Bab 31

Action Series 18457

Bella membuka matanya perlahan-lahan. Ruang sekeliling bilik itu diamati. Bilik itu sedikit suram. Semacam bilik bawah tanah. Ke memang betul ni bilik bawah tanah?

Dekat Villa Raston ada satu kan?

"Oi, kau siapa?" Tanya Bella kenapa seorang perempuan yang turut berada dalam bilik itu bersama dengannya.

Wanita itu mengangkat wajah. Mata Bella membulat.

"Faridah..." kata Bella perlahan. Bella cuba bangun daripada katil yang dia sedang baring namun perbuatannya terhalang. Ada satu rantai besi yang mengikatnya di setiap penjuru.

Besi itu mengikat kaki dan badan Bella. Pergerakannya terbatas.

"Shit, sial punya Eva" guman Bella. Dia kemudian memandang pula wanita tadi.

"Faridah, oi. Tolong aku kejap" panggil Bella selamba.

Faridah yang hanya berdiri di sudut hujung bilik menggigil melihat Bella.

"Kau siapa! Aku tak kenal! Aku nak Luiz! Aku nak Luiz!" Jerit Faridah tiba tiba.

Bella hampir tergelak. Namun niatnya ditahan. Baru sekarang kau nak dia. Masa kau seksa suami aku tu dulu takde pulak kau nak ingat dia.

"Ye, aku nak bawak kau jumpa dia lah ni. Tolong aku kejap sini" kata Bella meleret.

"Tipu! Kau tipu! Aku tak kenal kau siapa!"

Bella berdecit geram. Tangannya digerak-gerakkan berusaha untuk terlepas daripada ikatan rantai namun tidak berjaya. Wajah Faridah yang jelas tampak ketakutan itu dipandang semula.

"Oi kau kenal mak aku tak? Eva. Perempuan yang bawak kau kesini" tanya Bella kepada Faridah.

"A-akak?"

"Akak?" Dahi Bella berkerut.

"A-akak" ulang Faridah lagi.

"Akak? Eva tu akak kau? Kau biar betul?" Tanya Bella penuh tak beradab.

"Aku nak Luiz. Aku nak Luiz! Luiz sayang! Luiz kat mana sayang!" Faridah mula meracau sendiri.

Bella hanya mengeluh kasar. Sial punya Eva, kau letak aku sebilik dengan si gila ni.

Kcang! Kcang!

"Eva! Oi! Mana kau hah! Eva! Keluarlah! Oi!" Jerit Bella kuat.

"Ahhh jangan jerit! Jangan jerit!" Faridah menutup kedua telinganya menggunakan tapak tangan.

"Diamlah orang tua! Eva! Mana kau!" Sambung Bella lagi.

Tiba tiba pintu bilik itu terbuka dari luar.

"Bella memang takde adab dengan orang tua eh? Ini mama Luiz tau" kata Eva yang sudah melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Aku suka Luiz! Bukan mak dia yang bodoh ni! Gara gara dia Luiz sakit! Buat apa aku nak kisahkan dia!" Ayat Bella mengundang gelakkan daripada Eva.

"Luiz sakit...hmmm. Betul jugak eh. Mesti sekarang dia tengah merana" bisik Eva sendiri.

"Kau buat apa pada dia hah! Mana Luiz! Jangan kau berani nak apa apakan dia!" Tengking Bella kuat. Rantai besi bergesel gesel memenuhi bunyi ruangan bilik itu.

"Hahahahaha mana ada mama buat apa apa. Mama ada je dekat sini daripada semalam. Tapi mama tak tahu lah apa yang Andre akan buat pada dia. Entah entah sekarang dia dah gila. Mental dah rosak" kata Eva kembali dengan tawa yang kuat.

Tajam mata Bella menjeling seperti pisau.

"Kau ni memang bangsat kau tahu tak! Apa salah dia! Apa salah aku pada kau! Kenapa kau buat aku macam ni hah!"

"Salah? Bella lupa apa salah Bella pada mama?" Soal Eva berpura pura terkejut.

Bella terdiam. Wajah Eva dan Faridah dipandang bersilih ganti.

"Salah Bella sebab pilih Luiz daripada mama!" Tiba tiba Eva naik gila, rambut Faridah dicengkam kasar.

"Semua orang pilih keluarga betina ni berbanding aku! Sampaikan anak mama sendiri pilih anak dia yang gila tu berbanding mama!" Nada suara Eva sudah naik dua oktaf.

Perlahan lahan kerutan di dahi Bella bertambah.

"Apa maksud kau...." tanya Bella perlahan, sumpah dia tidak mengerti apa apa sekarang ini.

Rambut Faridah dilepas. Faridah menangis teresak esak diatas lantai.

"Ha.... Bella ingat tak ni rumah siapa?" Tanya Eva kembali sambil mata melihat kearah seluruh ruang bilik itu.

Bella juga turut melihat apa yang Eva pandang.

"Villa?"

"Villa ni dulu rumah lama mama" kata Eva perlahan. Eva berjalan ke arah sisi katil Bella sebelum dia mengambil tempat di sebelah anaknya itu.

"Dulu mama hidup bahagia. Sangat bahagia, dengan keluarga mama" Eva mula bercerita sendiri.

"Tapi semuanya hancur lepas perempuan tak sedar diri ni lahir" mata Eva tajam mencerlung memandang Faridah yang berada atas lantai.

"Gara gara dia lahir dari perempuan kesayangan ayah mama. Semua, semuanya hancur. Kebahagian mama, keluarga mama. Semuanya hancur. Papa tinggalkan mama dengan mak mama pergi gara gara nak jaga betina murahan dengan si sial ni" Faridah dipandang benci. Sangat benci.

Bella sudah mati kata. Faridah... adik tiri Eva?

"Tapi mama tak kisah..." Eva pandang wajah anaknya bersama senyuman.

"Sebab akhirnya papa datang semula dekat mama.... cuma" senyuman dibibirnya mati.

"Dia bawak sekali perempuan ni ikut sama" Eva bangun daripada duduknya sebelum dia melangkah ke arah Faridah perlahan lahan.

Bella masih setia mendengar tanpa sepatah kata.

"Setiap hari mama dibandingkan dengan perempuan ni. Semua yang mama buat semuanya tak kena dekat mata papa. Semua gara gara perempuan sial ni" rambut Faridah dicengkam sebelum dipaksa untuk berdiri.

Faridah sudah meraung raung apabila kepalanya terasa sakit.

Eva pandang muka Bella yang seakan terkejut itu.

"Tapi tengoklah sekarang? Dia gila. Hahaahahahaha dia gila!" Tawa Eva kuat.

"Perempuan yang dulu disanjung sangat ni gila!"

Eva ketawa lagi dan lagi dan lagi.

"Mama tak kisah dia nak gila ke nak mampus ke mama langsung tak kisah" Eva berhenti gelak sebelum matanya memandang semula wajah Bella.

"Tapi mama kisah bila Bella lebih pentingkan anak dia berbanding mama sendiri!" Tengking Eva kuat. Matanya tajam memandang anak mata milik Bella.

"Kenapa? Kenapa semua milik mama perempuan ni rampas. Kenapa? Hah! Kenapa!" Kepala Faridah dihempas ke lantai. Wanita itu tidak sedarkan diri.

"Kau..." kata Bella perlahan. Dia masih lagi cuba untuk memproses kata kata Eva. The hell? Kiranya dia dengan Luiz sedara tiri ke?

"Kau buat hidup aku macam ni sebab dia?" Tanya Bella mendatar.

Eva tersenyum. "Dia ada anak kembar. Dua dua pandai. Jadi mama nak anak mama lebih bijak dan lebih pandai daripada anak anak dia... "

"Tapi mama tak puas! Mama tak nak tengok dia bahagia! Keluarga dia terlalu bahagia! Lepas dia dah buat mama merana. Dia tak layak untuk bahagia!" Suara Eva meninggi secara tiba tiba.

Bella terkedu lagi sekali. Siapa sangka hidupnya jadi seperti ini gara gara sifat cemburu Eva kepada Faridah.

"Jadi kau yang sebenarnya culik Luiz Marcel?" Tanya Bella tak percaya.

Eva tersenyum lebar.

"Ya, memang mama yang sebenarnya culik Marcel. Tengoklah keadaan dia sekarang selepas anak dia hilang. Merana! HAHAHAHAHAHA" Eva tergelak kuat. Perutnya ditekan tekan menahan ketawa yang tak henti henti.

"Hidup dia merana! Sampai gila! Hahahaha" Eva gelak lagi.

Bella ketap gigi. Matanya berkaca kaca memandang Eva yang sedang asyik ketawa.

"What have you done..." suara Bella menyebabkan Eva berhenti daripada gelak.

"Luiz merana disebabkan mak dia gila. Faridah merana disebabkan Marcel hilang. Bella merana daripada kecik hanya gara gara sifat cemburu mama dekat keluarga Faridah. What have you done to us! You ruin our life Eva! Why! Just why!" Suara Bella mula meninggi dari satu ayat ke satu ayat yang lain.

Senyuman di bibir Eva kendur.

"Then how about me? This bitch ruin my life too! She ruin my life! Then how about me! Semua kebahagian mama dia rampas! Semuanya dia rampas!" Jerit Eva semula. Terjengil matanya melihat wajah sayu Bella.

Air mata Bella bergenang sebelum akhirnya turun mengalir di pipinya. Mungkin, ini kali pertama dia menangis dengan jujur. Lahir dari dalam hatinya. Bukan tangisan palsu yang dia lakonkan.

"Mama... please. Just because your life already in pain, you just ruin our life too. You can't do this to us... please" suara Bella bergetar. Kini emosinya bercampur baur setelah mengetahui kenyataan yang sebenarnya. Punca dia dilayan seperti binatang daripada kecil. Punca Luiz Marcel diculik. Punca Faridah hilang kewarasan. Punca Luiz Martin diseksa sehingga mentalnya rosak. Punca kegilaan Eva.

"Just stop... please just stop..."

"Stop? Bella nak mama berhenti setelah mama sudah sejauh ini?" Tanya Eva mendatar.

"Dah terlambat Bella. Dah terlalu lambat. Mama akan pastikan anak dia merana dan gila. Lebih gila berbanding betina ni" kepala Faridah dipijak.

"Eva stop! Please! Dia dah merana pun! Zaman kanak kanak dia penuh dengan seksaan daripada ibu kandung dia sendiri! Dia dah cukup menderita! Mental dia dah rosak! Please stop Eva! Leave him alone!" Rayu Bella kembali.

"Tak, mama takkan puas selagi dia masih waras dan boleh berfikir. Mama nak buat dia lebih merana daripada mama. Mama akan pastikan betina ni lebih merana daripada mama!"

Bella terkedu. Bibir bawahnya di gigit sehingga berdarah.

Tapi dia dah cukup merana. Tanpa seksaan daripada kau, Luiz Martin dah cukup merana sekarang. Bella tak mampu untuk berkata apa apa lagi. Perasaannya dipendam.

"Tapi aku? Macam mana dengan aku? Kau tak kesian ke buat aku macam ni? Hanya sebab nak balas dendam kau. Aku jadi macam ni. Bella anak mama. Mama tak kesian ke dekat Bella?" Tanya Bella sayu dan perlahan.

Wajah Eva berubah sinis.

"Bella dilahirkan untuk laksanakan dendam mama. Kalau tak kerana dendam, Bella memang takkan wujud dalam dunia ni. Bella tak sepatutnya wujud"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience