam macam lagi seksaan yang lain. Tetapi Luiz tetap dapat bertahan.

'Bagus, orang tua ni dah ada dekat sini. Kau tunggu apa, cekik je dia sampai mampus'

Ada satu suara bisikan halus kedengaran di cuping telinga Luiz. Kepala Luiz mula terasa pening dan berdenyut denyut. Pelukan Faridah dilepas perlahan sebelum dia menekan dibahagian kiri kepalanya.

Luiz cuba untuk mengabaikan bisikan dan kesakitan yang sedang dirasai.

"Sayang, mana Luiz Marcel?" soal Faridah tiba-tiba.

Luiz agak terkejut mendengar nama itu berlalu dibibir Faridah. Laju kepalanya menoleh ke arah wajah mamanya. Mata Luiz tidak berkelip.

"Mama, abang dah lama takda ma. Abang kan dah lama hilang. Dah 21 tahun abang dah tak balik rumah" jawab Luiz perlahan.

Air muka Faridah terus berubah. Hilang senyuman diwajahnya. Diganti pula dengan raut kemarahan.

"Kau! Kau punca Luiz Marcel mati tahu tak!" marahnya tiba tiba. Leher Luiz dicekik oleh Faridah. Walaupun tidak begitu kuat tetapi cukup untuk mengembalikan semua memori pahit yang Luiz telah simpan kemas dalam jiwanya.

"Ma-mama... Sakit ma" Luiz cuba meleraikan tangan Faridah tetapi cubaannya gagal kerana tangan Luiz mengigil teruk.

"Mati kau! Kau yang patut mati sebenarnya! Kau yang patut mampus!! Bukan abang kau!! Kau anak jahat!! Anak derhaka!!" Faridah semakin hilang kawalan.

Selang beberapa saat dua orang jururawat yang bertugas datang dekat ke arah mereka berdua sebelum menyuntik ubat penenang di bahu Faridah.

Cekikan di leher Luiz menjadi longgar. Luiz terbatuk batuk mencari nafas untuk dihirup masuk ke dalam peparu.

"Maaf ya encik, pesakit perlukan rehat yang cukup" kata salah seorang jururawat itu sebelum dia membawa Faridah pergi menggunakan kerusi roda.

Luiz masih lagi memegang lehernya. Air matanya bergenang ditubir mata.

"Encik? Encik tak apa apa ke?".

Luiz memandang jururawat itu sebelum menggeleng perlahan.

"Saya pergi dulu" laju Luiz meninggalkan kawasan hospital gila itu. Langkahnya sedikit terhuyung hayang.

Sampai sahaja di kereta, Luiz menyandar badannya sebelum dia jatuh terduduk betul betul sebelah pintu masuk.

Kedua lututnya dilipat ke dada dan dipeluk erat. Air matanya mengalir ke pipi.

"Sakit... Ma..." rengek Luiz perlahan. Dia seperti berada didunianya sendiri. Inilah antara sebab mengapa dia jarang menjenguk Faridah. Kerana  mamanya itu tidak stabil. Dan emosi Luiz juga tidak stabil.

'Kau bodoh! Perempuan tu tak layak nak panggil mama lah s*ial'

'Tu layak dipanggil binatang!'

"Diam!" Luiz menutup kedua telinganya.

'Kau patutnya bunuh je dia tadi, hilang semua sengsara kau selama ni'

"Diam! Diam! Diam!!!".

'Kau memang bodoh Luiz, kau lemah!. Kau sanggup sakit gara gara perempuan bangs*t tu'

Luiz masih lagi seperti keadaan tadi. Orang yang berada di tempat parkir kereta ada yang mula melihat dan berbisik bisik.

Selang beberapa saat Luiz bangun daripada duduknya secara tiba-tiba. Airmata dikesat kasar. Riak mukanya berubah.

"Ha~ bodoh akan tetap selamanya jadi bodoh" Luiz menguak rambutnya kebelakang. Bibirnya tersenyum menyeringai. Tak, itu bukan Luiz. Itu jiwanya yang lagi satu. Kerana Luiz tidak senyum seperti itu.

"Apahal tengok tengok? Nak mampus ke hah!" marah Luiz kepada beberapa pelawat yang melihatnya.

Pintu kereta dibuka kasar sebelum dia memboloskan dirinya ke dalam. Enjin dihidupkan. Laju kereta itu dipandu meninggalkan kawasan hospital.

Bella membuka pintu rumah Eva luas.

"Hello disgusting monster! I'm back~" kata Bella sebelum dia masuk melangkah ke arah ruang tamu. Eva yang sememangnya sudah menunggu kepulangan Bella hanya menayang riak wajah dingin.

"Where have you been?" tanya Eva mendatar.

"Heaven, i guess" kemudian Bella tergelak kecil.

"Jangan mainkan mama! Bella melepak dengan lelaki tak guna tu kan!" tanya Eva dengan nada suara yang tinggi.

"Lelaki mana pulak ni?" tanya Bella pura pura tidak tahu. Jarinya menonyoh telinga sendiri beberapa kali sebelum ditiup ke arah Eva.

"Bella Lavender Rose!!" tengking Eva kuat.

"Yes Eva? Ada apa sebut sebut nama i ni?" tanya Bella selamba. Badannya disandar pada sofa. Mata melihat ke arah 5 orang bodyguard yang berada di belakang Eva. Andre tiada disitu.

"Jangan biadap dengan mama! Sejak bila Bella lari daripada tugas! Mama tak besarkan Bella macam ni!!" marah Eva lagi.

"Yup betul tu, tapi kau besarkan aku dengan cara yang macam ni" pantas satu pistol dibawa keluar dari belakang koceknya sebelum lima das tembakan dilepaskan. Semuanya tepat mengena pada dahi pengawal di belakang Eva. Pengawal pengawal itu semua rebah ke lantai. Kolam darah mula membentuk mencemarkan mozek yang putih berkilat.

Riak wajah Bella berubah dingin sebelum muka Eva pula dipandang.

"Right? MISS E~VA" tanya Bella dengan nada memerli.

Eva masih lagi beriak selamba.

"You're too much Bella!"

Tawa halus terlepas dari bibir Bella. Pistol tadi dihala ke kepala sendiri.

"I wonder what will happen if your magnificent creature die in front of you..." tanya Bella mendatar. Jari sudah diletak di pemicu pistol.

"Don't be fool Bella. I know you won't pull the trigger" balas Eva masih lagi tenang.

"Ouh yah? We will see" Bella tersenyum sinis.

Ktak! Ktak!

Dua kali pemicu ditarik. Tetapi tiada peluru yang keluar. Kerana Bella pistol Bella hanya tinggal 5 peluru sahaja di dalamnya.

Air muka Eva berubah semasa melihat Bella berani menarik pemicu pistol itu di depan matanya . Hilang darah pada muka Eva.

"BELLA!!"

"Hahahahahahahhaha..." Bella tergelak terbahak bahak sebelum pistol itu dicampak ke tepi.

Setelah puas dia ketawa mukanya berubah dingin semula. Wajah Eva dipandang dengan pandangan yang tajam seperti helang.

"Aku takkan bunuh diri sendiri selagi aku belum bunuh kau" kata Bella serius.

"Cubalah kalau Bella berani, and i will kill your father right now" ugut Eva tenang.

"Bulls*it Eva!" marah Bella sebelum dia terus bangun daripada duduknya. Kaki mula melangkah pergi.

"Siapa lelaki tu" tanya Eva mendatar.

Langkah Bella terhenti.

"Siapa lelaki yang Bella melekat dua tiga hari ni?" tanya Eva lagi.

"Don't you dare touch him, Eva" kata Bella tanpa menoleh.

"I won't touch him. But i will kill him. You know me. Mama tak pernah gentar untuk membunuh sesiapa sahaja" balas Eva semula.

Bella terus melangkah pergi daripada situ. Pintu rumah dihempas kuat.

Sampai sahaja di luar, bibir Bella mula tersenyum sinis.

"Kill him... I dare you" kata Bella seorang diri sebelum dia tergelak kuat. Kemudian badannya berpusing menghadap ke belakang. Rumah agam Eva di pandang dengan tatapan jijik.

"Mother fu*ker piece of worthless bit*h fu*king shit" kutuk Bella sebelum dia pergi meninggalkan halaman rumah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience